" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, January 16, 2006

Posted by Picasa Yb. Muhammad Sahfri Ab. Aziz
ADUN UMNO / BN
Bkt. Ibam , Rompin .
WAJAH ISLAM HADHARI
Siapa pun yang memandang gambar ini ( yang dirakamkan sewaktu beliau menyertai sejenis permainan bersama wanita orang asli di Kampung Mikang dan Bukit Ibam 12 January 2006 ) akan bersetuju bahawa ia sangat bertentangan dengan prinsip pertama Islam Hadhari , iaitu melahirkan Manusia yang beriman dan bertaqwa .
Sumber gambar ini ialah :
Utusan Malaysia Jumaat 13 January 2006 / Muka surat 26
Apakah nilai iman dan kualiti taqwa yang boleh dihasilkan dari wajah Islam Hadhari seperti ini .
Bagaimanalah pula rupa wajah , gambar seorang tokoh politik berpangkat dato' yang tertangkap di sebuah kelab malam terkemuka di Subang tempohari ?
Entahlah , kalau ditinjau pada mlm sambutan tahun baru masihi 2006 baru baru ni , Islam Hadhari di malaysia ternyata bukan satu wajah tetapi mempunyai 1001 wajah .
Kata pepatah , kalau talam dua muka ni hipokrit namanya , bagaimana yer kalau sampai 1001 muka ?

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

sedihnya melihat rakan sepengajian kitab, sama-sama berjuang setalam sebantal, tiba-tiba begini pula kisahnya... hmm

11:15 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Demikianlah akhi nilai , sebuah Hidayah milik ilahi . Kita layak sedih . Demikian ana sendiri . Pilihanraya umum 2004 , dia lawan ana di DUN IBAM. Ana hanya geleng kepala . Baihaqi juga melempar pandangan jauh ke sisi ..Engkau Maha Kaya Ya Allah.

2:42 AM

 
Anonymous Anonymous said...

lagi pun dia pun tak pandai nak bimbing adiknya sendiri. Untuk jadi pemimpin yang baik segalanya perlu bermula dari rumah. Apapun saya harap akan ada orang yang akan menyedarkannya. sayang, pendidikan tinggi tapi moral rendah.

3:15 PM

 
Blogger Unknown said...

jangan mengukur seseorang dari luaran sahaja...kalian tidak begitu mengenali beliu secara peribadi...tidak tinggal sebumbung...beliau bukan lah seperti yang kalian sangkakan...janganlah menuduh dan terus menuding jari sesuka hati...ALLAH S.W.T maha mengetahui dan sesiapa yang membuat fitnah maka dia akan terima balasan ALLAH...

11:30 AM

 
Blogger Unknown said...

saya amat mengenali beliau...beliau merupakan abang yang bertanggung jawab...jangan lah kerana masalah peribadi anda bersama adik beliau maka dengan mudah anda menuduh beliau tak pandai mentadbir keluarga...saya nak bertanya anda adakah anda sempurna...bagaimana pula latar belakang keluarga anda...sebelum kite tuding jari pada orang lain lihat la diri kita sendiri...LU FIKIR LA SENDIRI......

11:33 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home