RISALAH DAN IKTIBAR
DARI HUNAIN
Saya tidak bermaksud untuk merosakkan mood rakyat umumnya dan para pejuang khasnya apabila membawa risalah dan iktibar dari Hunain buat tatapan umum .
Sebaliknya apa yang saya maksudkan ialah agar kita dapat pertahankan kemenangan serta prestasi cemerlang yang telah dicapai sebelum ini dan suatu yang lebih penting daripada itu ialah untuk memastikan perjuangan kita berada di atas landasannya yang benar .
Menang atau kalah itu adalah persoalan yang kedua . Adapun perkara yang lebih utama ialah keaslian dan ketulenan manhaj perjuangan kita mesti dipertahankan . Kita mahu menang dengan kebenaran manhaj Islam yang kita perjuangkan dan kita rela kalah , asal sahaja manhaj perjuangan Islam yang benar ini tidak digadai .
Hari ini , rata - rata saya lihat mood rakyat untuk menolak BN semakin ketara dan kian jelas lagi berani . Isi hati mereka mula disuarakan walau di hadapan khalayak ramai setelah lama dibiarkan membungkam sebak di dada . Jika dulu mungkin ada rakyat malu silu dan takut segan untuk memprotes atau mengkritik kerajaan UMNO dan BN jua para pemimpinnya yang jelas melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa .
Lebih hebat saya saksikan keyakinan dan kesungguhan para aktivis PAKATAN untuk menjatuhkan BARISAN terutama setelah tercetusnya tragedi penubuhan kerajaan Haram UMNO dan BN di negeri Perak .
Tentu sahaja tiada taranya iman dan jihad yang dipamerkan oleh ahli - ahli PAS dalam usaha mereka membawa Islam ke tengah masyarakat . Sekali gus memacu dan memimpin kebangkitan rakyat menolak kepimpimpinan dan kerajaan UMNO dan BN , setelah mereka gagal berfungsi sebagai sebuah kerajaan yang tunduk dan akur kepada Allah swt selama mereka diberi peluang oleh Allah swt memerintah negara dan diberi mandat oleh rakyat untuk memimpin .
Namun begitu , semangat sahaja tidak memadai . Mood juga belum cukup . Jumlah dan sokongan ramai pun belum pasti . Kemudahan dan pengaruh yang kita miliki masih tidak menjamin kemenangan . Kerana kita perlukan Allah swt .
Kita perlukan Allah swt dalam apa jua situasi . Menang atau kalah , senang atau mudah dan tenang atau resah . Allah swt penentu kemenangan dan kejayaan perjuangan kita .
Marilah kita renungkan sejenak firman Allah swt :
لقد نصركم الله في مواطن كثيرة و يوم حنين إذ أعجبتكم كثرتكم فلن تغن عنكم شيئا و ضاقت عليكم الأرض بما رحبت ثم توليتم مدبرين ثم أنزل الله سكينته على رسوله و على المؤمنين و أنزل جنودا لم تروها و عذب الذين كفروا و ذلك جزاء الكافرين
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam banyak medan-medan perang dan jua di medan perang Hunain, Iaitu semasa kamu merasa megah Dengan sebab bilangan kamu Yang ramai; maka bilangan Yang ramai itu sekali - kali tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi Yang Luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.
Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang Yang beriman, dan Allah menurunkan tentera Yang kamu tidak melihatnya, serta ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan Yang membawa kehancuran); dan Yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang Yang kafir.
Surah at Taubah : Ayat : 25 - 26
Risalah dan Iktibar :
Risalahnya :
Peperangan di Hunain sewaktu nabi saw berhadapan dengan Bani Hawazin dan Bani Thaqif , Nabi saw memimpin 12 ribu angkatan tentera Islam . Satu jumlah yang besar dan pertama kali dalam sejarah tamadun Islam , Nabi memimpin tentera seramai itu .
Akhirnya sebahagian ummat Islam pada waktu itu mula berasa yakin untuk capai kemenangan dengan jumlah mereka yang begitu ramai . Lantas mereka mula memandang rendah pada kekuatan musuh dan memandang mudah kepada persiapan dan strategi perang .
Ringkasnya , dipermulaan perang mereka telah mendapat tentangan sengit dari musuh justeru mereka tidak bersedia secukupnya lantaran over confident telah menguasai minda mereka sewaktu mereka menapak masuk ke medan perang . Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh musuh dan berjaya mengkucar kacirkan tentera ummat Islam diperingkat awalnya sebelum Allah swt menghantar pertolonganNya dan tentera yang tidak kelihatan untuk membantu agama dan rasulNya.
Allah swt telah tegaskan : sekali - kali kekuatan dan ramainya jumlah kamu tidak cukup malah hasil serangan musuh yang bertubi arus menyebabkan kamu merasakan dunia yang sebegini luas menjadi sempit dan kamu lari bertempiaran .
Iktibarnya :
Hari ini kedengaran sayup - sayup dan ianya cukup untuk sampai ke telinga saya bagaimana rasa congkak dan over confident kian menular dalam jiwa pejuang kita . Kita sudah menang di Permatang Pauh dan kita juga sudah menang di Kuala Terengganu maka di Bukit Gantang ni kita pejam sebelah mata pun boleh menang ! .
Kita sudah ramai penyokong . Ahli Kelab penyokong saja telah mencecah angka tidak rasminya 80 ribu . Sementara ahli kita [ PAS ] telah menghampiri satu juta . Belum kita campur lagi dengan anggota PKR dan DAP yang menyokong kita . Kita semakin kuat dan ramai . Kita mesti menang !
Hati - hati dengan emosi ini . Allah swt terlebih dahulu telah menegur para sahabat rhm dan menjadi iktibar kepada kita ummat mutaakhir ini . Betapa jumlah yang ramai saja belum mencukupi begitu jua kekuatan kita belum mampu untuk benar - benar mempertahankan kemenangan .
Apa yang kita perlu , setelah segala usaha gigih kita lakukan ialah Nusrah Allah swt . Jangan over confident sehingga kita pandang rendah pada keupayaan Najib Sparrow and The Gang dalam mencatur perkiraan politik mendepani PAKATAN dalam pilihanraya kelak .
Kesimpulannya :
kekalkan kerendahan diri dan ketinggian budi dalam meniti hari - hari perjuangan ini kelak kita tidak rugi . Pastikan kita tidak sampai menggigit jari menyaksikan segala strategi tidak menjadi .
Jangan kita lupa diri . Dekati pengundi dengan tulus hati nurani yang suci . Didik mereka sehingga mereka reti . Minimakan rasa benci sekalipun dari seteru kita yang hasad dengki . Pertahankan jati diri bersama perjuangan suci ini . Jangan sampai tergadai hanya dengan janji manis yang tidak pasti .
Yakinilah pertolongan Allah swt , namun pertolongan itu perlu dicari bukan sekadar menanti . Andai perjuangan yang kita kenderai ini dipacu seikhlas hati pula kita merintih munajat saban hari mohon diperhati , saya yakin lagi pasti , Allah mesti akan memberi .
7 Comments:
· Ya Allah… kurniakanlah untukku cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMU serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMU.
· Ya Allah… segala pemberianMU yang aku sayangi, jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMU. Segala yang Engkau pisahkan dariku, sedangkan ia sangat aku sayangi, jadikanlah ia ruang untuk cintaMU dalam diriku.
· Ya Allah… berikanlah kekuatan untukku mengutamakan cintaMU berbanding cintaku kepada keluarga, harta dan air dingin ketika dahaga.
· Ya Allah… berikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMU, para malaikat, Nabi-nabiMU dan hamba-hambaMU yang soleh.
· Ya Allah… hidupkanlah hatiku dengan cintaMU dan jadikanlah aku hambaMU yang Engkau cintai.
· Ya Allah… berikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMU sepenuh hatiku dan redha kepadaMU dalam setiap usahaku…
Amin..
9:24 AM
lebih baik kita tewas tapi kita insaf....berbanding kita menang tapi kita alpa...
molek kalau tulisan ustaz ni dibuat salinan dan diedar kepada penyokong maupun pendokong pas, pengundi ataupun petugas pas....kita tak mahu dalam keghairahan berkerja dan berkempen pilihanraya terlupa matlamat kepada kerja kita....semuanya untuk mencari redha Allah. Sebab itu sering orang kita gagal menepis emosi ketika berkempen di sana sini, hatta dengan puteri-puteri umno pun depa lawan mencaci. Kalau kita faham matlamat kerja kita dan kerja golongan depa ini, kita pasti dapat membezakan diri.Amat menyedihkan bila hilang pertimbangan ketika diasak tekanan....
lagi satu....peringatan yang baik untuk kita renungkan...
as syahid sayyid Qutb pernah menulis bahawa kita sering lupa bila kita berjaya kita letakkannya kerana strategi. Kita lupa pergantungan kita pada Allah.
7:47 PM
Salam ya ustaz,
Teruskan perjuangan anda. Ba ra kallahu fika. Allahuakbar!
9:54 PM
Kemenangan atau syahid.Itulah matlamat kita.
12:32 AM
Semoga Allah memberi kekuatan kpd umat Islam utk tetap bersabar dalam menghadapi cubaan dan rintangan dalam perjuangan menegakkan Islam.
Kerajaan BN Perak jelas di pilih secara tidak demokratik. Tapi ia tetap dianggap sah.
oooo....rupa-rupanya nak bentuk kerajaan tak mesti ikut demokrasi.
So...tak payahlah kita fanatik sangat dgn demokrasi. Kenyataannya banyak kerajaan sekarang yg terbentuk tanpa follow demokrasi.
Islam Yes
Khilafah Yes
RIRK
8:40 AM
GrEeTiNgS, madsha88.wordpress.com!
[url=http://cialisgenericone.pun.pl/ ] cialis online[/url] [url=http://viagragenericolo.pun.pl/ ]comprar viagra en espana[/url] [url=http://comprarcialisty.pun.pl/ ]comprar cialis online[/url] [url=http://viagracomprann.pun.pl/ ]vendo viagra [/url] [url=http://comprecialishf.pun.pl/ ]comprar cialis en espana[/url] [url=http://viagragenericote.pun.pl/ ]venta de viagra en espana[/url]
6:38 PM
pada mulanya pas nak bersatu dgn umno n umno pun nak juga.tp ada munafiqun dr isroil dpt tahu.maka dia pun mempuat perancangan supaya umat yg kasih syg ni jgn bersatu..cuma tgl sedikit masa lg munafikon ni nk meraih kejayaan.lepas tu kita berperang bunuh atas dasar perjuangan masing2.lepas tu al mahdi dtg menyatukan umat yg suka berbunuh ni.lepas tu munafikunkuffar pun marah.lalu menyatakan perang kpd umat yg suka kedamaian dan ksh syg ni..begitulah jadual Allah sehingga kiamat.
*suma pejihad nk mati berdarah.tengok harimau lari.
8:18 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home