" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, February 22, 2009

Iklim Politik Malaysia Semakin "GANAS"

" Belum lagi jadi Perdana Menteri , politik Malaysia telah kucar kacir , kalau dah jadi Perdana Menteri , hancur Malaysia nih ...."

Begitulah rungutan ramai orang bila ditemui di kedai - kedai kopi . Tanpa selindung mereka melahirkan rasa bimbang . Rata - rata melihat Datuk Najib "pengganas" baru yang mencetus malapetaka dalam iklim politik dan sosial negara hari ini .

Bermula dengan adegan merompak Kerajaan Negeri Perak , satu persatu insiden yang jelas menunjukkan iklim politik Malaysia hari ini kian ganas dan tidak berperikemanusiaan .

Ugutan bunuh ke atas Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang , ugutan bunuh ke atas Arumugam bekas ADUN Bukit Selambau Kedah , pengedaran foto bogel Elizabeth Wong ADUN Bukit Lanjan Selangor , ugutan bunuh ke atas Yb. Siva Speaker DUN Perak , membeli wakil rakyat , sekatan ceramah , rampasan akhbar Harakah dan Suara Keadilan , mengheret Raja - raja Melayu ke dalam kancah politik dan 1001 tragedi yang menimbulkan keresahan rakyat.

Apa kita nak buat ni ?

31 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Alah..yang buat kucar kacir tu siapa sebenarnya?suku sakat mana yang dok baring kat tengah jalan sambil kibar2 bendera palestin(??)Konon nak mati mati syahid..HEHEHEHEHEHE...

3:38 PM

 
Blogger Ayiem said...

Anonymous said...

Alah..yang buat kucar kacir tu siapa sebenarnya?suku sakat mana yang dok baring kat tengah jalan sambil kibar2 bendera palestin(??)Konon nak mati mati syahid..HEHEHEHEHEHE...

Melihat pada komen penakut juak najib neh,lagi jelas kepada kita bahawa hanya manusia-manusia 3/4 yang masih lagi mempertahankan kerja kotor pemimpin mereka.Juak-juak penyokong membawa rebah seperti inilah yang menyebabkan malaysia kita lebih cepat hancur.

Apa yang jelas salah didepan mata seolah-olah tidak dihiraukan tetapi rakyat yang menyatakan rasa ketidakpuasan hati dengan kerja kotor pemimpin rakus seperti najib pula dipersalahkan,dangkal benar pemikiran juak penjilat neh......

7:12 PM

 
Anonymous Anonymous said...

alaa rilek le apa nak serius sangat bukannya kau pun yang nak kena undi nanti.takde sape nak jilat sape2.

8:21 PM

 
Anonymous Anonymous said...

alaa rilek le apa nak serius sangat bukannya kau pun yang nak kena undi nanti.takde sape nak jilat sape2.

8:21 PM

 
Anonymous kacang botol said...

anonymous tu mulut celupar betul la, entah umno ke aper

8:27 PM

 
Anonymous Anonymous said...

eh yeke aku umno?jangan la marah..coolll coolll...moh belaja menari boleh gak belajar senyum senyum sikit..takde la asyik nak panas membangkang tunjuk perasaan aje hari hari..anak bini kat rumah tu dah bagi makan ke?cukup bekalan rumah?ke duit dah abis nak menunjuk perasaan..HEHEHE

8:58 PM

 
Anonymous Anonymous said...

lain cakap,yang ambik dan edar gambar berahi(uh..uh..)Elizabeth wong@llliiiizzzz(sebut dengan nada gedik)umno ke?betui ke?betui umno?

9:07 PM

 
Anonymous Anonymous said...

sungguh dangal pemikiran org2 umno. msh lg fikirkan persoalan2 kuno. sedangkan dunia sekarng berdepan dgn bermcm2 cabarn. akibat minda yg sempit dah terkongkong dgn hegemoni umno/bn, org2 umnno tak berupaya untuk berfikiran terbuka jauh sekali untuk bertolenrasi.. malangnya malaysia mempunyai rakyat(umno/Bn) yg tak mahu akn kemajuan tanah air samaada dr segi agama dan kestabilan politik. inilah politik serba boleh acuan umno/Bn-yg salah jd tak salah, tak salah jadi salah, dapat jadi tak dapat, yang tak dapat jadi dapat..

9:49 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

sungguh dangal pemikiran org2 umno. msh lg fikirkan persoalan2 kuno. sedangkan dunia sekarng berdepan dgn bermcm2 cabarn. akibat minda yg sempit dah terkongkong dgn hegemoni umno/bn, org2 umnno tak berupaya untuk berfikiran terbuka jauh sekali untuk bertolenrasi.. malangnya malaysia mempunyai rakyat(umno/Bn) yg tak mahu akn kemajuan tanah air samaada dr segi agama dan kestabilan politik. inilah politik serba boleh acuan umno/Bn-yg salah jd tak salah, tak salah jadi salah, dapat jadi tak dapat, yang tak dapat jadi dapat..


=Apa kurangnya PAS,Kalau benda melibatkan PR semuanya tak salah tapi kalau BN semua salah..lagi best boleh bikin macam fatwa tuu..terer siot PAS!!

10:52 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Apa betul kalau PAS memerintah Malaysia ni maju??gila apa..semuanya HARAM!!!Jadi Negara Taliban Malaysia ni!!HEHEHE

10:53 PM

 
Anonymous Raja kapoor said...

woi anonymous 10.53

mane ko tau kalo pas perintah sumenye jadi haram? ko igt pas ni agama ke?yg haram tu islam yg letakkan hukum haram. bukan pas. pas cuma melaksanakan je.ha...nampak sgt la ko ni bangang x pikir panjang. minda pencacai kelas bawahan. nampak sgt x intelek.

1:13 AM

 
Anonymous Anonymous said...

kepada semua saudara saya yang memahami, menyokong dan mendokong perjuangan Pas...

saya harap kita tidak mengambil sikap melayan 'anonymous' pertama itu kerana kita membaca penulisnya sengaja melakukan provokasi utk panaskan hati kita semua. Ini kerana mereka sudah lama merasa panas di hati mereka lantaran cita-cita jahat mereka ada saja yang ditentang oleh kita. Penulisnya memperlihatkan kepribadian yang rendah serta corak pemikiran yg tiada moral. Maka sepatutnya kita biarkan saja dia menghina dirinya sendiri dan jangan pula kita mengikut emosinya sedangkan kita jelas keperbezaan kita dengan dia ini.

saya setuju berbanding Pak Lah...Najib lebih 'buas' nafsu politiknya. Dalam era sekarang Najib tak boleh seronok sangan menzalimi rakyat, ramai yang dah cerdik dan berani.Sampai bila undang-undang negara nak melindungi beliau....satu hari nanti semua pakaian kebalnya akan dilondehkan dan keaibannya akan terpampang satu-persatu. najib pasti akan dihinakan juga kalau dia terus zalim....

5:12 AM

 
Anonymous Anonymous said...

eeceeehhhhhhh....nak cakap pasal moral konon puak2 talibanterism ni..HAHAHAHA!!!Selama ni sapa yang asyik paannaassss aje..pakai kopiah tapi mengamuk kat tepi2 jalan!siap Takbir pulak tuu..haha!bangang giler..melayu perasan arab..kes perak disamakan dengan palestin..HEKEHEK

9:41 AM

 
Anonymous Anonymous said...

PKR!!(DEMOKRASI!!)DAP(DEMOKRASI tapi melayu mungkin akan ditindas)..Dua parti ni kalau cakap Demokrasi aku SETUJU!!!!
Tapi PAS??????Demokrasi???Hahahahahaha!!!!!Aku pun tak nampak apa beza PAS dengan UMNO..Mungkin UMNO bagus sikit kot.

9:45 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Anak kecil main api,terbakar hatinya yang sepi.orang melayu bodoh nk mampos,ari2 nk gado psl politik.nnti yg dikendong keciciran yg dikejar x dpt.memang bodo org melayu ni.ekonomi dh hancur.tinggal kuasa politik tp dok x sedar diri.fitnah sana,fitnah sini.apa dah jadi.baik kiter tinggalkan nama bangsa dan jadilah para muqtaqin yakni yang bertakwa kepada Allah.Di akhirat xdenye kiter nak cakap melayu.jadilah insan yang sederhana dari segala segi.jangan jd pelampau

11:28 AM

 
Anonymous Anonymous said...

melayu memang bodoh pun!!!!!!gaduh pasal politik tak habis2!!padahal bangsa lain dah pun pikir benda lain.PAS ataupun UMNO..cubalah sedar sikit..ditegur marah dibiarkan parah!

11:41 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Pelabur asing mula tunjuk minat: Zambry

IPOH: Pelabur asing dan tempatan kini kembali menyatakan minat untuk melabur di Perak selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri, kata Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, ia dibuktikan menerusi minat yang ditunjukkan pelbagai pelabur termasuk yang pernah memberikan komitmen ketika BN memerintah dulu dan `menyepikan diri' selepas Pakatan Rakyat memerintah.

"Sebagai contoh, sebuah syarikat sudah memberikan komitmen untuk melabur RM50 juta pada hari pertama saya masuk ke pejabat Menteri Besar dan syarikat Spacetoon International, pelaburan yang kita usahakan ketika pemerintahan BN sebelum ini, berminat meneruskan projek mereka di sini," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Perkhidmatan Awam di sini hari ini, Zambry berkata beliau tidak mengambil kisah jika Pakatan Rakyat mendakwa pelaburan tidak masuk ke Perak selepas BN mengambil alih, kerana ia boleh dibuktikan menerusi data serta fakta dan bukannya kenyataan retorik semata-mata.

"Apa yang sebenarnya berlaku ialah tidak banyak pelaburan yang masuk ke Perak dalam tempoh kira-kira 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah negeri ini," katanya.

12:48 PM

 
Anonymous Anonymous said...

memang keje UMNO pn..ye la tak buat mcm tu mcm mana nk cari makan beb..
nak dapat projek pun susah sekarang ni..ye la negeri-negeri maju sumer pakatan amik..

aku yg hina,
PEMUDA UMNO

5:36 PM

 
Blogger puteramanjung said...

Salam perjuangan!!!

Al- Fadhil Ust. Din pernah menyatakan perjuangan dan dakwah merupakan suatu episod yang sangat panjang. Mehnah dan tribulasi dalam perjuangan merupakan dugaan dan cabaran seorang pejuang Islam. Jadi, iklim politik di Malaysia yang semakin ganas merupakan rencah dalam diari kehidupan seorang pejuang.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan wadah perjuangan menegakkan kalimah Allah di Malaysia. PAS merupakan suatu mata rantai dalam sistem gerakan Islam di seluruh dunia. Jikalau HAMAS berasa sakit akibat Zionis Israel, maka PAS dan Pakatan Rakyat (PR) sudah tentu berasa sakit dengan permainan UMNO / BN yang dikatakan sudah di penghujung usianya. Suatu analogi, orang yang hampir lemas (UMNO/ BN)sudah tentu akan menarik orang di sekelilingnya untuk berpaut bagi menyelamatkan dirinya. Oleh yang demikian,tugas sebagai pejuang dan pendakwah sama ada membaca talkin atau berusha memberi kesedaran kepada orang di sekeliling UMNO/ BN supaya tidak ikut serta tenggelam dalam kemunafikan dan kekufuran.

Justeru itu, menurut Al- Fadhil Tuan Guru Presiden, PAS mempunyai rahsia yang tersendiri dalam mendisiplinkan ahli dan calon. Jarang kedengaran, ahli kita yang melompat parti walaupun terdapat juga yang gugur dalam perjuangan. namun begitu, kita sebagai sahabat dalam perjuangan perlu berlapang dada dan sentiasa bersangka baik akan sahabat tersebut.

Dalam pada itu, aqidah yang salim, akhlak yang luhur, ilmu yang betul dan jiwa pejuang sangat diperlukan dalam perjuangan. Walaupun mengambil masa yang panjang, namun dekatilah mereka dengan kata- kata yang baik seperti perintah Allah kepada nabi Musa agar berkata- kata baik terhadap Firaun.

Jadi, episod Najib dan konco- konconya merupakan cabaran dan dugaan terhadap kita sebagai pejuang Islam dan keadilan serta penyelamat kepada orang- orang dianiaya oleh mereka. marilah kita bantu orang yang dizalimi dan orang yang zalim.

Teruskan usaha Ustaz dan sahabat- sahabat di Pahang dan Dewan Pemuda PAS Pusat umumnya. Siru ala Barakatillah. Allahu Akbar.

Sahabat lama,
almahdi
Seri Manjung

1:11 AM

 
Anonymous Anonymous said...

ermmm..ni malaysia bukan palestin pak melayu perasan arab woiii....cuba bangun sikit..nak sangat jadi orang palestin pegila tinggal sana..BN disamakan dengan zionis??kelakar sungguh ah kome ni Pas.

8:30 AM

 
Anonymous Anonymous said...

DAP hina Islam?

Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.

‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas ucapannya semasa majlis penyerahan Dana Zakat Program Didik Cemerlang Akademik 2009 di Sungai Dua di sini semalam.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Shabudin melahirkan rasa kurang senangnya terhadap penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang yang bertujuan meletakkan semua agama, termasuk agama Islam sebagai sama rata dengan agama-agama lain.

Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu.

Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri. Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek Gelugor berkata, agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

9:11 AM

 
Anonymous Mass said...

Salam..
Inilah yang Yahudi dan Zionist mahukan..perpecahan dikalangan umat Islam..kerana perpecahan itu lemah, dan yang lemah itu mudah untuk dikuasai. Kita semua (x kira Umno atau Pas) bergaduh sesama sendiri, mereka di atas sana, gelak ketawa melihat kita sambil berkata "rancangan kita BERJAYA!" Kita hanya memperbodohkan diri sendiri bergaduh sesama sendiri..berkata2 kesat dan keji. Kita hanya melemahkan diri sendiri sahaja. Kita x sedar kita sedang dimanipulasi oleh iluminati-iluminati Dajjal. Hidup kita di dunia ini tidak lama..60-70 tahun lepas tu habis. Apakah kita isi hayat kita yang pendek itu dengan bergaduh sesama sendiri. Ayuh saudara2 semuslim (baik UMNO atau PAS), bangunlah dari tidur, bukalah fikiran yang sempit, bebaskan diri dari perhambaan kepada Nafsu dan Syaitan..tingkatkan Iman dan Taqwa kita, bersatu hati, supaya kita kembali menjadi umat yang kuat seperti suatu waktu dulu.

11:30 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Tuan,
anda memang ulamak celaka akhir zaman!

12:59 PM

 
Anonymous Anonymous said...

siapa yang tuan maksudkan 'ulamak celaka' tu??Aku rasa apa yang saudara mass tu cakap 100% Betul!!Tapi malangnya ada satu golongan dari satu jenis parti tu perasan bagus sangat,kononya islamik sangat,merusuh sana sini..kengkadang nampak macam tak kena tempat dan gaya(lucu pun ada).dorang tak sedar yang dorang sekarang tengah kena gelakkan oleh 'geng geng' dari 'satu pakatan' depa sendiri...Huhu

2:28 PM

 
Anonymous Anonymous said...

mursyidur Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat selama ini dilihat seorang yang cukup lembah-lembut, berhemah walaupun cakap-cakapnya penuh dengan sindiran dan mahu mengenakan orang lain. Mungkin bagi orang Kelantan, watak seperti ini adalah watak ulama yang mereka terima, menyebabkan Nik Aziz sudah semakin hampir mencapai rekod 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan, tanpa sesiapa mampu menggugatnya.

Kini, ketika kecoh cerita YB Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mempunyai gambar bogel dan ia tersebar melalui internet, ramai yang ternanti-nanti komen pemimpin PAS, khususnya Nik Aziz. Seperti biasa, disebabkan Elizabeth itu datangnya dari PKR, maka berkatalah Nik Aziz, tak salah perbuatan tu dan dengan lain perkataan, semua pimpinan PAS dari kalangan Wanita (baca: muslimah) menyokong supaya ADUN Bukit Lanjan itu, jangan mengosongkan kerusi.

Berpeluk-peluklah muslimah kerana kononnya Elizabeth dianiaya.

Nun, dari Parlimen, Datuk Ibrahim Ali yang dikenali sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas) melahirkan rasa muak dengan sikap hipokrit pemimpin tertentu yang kononnya terlalu berjurus tetapi hakikatnya, tidak. Ramai yang mentafsirkan kata-kata Ibrahim Ali itu ditujukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maka, bangkitlah panglima Anwar, MP Padang Serai, Kedah Gobalakrishnan (PKR) dan MP Shah Alam (PAS) untuk mempertahankan ‘insan hipokrit’ yang dikatakan oleh Ibrahim Ali. Dari sini bermulalah serangan PAS dan PKR terhadap Ibrahim Ali, termasuk dari mulut Nik Aziz sendiri yang mencabar Ibrahim Ali supaya mengosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas yang dimenangi atas tiket PAS.

Maknanya, dalam suasana politik hari ini, PAS tidak kisah kalau seseorang wakil rakyat berbogel (bukan ditujukan kepada YB Elizabeth Wong) kerana PAS akan mempertahankan mereka yang bersedia untuk berbogel (di rumahlah) tetapi jangan sesekali mengatakan seseorang pemimpin pembangkang yang dicintai mereka, hipokrit.

Pemimpin PAS tentunya tidak suka mereka dikenali atau digelarkan dengan gelaran hipokrit kerana mereka mahu dikenali sebagai seorang ilmuan, ulama, alim dan baik walaupun ada wakil rakyat PAS di Kelantan ditegur hakim Mahkamah Syariah baru-baru ini, kerana didakwa tidak membayar nafkah anak selepas bercerai dengan isteri muda.

Wakil rakyat seperti ini tidak salah moralnya dari kacamata Nik Aziz dan saf kepimpinan Pas. Malahan, pengundi di DUN Melor Kelantan mungkin akan memberi undi lagi kepada wakil rakyat mereka ini jika dipilih sebagai calon PAS dalam PRU 13 yang akan datang. Tidak mustahil selepas ini jika tidak melanggar undang-undang, PAS boleh menjemput YB Elizabeth Wong, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang mengaku gambar bogel yang tersebar itu adalah gambarnya, menyampaikan ceramah dan ucapan di Kelantan.

Tetapi, Ibrahim Ali tidak boleh. Tidak boleh lagi menggunakan lambang PAS dan kalau boleh, berhenti sekarang. Kosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas sekarang, kata Setiausaha PAS Kelantan, Takiyuddin Hassan yang merupakan ‘penasihat kiri’ Nik Aziz sekarang.

Orang PAS tidak peduli dengan moral berbogel kerana mereka sukakannya! Cuma, di luar sana, disebabkan mereka tidak cantik seperti Elizabeth, maka tidaklah sesiapa berminat mencarinya. Kalau ada muslimah PAS comel-comel macam YB Elizabeth, mereka juga boleh berbuat begitu, kerana Nik Aziz kata, tak salah. Yang salah, Ibrahim Ali. Ibrahim akan hilang deposit jika bertanding atas tiket Bebas.

Wow! Nik Aziz memang hebat. Boleh komen serentak antara bogel dengan hipokrit. Pemimpin Pas yang ditegur hakim mahkamah syariah kerana tidak bayar nafkah anak, tidak dikomen langsung oleh Nik Aziz dan Takiyuddin tetapi disebabkan ‘boss endorgen’ kena ‘tembak dengan peluru hipokrit’, maka bangkit mereka dari lena dan bergerak seperti pocong dan zombie kampong pisang.

Dalam Umno, Ibrahim Ali ada mengalami nasib seperti Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau. Kalau yang jahat-jahat, biasanya ada kaitan dengan Khairy. Dulu, kalau ada benda-benda tidak betul, tentulah ia dikaitkan dengan Ibrahim Ali.

Bila Ibrahim Ali bertukar parti, orang-orang PAS gelar dia katak. Tetapi bila orang-orang PAS melompat, mereka tidak digelar katak. Apakah Ibrahim Ali seorang sahaja yang melompat? Datuk Nakhaie Hj Ahmad, bekas Naib Presiden PAS masuk Umno, bukan melompat?

Allahyarham Tan Sri Asri Haji Muda meninggalkan PAS (kerana PAS menolaknya) kerana memimpin Hamim dan kemudian masuk Umno, bukan melompat? PAS mahu melupakan jasa Asri hanya kerana Asri tidak mati bersama-sama PAS? Ramai lagi sebenarnya melompat. Mereka meninggalkan PAS atas kesedaran awal mereka. Jika mereka tidak sedar, maka jadilah mereka sama seperti pemimpin yang meredakan berbogel sekarang.

Dalam zaman ini, cubaan membunuh diri pun seperti dibolehkah di dalam PAS, ketika Nik Aziz mempertahankan berbogel. Itulah sebabnya, penyokong PAS sanggup ‘cuba membunuh diri’ dengan berbaring di atas jalan raya ketika kereta yang membawa Raja Muda Perak mahu memasuki jalan ke Istana Bukit Candan.

Kecelaruan ini dicipta oleh PAS, PKR dan DAP. Satu gabungan di mana, berbogel kerana ‘perbuatan khianat BN’memang dibolehkan! Jadi untuk berbogel, siapkan alasan, ini angkara BN. Anwar Ibrahim, apabila ada lelaki bernama Saiful membuat repot polis menuduh Anwar meliwatnya, maka jika jawapannya ‘ini adalah konspirasi BN’ maka semua penyokong PAS, DAP dan PKR akan terus menyokong Anwar kerana ‘ini angkara BN’.

2:44 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Ya Allah...Engkau maha melihat dan maha mendengar...Engkau maha pemberi pembalasan..

sesungguhnya kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu tulis.....medan dibuka dengan luas jadi kamu menulislah sepuashati.....tapi bagi yang ada pegangan agama, kamu tentu faham kamu akan jawab di hadapan Allah atas tulisan kamu ini

4:44 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Ya Allah...Engkau maha melihat dan maha mendengar...Engkau maha pemberi pembalasan..

sesungguhnya kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu tulis.....medan dibuka dengan luas jadi kamu menulislah sepuashati.....tapi bagi yang ada pegangan agama, kamu tentu faham kamu akan jawab di hadapan Allah atas tulisan kamu ini


=Hahahaha!!!!Macam la PAS tu bagus sangat..kenapa?Berdosa besar ke mengkritik PAS??Kritik UMNO tu dapat pahala la?macam tu??

3:51 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam buat semua.

Seketika dahulu, mungkin ramai yang telah lupa, PAS telah mengeluarkan fatwa kepada ahlinya bahawa anggota UMNO adalah kafir disebabkan 'bersekongkol' dengan orang kafir. Hanya ahli pas layak digelar Islam.
Tetapi pada ini, nampaknya 'ludah' PAS kepada UMNO dahulu (yang telah jatuh diatas tahi anjing) telah dijilat semula oleh mereka tanpa malu.

DAP yang secara terangan menolak perbentukan negara Islam telah dijadikan kawan karib, sehingga dijadikan teman tidur walaupun mimpi tidak sama. PKR yang hanya berpaksikan kepada anwar yang hanya tahu menimbulkan kekacauan dijadikan panglima mereka.
Benarlah kata bijak pandai, apabila nafsu dan ketamakan sudah menguasai diri, halal dan haram sudah tidak dipandang lagi. Renungkanlah sejenak wahai ahli PAS.Jika dahulu ahli UMNO dituduh kafir, bukankah sekarang kamu sedang mengkafirkan diri kamu sendiri???
Siapa saya untuk mengeluarkan kenyataan ini. Kamu yang menganggap diri kamu 'ulama PAS' lebih tahu..

10:59 PM

 
Blogger eden said...

kelakarlah Raja kapur ni, Pas pelaksana Islam. Ko ingat Allah nak meletakan kerja-kerja Tuhan kat PAS ke? Urusan Tuhan tetap terpelihara.
Percaya sangatlah PAS tu pelaksana Islam ... Kena gorenglah korang..
PAS tu hanya parti politik je tak lebih tak kurang...

4:09 PM

 
Anonymous Anonymous said...

tahniah kpd pas dan umno krn telah berjaya membuatkan para penyokong bertelagah.
*from munafiqun dap.

sedarlah kamu bangsa yg x lama lagi kan bermandi darah jika trus begini.umno ikutlah hukum Allah yg pas warwarkan tu.pas nasihatlah para pamimpin kamu ,penyokong kamu dan pemimpin umno.krn kamu mempunyai ilmu agama.mana akhlak islam kamu.bukan bersatu dgn org yg akan ambil kesempatan dgn kamu sebentar lagi(dap).

8:50 AM

 
Anonymous karimun jawa said...

Ayo wisata liburan bersama keluarga, dengan mengikuti paket wisata karimun jawa kita yang termasuk biro wisata karimun jawa berpengalaman karena memberikan paket karimun jawa murah, ada paket backpacker karimunjawa, paket tour karimun jawa 4 hari 3 malam, paket karimun jawa 3 hari 2 malam, paket murah karimun jawa 2 hari 1 malam, atau paket karimun jawa honeymoon. paket karimun jawa kami sangat memuaskan dan berkesan, info tour jadwal kapal ke karimunjava island lebih lanjut bisa menghubungi www.karimunjawakita.com,
Tapi bila anda ingin belanja online mebel jati atau mebel jepara or furniture jepara yang bisa anda jadikan pilihan karena ada harga perabot murah dari kami, silahkan berkunjung ke website www.jeparaapik.com yang juga menjual ukiran jati, kursi tamu meja makan murah almari jati bufet lemari jam bangku minimalis sofa ukir bale-bale kayu dipan antik, terimakasih

5:19 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home