" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, June 22, 2005

PLKN, KEM CHERATING WAJAR DIDAKWA

APA jua alasan yang diberi oleh pengendali Kem PLKN Cahaya Gemilang. Cherating terhadap kes pelatihnya Noraini Abu Bakar, 18 tahun dari Felda Sungai Panching Utara, Kuantan sukar diterima.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai tenaga penting program nasional itu tidak perlu bermati-matian mempertahankan pentadbir yang berntidak ekstrim terhadap masalah yang dihadapi oleh pelatihnya Noraini.Noraini yang berwajah ayu, menghadapi masalah kulit muka semasa menghadiri latihan PLKN di Kem Cahaya Gemilang, tidak mendapat perhatian sewajar dari pengendali kem hingga wajah dan kulit mukanya begitu teruk, masih ditahan di khemahnya juga.

Aduannya betapa keluarganya minta dibawa pulang segera bagi dirawat di mana-mana dikatakan tetap tidak dilayan oleh pengendali kem. Noraini turut mendakwa, dia juga menghadapi masalah sakit kaki hingga terpaksa dibantu untuk ke bilik air.Melihat gambar wajahnya yang teruk dan aduannya dia terpaksa dibantu ke bilik air menggambarkan bahawa Norani sakit kuat dan sebagai pelaltih PLKN dia sepatutnya mendapat layanan rawatan terbaik dan segara.

Nolraini tiada pilihan melainkan wajib hadir dalam latihan PKLN itu. Tetapi masalah dan kesusahan yang dihadapinya tidak mendapat pembelaan dan layanan yang sewajarnya. Boleh dikatakan layanan rawatan pengendali kem adalah sekadar melepaskan batuk di tangga.Kes ini mesti disiasat dan pengendali kem wajar dikenakan tindakan yang setimpal dengan sikap dan tindakannya.Ibu bapa menyerahkan anak-anaknya, terutama anak gadis, kepada budi bicara kerajaan tentang masa depan dan keselamatan mereka.

Kerajaan telah berjanji untuk mengambil tanggungjawab menjadikan mereka orang yang berguna. Ibu bapa tidak pilihan apabila anak mereka dikehendaki menjalani latihan itu. Sebarang keengkaran, ibu bapa dan anak akan didakwa.Tetapi Noraini menghadapi nasib malang yang tidak dapat dipastikan kembali pulih seperti sedia kala. Bertambah malang kalau penyakit kulitnya itu menjadi masalah sepanjang hidup.Adalah benar ia malang dan takhdir untuknya. Tetapi kecuaian menyebabkan Noraini tidak mendapat layanan dan rawatan awal yang betul.

Kemajuan dan kemudahan teknologi serta system pentgadbiran yang serba canggih sekarang, tidak memungkin sseorang rakyat yang merdeka terbiar d ari mendapat hak dan rawatan yang sewajar dan segara.Sekalipun system menghendaki pengendali kem terdiri dari orang yang tegas dan berdisiplin, ini tidak bererti pelatir tidak wajar dilayan ssebagai yang wajar diterima oleh seorng rakyat. Mendengar dan mengambil berat kebajikan pelatihi bukan bertentangan dengan disiplin.Noraini memerlukan pembelaan. Undang-undang ada bersamanya. Kiranya dia terbiar dan tidak mendapat layanan keadilan, maka dia boleh meminta bantuan peguam untuk membela nasibnya.

Suhakam patut mengambil dayausaha melihat dari sudut hak asasi manusia, supaya kes Noraini tidak menjadi mangsa kezaliman dan supaya orang terus memberi keyakinan kepada program PLKN.Noraini dipenuhi dan dikelilingi oleh saksi. Semua saksi mesti bekerjasama memberi keterangan. Jika penyakit Noraini berpanjangan, maka dia akan menghadapi kesan yang berpanjangan juga. Masa depannya, kebahagiannya, adalah haknya. Dia wajar menempuh hidup sama sseperti orang lain.

Undang-undang mesti berpihak kepadanya. PLKN mesti menanggung risiko dan menentukan ganti rugi untuknya selama penyakitnya menjadi satu kecacatan kepadanya.Walaupun segala ganti rugi itu tidak boleh mengganti segala-galanya, tetapi PKLN mesti bertanggungjawab ke atasnya seterusnya. Tindakan misti dikenakan kepada pengendali ssekiranya didapati cuai, kerana Malaysia tidak mahu kepada sifat keterlaluan pada sesorang petugas Negara dalam apa bentuk sekali pun.Pengendali kem mesti tegas, tetapi biar bertempat.

SeTAPAK]19/06/05 posted by Subky Abdul Latif

Dr. maSHITah BIADAB TERHADAP AGAMA

Berita Harian Metro 19 June 2005 tentunya memeranjat ummat Islam di negara ini apabila Dr. Mashitah telah mengeluarkan fatwa songsang yang membolehkan wanita melacurkan diri atas alasan terdesak untuk memberi makan kepada anak - anak . Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang akan membuat report polis terhadap kenyataan tersebut yang dianggap akan menggalakkan lagi pelacuran dalam negara ini . Apakah telah habis wang baitul Mal , Badan Kebajikan Masyarakat , Pusat Kutipan zakat ? malah ke manakah perginya wang patronas berbillion billion ringgit itu sehingga mungkin seorang ibu terpaksa melacurkan diri kerana nak menyara anak - anak . Apakah juga telah hilang nilai persaudaraan dan semangat kejiranan sehingga memungkin sang ibu melacurkan diri kerana terdesak untuk mencari makan ?

Harus difahami bahawa Dr. maSHITah adalah setiausaha parlimen di Jabatan Perdana Menteri .Beliau adalah salah seorang pemimpin Kerajaan yang memerintah . Beliau mesti bertanggungjawab terhadap rakyat . Bagaimana maSHITah boleh mengeluarkan fatwa sedemikian songsang sedang beliau adalah antara organ kerajaan yang boleh menyalurkan segala bantuan kepada rakyat yang terdesak atau miskin . Tapi malang , maSHITah telah berlepas diri dari tanggungjawabnya sebagai kerajaan dan membuka pintu maksiat / pelacuran kepada rakyat sendiri atas alasan terdesak .

Thursday, June 16, 2005

PESURUH JAYA PAS PAHANG

Alhamdulillah , PAS Pusat telah selesai bermesyuarat jam 11.30 mlm tadi utk memutuskan Pesuruh Jaya bagi tiap - tiap negeri dan melengkapkan kabinet baru PAS setelah selesai muktamar baru baru ini.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man telah diputuskan untuk menjawat amanah sebagai Pesuruh Jaya PAS Pahang bagi sessi 05/07 bagi menggantikan Al Fadhil Ustaz Idris Omar yang berundur diri kerana faktor kesihatan .
Mudah - mudahan , PAS Pahang kian menapak maju ke hadapan memimpin ummah , sehinggalah kegemilangan silam perjuangan ini kembali bertapak di bumi Mat Kilau tercinta .

Friday, June 10, 2005

KABINET DPP PUSAT

Assalamualaikum !! Kembali kita bersua dan saya memohon berbanyak banyak maaf kepada sahabat sahabat sekelian kerana sekian lama menyepi diri . Ini adalah ekoran daripada berlakunya sedikit masaalah teknikal pada web blog saya , kemudian ditambah pula kesibukan menghadapi persiapan muktamar baru - baru ini . Kini Alhamdulillah , segalanya selesai dan pulih . Mudah mudahan Allah memberi kekuatan kepada saya untuk terus memberi bakti terbaik buat agamanya . Amin Ya Rabbal a'lamin . Semalam DPP Pusat telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama dengan menyaksikan kabinet baru DPP Pusat telah dibentuk . Semoga kabinet ini adalah kabinet yang akan mewarnai perjuangan yang mampu mencipta kemenangan kepada Islam di tanahair ini . Ketua : Yb Salahudin Ayyub Timbalan Ketua : Ustaz Idris Hj. Ahmad Naib Ketua : Mazlan bin Aliman Setiausaha : Sabky bin Yusuf Bendahari : Yb. Zaki bin Ibrahim Penerangan : Hanifa Maidin bin Mohamed Lajnah : Politik dan Pilihanraya : Yb Salahudin Ayub Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan : Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi Antarabangsa : Azli bin Yusuf ( baru ) Kebajikan : Us. Redhuan bin Mohd Noor Pembangunan Remaja : Us. Nazri bin Zain Perpaduan Nasional : Us. Musaddaq bin Ahmad Pengguna dan Alam Sekitar : Mohd .Taufiq bin Abdul Ghani Buruh : Ekonomi : Jabatan : Kebudayaan dan Sukan : Muhaimin bin Sulam Pilihanraya : Ariffin bin Deraman PASTI : Azrin bin Abd Majid Kerajaan dan Swasta : Dr. Hamdi bin Satar Amal : JUHAM : Aminudin bin Zulkifli Pembangunan Pelajar : Abdullah bin Karim Teknologi Maklumat : Abdur Rahman Sodikin Akademik Kepimpinan Pemuda : Ustaz Idris bin Hj. Ahmad Intitut Polisi Studi : Dr. Abu Afif Bin Basri Jawatan yang masih kosong ana akan isikan kemudian . ( Ana lupa )