PENEGASAN YANG PERLU DIINSAFI
Jelas melalui perbahasan para ulamak terhadap dalil dan nas yang wujud membentuk sikap yang perlu diambil . Hiburan , samaada dalam kategori muzik dan nyanyian ataupun permainan dan sukan tidaklah diharamkan oleh syariat . Sebaliknya nas yang mengharamkannya adalah berkait dengan kelalaian , kealpaan , penyelewengan dan kemaksiatan yang bersadur hiburan tersebut. Berasaskan kesimpulan ini , penganjur hiburan , penghibur dan orang yang berhibur mestilah membebaskan diri sepenuhnya ( tanpa kompromi ) daripada unsur yang mempalit noda dan dosa seperti : Hiburan yang melekakan diri sehingga meninggalkan tanggungjawab agama seperti solat dan seumpamanya. Hiburan yang melampaui batas akhlak , moral dan syakhsiah mulia seperti berpakaian yang mendedahkan aurat dan menjolok mata serta aksi porno dengan gerak badan yang merangsang nafsu dan syahwah . Hiburan yang tidak menyediakan peluang maksiat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan serta menyediakan arak serta dadah / pil ectasy dll sehingga akhirnya berlaku muqaddimah zina ataupun zina. Hiburan yang tidak menggunakan muzik hingar bingar atau mempunyai unsur pemujaan , demikian juga tidak menggunakan lirik yang memuja nafsu , arak, wanita dan seumpamanya. Hiburan yang tidak menjadikan diri hilang ingatan/identity diri dan batasan normal sebagai manusia yang beriman dan beragama seperti sebahagian dari gaya hiburan barat , black metal dan seumpamanya .
1 Comments:
Banyak orang faham agama tahu salahnya hiburan sensasi itu. Tapi tak banyak yang mahu menceburinya dengan tujuan memberikan pilihan yang betul. Jadi begitulah, mulut jadi laser, namun tiada jalan penyelesaian. Badan dakwah pun kena ada unit hiburan!
1:33 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home