Sejurus Pulang dari Pangkalan Pasir .
Badan masih terasa penat , setelah melalui perjalanan yang agak jauh dari Pangkalan Pasir ke Kuantan .Tambahan pula keputusan Pilihanraya Kecil N.12 Pangkalan Pasir tidak memihak kepada PAS. Hati dan perasaan ini agak sedih dan pilu.
Agak sukar untuk memulihkan perasaan ini dalam masa yang singkat , setelah saya melalui sendiri beberapa insiden negatif yang merosakkan demokrasi negara dalam pilihanraya kecil di Pangkalan Pasir .
Tak mungkin aku maafkan Petualang Negara .
Rasa hiba kian mencengkam setelah saya menerima pula sms dari Ustaz Misbahul Munir bahawa seorang sahabat yang juga staf DPPP ( sdr Rizal ) terlibat dalam kemalangan Jalan raya sejurus pulang dari Pangkalan Pasir ke Perak semalam .
Ya Allah , Ya Rabbi : Berat juga ujianMU ke atas kami pejuang agamaMU. Namun aku yakin , segalanya masih kecil berbanding generasi terdahulu yang mengharungi liku - liku perjuangan untuk mendaulatkan SyariatMU di atas muka bumi ini .
Tak kiralah menang atau kalah , itu semua tidak akan menjadi sebab atau alasan untuk aku berhenti memperjuangkan agamaMU ya Allah !!
Sungguhpun begitu , terlalu banyak yang telah aku pelajari dari episod perjuangan yang getir ini . Ya ..lah !! Kenapa kita menang ? Pasti ada faktornya dan kenapa kita kalah ? pasti pula ada sebabnya.
Jawapan kepada persoalan ini akan menjadi panduan dan sempadan bagi semua pejuang untuk menyambung tugas dan agenda yang masih banyak .
Ayuh !! Sahabat , bangkit lah dari rasa bungkam dan lesu / kecewa dan putus asa . Islam pasti Menang !! marilah kita melengkapkan jadualnya.
1 Comments:
Assalamualaikum wrt wbt
Untuk muhasabah bersama...
Mungkin kita masih kekurangan dan lemah menguasai tektik dan teknik menghadapi pilihanraya (samada secara berperaturan @ tidak mengikut lunas spt UMNO)
Mungkin kita masih tidak mengerahkan kemampuan secara maksima (bil juhd) dan merasa selesa orang lain yang telah turun ke medan juang
Mungkin kita masih banyak berehat ketika berada di medan dari bekerja dan bekerja dan bekerja
Mungkin kita masih menyangka Allah akan beri kita kemenangan semata-mata kita memperjuangkan Islam tanpa mengambilkira sebab-sebab utk menggapai kemenangan
Mungkin kita masih banyak melakukan perkara-perkara makruh dan tidak sunnah samada dari sudut merokok, lewat solat, berbual kosong dan sebagainya
Mungkin kita kurang bersungguh-sungguh bermunajjat kepada Allah sebelum dan semasa bertempur di medan juang
Mungkin kita kurang ikhlas dan faham mengapa kita mesti bersungguh-sungguh bekerja utk memenangkan PAS sehingga keberadaan kita sekadar memenuhi masa lapang dan hobi utk berjalan ke tempat orang....
sekian utk muhasabah diri saya dan kita semua... pejuang Islam (kalau benar kiranya begitu)
3:22 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home