" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, February 22, 2006

PAK LAH .....
KABINET APA NI ?
Sekian lama saya menanti Ilham dari Pak Lah untuk merombak kabinet , justeru Pak Lah berkali-kali menjawab tunggu Ilham , apabila diajukan soalan " bila nak rombak kabinet ?"

Tiba -tiba Pak Lah ambil Afendi Nawawi , Tengku Adnan , Zainudin Maidin serta mengekalkan Rafidah Aziz dan Samy Vellu bagi membarisi kabinet Islam Hadhari ! Sungguh saya tak jangka ! Apa yang pasti ini bukan Ilham dari Tuhan . Entah siapa yang pandai - pandai bagi Ilham sedemikian rupa kepada Pak Lah .

Pak Lah ....Pak Lah .... apa lah yang boleh diharapkan daripada mereka untuk memastikan 10 prinsip Islam Hadhari dapat dilaksanakan dengan baik . Ya Allah! Ya karim !

Sepatutnya inilah peluang Pak Lah nak kembalikan imej dan maruahnya sebagai Perdana Menteri yang tercalar teruk ekoran beberapa isu mutaakhir khasnya yang melibat soal IFC , artikel 121 ( 1A ) , Memo 9 Menteri Kabinet bukan Islam dan juga isu maksiat yang kian teruk serta parah melanda negara.

Atau "Ilham" ini adalah "ilham hitam" yang bertujuan untuk menjatuhkan Pak Lah ?

Saya tak campur urusan dalaman UMNO , tapi apabila ia melibatkan kabinet yang akan mentadbir negara , sebagai rakyat saya peka dan perlu tegas untuk menyata sikap .

Bagaimanalah nak menanam keyakinan orang ramai terhadap perlaksanaan Islam Hadhari dalam negara ini kalau Pak Lah sendiri dilihat tidak serius ke arah itu dengan pembentukkan kabinet barunya .

percayalah ....Moral dan akhlak ummah akan terhakis teruk dengan idea - idea yang liar dan tersasar dari prinsip syariat oleh Menteri Penerangan baru Zainudin Maidin , yang sangat jelas cinta dan mahabbatnya kepada golongan artis berbanding ulama'.

Pendek kata ramai rakyat terkedu dan membungkam sejuta bahasa menyaksikan pengisytiharan atau pembentukan kabinet baru tersebut. Tapi sebenarnya .... apa lah yang hendak dihairankan , mereka berkuasa atas undi dan kepercayaan rakyatnya jua . So mereka boleh berbuat apa sahaja yang mereka mahu , sementara rakyat hanya membilang hari untuk ditipu lagi menjelang tahun 2008 .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home