" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, September 21, 2005

NASIB PELACUR LEBIH BAIK DARI PAS DALAM NEGARA DEMOKRASI ALA UMNO

Umum menyedari bagaimana PAS saban waktu terpaksa berhadapan dengan FRU dan anggota polis apabila hendak menganjurkan ceramah . Segalanya angkara UMNO yang terlalu takut dan bimbang untuk menghadapi PAS dengan " parti lawan parti ."
Mereka menggunakan polis untuk menghalang dan menganggu ceramah PAS serta menakutkan orang ramai untuk hadhir ke ceramah PAS . Sedang PAS adalah parti yang berdaftar dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi . Pendaftarannya diluluskan . Bergerak pula secara terbuka .
Malangnya Malaysia dengan UMNO dan BN sebagai pentadbirnya telah menjadikan negara ini sebagai sebuah negara diktator.
Julai lalu , ceramah PAS di kampung Mak Chili Kemaman , kebetulan saya sebagai salah seorang penceramah malam itu bersama Naib Presiden tuan Hj. Mohd Sabu telah diserang oleh pengganas beruniform . Tanpa mengenalkan diri , majlis ceramah PAS malam itu telah diserang dengan gas pemedih mata serta air kimia ( water cannon ) .
Saya difahamkan FRU dan angota PGA malam itu sebahagian nya datang dari Kuala Terengganu yang jaraknya sangat jauh dari bandar Kemaman.
Berbeza dengan satu lagi keadaan dimana pusat industri pelacuran yang terkenal di negara ini , iaitu Petaling Street terletak antara dua balai polis . Salah satunya hanya berada pada jarak 150 meter iaitu balai Polis Lalu Lintas jalan bandar dan satu lagi berada pada jarak 200 meter iaitu Ibu pejabat Polis Dang Wangi ( berhampiran stadium Merdeka )
Tetapi tidak pernah kedengaran bagaimana industri pelacuran itu di serang gas pemedih mata atau air water cannon .
Inilah nasib aku berjuang ditanahair ku sendiri

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home