SEDIH DAN TERHINA DENGAN SIKAP SEBAHAGIAN MUFTI
Seketika , negara kita memaparkan berita bagaimana Raja Abdullah dari Saudi Arabia bertitah agar rakyat jangan mencium tangannya .Justeru perbuatan itu menunjukkan sikap yang tidak selayaknya sebagai muslim . Tunduk dan patuh hanya kepada Allah . Sementara orang layak dicium tangannya hanyalah ibubapa apabila dicium tangan oleh anaknya .
Tak semena - mena keesokkan harinya , pelbagai pihak termasuk sebahagian mufti memberi respon bahawa tidak mengapa mencium tangan dengan niat menghormati .Nampak sibuk sebahagian mufti dan intelektual islam mempertahankan hukum cium tangan ini .
Persoalannya : kenapa sebahagian mufti ini diam sejuta bahasa sewaktu berita bagaimana Rafidah Aziz berdakapan dengan Tun Dr. Mahathir di khalayak ramai pada 31 ogos yang lalu ? ( bukan setakat berita , malah gambar mereka berdakapan penuh mesra dan intim terpampang di dada akhbar )
Inikah Mufti akhir zaman ? :)
3 Comments:
Hubungan Malaysia-Saudi sangat baik, jadi dalam menyampaikan sesuatu antar kedua2 negara saling berlapik dan berhati2. Yalah, satu dunia tahu Mahathir dan Rafidah berpeluk, dan satu dunia termasuk Raja Saudi tahu perbuatan itu haram. Jadi sebab itulah Raja Saudi mengatakan haram cium tangannya, saja nak sindir kepada Mahathir dan Rafidah. Maknanya kalau cium tangan dia pun tak boleh, apa lagi nak berlaga dada dua insan lain jantina!
1:30 AM
Assalamualaikum..
Gitulah ustaz dunia akhir zaman.. Tiada lagi ditakuti azab Allah yang amat pedih.
Tetapi berkenaan cium tangan tu ana rasa pihak mufti perlu jelaskan hukum, terutama ditakuti orang salah faham mengatakan tidak boleh mencium tangan sesiapa jua, termasuk guru dan ibu bapa, sedangkan dalam Islam sebenarnya dibenarkan. Maklum sahajalah banyak ajaran sekarang ini kan, yg suka bicara soal remeh temeh dalam agama hingga lupa kpd kepentingan kita yg lebih besar.
Wallahu A'lam
5:34 AM
Assalamualaikum..
Memang hukum dah jelas halal dan haramnya, namun ada segolongan manusia tidak mendapat hidayah dari Allah, dari itu janganlah kita menghina atau mengritik mereka atas perbuatan mereka itu. Sebaiknya kita menegur dengan jalan yang terbaik yang diajarkan oleh Islam dengan menuju kpd ahlak yang mulia dalam kita mencari kerdhaan Allah swt...wallahu'alam
1:04 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home