" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, February 16, 2009

ISU DERHAKA
UMNO Seperti Cacing Kepanasan.

Isu Dato' Seri Ir. Nizar Jamaludin Menteri Besar Perak dieksploitasi sepenuhnya oleh UMNO dan seluruh media pencacainya . Sehingga saya sendiri naik muak untuk mendengar berita terutama Buletin Utama TV 3 .

Sebulan dua ni saya sekeluarga telah beralih ke Astro Awani dan sesekali ke berita Bernama .

Melihat kepada paparan berita di TV 3 yang habis - habisan mengeksploitasi isu derhaka , cukup jijik dan jelas niat jahat apabila mengeluarkan kenyataan - kenyataan yang keterlaluan dan tidak benar .

Memejamkan mata pada isu penderhakaan yang sebenar lalu menuding orang lain yang derhaka . Inilah yang disebut oleh pepatah arab :

ضربني و بكى شتمني و اشتكى

"Dia pukul aku dia yang menangis dan
dia menghina aku dia yang buat report"

Inilah sikap UMNO dalam isu ini . Juga tidak ubah bagaimana seperti cerita perompak yang terperangkap dalam kepongan orang ramai , lalu ia menyorokkan barangan yang dirompak lalu dia turut sama buat - buat sibuk mencari perompak dan berteriak di mana perompak ? di mana perompak ? wal hal dialah perompak .

Hari ini UMNO berteriak penderhaka ! tangkap penderhaka ! ambil tindakan ke atas penderhaka ! seolah mereka hero yang mempertahankan institusi raja - raja Melayu .

Awas ! , melalui pepatah arab di atas dan cerita rakyat yang popular itu , kita boleh menangkap penderhaka yang sebenar . Mudah untuk mengenali mereka melalui tindakan mereka yang keterlaluan .

UMNO seperti cacing kepanasan dalam isu derhaka ini . Mereka lantang dengan teriakan agar penderhakaan di ambil tindakan kononnya merekalah hero dan pahlawan yang mempertahankan raja , sebenarnya ia adalah satu langkah dan sebagai usaha "hero usang" untuk menudung jenayah lama mereka .

Siapa yang boleh melupakan tindakan Tun Mahathir yang telah menelanjangkan institusi raja - raja Melayu sebelum ini . Soal Mahathir mahu membuang imuniti Raja - Raja itu satu hal , yang lebih parah selepas imuniti dipakai ke atas dirinya sehingga ia menjadi Perdana Menteri Kuku Besi yang begitu lama memerintah Malaysia , dia juga telah menelanjangkan maruah dan aib raja - raja melalui media .

Siapa yang telah lupa peristiwa ini ? saya percaya Sultan Johor dan Sultan Pahang tentu sahaja masih ingat apa yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir selaku Presiden UMNO , Pengerusi BN dan juga Perdana Menteri pada waktu itu .

Siapa yang telah lupa kepada UMNO Kelantan yang menabalkan sultan di pohon kayu kerana tidak bersetuju dengan Sultan Ismail Yahya Petra di Kelantan . Mereka juga mendedahkan kelemahan dan mendedahkan keaiban sultan di tahap yang memalukan lewat media milik mereka .

Begitu juga pengikut fanatik UMNO Terengganu yang menggelar Sultan Mizan kini Yang Di Pertuan Agong sebagai Binatang dalam konflik perlantikan MB di Terengganu selepas pilihanraya umum yang lalu .

Siapa yang lupa segala peristiwa ini ?

Sebab itulah UMNO seperti cacing kepanasan . Berteriak ke sana ke sini , melalak dalam media tak habis - habis sampai hari ini kononnya mereka nak menangkap penderhaka . Siapa yang menderhaka ?

Tiada sepatah keluar perkataan dari Dato' Seri Nizar yang menghina Sultan Perak . Adapun permohonan "sembah derhaka" itu adalah rutin bahasa istana apabila ada perkataan atau permohonan yang berbeza dengan pihak istana . Saya percaya Mufti Perak Dato' Seri Harussani juga biasa menggunbakan perkataan itu .

UMNO tiba - tiba jahil dengan bahasa Istana dan menjadikan itu sebagai bahan jenaka bodoh mereka sepanjang musim ini .

Zaman Tok Nadok mungkin UMNO boleh menguasai pemikiran rakyat dengan propaganda media mereka . Tetapi ini zaman IT , di mana rakyat boleh access maklumat di mana - mana dan mereka banyak pilihan untuk menerima maklumat alternatif .

Saya yakin rakyat tidak mudah terpedaya . Lihat sahaja lah dalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu sebelum ini . Kalau lihat kepada propaganda media mereka khasnya TV 3 , seolah - olah hanya UMNO dan BN yang bertanding di Kuala Terengganu dan mereka boleh menang besar .

Tetapi apabila keputusan pilihanraya diumumkan , ternyata rakyat jelas tidak terpengaruh dengan dakyah atau propaganda jelek UMNO dan BN .

Sebenarnya , lagi kuat UMNO serang guna TV 3 ni , rakyat semakin mual dan loya seolah - olah tidak ada cerita lain dan terlalu ketara sikap berat sebelah mereka . Hanya kenyataan Pak Lah , Tok Najib , Hishamudin , pas tu balik Pak Lah semula , kemudian Tok Najib dan Najib dan Najib pas tu Rosmah keluar sekejap dengan rupa garangnya , pas tu Muhyidin sesekali , pas tu Najib semula ..... aaaaah , nak termuntah !

Kalau lah TV ni harganya 30 sen sebijik .... :(

4 Comments:

Blogger asalbayu said...

Ungkapan 'sembah derhaka' itu adalah dalam Bahasa Melayu tuan. UMNO mana faham BM. Lagi pula mereka jijik dengannya dan sedang berusaha membenamkannya ke lubang najis.

5:08 PM

 
Blogger anaklangkawi said...

Saudara..
Derhaka di terengganu hnya segelintir pihak.. brp org sgt yg dtg pegang banner tu.

tapi di Perak.. derhaka dibuat oleh mereka2 yg tinggi pimpinan dalam PR..
-Anwar
-Nizar
-Tuan Guru Hadi Awang
-Karpal
- dll

yg di terengganu tu .. boleh x sebut sapa nama org yg pegang banner tu?

10:20 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Sejak akhir-akhir ini masyarakat Islam sudah bosan degan kepimpinan PAS yg langsung tidak merasa terhina dgn kenyataan2 memburuka2kan islam.

Peristiwa Pemuda PAS membuat Uturn dlm masa tak sampai 48 jam cukup memalukan.Disebabkan Karpal Sing seorang pemimpin kafir yg memberi kata dua kpd PAS samaada negara Islam @ sekularisme sebagai pilihan.

Malah perasaan cukup memilukan bila kepimpinan tertinggi Islam Raja Perak diperlakukan seperti binatang dgn membaling kayu botol dan kata2 kesat.Malah Pemimpin kafir Karpal Sing menghina kepimpinan islam tidak langsung mendapat kecaman kata dua dr pejuang Islam PAS.

Malah nak cakap pun takut bukan apa takut2 Karpal Sing suruh keluar dari pakatan jadi takda le dapat memerintah MALAYSIA.

Walaubagaimanapun tahniah kerana sejak akhir2 ini ramai bukan Islam melihat indahnya islam semenjak PAS menjadi tunjang pakatan.

Malah berita angin mengatakan berbondong2 org2 kafir masuk ISLAM.Allahuakbar Allahuakbar.

Hidup kepimpinan Islam Hidup "Umar Abdul Aziz"???.

1:21 AM

 
Anonymous Anonymous said...

pas x usahlah julang dap tu.kang mkn diri menangis x berlagu...
umno x usahla anggap negara ni milik kamu...bantu pas tu ..dia x ada cara dah nak nasihat kamu melainkan jatuhkan kamu walaupun terpaksa menjual negara.
kang dua2 rugi...roti kalau d pecah2kan mudah anak kecil nk makan...g tu juga negara...

9:22 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home