MARILAH BERSAMA
MEMPERJUANGKAN ISLAM
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyah Malaysia , begitulah indah dan cantik nama diberi kepada ngo yang dipanggil Pekida ini . Ianya sebuah Ngo yang ditubuhkan sejak awal 80'an lagi . Kalau tidak salah ingatan saya , dulunya Pekida adalah sebuah Ngo yang aktif mengumpul ahli dalam aktiviti - aktiviti kebajikan seperti kenduri kendara , khairat kematian dan seumpamanya .
Sebagai anak peneroka , saya dapat lihat dengan jelas perkembangan Pekida yang cukup popular seketika dulu di kawasan - kawasan seperti Felda dan desa - desa tradisi . Walaupun sedari awal tidaklah nampak penglibatan mereka secara aktif memperjuangkan Islam dan kedaulatannya di negara ini berbanding Parti Islam Se Malaysia PAS atau lain - lain jamaah Islam yang wujud samaada lebih dulu atau seangkatan dengannya .
Namun Pekida dihormati sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan yang menaungi orang melayu dan menganjurkan pelbagai aktiviti sihat yang memberi kelebihan kepada masyarakat melayu muslim .
Imej Pekida Tercemar Teruk
Malangnya akhir - akhir ini , imej yang dulunya dilihat baik dan hebat telah dikotori atau dicemari oleh beberapa insiden yang membabitkan perlakuan ahli - ahli Pekida sendiri . Akhirnya kini kedengaran orang berkata Pekida adalah Mafia Melayu , Pekida adalah Kumpulan Gengster Melayu , Pekida adalah Kumpulan Penarik Kereta dan macam - macam lagi yang tidak mencerminkan nama asal Pekida iaitu Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyah Malaysia .
Mungkin tidak semua ahli pekida terlibat dalam aktiviti - aktiviti yang tidak sihat ini , tetapi sesuatu perlu dilakukan oleh kepimpinan Pekida agar pertubuhan Ngo ini tidak terus dilanda keruntuhan moral dan penyelewengan akhlak .
Saya melihat Pekida sewajarnya tampil sesuci dan seindah nama yang diberi . Bergabung pula dengan Ngo - Ngo lain bagi memperjuangkan Islam dan mempertahankan maruah ummah yang kini dicela dan diperlekeh oleh musuh - musuh Islam di dalam dan luar negara .
Ketika sunnah Rasulullah saw dicabar , syariat dipersenda malah ummat Islam diperkecil , kita tertanya - tanya di mana Pekida dan ahli - ahlinya ?
Pemulihan Imej Pekida
Sebagai sebuah Ngo yang mempunyai ramai ahlinya pula matang usianya , Pekida mestilah tampil dengan wajah Islam yang jelas untuk menjadi perisai kepada ummah . Tidak hanya terhad kepada majlis kenduri kendara atau khairat kematian . Sebaliknya Pekida mestilah agerasif dengan aktiviti kebajikan ummah yang melampaui sempadan ahli sendiri dan lebih penting berdiri sebaris dengan kumpulan - kumpulan Islam seperti PAS atau lainnya untuk memperjuang dan mendaulatkan Islam di atas tanahair tercinta .
Pekida sewajarnya keluar dari imej kumpulan kaki pukul , gengster , mafia dan pelbagai imej yang negatif . Ahli - ahli Pekida mestilah dididik dan diasuh atau ditarbiyyah dengan orientasi aktiviti amal Islami berpaksi kalimah at tauhid Laa Ilaha Illallah bersesuaian dengan nama yang diberi .
Apatah lagi berpijak di atas realiti , betapa ummat melayu hari ini perlu kepada asuhan dan bimbingan yang mendorong mereka mengukuhkan Iman dan Islam mendepani cabaran yang pastinya menggugat aqidah , akhlak dan pemikiran mereka .
Tidak ada gunanya Pekida dibiarkan atau digunakan sebagai platform samseng dan kaki pukul mengumpul pengaruh lalu membina empayar meluaskan kuasa jajahan agar ditakuti dan digeruni oleh lawan . Jika inilah situasinya , ia adalah sangat jelas bercanggah dengan nama indah pertubuhan ini iaitu Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyah Malaysia .
Aktiviti Kebajikan tidak boleh dibangunkan dengan pengaruh samseng demikian juga Dakwah tentu sahaja tidak akan berjaya melalui empayar kaki pukul .
Saya yakin , kepimpinan Pekida pasti sahaja menafikan bahawa Pekida adalah pertubuhan mafia dan samseng sebagaimana juga saya berkeyakinan penuh bahawa tidak semua ahli Pekida demikian sikap mereka . Namun maksud saya ialah Pekida mesti melakukan sesuatu untuk mengikis imej buruk yang kini bermain di setiap bibir rakyat dalam negara kita .
Saya mengesyorkan agar Pekida memprogramkan pertubuhan malah mewajibkan ahlinya dengan aktiviti - aktiviti amal Islami yang lebih aktif dan terancang seperti operasi Amar Makruf Nahi Mungkar , dakwah mengedar risalah kepada sasaran yang leka dan alpa terhadap Islam , Mendalami ilmu agama dan menyertai bengkel pembinaan syakhsiyah agar lahir sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab terhadap agama dan perjuangannya .
Kepimpinan dan anggota senior Pekida mestilah juga menampilkan qudwah yang soleh . Saya percaya , melalui perwatakan yang indah , imej yang tenang , pertuturan yang sopan , penampilan yang mulia dan kepimpinan yang berkarisma akan banyak membantu Pekida membersihkan imej sekaligus menepati ikrar mereka sesuci nama pertubuhan mereka sendiri .
Saya menyeru agar Pekida turut sama menyertai atau menyokong misi besar Parti Islam Se Malaysia PAS yang mahu mendaulatkan syariat Islam di atas tanahair tercinta ini . Melalui proses pembinaan dan pembentukan Aqidah yang sohih , Fikrah yang syumul dan Akhlak yang soleh .
Kerjasama boleh dibuat bagi melengkapkan pelan pelaksanaan misi dan visi PAS menjulang kalimah Allah swt dengan orientasi Amar Makruf dan nahi Mungkar serta dakwah yang terancang di negara kita ini .
Bayangkan , sewaktu Ngo seperti Yayasan Amal Malaysia , Unit AMAL DPP dan Muslim care turun membantu mangsa musibah seperti banjir besar , tanah runtuh , kebakaran , misi kemanusiaan ke Acheh dan kini ke Gazzah turut sama disertai oleh Ngo yang bernama Pekida ini .
Terus terang saya sebut , Pekida tidak sesuai menyokong apalagi menyertai UMNO dan BN yang sangat tebal semangat perkauman dan semangat menolak perlaksanaan syariat Islam di negara ini . Sedangkan .... apa lagi kalimah yang paling tinggi selain kalimah Laa Ilaha Illallah yang diperjuangkan oleh Pekida terdahulu dan itulah juga yang diperjuangkan oleh PAS sejak ia ditubuhkan tahun 51 .
UMNO dan BN pasti sahaja mengabaikan perkara ini sebaliknya UMNO dan BN kaya dengan pelbagai mungkar dan maksiat malah melindungi dan membajainya . Selayaknya UMNO dan BN tersenarai dalam operasi Nahi Mungkar yang mesti digerakkan oleh Pekida .
Dari segi nama sudah cukup membuatkan Pekida [ Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyyah Malaysia ] tidak layak untuk duduk sebilik dengan UMNO dan BN . Bahkan suka saya tegaskan bahawa ahli UMNO dan BN selayaknya menjadi sasaran utama dakwah Pekida untuk membimbing mereka melaksanakan tuntutan kalimah tauhid Laa Ilaha Illallah .
33 Comments:
salam ust,pddhn yg saya tgu2 smpi skrg.namun,saya msih mghrpkn kpmpnan pas khasnya ust utk mnylsikan mslh ahli pas sdiri yg masih bsama Pekida dan bleh dlht antara punca kklhn pas di anak kedah (plhnraya kecil ust fadhil nor)dn plhnraya umum dulu pun,antara kklhn bpunca dr adanya ahli pas yg brbelah bagi smada nk undi pas (yg wjib) atau undi ahli pekida sdiri sbgi clon BN.akhirnya,nk jaga dua2 pihak,ambl ksmpulan,tk pyh kuar ngundi.bnyk org kedah,penang dll di kwsn felda yg duk dlm pas,tp duk wala' lg pd pekida wlupun umno.
10:22 AM
USTAZ....ANA MINTA COPY POSTING LOMPAT SPRING TU YER...NAK LETAK KAT BLOG ANA....JEMPUTLAH KE BLOG ANA...https://syathibie.blogspot.com..hari tu ade jumpa ustaz sekeluarga kt permai inn...sblm prk k.terengganu .
11:07 AM
Salam
Ramai pimpianan tertipu dengan Pekida setiap kali pilihanraya. Mereka mendampingi pimpinan PAS sepanjang tempoh kempen sampai pimpinan meninggalkan jentera Parti yang dibentuk semasa PRU.
Pekida bertindak sebagai bodygurd. Dengan wajah yg bengis, gaya ala SB mengawal pergerakan calon PAS sepanjang musim pilihanraya.
Imej samseng ini dibiarkan oleh pimpinan semasa kempen PRU.
Contoh paling dekat ialah calon parlimen Maran dalam PRU 12. Pekida usung calon tu merata riti. Pas tu jentera hanya tengok sekadar gigit jari, kalau tak percaya tanya orang Maran.
Ana minta pimpinan yang terlibat dengan Pekida, muhasabahlah...
Komen ana ni tak perlu dijawab... cukup untuk sekadar perhatian untuk PRU akan datang
Salam.
10:11 PM
akum ustaz..sepatutnya pekida membebaskan diri dari imej umno...sebenarnya yg puak2 baru nih diaorg tak study sejarah pun...pekida ni hanya nama..asas nya TS yang meletakkan sabilillah sebagai matlamat utama perjuangan.lihatlah sekarang..dah takde nak dgr sgt dah nama pekida nih...mule2 je gah konon dek penasihat dollah badawi..skrg bila org byk meluat kat dollah..dgn pekida2 jadi senyap...
12:09 AM
Assalamualaikum
Pertamanya : Siapa anonymous 10.11 ni siapa yer ? kalau boleh perkenalkan diri kepada saya . kalau tak pun hubungi saya 019 916 8182 .
Kedua : Mana boleh tidak jawab . Sdr sudah sebut dengan jelas Calon Parlimen Maran PRU 12 . Maknanya semua orang tahu siapa calon itu . Sdr juga telah membuat tafsiran terhadap nya . Kalimah yang sdr pilih ialah .... tertipu dan .....
pas tu sdr kata tak perlu jawab .Mana boleh . Kalau tak perlu jawab maka sdr tak perlu buat tafsiran begitu terhadap dirinya . atau ... kalau mahu bincang atau muhasabah , sdr boleh hubunginya secara direct untuk mengetahui apa cerita sebenarnya disebalik yang sdr lihat dan sdr tahu .
Kalau sdr berlaku adil , tentu sdr kena bagi peluang kpdnya menjawab atau sekurang - kurangnya mendengar dari pihaknya sebelum membuat rumusan .
Kalau tidak , jadi mcm ISA lah , dia dihukum tanpa membenar dirinya membuat penjelasan .
Ceritanya sgt panjang . Tapi hanya diminta agar sahabat tidak menzalimi nya dengan membuat tafsiran , jauh sekali menghukumnya tanpa mendengar sepatah pun penjelasan daripadanya .
Kalau sdr juga dari maran atau dari mana sahaja , tolong buat satu majlis , maklumkan kepadanya untuk beliau hadhir memberi penjelasan , kemudiannya terpulanglah apa sahaja yg sdr akan sebut selepas daripada itu .
Perkaranya mungkin tidak besar cuma tidak manis kalau dijawab disini . so elok sangat sdr hubunginya . Jika sdr mahu berlaku adil ke atas dirinya .
2:10 AM
Ustaz,
Saya dapati pimpinan utama pemuda Pas tak berani nak buat pendekatan untuk berdakwah dengan kumpulan pekida ni.
Tak pernah nampak KP membuat ulasan atau memberi komen tentang pekida.
Semoga ustaz sentiasa kelek jugalah misi untuk libatkan pekida agar berada di jalannya yang sepatutnya lurus.
Bayangkan bagaimana Saidina Umar boleh memeluk Islam apabila diregut bajunya oleh Rasulullah. Huihhh, masih ingat ceramah ustaz din kat UTM skudai 7 tahun dulu.
7:40 PM
apa yg zahir berlaku kat maran dlm pru lepas ialah calon lebih mempercayai pekida dan mmbelakangi pmpinan kawasan. byk program yg diatur oleh pmpinan calon x hadir krn ada meting ngan pekida. adakah itu strategi utk mng pru? kami tuan rumah dipinggirkan tetapi pekida yg entah dtg dari mana tu dijadikan rujukan. calon tu pun prnah janji dlm mesyuarat brsama kami nak suruh pekida balik dan x cmpur urusan strategi parti, tapi balik sehari lepas tu dtg pulak. Hidup Islam.
11:18 PM
kalau begitu , sdr semestinya mendengar sepatah dua dari calon . call dia , insyallah sdr akan tahu kedudukan sebenar . jika sdr ingin mencari kebenaran.
Apa yang sdr sebut tu , tidak benar melainkan sdr hanya menghukumnya secara zahir .
Ada masa kita boleh menghukum secara zahir jika tidak ada ruang untuk mengetahui yang batinnya . Tetapi , jika ada ruang untuk mengetahui batinnya , maka lihat dulu apakah batinnya sebelum kita menghukum .
Saya rayu sungguh sungguh agar sdr hubungi dulu calon . saya percaya sdr ada no telefonnya . Apa salah sdr dengar dulu sepatah dua dari beliau . selepas itu hukum lah sepuas puasnya .
pasti ada sesuatu yg sangat penting utk sdr tahu . Bukan nak halang sdr menghukum . Hukumlah selama mana sdr mahu . tapi dengar dulu dari calon . semoga sdr ikhlas ingin mencari kebenaran sbgmana ia menjadi asas perjuangan kita bersama .
selamat berjuang
11:54 PM
betullah.
ada seorang ketua cawangan PEKIDA TU siap pakai subang sebelah lagi,
gelang pun banyak....
alahai, nak berjuang untuk Islam...
4:03 PM
assalamualaikum,
1 Ppuan mengeluh bila puak PEKIDA kepung dia sebab hina PEKIDA.
Lepas tu dia kata,"Budak2 PEKIDA nie samseng macam BABI"
Dia kata aku tak takut jangan nak ugut2 aku.
PEKIDA tu sama samseng dengan Tamil Ilam, tak layak nak dikatakan kumpulan Islampun.
11:09 AM
Assalammuaikum Ustaz,
Sesungguh nya org yahudi dan nasara itu tidak pernah berdiam dan selalu berusaha supaya kita org2 Islam mengikuti jejak mereka. Walau apa kebaikan dan kebajikan di buat oleh Pekida ia tidak menjadi kebajikan kepada Islam langsung. Cara kumpulan nya bergerak 100% ala mafia dan Yahudi. Cara meraka bersumpah janji sendiri menjadi kufur kerana dgn sendiri bagi saya telah tertolak syahadah. Syahadad adalah ikrar janji taat setia dan penyarahan diri kepada ALLAH. Boleh kah kita buat janji penyerah diri lain dari tu. Kita dah 1500 th ditinggalkan nabi .Jangan lah kita keliru dgn benda yg sesat ni.
Kalau dikirakan kebaikan dan kebajikan org kafir pun buat kebaikan dan kebajikan. Bahkan boleh jadi lebih dari org Islam.
Wassalam
Radzali Saad.
10:01 AM
Salam Ustaz
Saya adalah ahli PEKIDA MALAYSIA.
Posting saya adalah untuk memberitahu kebenaran.
Apa yang Ustaz katakan ada kebenarannya dan begitu juga sebaliknya. Masalah yang berlaku adalh bilamana timbul ahli yang berada di dalam gelap. Yakni ahli yang "bukan ahli" pekida yang mengaku ahli pekida. Unutk pengetahuan Ustaz, setiap ahli di berikan KAD keahlian dan harus di ingat kad keahlian itu hanya sah jika di sertakan dengan resit pembayaran menjadi ahli atau memperbaharui kad.
Kad tidak berguna jika tiada resit tersebut. Jadi jika mana-mana yang di datangi oleh seseorang yang mengaku ahli PEKIDA, minta tunjukkan kad ahli beserta resit.
Jangan hanya kerana seorang ahli yang mempunyai kad, semua di kelilingnya adalah ahli. Itu tanggapan yang salah. Pihak pekida menjalan pelbagai program termasuk Ceramah Maulidur Rasul.
Tetapi malangnya, sambutan amat menyedihkan. Syabab PAS sendiri pun tidak mahu menghadiri dan memberi sokongan.Apa salahnya jika kita bersama menjayakan Masjis Agama demi Islam.
Beginilah Ustaz, teguran Ustaz kepada PEKIDA amat saya hargai dan saya juga tahu akan situasi ini.
Saya jiga ingin meminta Ustaz mentarbiyah SYABAB PAS, yakni di Taman Sri Janggus Pulau Pinang.
Begitu angkuh dan sombongnya hanya kerana mereka AJK Surau dan Iman. Rendahnya akhlak Islam di sisi mereka. Kenapa, kerana penduduk akan kata ISLAM itu sombong hanya kerana kerektor sesetengah syabab PAS. Bukan saja Ustaz malah saya sendiri pun malu dengan kelakuan mereka. Sebagai Imam pun tak nak senyum kepada penduduk. Ini di ketahui umu di taman.
Silalah datang ke tempat saya dan bertanyalah kepada "PENDUDUK" untuk mengetahui kebenaran.
Maaf kerana identiti di rahsiakan. Tetapi jika mahu kebenaran, InsyaAllah, akan di tunjukkan kepada Ustaz. Ini bukan rekaan kerana setiap apa yang saya tulis akan di hitung oleh Allah di akhirat kelak.
3:17 PM
Assalamualaikum Ustaz
Rasanya baiklah Ustaz perbetulkan menteliti fanatik terhadap PAS kepada fanatik kepada Islam. Lebih baik kepada Islam kerana Islam mengajar kita tegur menegur jika berlaku sesuatu kesilapan. Memalukan jika syabab Pas sendiri tak boleh di tegur. Sifat seperti dah boleh masuk syurga. Menyombong dan sebagainya. Tidak pernah senyum kepada masyarakat.
Apa ni Ustaz. Ini dakwah yang di ajar oleh Islam kah???
Adab orang beriman ada 17 perkara.
Dah penuh kah adab tu???
Al-Baqarah : 208 suruh kita masuk Islam seluruhnya.
Sudah masuk Islamkah syabab PAS seluruhnya.???
Hukum pun masih pakai hukum manusia. Pencuri kena denda saj sedangkan Allah perintahkan POTONG TANGAN.
Ana dah bosan dengan syabab PAS. Berlagak sombong tak tentu hala. Kononnya dah cukup Ilmu agamanya hanya kerana masuk PAS. Memandang sebelah mata pada lelaki yang hanya memakai seluar dan baju biasa. Tidak seperti mereka yang pakai kepiah, songkok hari-hari. Pergi ke surau hanya nak tunjuk pada masyarakat. Keluar surau muka masam. Jumpa jemaah pun tak nak beri salam.
Nabi pernah bersabda,
Yang berjalan bagi salam pada yang duduk dan yang sikit bagi salam pada yang ramai.
(lebih kurang begitulah, maaf ana dah lupa riwayat hadisnya)
Rasanya Ustaz tahu mengenai hadis ini.
Maaf jika tulisan ana mengganggu Ustaz tetapi inilah kenyataan.
Di akhir kata,
Bolehkah hukum Allah SWT di laksanakan melalui pilihanraya dan bolehkah di laksanakan dengan parti yang anti Islam.
Hanya yang tahu akan tahu jawapannya kerana ana sendiri pun tidak yakin akan itu.
Mohon maaf dari diri ana seluruhnya kepada enta dan antum kerana yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk adalah kerana diri ana sendiri.
10:26 AM
Salam Ustaz. Tak komen apa-apa pun.
Sibuk ke atau buat-buat sibuk???
Tak per laa, ana tunggu komen ustaz ekee.... Wassalam WBT
4:45 PM
PEKIDA hanya bangga dengan lambang dan kad keahlian je..ilmu kurang, tarbiah kurang.
ada ayahnda lah, abanglong lah..tu apa tu..golongan feudal ke? dulu kalau ada organisasi mcmni,yg bawah mesti akan ditekan..org bawah je pun yang kena bayar duit..
aku tengok pekida ni mcm tempat cari kontrek pulak..cari projek..haha.
pasal nak anggap mcm gerakan dakwah agak payah sikit..pembela melayu umno bolehlah..
tgklah mcm2 kes ptembungan pakatan rakyat dan kerajaan.tup2 mesti ada pekida beriye2 buat report polis nak dakwa pembangkang.
kamu bukan pertubuhan politik wahai pekida.jgn masuk campur urusan politik malaysia.kalau kamu nak main politik, daftar kat ROS.apatah lagi kamu bertindak atas pentas umno..memang kena cop umno lah kamu.
sorilah yer.bkn menghentam ke apa.tapi pantun2 kamu, buah2 kamu kononnya ilmu tersirat itu langsung tidak memberikan apa2 manfaat kepada umat islam yang patut diajar ttg alquran dan assunnah!
8:39 PM
tegoklah komen anonymous 4.45,nampak gaya gakap pun dah mcm samseng.
9:01 PM
salam...ai bila dah dibagi teguran terima lah,balik-balik nak againts kat org balik,kalaulah ahli pekida yg rasa dirinya masih kuat iman ,kenapa tak ditegurnya sendiri syabab pas yg dirasakan kurang sopan tu,sedangkan perkara tersebut berlaku didepan matanya.begitukah tindakan seorang ahli kpd sebuah pertubuhan islam.....takkanlah nak melepas tangan tunggu orang lain tegur sedangkan tanggugjawab membetulkan kesalahan hak semua orang......dan andaian sayalah macam manalah org pas sendiri nak pergi program anjuran pekida setelah bermacam gambaran buruk diterima walaupun program itu bagus sekalipun......wallahua'lam.
9:15 PM
Siapa yang kata kita Islam atau beragama Islam. Boleh tak ustaz bagi tau.
11:55 AM
salam semua.. saya di sini ingin menyatakan sedikit pandangan tentang PEKIDA. Saya bukan ahlinya..tapi ada juga rakan saya yang menyertai dan juga ada yang mengajak saya untuk menyertainya.
Bagi saya, pekida ini pada asalnya memang sebuah pertubuhan yang teguh pada prinsip dan matlamatnya,tapi pada masa kini ianya menjadi bualan masyarakat bahawa pekida adalah sebuah pertubuhan yang mempunyai imej negatif.. saya rasa ini adalah disebabkan oleh segelintir ahlinya yang tidak berada di landasan yang betul. Banyak sangat nak jadi mafia, tapi tersilap masuk pertubuhan kot? Jika mereka ini betul-betul mafia, hairan ya.. kenapa orang asing seperti negro dll berani buat hal dalam negara kita.. mereka tidak takut untuk membuat kacau,menganggu masyarakat tempatan dan melakukan jenayah dsb. Sepatutnya 'mafia kita' ni tadi lebih ke depan menghambat negro2 atau apa bangsa sekali pun bagi menjaga atau melindungi orang melayu yakni bangsa sendiri dan juga negara kita.
Dari segi politik pula, ada kaum lain yang sudah berani menentang perlembagaan dan cuba melakukan perkara yang mencabar orang melayu dan agama Islam. Kalau benar lah mereka ini 'mafia', kenapa kaum2 itu berani bertindak sedemikian. Mafia ini g mane?.. Kenapa tidak bertindak sewajarnya?
Apa yang berlaku ialah 'mafia kita' ini lebih menunjuk - nunjuk samseng kepada bangsa sendiri... Kita sebenarnya perlu ada sifat kenegaraan yang tinggi bagi menjaga bangsa kita dan juga negara. Jangan ada orang asing tidak hormat dan berlagak macam negara ini negara mereka sendiri. Orang Melayu ni, kalau dia jaga negara adalah untuk kebaikan semua dari segi perpaduan dan keharmonian negara. Negara kita tanggungjawab kita. Negara kita hak milik kita.Jagalah agama dan bangsa kita dan juga jagalah negara.TQ
5:30 AM
bila sumpah baiah di langgar ahli2 pekida bala Allah lah yang menimpa mereka,..perjuangan pekida adalah islam,bangsa dan tanah air..cenderung saya nyatakan,perjuangan pekida dan parti islam semalaysia adalah sealiran,iaitu menjaga dan memelihara islam di tanah melayu ini..saya juga ahli pekida,...dan saya berjuang hanya kerana Allah,..dan hnya Allah lah yang maha berkuasa...
4:32 AM
pekida pas umno@ llen jemaah semua menyatakan perjuangan tp bg saya ada yg bagus ada yg kurang bagus.ada yg ada akhlak ada yg x ada.ada yg kuat iman ada yg x kuat.semua masih dlm ujian.islam agama akhlak dan ksh syg.dengan nama Allah yg maha pemurah lg maha penyayyang.ini sumpah Allah.ambil iktibar perperangan jamal.provokasi menghancurkan umat yg ksh syg..perpecahan mencapai sasaran.ubahlah para pemimpin kita dengan hikmah. jgn sblh pihak alim sblh pihak tunjuk hero.pas berjuanglah secara sendiri x payah nk pecah belahkan negara.umno patut lebih bnyk insaf bukan nk tunjuk hero.pekida perlu tarbiah ahli2.maaf ustaz dr sy yg maukan org islam kuat.
dr amba bekas penyokong pas umno pekida.sekarang gembira dlm jemaah kerohanian.*suka berk
awan dgn org pas.umno pekida dan lain2.
7:37 AM
personal loan debt consolidation Porn Video
1:19 AM
Sudahlah org kita berpecah dengan politik...Jgn nak sesekali pecahkan PEKIDA untuk kepentingan politik hang nasrudin...PEKIDA ade perjuangannya tersendiri...enough!!!
9:49 AM
Salam,
Jangan dikatakan ahli Pekida, ahli Pas, ahli Umno dan apa jua ahli parti mana sekali pun ada baik dan ada yang tidak. Di sini saya ingin menyatakan kepada Ustaz Nasrudin adakah Ustaz sanggup bersumpah lakhnat menjaminkan 100% seluruh ahli2 pas di setiap peringkat cukup solat 5 waktunya dan menunaikan ibadah lain yg wajib dihukumkan syarak?
Manusia ini diciptakan Allah SWT berbeza2 ragam dan perangainya. Ada org di depan mata kita nampak alim, baik, soleh tapi dibelakang kita wallahualam mungkin lakonan sahaja. Ada juga org di depan mata kita nmpk mcm garang, nampak mcm sombong, di belakang kita wallahualam mana tau mungkin ibadahnya lebih baik dr kita. Ada org juga di depan dan di belakang mata kita Alhamdulillah serba serbi baik sifatnya.
Bila bab tindak tanduk manusia ini biarlah kita tarbiah berjuta kali dan bak kata Ustaz sy, andai turun malaikat didik sekali pun kalau hati menolak tetap xkan terima. Bak juga ada sesetengah org ckp pasang la berjuta kamera AES kalau dh sikap pemandu biadap tetap xde gunanya.
Saya yakin teguran dan kritikan yang Ustaz lakukan terhadap Pekida diambil perhatian penting apatah lagi drp Ustaz yg bukan calang2 orgnya merupakan salah sorg penting di dlm pas malah Pekida sudah pun mengambil perhatian terhadap apa jua perkara berbangkit sejak dr dulu lagi. kalau btl ada salah laku, cukup bukti2 buat laporan. Xde masalah. Buat apa Pekida nak simpan org2 yg bermasalah yg boleh membusukkan namanya sendiri? Betul x? Cuma di sini saya ingin bertanya pd Ustaz adakah pas pula sedia menerima teguran dan kritikan dr pihak lain?
Seperkara lagi, jika ada beberapa pengganas beragama Islam adakah patut seluruh Islam dipersalahkan? Jd sama saja situasinya bkn saja Pekida malah Pas, Umno dll. Ada 2-3 kerat yg bermasalah habis semua xbetul. Berdasarkan artikal Ustaz mgenai Pekida, jd jika ada ahli2 pas yg bermasalah Ustaz bersetujulah bahawa seluruh Pas juga turut bermasalah?
Nak jadi contoh pd umat Islam yg lain perkara yang paling mudah perlu dilakukan jgn bertelagah sesama kita. Bersatu padu, bermesyuarah cara syariat dan cari solusi utk memartabatkan Islam. Org kafir dlm negara kita ni kita jgn igt dorg bodoh. Dorg juga ada akal utk berfikir dan merancang malah penuh berstrategi sampai kita sdiri xperasan cara dorg bergerak utk meruntuhkan umat Islam. Terima kasih. Wassalam.
3:31 AM
Salam,
Saya ingin tambah sikit lagi. Pekida bukan parti politik dan Pekida tidak pro dengan mana2 pihak. Dalam pekida ada org Pas, Umno, Keadilan malah bebas pun ada. Tp bila bab pertubuhan, politik diletakkan diluar. Tu hak peribadi masing2. Sapa menang Pekida hormat pd apa yang telah dipilih dan kami hormat pemimpin2 yg sudah dipilih terutamanya pemimpin beragama Islam walau mungkin ada di antara pemimpin2 tersebut yg bukan pilihan. Terima kasih. Salam.
3:43 AM
pekida dan pas sama2 datang dari rasulullah saw. bersanad dan berbaiah bersandarkan al quran. sejarah perjuangan jalan asal pekida juga datang dari DR BURHANUDDIN AL HELMY spertimna yang kita tahu beliau adalah antara insan yang terawal di dalam pas. kerana nila setitik rosak susu sebelanga. sedangkan ramai antara pemimpin pas yang terdiri dari perjuangan yang sama dengan pekida cuma tidak di zahirkan. bukan fanatik kepada pekida mahupun pas namun perlu disedari bahawa tiada satu pun yang sempurna kerana kesempurnaan milik ALLAH. datanglah ke kelantan kenalilah pekida kelantan. in shaa ALLAH akan ketemui jalan yang lama. saya akui bhwa terdapat segelintir ahli pekida yang berakhlak buruk. pakai rantai dan lain2 yang salah. namun ketahuilah bahawa kami telah mencuba sedaya upaya yang mungkin untuk menegur mereka. bantulah kita sesama umat islam untuk menjadikan islam sebagai tunjang kehidupan secara syumuliyah...
2:26 PM
Akhlak ahli PAS pun bukan bagus sangat. Guna nama Islam dalam parti tapi time pilihanraya sapa yang tak tau, bergaduh, maki mahun, lakhnat orang sana sini. Mana maruah penganut Islam yang di didik pemimpin PAS konon-konannya di hina dan digelak orang bukan Islam? Baring atas pun jalan pun sanggup. Fitnah menfitnah jangan kata la, Dah jd macam makan je. Kapirkan orang sana sini. Dok buat serangan pd Umno kata tak tutup aurat la. Dlm PKR byk muslimah xtutup aurat xnampk pulak. Dyana calon DAP xpakai tudung xnampak pulak. Anak2 ppuan org2 PAS kat tmpat saya pun bukan senonoh sangat perangainya. Xbertudung xtutup aurat. Naik moto dengan jantan bukan muhrim. Dok kata Umno rasuah xde satu bukti pun diusulkan mgatakan Umno rasuah. Anuwar dulu Menteri Kewangan. Seluruh duit kerajaan p mana suma dialah org pertama akan tau. Lps keluar Umno dan bukak Keadilan kalau betul Umno byk rasuah nape xdedahkan bukti rasuah dlm kerajaan sampai skang? Tu maksudnya kerajaan bersih dr rasuah. Cuma isu dan fitnah ini sgaja di bangkitkan untuk merosakkan pemikiran rakyat. Politik korg kotor. Ingat! Jika satu hari korg dpt memerintah negara sekali pun korg menang dengan cara yang kotor. Bala Allah dan kutuk Allah akan datang. Lakhnatlah manusia yang memperalatkan Islam. Di dunia jangan rasa dah hebat, gah guna nama Islam tapi ingat akhirat satu persatu perbuatan korg semua akan diperlihatkan.
4:31 PM
Hahaha..berlage kate ae
7:40 AM
Aq pnye solat x cukup 5 waktu larr..aq kne ckup kn nie..itu la prkare pertame di soal dlm kubur nnti..dlm kubur mana mau lari..solat nie bukti aq islam..kt kubur nnti mlaikat tanye.."siape tuhan kamu"..klu solat aq ckup..snng la aq ckp "allah tuhan ku"..klu x solat..segala amal baik kite diterime..tp x cukup untk tmpah tempat kt syurge..pekida tu baik.tp budk2 yg wt name pekida x baik..biase la budak2 baru nk knl dunia..ala bia kn jela..masing2 nk cipte name..klu nk mrh2 xd gune..lagi la menjadi jadi perangai diorng..hanye allah yg mampu...tp tu la..klu allah da beri pengajaran tkut diorg je x mampu nk hadap
8:08 AM
Hehehe..hal2 ketue kmpong..xyh cmpor la..hahaha.
8:30 AM
Bia kn..mereke x kcau kite pow..tp klu mereke kcu kite..aq cll tentere panji hitam dari arab tauuuu..bia hancur sgala kejahilan.
8:39 AM
Nak tegakkan dakhwah islamiah kena melalui pekida ke baru allah terima..., setakat ni apa sumbangan pekida pada pembangunan dakwah islamiah di malaysia ni? Kalau ada sila nyatakan..
Hanya pekida saje ke yg buat amar makruf nahi mungkar? Betul ke?
Masuk pekida baru betul jadi muslim sejati ke?
Kalau betul sila kemukakan bukti dari segi al quran dan hadis
1:19 PM
Sgt setuju tuan. Takbir!
2:33 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home