" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, November 24, 2005

CABAR-MENCABAR BERAKHIR.
ANNUAR MUSA SILAP PERCATURAN PASIR MAS 22 Nov. -
Episod cabar-mencabar antara pemimpin BN dan Pas Kelantan hari ini berakhir apabila Annuar Musa sedar bahawa beliau tersilap kerana mendakwa bahawa ADUN-ADUN BN bersedia meletakkan jawatan. Sedangkan seseorang bekas ADUN itu akan hilang hak bertanding selama 5 tahun jika sekiranya mereka meletakkan jawatan tanpa sebarang sebab munasabah.
Bagi pihak PAS sejak awal-awal lagi Tok Guru menegaskan bahawa PAS tidak akan membubarkan DUN Kelantan walaupun PAS tewas di Pengkalan Pasir kerana PAS masih mempunyai majoriti 1 kerusi walaupun tewas di DUN tersebut.Annuar berkata, pihaknya membuat keputusan tersebut setelah Menteri Besar, Datuk Nik Aziz mengulas peringatan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menegaskan, semua wakil rakyat Kelantan akan hilang kelayakan bertanding untuk lima tahun jika mereka melakukannya tanpa sebab.
Ia selaras dengan Perkara 48 (6) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut, seseorang yang meletakkan keahliannya dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh peletakan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.Peraturan itu bukan sahaja melibatkan ahli Parlimen tetapi juga semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Dalam reaksinya hari ini, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Husam Musa berkata, Pas menganggap isu berkenaan sudah pun selesai dan parti itu kini hanya akan memberi tumpuan penuh kepada pilihan raya kecil tersebut.``Bagi Pas kita sudah `tutup buku, bagaimanapun terserahlah kepada wakil rakyat BN untuk menentukan sama ada hendak meletakkan jawatan atau tidak serta bersedia menerima risikonya akibat tindakan itu,'' katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Warga Emas, Hari Kanak-Kanak Sedunia dan Hari Raya Aidilfitri 2005 Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharu.
Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, ketika mencabar wakil rakyat BN meletakkan jawatan beliau sememangnya mengetahui undang-undang SPR tersebut tetapi sekadar ingin mengetahui sama ada Annuar `teliti atau tidak' ketika menyahut cabarannya.``Apa pun saya fikir semuanya sudah selesai, kita akan beri tumpuan kepada pilihan raya kecil berkenaan,'' katanya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home