" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, February 15, 2009

AKHLAK
MENGHADAPI PILIHANRAYA

Banyak perkara yang terpaksa saya telan biar pun terlalu pahit . Itulah ungkapan yang mampu saya lafazkan mengimbau pengalaman yang cukup berharga tetapi perit dan sukar .

Sejak menyertai PAS tahun 1985 yang lalu , 2 kali saya telah diberi amanah yang cukup berat . Iaitu menjadi calon dalam pilihanraya . Kali pertama pada tahun 2004 di DUN Ibam dan kali kedua pada tahun 2008 di Parlimen Maran .

Perkara yang paling saya tidak suka ialah menjadi calon pilihanraya . Tetapi setiap kali saya menolaknya setiap kali itu pula saya di desak oleh pimpinan untuk menggalas tanggungjawab ini dengan pelbagai hujjah yang akhir saya tidak mampu untuk menyangkalnya lagi . Akhirnya saya terpaksa patuh dan taat kepada arahan tersebut .

Demi Allah , jika saya diberi pilihan nescaya saya memilih untuk tidak bertanding sebalik saya lebih suka menjadi perancang atau penggerak dalam pilihanraya dan calonnya tentulah orang lain yang saya percaya mereka lebih layak dan sesuai berbanding saya .

Pengalaman menyertai pilihanraya

Pengalaman adalah satu ilmu yang tiada di dalam kitab tetapi menjadi iktibar yang sangat berguna kepada kita dan orang lain yang mahu berkongsi . Saya secara peribadi sangat menghargai pengalaman ini . Pengalaman menyertai pilihanraya sebagai petugas sepenuh masa dengan memegang borang E pada waktu itu [ tahun 1990 dan 1995 ] , sebagai wakil calon pada tahun 1999 dan sebagai calon pada tahun 2004 dan 2008

Dalam ruang umum dan pula terhad di sini , saya hanya akan menukilkan beberapa pengalaman penting untuk dikongsi sekaligus saya mengharapkan agar menjadi iktibar kepada semua khasnya petugas pilihanraya dan calonnya di masa - masa akan datang .

Saya percaya di luar sana masih terlalu ramai mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam pilihanraya dengan pelbagai bidang kemahiran atau kepakaran mereka . Ya.... kita pasti sahaja boleh belajar dari mereka untuk kepentingan perjuangan ini . Namun saya bukanlah pakar cuma saya ada sedikit pengalaman suka duka , pahit getir yang boleh dokongsi dan dipelajari bersama .

Pengalaman saya : Akhlak 1 [ menangi hati Pengundi ]

Pilihanraya adalah medan yang disertai oleh PAS untuk menghantar wakil ke DUN atau Parlimen guna membawa mesej perjuangan ke peringkat majlis penggubal undang - undang atau pelaksananya . Justeru itu , adalah menjadi keutamaan kepada jamaah untuk memenangi hati rakyat atau pengundi .

Selain kita mempunyai ahli tegar yang pasti mengundi PAS , di sana kita terpaksa meraih undi dari semua golongan agar mereka juga memberi sokongan atau undi kepada PAS . Cula pasti sahaja menunjukkan bukti bahawa PAS masih belum mampu memenangi pilihanraya sekadar bergantung kepada ahli semata - mata melainkan PAS turut mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuklah golongan atas pagar dan ahli UMNO sendiri .

Realiti ini mestilah diinsafi oleh semua pihak lalu berasaskan keinsafan tersebut kita sewajarnya mengatur langkah bijak untuk mendekati semua jenis pengundi dan pastinya disini , petugas dan calon pilihanraya mestilah kaya budi dan tinggi skill komunikasinya dengan masyarakat .

Ia bukanlah suatu yang mudah . Sementelah pilihanraya mencetus suasana yang cukup sensitif . Banyak faktor pencetus , antaranya kepenatan bertugas pula secara sukarela turut menyumbang kepada ketegangan perasaan ditambah pula pelbagai provokasi dari musuh yang telah menjadi kelaziman dalam musim pilihanraya .

Detik - detik seperti ini kita kena fokus agar dapat meminimakan kelemahan dan kekurangan juga kesilapan . Sebab musuh pastik akan memanafaatkan sepenuhnya kesilapan yang kita lakukan . Sedikit kesilapan erti besar kemungkinan kita akan mengalami kekalahan .

Saya pernah dianggap sombong oleh jentera pilihanraya sendiri dan akhirnya membuatkan jentera berkecil hati malah hambar untuk bekerja ekoran kesilapan yang saya lakukan pada waktu itu . Pengalaman ini tidak mungkin membuatkan saya lupa dan saya pasti akan lebih berhati - hati di masa akan datang .

Kesilapan banyak berlaku dalam komunikasi dan interaksi kita sesama jentera atau dengan masyarakat jika kita tidak berikan perhatian . Mungkin pada waktu ianya berlaku , kita tidak perasan dan merasakan ianya betul atau wajar , tetapi selepas kita mengadakan post mortem ternyata kita dapat mengesan dengan jelas kesilapan yang kita lakukan dan ia mungkin menjadi penyumbang kepada kekalahan . Oleh itu berhati - hatilah !

Pengalaman saya : Akhlak 2 [ penampilan calon ]

Calon antara faktor yang agak besar dalam menentu keputusan pilihanraya . Selain latar belakang , karisma dan karektor calon diambil kira dalam pemilihan calon oleh pihak jamaah , perhatian mesti diberikan kepada penampilan calon semasa memimpin jentera , ahli dan penyokong untuk memenangi pilihanraya .

Calon yang mesra rakyat dan mesra ahli sangat berpotensi untuk menyertai pilihanraya dan memenanginya insyaallah .

Setelah mengalami pengalaman dalam pilihanraya kali pertama , saya cuba mengatasinya pada penyertaan saya kali kedua . Ternyata kesilapan berlaku lagi tetapi dalam keadaan suasana yang berbeza . Walaupun kesilapan itu mungkin bukan kita yang menciptanya tetapi awas ia boleh berlaku dan memerangkap kita .

Apa faktor yang mendorong , boleh kita lihat melalui post mortem . Namun post mortem itu janganlah dibuat berasingan tanpa penglibatan calon itu sendiri , kerana kelak keputusan post mortem itu tidak sempurna dalam beberapa aspek yang lain dan aspek itu ada pada calon yang bertanding .

Kesilapan kedua yang berlaku ke atas saya [ sebagai pengalaman yang cukup mengajar dan mendidik diri ini dan suka saya kongsikan bersama agar tidak berlaku kepada orang lain pada masa yang akan datang ] ialah sewaktu saya ditaklif menjadi ca;lon buat kali yang kedua .

Masih segar dalam ingatan saya . Saat saya terkontang kanting keseorangan diri memikirkan bagaimana mahu saya galas tanggungjawab berat ini , saya didatangi oleh 2 orang sepupu saya yang menawar diri untuk membantu . Saya mengalu - alukan mereka . Mereka mahu membantu saya sebagai pemandu dan pengawal keselamatan .

Sememangnya calon memerlukan pemandu dan pengawal keselamatan . Malangnya kedua - dua sepupu saya ini berwatak gengster . Dengan pakaian ala gengster , cermin mata gelap laksana seorang samseng dan bengis muka seperti berada di medan perang . Saya mula perasan perkara ini pada hari penamaan calon di sebelah petangnya . Kebetulan mereka datang menawarkan diri untuk berkhidmat pada malam penamaan calon .

Saya menyedarinya apabila seorang anggota Nisa' Pusat menegur saya agar menasihati kedua - dua mereka . Namun setelah dinasihati , mereka berdua agak degil dan timbul sedikit pertelagahan antara kami . Sedang saya sibuk dengan aktiviti kempen mereka terus dengan watak mereka dan enggan untuk berubah . Panjanglah ceritanya , tetapi apa yang saya nak quote di sini ialah sangat tidak sesuai seorang calon diiring atau dikawal oleh orang seperti itu dalam musim pilihanraya .

Menakutkan malah menggerunkan pengundi , itulah realitinya . Saya teringat satu insiden yang hampir sama dengan apa yang berlaku ke atas saya , mencetuskan rasa tidak puas hati dikalangan ahli jamaah . Insiden yang berlaku dalam satu ijtima' di Stadium Malawati Selangor [ kalau tidak silap saya ] di mana seorang pimpinan kanan PAS diiring oleh pengawal keselamatan dengan lagak gengster berprofile tinggi memasuki stadium , sedang MB Selangor Tan Sri Khalid pada masa itu kelihatan memasuki stadium seorang diri tanpa pengawal .

Menginsafi pengalaman ini , calon mestilah dikawal keselamatannya kerana risiko dalam musim pilihanraya tidak dapat kita jangka tetapi kita juga mesti ingat pengawal janganlah sampai berwatak gengster kerana ia tidak melambangkan kita mewakili Jamaah Islam .

Pengalaman saya : Akhlak 3 [ Perayu Undi ]

Bermula hari penamaan calon hinggalah hari pembuangan undi , gerakkerja kempen banyak tertumpu kepada aksi perayu undi . Terkadang kita kehilangan imbangan berdepan provokasi musuh . Harus diberi perhatian agar kita tidak terikut rentak musuh .

Sering kita lihat suasana berbalas teriakan dan saling mem"provok" antara satu sama lain . Kadang - kadang mencetus perbalahan yang terpaksa dileraikan oleh polis . Sedikit sebanyak situasi ini turut mencemarkan nama baik jamaah kita sebagai jamaah Islam .

Saya tertarik dengan cara atau pendekatan ustaz Fadhil Noor al Yamani sewaktu mengetuai Kontinjen perayu undi Negeri Pahang dihari pembuangan undi semasa pilihanraya kecil Kuala Terengganu tempohari . Sedari awal Ustaz Fadhil Noor mengajak perayu undi berselawat dan berzikir dan sesekali diselang dengan doa memohon pengundi dilembutkan hati agar mengundi PAS serta laungan takbir yang menggerunkan pengundi "hantu"

Pendekatan ini cukup melunakkan hati pengundi atas pagar bahkan UMNO sendiri terpukau dan sebahagian memuji cara ini berbanding Puteri UMNO yang tidak sudah - sudah dengan aksi manja - gelenyanya berbalas teriakan dan siulan dengan pengundi . Lebih malang ada pula perayu undi kita turut mengikut telatah mereka . Harap hal seperti ini juga tidak lagi berlaku dalam pilihanraya yang akan datang .

Kesimpulannya .

Masih banyak perkara , yang perlu kita belajar dan beri perhatian yang ketara . Cuma apa yang saya sebutkan ini sekadar apa yang saya alami untuk diambil iktibar dalam menentu gaya dan cara . Kita boleh jadi baik dan matang dengan pengalaman kita sendiri walau tidak seberapa . Kita juga sewajarnya tidak takut untuk mengakui lalu belajar dari kesilapan sendiri sekalipun hati kita luka dan mencengkam rasa .

Esok atau lusa , kita meredah masa dengan membawa pengalaman silam untuk terus berjuang dan berjasa . Tidak kira apakah kita dinista atau dipuja , jiwa pejuang mestilah tabah , sabar dan perkasa .

Benarlah kata pujangga , kita tidak punya banyak masa untuk bersahaja sedang ummah memerlukan kita . Ayuh kita tampil bergaya membawa amanah perjuangan dengan kudrat dan nyawa yang masih bersisa . Apakah kesilapan lalu membuat kita hilang bisa ? sehingga sukar kita menahan rasa ?

Yakinlah kita pada Tuhan Yang Maha Esa , Tuhan Yang Maha Pengampun akan hambanya asalkan ia bertaubat dari salah dan dosa . Insyaallah , berbekalkan taqwa kita pasti berjaya .

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

perkongsian yang baik...syukron !

kalau menyorot kepada sejarah silam, kita dapat melihat rupa 'bala tentera' islam yang Allah turunkan rasa kegerunan kepada musuh-musuh mereka.

teringat pada kehebatan kisah sultan muhamad al fateh yang telah menjadikan maharaja konstatine hilang punca dan menggeletar menahan rasa kegerunan...baginda sultan melayarkan 70 buah kapalnya di atas daratan menuju ke 'tanduk emas' dengan kekuatan takbir dari bala tenteranya, bergema dan hampir saja merobohkan benteng kota yang kukuh itu.Pada hari konstantinopel ditaklukinya, dia telah buktikan dialah penakluk bertuah yang Baginda maksudkan dalam hadis baginda " raja yang baik dengan tentera-tentera yang baik"...

saya setuju ustaz....untuk memenangi perjuangan pilihanraya ke atas musuh , kita seharusnya memiliki 'pemimpin yang baik dan petugas-petugas yang baik"

cadangan saya :
pamplet dan bahan cetakan bukan saja disediakan utk diedar pada para pengundi, petugas juga harus sentiasa ada 'helaian tazkirah' yang dititipkan utk mereka sepanjang bertugas dan berkempen p/raya...mudah-mudahan ia menjadi panduan dan pedoman dalam berkerja agar tidak terbabas dari landasan yang sepatutnya...dan menjadi panduan agar sepanjang tempoh melakukan tugasan tidak terputus pergantungan serta ketaatan kepada Allah swt

saya mendengar salahuddin al ayubi tidak akan membawa tentera yg mengikutinya berperang sesiapa yang tidak melakukan tahajud. Saya pula pernah tengok petugas pas yang sibuk menggantung poster 'abaikan' solat wajibnya...Ya Allah, macamana kita nak ada kekuatan ??

11:46 PM

 
Blogger refah00 said...

Moga pemimpin dan ahli Pas semakin matang dalam pilihanraya.

12:29 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Masa mematangkan perjuangan.sesungguhnya Maha Benar janji Allah SWT untuk tidak mensia-siakan perjuangan menegakkan serta memartabatkan Islam..Takbir!!! ~sahabat awah~

12:32 PM

 
Blogger Kalam Puncak said...

Syukran ustaz atas penekanan perkara ini. Saya suka benar bila perkara ini disentuh.

Rata-rata sahabt seperjuangan seolaha-olah hilang syaksiahnya tatkala pilihanraya menjelang.

Dari pemasang bendera berseluar pendek, pengibar bendera mat rempit, perayu undi bagai menyorak bola dan macam2 lagi kerenah, segalnaya memalitkan arang di wajah jemaah yang mendokong Islam.

Kebanyakannya terlepas pandang aspek ini. Apakah imej dakwah dan syaksiah Islamiyah ini menjadi perkara enteng di mata ahli? Adakah kita ingin memaparkan syaksiah jemaah yang tidak ubah seperti UMNO yang berwarna hijau berbulang penuh?

PAS munglkin perlu banyak belajar dari PKS berkenaan perkara ini. Syaksiah pak guard2 mereka pon sudak kita terpukau dengan kecantikan akhlak ISlam [pengalaman].

Jzk

12:09 PM

 
Anonymous Anonymous said...

dugaan juga ya bila masuk bab pilihan raya ni. Banyak yang boleh belajar. Bagi pendapat saya, jika ada seorang wakil pas kat kawasan saya yang sentiasa peka dengan masalah jiran tetangga dan masyarakat di kawasannya, pasti mereka ini dikenali dan terus disokong dan munkin mendokongnya di luar dan di dalam pilihanraya. =)

4:13 PM

 
Anonymous Anonymous said...

sy syg parti islam yg dulu.x perlu combine dgn parti yg ada kpentingan diri (dap) dan parti hasad dengki.(pkr).tp apakan daya masa dah terlambat.

8:32 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home