" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, February 25, 2009

UMNO : Diabetes yang Kian Parah

Sebelum ini kita telah mendengar bagaimana Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO menyarankan agar Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO dibubarkan demikian juga Putera dan Puteri UMNO demi menyelamatkan UMNO justeru rasuah yang terlalu parah .

Awalnya saya melihat saranan ini agak lucu biarpun saya memang yakin UMNO yang tidak pernah menilai dosa pahala dalam orientasi pentadbiran dan organisasinya itu boleh saja terjebak dalam kancah rasuah yang parah ini .

Namun sebelum ini saya tidak menemui angka yang benar - benar menunjuk tanda aras betapa parahnya rasuah dalaman UMNO yang telah saya sifatkan sebagai penyakit diabetes tahap kronik kini dihidapi oleh UMNO .

269 Calon bertanding : 900 Aduan Rasuah

24 - 28 Mac kelak bakal berlangsung Pemilihan di pelbagai peringkat jawatan dalam parti UMNO . Sehingga November tahun lepas sahaja , Lembaga Disiplin UMNO telah menerima 900 aduan rasuah menjelang pemilihan kepimpinan partinya . Wallahualam , berapa pula kes rasuah yang belum atau tidak diadukan ke Lembaga tersebut .

Lebih memeranjatkan bagaimana laporan yang menyebut salah seorang calon Timbalan Presiden UMNO berdepan dengan 400 aduan rasuah ke atasnya .

Sungguh mereka belum disabitkan bersalah , tetapi jika sampai 400 aduan rasuah atas seorang individu pula dibuat oleh ahli parti sendiri tentu sahaja mencemarkan integriti atau kredebiliti pemimpin yang dicalonkan juga parti UMNO turut dipalit najis .

Kalau aduan itu datang dari pembangkang , katalah itu memang kerja pembangkang mencari kelemahan UMNO . Tetapi jika aduan datang dari ahli sendiri dalam jumlah sebanyak itu , apalagi alasan untuk menyembunyikan kesan luka kudis yang sedang membarah lagi membusuk .

Rasionallah saranan Tengku Ahmad Rithauddeen agar kesemua sayap UMNO itu dibubar [ baca dipotong ] segera demi menyelamatkan UMNO kerana kudis rasuah yang sedang bernanah itu pasti sahaja akan merebak dan memamah hati jantung UMNO seterusnya membunuh UMNO dalam masa yang singkat .

Lebih malang , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Ekonomi Negara di Parlimen semalam berkata , Lembaga Disiplin UMNO tidak akan membuka semula kes - kes rasuah melibatkan pemimpin parti yang telah ditutup oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [ SPRM ] . Alasannya SPRM telah siasat dan tiada bukti atas pertuduhan lalu kes ditutup oleh SPRM .

Tidak hairanlah pada 30 Januari lalu , ahli - ahli UMNO sendiri mengadakan demontrasi di perkarangan Menara Dato' Onn ketika Majlis Tertinggi UMNO sedang bermesyuarat bagi membantah Lembaga Disiplin UMNO dan SPRM . Mereka turut membawa sepanduk yang bernada sinis dan mengutuk SPRM .

"Kami Menolak SPRM , Boleh Belah !" ........ " jangan ambil hak ahli UMNO " ................ " Lembaga Disiplin Sudah Nyanyuk " .... antara sepanduk yang dinaikkan .

UMNO Patut Pecat Tengku Rithauddeen

Jika UMNO telah hilang kepercayaan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin mereka sendiri malah Pengerusinya Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen ini sebagai orang tua UMNO telah dianggap nyanyuk , UMNO perlu memecat Tengku Rithauddeen dan menggantikannya dengan orang lain. Bukan sahaja saranan Tengku Riyhauddeen ditempelak kini beliau dianggap nyanyuk .

Lantaran itu , untuk apa lagi UMNO berdolak dalih melainkan segera memecat Tengku Rithauddeen yang banyak menimbulkan keresahan kepada UMNO dan saya mencabar UMNO agar memecatnya demi membuktikan UMNO benar tidak bersalah sebaliknya Tengku Rithauddeen yang mengada - ngadakan cerita serta membesar - besarkan berita .

Benarlah kata Tok Guru Nik Aziz ketika saya menemui beliau di pejabatnya baru - baru ini bahawa UMNO akan musnah dalam tempoh tidak lama memandangkan seriusnya rasuah yang menjalar dan menular dalam segala urat saraf UMNO hari ini .

Lantas pesan Tok Guru : Persiapkan PAS terutama Pemudanya agar bersedia menjadi parti alternatif untuk memimpin ummah setelah keruntuhan UMNO dan BN kelak .

14 Comments:

Blogger ziddy said...

lm2 kene potong kaki pastu potong tgn sebab dah makin busuk.
pas dan umno mmg xboleh bersatu sbb

i. wadah perjuangan berbeza. pas kerana islam, umno kerana wang

ii. walaupun kedua2 parti org melayu, sbbkan pas 'religous' manakala umno sekular, so, tu yg xsehaluan. jgn bandingkan dgn bangsa lain sbb diorang x berjuang krn agama diorang.

iii. teliti hadis2. jgn cpt melatah. hny org umno yg jahil islam sj yg suke nak hentam pas. ade sebuah hadis berbunyi lbh krg 'di akhir zaman nnt akan tnggl golongan yg asing kerana menegkkan agama Allah'

7:01 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang menentang sebarang usaha untuk menubuhkan majlis perundingan antara agama “dari dulu, sekarang dan sampai bila-bila”, kata ketuanya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin. “Kalau dialog agama kita setuju, tetapi bukan (sebagai sebuah) majlis,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mohamed Hafiz mengulas kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya dalam akhbar Utusan Malalysia hari ini yang mendakwa kerajaan negeri telah menubuhkan majlis berkenaan tahun lalu. Akhbar tersebut memetik Shabudin sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Cuba kita tanya kembali kepada Mohamed Hafiz, siapakah pengerusi majlis ini dan ada tiga AJK Melayu dalam majlis ini, kita tanya lagi, ini negrei kerajaan BN atau PR. Jika negeri PR, apakah parti gabungan PR jika tidak DAP, PKR dan PAS. Ini seolah-olah sendiri yang membuat masalah dan sendiri yang menjadi hero membetulkan kembali masalah yang di buat. Sejauh manakah akan menentang dengan mengenali Pas selalunya menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR.

Cerita tentangan ini akan senyap sahaja selepas sekali mengumumkan menentang. Sama juga dengan PAS meminta PKR menerima perletakan jawatan Elizabeth Wong, lepas itu mereka ramai-ramai akan menyokong Elizabeth,

Dalam isu ini, apaka kata Anwar ? Ketua pembangkang dan orang Islam ? Apa pula kata Nik Aziz dan Hj Hadi pula, Ulamak Pas. Nik Aziz kita maafkan kerana sentiasa tidur dan tidak tahu apa yang berlaku. Takut Nik Aziz akan keluar keyataan yang menghalalkan kerana ini adalah cadangan kerajaan PR, kerajaan Nik Aziz. Insyaalah Nik Aziz boleh menghalalkan hanya dengan merubah sedikit sahaja intipati majlis berkenaan.

10:42 PM

 
Anonymous Anonymous said...

PAS pun teruk makan rasuah dengan DAP PKR kekasihmu.

Kita lihat dalam kes melompat parti, DAP juga yang mengharamkan perbuatan tersebut sehingga meminta seorang melayu Islam supaya bertaubat.

Kes Elizabeth, DAP mengambil pendekatan offensive, dimana LKS menyeru semua orang Malaysia melihat Elizabeth sebagai sesuatu kematangan politik yang diperlukan dalam suasana Malaysia. (mesejnya dalam negara yg maju dan moden, perlakuan seks sebegitu adalah satu kemajuan walaupun melibatkan lelaki Islam dan wanita bukan Islam.) Tetapi PAS hanya mengambil pendekatan defensive, ala-ala tutup lubang yg kununnya bagi tujuan maslahah siasah.

PAS juga sanggup membisu dalam penggunaan nama Allah dalam bible kerana inginkan menjaga masalahat politik.

Isu instusi Raja, adakah PAS sedar serangan kafirun utk menjatuhkannya dan kesannya?

Terkini di Pulau Pinang, DAP bereksperimen dengan penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama. Significantnya akan menyamaratakan kesemua agama termasuk Islam. Dimana org Islam sekiranya hendak melaksanakan satu dasar Islam perlu berunding dengan agama2 lain dan mendapat persetujuan mereka. Adakah PAS akan berlepas tangan dalam hal ini? Adakah PAS akan bersikap defensive atas alasan bahawa Majlis tersebut hanya seperti mesyuarat orang bukan Islam dengan bukan Islam dan agama Islam tidak terjejas?

Ini adalah sedikit daripada banyak perkara lain yg telah menjejaskan atau berpotensi menjejaskan kedudukan Islam di Malaysia. Janganlah puak2 PAS ni hairan sekiranya ada pejuang2 yang terpaksa bergerak secara gerila akibat kecewa dengan apa yang berlaku.

AntiMunafik

10:52 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum, satu persoalan yang saya nak bangkitkan kepada sesiapa sahaja yang membaca... Dalam UMNO ada Dewan Ulama? Jawapannya tiada. Dalam Pas ada dewan Ulama? Jawapannya ada! Soalan saya kepada saudara/i yang suka benar nak kutuk PAS ni... Siapa saudara? Dari Majlis ULama yang boleh keluarkan IJTIHAD? Katakanlah PAs buat satu perkara yang kita tak suka. Bukankah suatu kputusan yang dibuat oleh PAS tu melalui dewan Ulama? Erm.. lain lah kalau orang yang kutuk pas ni Ulama'Muktabar di dunia.. Adala kelayakan nak kutuk PAS kalau PAS wat silap pun.

11:25 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum, satu persoalan yang saya nak bangkitkan kepada sesiapa sahaja yang membaca... Dalam UMNO ada Dewan Ulama? Jawapannya tiada. Dalam Pas ada dewan Ulama? Jawapannya ada! Soalan saya kepada saudara/i yang suka benar nak kutuk PAS ni... Siapa saudara? Dari Majlis ULama yang boleh keluarkan IJTIHAD? Katakanlah PAs buat satu perkara yang kita tak suka. Bukankah suatu kputusan yang dibuat oleh PAS tu melalui dewan Ulama? Erm.. lain lah kalau orang yang kutuk pas ni Ulama'Muktabar di dunia.. Adala kelayakan nak kutuk PAS kalau PAS wat silap pun.


=mualaikumsalam...Bangganyeeee saya dapat ulama macam Nik Aziz..secara tiba tiba zina boleh jadi halal.Elizabeth wong tu tak payah letak jawatan kan?Itu hak peribadi nak nak bezina,posing hottie hottie macam tu..you rulez ULAMA PAS!!!

9:49 AM

 
Anonymous Anonymous said...

nak hukum elizabeth wong berzina atas peruntukan undang2 yang mana ?dlm agama dia itu dibenarkan....dan jangan lupa kita masih bernafas dlm sistem perundangan negara ciptaan UMNO bukan undang-undang Islam...pas tiada kuasa menghukum elizabeth atas kesalahan zinanya...kalau tak kerana isu gambar lucah tu pun memang kita tahu mostly china ni berzina dan ini tidak pelik dlm agamanya....cuma tiada peruntukan undg2 di malaysia utk bawa dia kepada hukuman...apatah lagi hukuman rotan atau rejam....kecuali ada golongan yg hilang pertimbangan maka merempuh mahkamah dan minta eliza direjam (aksi gerila le ni )...pastu kerajaan umumkan darurat tak sumbat sumbat dia dlm lokap....

hmmm..cuma saya nampak komen pas adalah lebih kepada pencabulan hak pribadi elizabeth kerana gambar itu dirakam ketika berada dikediaman pribadi dan bukan atas relanya....isu yg dihighlight ialah isu hak pribadi bukan isu zina. kalau nak bising pasal zina sekalipun patut boyfren eliza yg kena dulu sebab dia melayu islam...tu pun dgn undang2 yg ada ni kalau kita boleh dakwa sekalipun hanyalah setakat membayar denda....

mmm lagi satu....sejak bila pula dlm negeri yg dikuasai pakatan sesama kita tak boleh berselisih pandangan....semuanya nak kira bulat dan satu kepala saja.....benda yang tak wajar maka kena kata tak wajar sekalipun ianya datang dari kelompok sendiri...jadi tak le besar sangat apa yg timbul di penang tu....

sedih sungguh la bila org kutuk-kutuk Tuan Guru ni...semoga Allah berkati tok guru..Allah paling baik menilai !

kita bergerak di atas perancangan dan strategi...di atas kefahaman dan penuh hati-hati....saya kira pas dah biasa dengan kejian dan cacian orang ramai yg tidak mampu memahami....atas sedikit tindakan pemimpin pas yg keilmuan mereka tak dapat memahami dan nafsu mereka menilai salah maka berlori-lori kejian yg diberi...sedangkan pemimpin yg membuat keputusan cukup berat menggalas beban dan tak putus-putus munajat pada tuhan...

saya melihat kerjasama pas dgn pkr dan dap ni masih didalam batas yang tidak melangkaui syarak....kita sedar hubungan ini sukar tapi masih ada ruang yang ianya boleh dimanfaatkan.Sebenarnya kalau anda teliti ia adalah hubungan yang cukup terhad dan kompromi dalam perkara yg juga terhad....tapi keterhadannya masih memberi sedikit keuntungan kepada perjuangan Islam...di sudut mana anda lihat agama ini telah terjual hasil dari kerjasama tersebut..kalau anda mengharapkan kejayaan yang total, mudah, bersih dan tanpa cacat cela....anda sebnarnya pejuang yang manja dan nak senang saja.

Anda boleh mencela dan menghina ulama' pas ...itu lidah anda..tapi saya yakin mereka takkan tinggi atau terhina hanya kerana pujian dan celaan anda....mereka hanya hina dengan celaan Allah dan tinggi dgn pujian Allah...jadi persepsi anda yang salah dan berbaur celaan itu tidak mungkin menggugat kekuatan cita-cita org yg memperjuangkan agama..

kalau ada yg nak bertindak secara gerila kerana tidak sabar...itu juga masih hak anda...silakan, cuma saya harap jangan aksi gerila anda itu anda membawa bersama dan lambang pas...tu jer..

1:11 PM

 
Anonymous Anonymous said...

eh apa ni??mana cool la brader..jangan nak marah2..takde sapa sapa yang menghina tok guru kesayangan pas tu..rilek!!Kan gua cakap 'you rulez ulama pas'..Tu maknaya menyokong!!yeah yeah!!Nik Aziz rules!!I like to move it move it!!

5:19 PM

 
Anonymous Anonymous said...

hohohoho...apa la lu....nampak wa hot ke ? ada asap kaa?..

aiseyy, kita bagi pandangan je brader....mana ada marah....hahahaha

8:21 PM

 
Anonymous Anonymous said...

hahaha!mcm ni baru best!tak la nampak bodo macam kat dalam parlimen tu!macam budak budak

8:35 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Mursyidur Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat selama ini dilihat seorang yang cukup lembah-lembut, berhemah walaupun cakap-cakapnya penuh dengan sindiran dan mahu mengenakan orang lain. Mungkin bagi orang Kelantan, watak seperti ini adalah watak ulama yang mereka terima, menyebabkan Nik Aziz sudah semakin hampir mencapai rekod 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan, tanpa sesiapa mampu menggugatnya.

Kini, ketika kecoh cerita YB Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mempunyai gambar bogel dan ia tersebar melalui internet, ramai yang ternanti-nanti komen pemimpin PAS, khususnya Nik Aziz. Seperti biasa, disebabkan Elizabeth itu datangnya dari PKR, maka berkatalah Nik Aziz, tak salah perbuatan tu dan dengan lain perkataan, semua pimpinan PAS dari kalangan Wanita (baca: muslimah) menyokong supaya ADUN Bukit Lanjan itu, jangan mengosongkan kerusi.

Berpeluk-peluklah muslimah kerana kononnya Elizabeth dianiaya.

Nun, dari Parlimen, Datuk Ibrahim Ali yang dikenali sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas) melahirkan rasa muak dengan sikap hipokrit pemimpin tertentu yang kononnya terlalu berjurus tetapi hakikatnya, tidak. Ramai yang mentafsirkan kata-kata Ibrahim Ali itu ditujukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maka, bangkitlah panglima Anwar, MP Padang Serai, Kedah Gobalakrishnan (PKR) dan MP Shah Alam (PAS) untuk mempertahankan ‘insan hipokrit’ yang dikatakan oleh Ibrahim Ali. Dari sini bermulalah serangan PAS dan PKR terhadap Ibrahim Ali, termasuk dari mulut Nik Aziz sendiri yang mencabar Ibrahim Ali supaya mengosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas yang dimenangi atas tiket PAS.

Maknanya, dalam suasana politik hari ini, PAS tidak kisah kalau seseorang wakil rakyat berbogel (bukan ditujukan kepada YB Elizabeth Wong) kerana PAS akan mempertahankan mereka yang bersedia untuk berbogel (di rumahlah) tetapi jangan sesekali mengatakan seseorang pemimpin pembangkang yang dicintai mereka, hipokrit.

Pemimpin PAS tentunya tidak suka mereka dikenali atau digelarkan dengan gelaran hipokrit kerana mereka mahu dikenali sebagai seorang ilmuan, ulama, alim dan baik walaupun ada wakil rakyat PAS di Kelantan ditegur hakim Mahkamah Syariah baru-baru ini, kerana didakwa tidak membayar nafkah anak selepas bercerai dengan isteri muda.

Wakil rakyat seperti ini tidak salah moralnya dari kacamata Nik Aziz dan saf kepimpinan Pas. Malahan, pengundi di DUN Melor Kelantan mungkin akan memberi undi lagi kepada wakil rakyat mereka ini jika dipilih sebagai calon PAS dalam PRU 13 yang akan datang. Tidak mustahil selepas ini jika tidak melanggar undang-undang, PAS boleh menjemput YB Elizabeth Wong, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang mengaku gambar bogel yang tersebar itu adalah gambarnya, menyampaikan ceramah dan ucapan di Kelantan.

Tetapi, Ibrahim Ali tidak boleh. Tidak boleh lagi menggunakan lambang PAS dan kalau boleh, berhenti sekarang. Kosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas sekarang, kata Setiausaha PAS Kelantan, Takiyuddin Hassan yang merupakan ‘penasihat kiri’ Nik Aziz sekarang.

Orang PAS tidak peduli dengan moral berbogel kerana mereka sukakannya! Cuma, di luar sana, disebabkan mereka tidak cantik seperti Elizabeth, maka tidaklah sesiapa berminat mencarinya. Kalau ada muslimah PAS comel-comel macam YB Elizabeth, mereka juga boleh berbuat begitu, kerana Nik Aziz kata, tak salah. Yang salah, Ibrahim Ali. Ibrahim akan hilang deposit jika bertanding atas tiket Bebas.

Wow! Nik Aziz memang hebat. Boleh komen serentak antara bogel dengan hipokrit. Pemimpin Pas yang ditegur hakim mahkamah syariah kerana tidak bayar nafkah anak, tidak dikomen langsung oleh Nik Aziz dan Takiyuddin tetapi disebabkan ‘boss endorgen’ kena ‘tembak dengan peluru hipokrit’, maka bangkit mereka dari lena dan bergerak seperti pocong dan zombie kampong pisang.

Dalam Umno, Ibrahim Ali ada mengalami nasib seperti Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau. Kalau yang jahat-jahat, biasanya ada kaitan dengan Khairy. Dulu, kalau ada benda-benda tidak betul, tentulah ia dikaitkan dengan Ibrahim Ali.

Bila Ibrahim Ali bertukar parti, orang-orang PAS gelar dia katak. Tetapi bila orang-orang PAS melompat, mereka tidak digelar katak. Apakah Ibrahim Ali seorang sahaja yang melompat? Datuk Nakhaie Hj Ahmad, bekas Naib Presiden PAS masuk Umno, bukan melompat?

Allahyarham Tan Sri Asri Haji Muda meninggalkan PAS (kerana PAS menolaknya) kerana memimpin Hamim dan kemudian masuk Umno, bukan melompat? PAS mahu melupakan jasa Asri hanya kerana Asri tidak mati bersama-sama PAS? Ramai lagi sebenarnya melompat. Mereka meninggalkan PAS atas kesedaran awal mereka. Jika mereka tidak sedar, maka jadilah mereka sama seperti pemimpin yang meredakan berbogel sekarang.

Dalam zaman ini, cubaan membunuh diri pun seperti dibolehkah di dalam PAS, ketika Nik Aziz mempertahankan berbogel. Itulah sebabnya, penyokong PAS sanggup ‘cuba membunuh diri’ dengan berbaring di atas jalan raya ketika kereta yang membawa Raja Muda Perak mahu memasuki jalan ke Istana Bukit Candan.

Kecelaruan ini dicipta oleh PAS, PKR dan DAP. Satu gabungan di mana, berbogel kerana ‘perbuatan khianat BN’memang dibolehkan! Jadi untuk berbogel, siapkan alasan, ini angkara BN. Anwar Ibrahim, apabila ada lelaki bernama Saiful membuat repot polis menuduh Anwar meliwatnya, maka jika jawapannya ‘ini adalah konspirasi BN’ maka semua penyokong PAS, DAP dan PKR akan terus menyokong Anwar kerana ‘ini angkara BN’.

10:47 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam buat semua.

Seketika dahulu, mungkin ramai yang telah lupa, PAS telah mengeluarkan fatwa kepada ahlinya bahawa anggota UMNO adalah kafir disebabkan 'bersekongkol' dengan orang kafir. Hanya ahli pas layak digelar Islam.
Tetapi pada ini, nampaknya 'ludah' PAS kepada UMNO dahulu (yang telah jatuh diatas tahi anjing) telah dijilat semula oleh mereka tanpa malu.

DAP yang secara terangan menolak perbentukan negara Islam telah dijadikan kawan karib, sehingga dijadikan teman tidur walaupun mimpi tidak sama. PKR yang hanya berpaksikan kepada anwar yang hanya tahu menimbulkan kekacauan dijadikan panglima mereka.
Benarlah kata bijak pandai, apabila nafsu dan ketamakan sudah menguasai diri, halal dan haram sudah tidak dipandang lagi. Renungkanlah sejenak wahai ahli PAS.Jika dahulu ahli UMNO dituduh kafir, bukankah sekarang kamu sedang mengkafirkan diri kamu sendiri???
Siapa saya untuk mengeluarkan kenyataan ini. Kamu yang menganggap diri kamu 'ulama PAS' lebih tahu..

10:55 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam

cuma satu perumpamaan sahaja yg dpt aku katakan kpp org2 umno dn suku sakatnya

"bt kenyataan umpama si jahil yg belagak sombong tahu segalanya."

hahaha

4:36 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Shabudin Yahaya (Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP), menyatakan di Sungai Dua, Nibong Tebal pada 24 Februari 2009 mengenai penubuhan Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Biarpun mahu disaman oleh Guan Eng, namun Shahbudin sekali lagi mengulangi bahawa beliau mempunyai bukti yang kukuh tentang Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama tersebut . “Jika majlis itu tidak ada (tidak wujud) mengapa ada pemimpin agama lain yang memberi respons kepada Majlis Agama sedangkan bagi membincangkan tentang agama Islam, kita telah ada majlis-majlis agama,” kata Shabudin Yahaya. Menurutnya, Haji Hadi Awang (Presiden PAS) ada membuat kenyataan bersetuju dengan penubuhan majlis tersebut di Pulau Pinang selepas pilihan raya umum yang ke-12.

Peter Scheir, wakil KAF di Malaysia mengakui KAF terlibat secara langsung dalam penajaan IFC di Malaysia. Jika begitu, apakah KAF terlibat sama mengembangkan IFC sampai ke Pulau Pinang?. Peter Scheir mengakui turut membantu kewangan Institut Kajian Dasar (IKD) dalam satu wawancara dengan Akhbar The Sun pada 30 November 2006

3:55 PM

 
Anonymous Tour Karimunjawa said...

terimakasih adminn.. sangat menarik sekali untuk bahan diskusi.

2:26 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home