" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, February 16, 2009

ILHAM
Institut Latihan Kepimpinan
dan
Pengkaderan Dakwah Islamiyyah .

Alhamdulillah ILHAM cawangan Pahang kini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan .

Akademi Ar Rasyidin yang menjadi penyelaras ILHAM Pahang mengalu - alukan semua peserta yang kini telah berlangsung sessi pengajiannya .

ILHAM yang menawarkan Diploma Pengajian Islam adalah satu program yang sangat baik untuk melahirkan bakal kepimpinan ummah yang mempunyai kefahaman Islam yang jelas , aqidah yang sohih dan syakhsiyah yang solehah .

Harapan saya kelak , Perjuangan Islam yang kita dokong ini akan diwarisi dan dipimpin oleh individu yang mempunyai ilmu dan kefahaman yang mencukupi mengenai Islam yang diperjuangkan .

Sejarah Gerakan Islam di Malaysia , Aqidah Islamiyyah , Pengantar Pengajian Al Quran dan Politik Islam adalah antara modul yang diambil oleh peserta dengan jadual pengajian yang berlangsung pada setiap hari Ahad minggu ketiga , dari jam 8.00 am hingga 7.15 pm . Mereka dibimbing oleh 4 orang Pensyarah yang berkelayakkan dimana 3 daripadanya kini sedang menduduki pengajian peringkat Phd di IPTA .

Semester 1 ini akan berakhir pada bulan April dimana peserta Diploma akan menduduki peperiksaan semester 1 yang akan disediakan oleh ILHAM Pusat .

Sekali saya ucapkan agar semua peserta berjaya dalam pengajian mereka masing - masing . Selamat berjuang .

10 Comments:

Anonymous Anonymous said...

as-salam`alaykum ustaz...
macamana nak join ilham?

11:11 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah

Sokong ustaz Din

RIRK

11:21 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

hubungi saya

019 9168182

12:48 PM

 
Anonymous muslimat said...

salam perjuangan
tahniah utk usaha yang baik..

saya perasan ustaz letak topik entri-entri ustaz dalam ruangan yg sama dgn artikel...rasanya memang ada kolum khusus utk topik. Bukan apa bila saya rss di blog saya, latest topik dari blog ustaz tak keluo, yang keluo tarikhnya aje...suami saya kata rss ustaz di blognya pun jadi camtu jugak...

wallahuallam...tanya aje.

6:43 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

W'salam .

Ya ker ? saya tak pandai macam mana nak adjust tuh

10:40 PM

 
Blogger refah00 said...

Teruskan perjuangan.Moga Islam dapat tawan Pahang kelak.

11:20 PM

 
Anonymous muslimat said...

rss dah okey dah...syukron.

6:09 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam.
mintak maaf sekiranya saya masuk tanpa dialukan.

saya tertarik dengan ILHAM. moga ia menjadi tempat yang bersih daripada kamusukan golongan parasid(isma dan JIM)

golongan inilah yang akn memusnahkan dan memecahbelahkan PAS. golongan yang keras kepala.maafkan saya jika kata2 saya ini kasar dan tak sepatutnya, bukan apa, saya nak pastikan ILHAM itu tak masuk unsur isma atau JIm. biarlah ia tulen tarbiah dari PAS:)

ok itu sahaja:)

salam.

2:54 AM

 
Anonymous muslimat said...

susah juga kalau Institusi pendidikan dijadikan eksklusif untuk ahli dari Jemaah pas sahaja...

susah ke nak jadikan diri kita golongan yg bertolong bantu di atas perkara kebaikan ? entah bila la kita boleh bergerak atas satu label saja yakni ISLAM...sebab bukan besar sangat nama JIM,PAS,ISMA, KARISMA atau pelbagai nama lagi.Sikap melebihkan sangat jenama kumpulan ni lebih banyak membawa kepada perselisihan...
ntah, ta'tau !

12:18 PM

 
Blogger mas said...

salam ust..
dimana prog ilham diadakan?

4:45 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home