" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, June 10, 2005

KABINET DPP PUSAT

Assalamualaikum !! Kembali kita bersua dan saya memohon berbanyak banyak maaf kepada sahabat sahabat sekelian kerana sekian lama menyepi diri . Ini adalah ekoran daripada berlakunya sedikit masaalah teknikal pada web blog saya , kemudian ditambah pula kesibukan menghadapi persiapan muktamar baru - baru ini . Kini Alhamdulillah , segalanya selesai dan pulih . Mudah mudahan Allah memberi kekuatan kepada saya untuk terus memberi bakti terbaik buat agamanya . Amin Ya Rabbal a'lamin . Semalam DPP Pusat telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama dengan menyaksikan kabinet baru DPP Pusat telah dibentuk . Semoga kabinet ini adalah kabinet yang akan mewarnai perjuangan yang mampu mencipta kemenangan kepada Islam di tanahair ini . Ketua : Yb Salahudin Ayyub Timbalan Ketua : Ustaz Idris Hj. Ahmad Naib Ketua : Mazlan bin Aliman Setiausaha : Sabky bin Yusuf Bendahari : Yb. Zaki bin Ibrahim Penerangan : Hanifa Maidin bin Mohamed Lajnah : Politik dan Pilihanraya : Yb Salahudin Ayub Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan : Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi Antarabangsa : Azli bin Yusuf ( baru ) Kebajikan : Us. Redhuan bin Mohd Noor Pembangunan Remaja : Us. Nazri bin Zain Perpaduan Nasional : Us. Musaddaq bin Ahmad Pengguna dan Alam Sekitar : Mohd .Taufiq bin Abdul Ghani Buruh : Ekonomi : Jabatan : Kebudayaan dan Sukan : Muhaimin bin Sulam Pilihanraya : Ariffin bin Deraman PASTI : Azrin bin Abd Majid Kerajaan dan Swasta : Dr. Hamdi bin Satar Amal : JUHAM : Aminudin bin Zulkifli Pembangunan Pelajar : Abdullah bin Karim Teknologi Maklumat : Abdur Rahman Sodikin Akademik Kepimpinan Pemuda : Ustaz Idris bin Hj. Ahmad Intitut Polisi Studi : Dr. Abu Afif Bin Basri Jawatan yang masih kosong ana akan isikan kemudian . ( Ana lupa )

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Kabinet Pusat pulak...

Kepemimpinan PAS 2005-07: Pasukan mantap dan seimbang

Oleh Najahudin Lateh

Caca-merba dan tidak realistik. Begitulah gerak minda bila membaca serta mendengar ulasan media masa arus perdana berhubung keputusan pemilihan kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam muktamar kali ke-51 yang lalu.

"PAS tolak ulama lama." "Ulama muda dan profesional menang." "Ulama liberal tewaskan ulama ortodok." "Ulama konservatif tewas." "Pemimpin progresif kuasai PAS." Macam-macam tajuk dan cerita. Namun, percaya atau tidak, hakikatnya saf kepimpinan yang terpilih benar-benar menggambarkan realiti keseluruhan ahli PAS sekarang.

Seimbang

Sebuah pasukan seimbang antara ulama dan profesional yang muda dan lama daripada profesor, doktor, jurutera, pakar ekonomi hinggalah kepada pakar agama, imam serta masyarakat akar umbi.

Meneliti profil Timbalan Presiden PAS yang baru, Ustaz Nasharudin Mat Isa, kita akan berhadapan dengan pemimpin masa depan. Seorang tokoh ulama muda yang punya saqafah serta intelektual tinggi.

Lulusan Sarjana Muda Syariah dan Sarjana Undang-Undang Perbandingan ini berkebolehan dalam lima bahasa, Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Urdu dan Perancis. Beliau mula terlibat dengan PAS sejak kecil dan menjadi penggerak parti Islam itu di kalangan pelajar ketika menuntut di India, Jordan dan United Kingdom.

Sebenarnya sejak pulang ke tanah air dan menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1990-1997) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (1997-1999), beliau telah terlibat secara langsung dengan PAS, terutama sebagai penterjemah dalam majlis yang dihadiri tokoh luar negara.

Namanya disebut-sebut di kalangan ahli PAS ketika menjadi penterjemah kepada ucapan Syeikh Fathi Yakan, tokoh gerakan Islam terkenal dunia dalam satu majlis anjuran PAS sekitar tahun 1995.

Lantas, PAS tidak menunggu lama untuk menonjolkan tokoh ini. Setelah Setiausaha Agung PAS ketika itu, Ustaz Halim Arshad uzur kerana serangan angin ahmar, Presiden PAS, Ustaz Dato’ Fadzil Noor cepat menghidu ketrampilan yang ada padanya dan terus diangkat menjadi Setiausaha Agung yang baru pada tahun 1999.

Dengan segala ramuan ini, Ustaz Nasharudin memang layak untuk diangkat oleh perwakilan sebagai tokoh pemimpin pelapis PAS.

Keunikan naib presiden

Jawatan Naib Presiden PAS pula menawarkan tiga tempat. Husam Musa, Mohamad Sabu dan Dato’ Dr. Hassan Mohd Ali telah dipilih. Tanpa disedari, sebenarnya terdapat beberapa noktah menarik pemilihan ketiga-tiga mereka.

Dari segi lokaliti, perwakilan seolah-olah mahukan ada wakil di setiap penjuru Semenanjung Malaysia. Husam mewakili Pantai Timur sementara Mohamad Sabu dan Dato’ Dr. Hassan mewakili Pantai Barat, seorang di utara dan seorang di Selatan.

Husam Musa

Ketiga-tiga mereka mempunyai kelebihan tersendiri. Husam, seorang tokoh muda lulusan ekonomi adalah anak didik Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat. Pernah menjadi bekas Setiausaha Akhbar (1990-1993) dan Setiausaha Politik (1993-1999) Menteri Besar Kelantan itu sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian selama sepenggal (1990-2004).

Kini beliau merupakan Exco Kanan kerajaan negeri Kelantan di samping sebagai ADUN Kijang. Terkenal sebagai ‘ulat buku’ juga seorang tokoh strategi PAS, khususnya di Kelantan.

Kemampuannya mengolah isu serta berhujah berdasarkan fakta lengkap diakui oleh semua. Ini mendorong akhbar dalam talian, malaysiakini.com memberi anugerah Newsmaker of The Year 2003 kepadanya. Beliau juga dikatakan amat disenangi oleh semua orang, sama ada kawan ataupun lawan, korporat mahupun rakyat.

Mohamad Sabu

Mohamad Sabu pula seorang pemimpin akar umbi yang hidup bersama rakyat. Dianggap seorang yang berani dan terkenal dengan kelantangan pidatonya. Sebut saja ‘Mat Sabu’, pasti ramai tua muda miskin kaya yang mendengar ceramahnya dan pasti ramai anak muda yang sanggup berdemontrasi bersamanya.

Pernah menjadi tahanan politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak dua kali dan pernah pula dibuang negeri. Sehingga kini, beliau masih mempunyai beberapa kes di mahkamah kerana dikatakan menyampaikan ceramah tanpa permit.

Penerimaan masyarakat Malaysia kepadanya jelas kerana pernah menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri (1990-1995) dan Ahli Parliman Kubang Kerian (1995-1999) di Kelantan dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Kedah (1999-2004). Kini dilantik pula sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Kebanyakan orang Umno selalu mengejinya. Namun, ramai antara mereka yang tidak tahu beliau sangat disayangi oleh masyarakat bawahan. Beliau sanggup bersusah payah dengan mereka, hidup bersama mereka dan sanggup mempertaruhkan nyawa dan badan semata-mata membantu nasib masyarakat marhaen dan tertindas.

Orang PAS tahu tentang ini. Lalu, tidak peliklah jika beliau diangkat oleh perwakilan ke barisan depan parti.

Hassan Ali

Dato’ Dr. Hassan, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan. Seorang pakar motivasi terkenal dan pernah berkhidmat dalam kerajaan. Beliaulah satu-satunya pemimpin di Malaysia sehingga sekarang yang menang dalam satu pilihanraya di dua kawasan yang berbeza.

Pada tahun 1999, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak dan pada masa yang sama memenangi kerusi DUN Sg. Burong di Selangor. Lantang berpidato. Bijak berhujah. Lebih menarik keistimewaannya, beliau mempunyai hubungan yang rapat dan pengikut yang ramai daripada kalangan Melayu kelas pertengahan.

Sekarang rumahnya di Taman Tun Dr. Ismail, suatu kawasan elit di Kuala Lumpur saban minggu menjadi tempat kuliah agama. Ahli kuliah ini tentulah para profesional dan intelektual. Pastinya, tempat kuliah agama sebegini akan menjadi madrasah yang melahirkan amilin serta pengikut PAS. Lebih menguntungkan, ahli PAS yang lahir adalah orang seperti Dato’ Dr. Hassan. Profesional yang faham agama.

Ketika Dato’ Dr. Hassan nampak mewakili golongan Melayu kelas pertengahan, Mohamad Sabu mewakili golongan akar umbi, Husam pula lebih cenderung sebagai pencatur strategi yang boleh berkomunikasi dengan pelbagai pihak.

Minat bahasa Arab

Namun lebih menarik, ketiga-tiga mereka mempunyai satu persamaan – cintakan perjuangan Islam dan meminati Bahasa Arab.

Dato’ Dr. Hassan lebih terkenal sebagai ‘ustaz’ di kalangan masyarakat kampung, terutama ketika menjadi pengerusi tetap bagi rancangan TV agama popular, Forum Perdana Ehwal Islam sekitar pertengahan tahun 90-an lalu.

Husam pula banyak berguru dengan Tuan Guru Dato’ Nik Aziz di samping mengikuti Kursus Bahasa Arab di Jordan pada tahun 1987 sementara Mohamad Sabu berkampung di Lubnan selepas Pilihanraya Umum 2004 untuk belajar Bahasa Arab di sana.

Keseimbangan AJK

Senarai 18 Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat yang dipilih juga ada keunikan tersendiri. Gabungan ulama-profesional jelas terpancar dengan keseimbangan negeri, kepelbagaian profesion, pengalaman serta usia mereka yang terpilih.

Dari segi komposisi negeri, AJK PAS mempunyai wakil dari semua negeri, kecuali Sabah dan Sarawak. Negeri Terengganu mempunyai tiga wakil, iaitu Dr. Syed Azman Syed Ahmad, Ustaz Dato' Abu Bakar Chik dan Hj. Wan Mutalib Embong.

Negeri yang mempunyai dua wakil adalah Selangor (Dr. Mohd Hatta Ramli dan Ustaz Abd Ghani Samsuddin), Kedah (Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib dan Ir. Amiruddin Hamzah), Perak (Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Idris Ahmad) serta Johor (Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok dan Prof. Dr. Mahfodz Mahmood).

Negeri-negeri lain mempunyai seorang wakil, iaitu Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang), Dato' Kamaruddin Jaafar (Kelantan), Dr. Lo' Lo' Hj. Ghazali (Wilayah Persekutuan), Ustaz Hashim Jasin (Perlis), Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka), Ustaz Mujahid Yusof (Pulau Pinang) dan Dr Rosli Yaakob (N.Sembilan).

Sedar atau tidak, salah satu keistimewaan ahli jawatankuasa ini adalah semuanya boleh berkomunikasi sekurang-kurangnya dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris.

Malah, selain Ustaz Nasharudin tokoh lain yang boleh berkomunikasi dalam tiga bahasa itu ialah Ustaz Mujahid, anak kepada bekas Presiden PAS sebelum Ustaz Dato’ Fadzil, Ustaz Yusuf Abdullah al-Rawi.

Terdapat kepelbagaian yang menarik dalam senarai AJK PAS. Enam daripada mereka bertaraf doktor, empat doktor falsafah, iaitu Dr. Syed Azman (Sains Politik), Dr. Daeng Sanusi (Pengajian Islam), Prof. Dr. Mahfodz (Pengajian Islam) serta Dr. Rosli (Ekonomi) dan dua orang doktor perubatan, Dr. Mohd Hatta dan Dr. Lo' Lo'.

Golongan jurutera pula diwakili oleh Ir. Amiruddin sementara pasukan di bidang pengurusan pula diketuai oleh Dato' Kamaruddin dan Ustaz Mujahid. Hj. Wan Mutalib pula merupakan seorang pengamal undang-undang yang sudah masak dengan sepak terajang politik Malaysia.

Sementara baki AJK ini adalah terdiri daripada kalangan ulama yang saban hari memberi kuliah ilmu di serata tempat di seluruh Malaysia.

Daripada 18 orang AJK PAS ini, seramai tujuh orang daripada mereka ialah bekas pensyarah universiti, iaitu Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim, Dato' Kamaruddin, Ustaz Abd Ghani Samsuddin, Dr. Syed Azman, Ustaz Idris Ahmad, Dr. Daeng Sanusi dan Prof. Dr. Mahfodz.

Paling menarik dua orang bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) juga terpilih, iaitu Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abd Ghani Samsuddin. Begitu juga bekas imam Masjid Negara, Ustaz Taib Azamuddin tidak ketinggalan dipilih oleh perwakilan menganggotai jawatankuasa ini.

Ir. Amiruddin, tokoh muda PAS Kedah ini pernah bertugas sebagai jurutera MADA sementara Dr. Rosli Yaakob pula ialah bekas pegawai di Bank Negara.

Dalam AJK PAS ini juga terdapat wakil daripada kesemua dewan-dewan. Dewan Ulama diwakili oleh Ustaz Hashim Jasin (Naib Ketua) serta Ustaz Dato' Tuan Ibrahim, Prof. Dr. Mahfodz dan Ustaz Ahmad Awang (AJK). Dewan Pemuda pula diwakili oleh Ustaz Idris Ahmad (Timbalan Ketua) sementara Dewan Muslimat diwakili oleh Dr. Lo’ Lo’ (Timbalan Ketua).

Kemaraan

Keseimbangan senarai jawatankuasa PAS Pusat ini pasti akan memberi kekuatan kepada kemaraan PAS untuk tahun-tahun seterusnya. Penelitian ke atas umur tiga jawatan utama, Presiden, Timbalan dan Naib Presiden sudah menggambarkan roda perjuangan PAS akan berputar dengan pantas untuk tempoh akan datang.

Apa tidaknya, secara purata umur pemegang jawatan utama tersebut adalah 50 tahun. Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden berumur 58 tahun, Ustaz Nasharudin (42), Husam (45), Mohamad Sabu (50) dan Dato’ Dr. Hassan Ali (57).

Jumlah purata umur jawatan utama sebegini tidak pernah terdapat dalam mana-mana parti politik sejak dulu sampai sekarang, sama ada dalam UMNO, MCA malah jauh sekali dalam MIC. - um

8:32 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home