SEHARI
DALAM HIDUP SEORANG PEJUANG...VOL 2
Setelah menghantar Akhi Fadhil , masa tu jam menunjukkan jam 1.25 am . Saya terus meluncur pulang bertemankan sang WIRA . Tiba - tiba mata ini sukar untuk dibuka. Rasa mengantuk bukan kepalang. Kereta yang dipandu mula ke tengah ke tepi.
Ya Allah !! 2 kali saya hampir terbabas sementara nak sampai ke tol Songsang. Saya gagahkan diri dengan membasuh muka beberapa kali untuk sampai ke kawasan R & R Temerloh .
Saya ambil keputusan untuk tidur dalam kereta di R & R Temerloh. Tak mampu lagi saya nak meneruskan perjalanan . Saya teringat peristiwa yang mewarnai diary hidup saya pada tahun 2005. Saya mengalami kemalangan jalanraya sebanyak 3 kali dalam tempoh setahun yang berpunca dari mengantuk.
Dua kali daripadanya berlaku dalam perjalanan ke Taman Melewar untuk menghadhiri Mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pusat yang bermula jam 10 am. Pastinya saya terpaksa berlepas keluar dari rumah seawal jam 6 am. Sedang saya pada malam sebelumnya pula terpaksa tidur lewat kerana terikat dengan program ceramah. Kekadang jam 3 atau 4 pagi baru sampai kerumah. Kemudian jam 6 pula berangkat ke KL. Tentu saja mengantuk.
Sehingga sahabat - sahabat dengan nada bergurau mencadangkan supaya saya naik kereta jentolak untuk ke mana - mana . Supaya selamat. Saya faham , itu adalah satu sindiran buat saya . Akhirnya saya insaf . Tidak lagi memaksa diri untuk memandu dalam keadaan mengantuk . Namun sukar pula bagi saya nak melonggarkan jadual aktiviti seharian .
Sebagai contoh semalam , dalam keadaan kereta saya rosak ( belum dapat dibaiki sepenuhnya ) saya memohon agar saya diuzurkan dari memberi pengisian dalam majlis Kuliah Haraki di Taman Ehsan Sungai Buluh Selangor. Tapi pihak penganjur berkali kali menelefon saya dan meminta agar saya tidak mengecewakan mereka .
Saya terpaksa meredah perjalanan jauh dengan kereta saya dipandu perlahan kerana rosak. Isteri saya berkali - kali melarang saya agar jangan pergi dalam keadaan kereta rosak . Saya kata tidak mengapalah . Tawakkal kepada Allah , tak sampai hati pulak nak mengecewakan penganjur yang telah berkali - kali menghubungi saya .
Kalau rosak juga diperjalanan nanti , saya akan puas hati kerana telah mencuba sedaya upaya untuk hadhir dan saya harap pihak penganjur kelak dapat memahami situasi saya .
Ada sahabat menegur saya , kenapa tidak guna kenderaan sahabat - sahabat ...susah saya nak luahkan disini . Realitinya tidak mudah orang nak bagi kenderaan dia kepada kita untuk dipandu dalam jarak perjalanan jauh , demikian juga tidak senang orang nak ruangkan masa menemani kita dengan mereka terpaksa pula meninggalkan kerja buat mereka . Saya tidak mengapalah , lantaran inilah kerja saya .
Saya yang telah berpengalaman lebih 15 tahun di pentas dakwah dan perjuangan ini , telah menemui pelbagai ragam kawan dan sahabat . Akhirnya saya mengambil kesimpulan lebih selesa menggunakan kenderaan sendiri dan memandu sendiri .
Kalau kita bertaraf Pimpinan PAS Pusat atau Presiden , mungkin akan ada orang bersedia tawar diri untuk jadi driver dan seumpamanya . Tapi kalau macam saya sekadar menjadi buruh kasar dalam jamaah dan memimpin diperingkat pertengahan , pengalaman menjelaskan bahawa agak sukar saya nak cari pembantu secara percuma kecuali bergaji .
Kalau bergaji , manalah orang seperti saya mampu berbuat demikian . Jadi bukan lah saya ni keras kepala ke hulu ke hilir menghadhiri program dengan memandu secara bersendirian . Bukanlah juga saya tidak mendengar nasihat sahabat - sahabat untuk mencari pembantu , tetapi soalnya siapa ? ( saya tidak pernah mempersoalkan sahabat - sahabat justeru saya sangat memahami kesukaran yang juga mereka hadapi )
Saya lihat sahabat - sahabat pimpinan yang lain , lagi teruk keadaan mereka . Seperti contoh kekanda saya Yb. Salahudin Ketua DPP Pusat yg lebih mesra saya panggil Abg Din . Ahli Parlimen , tetapi ke hulu ke hilir menghadhiri program parti hanya dengan menaiki bas . Demikian juga sahabat saya Mazlan Aliman Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat .
Bukan kerana mereka tidak memiliki kereta sendiri . Tetapi kerana tidak mampu lagi untuk memandu sendiri .Mazlan berkali - kali pujuk saya supaya menggunakan bas disamping ianya menjimatkan kos .
Entahlah , sukar bagi saya untuk memberi jawapan , tetapi bagi saya buat masa ini , agar sukar saya bergerak dengan menggunakan perkhidmatan awam seperti bas dan seumpamanya , yang bergerak mengikut masa mereka yang telah ditetapkan sedang saya tidak selesa begitu , tambahan pula dengan menggunakan kenderaan sendiri , saya agak bebas untuk berhenti minum atau makan , buang air dan seumpamanya .
Saya tidur di R & R Temerloh , dan hanya sedar apabila jam telah menunjukkan jam 3.45 am.
Saya terus menghidupkan enjin untuk berlepas pulang segera ke Kuantan ( Balok ) . Saya akhirnya selamat sampai ke Balok pada jam 5.15 am . Sempat terlelap seketika sebelum subuh .
Sejurus selesai solat subuh , saya terpaksa tidur sekejap sambil meninggalkan pesan pada isteri saya agar saya dikejutkan jam 7.00 am. Saya berjanji dengan Ustaz Yusuf Embong untuk mengambil beliau pada jam 7.45 am dirumah beliau Bt. 3
Malang Isteri saya juga keletihan dan hanya sedar pada jam 7.30 am . Kelam kabut saya bersiap dan terus meluncur laju ke rumah Ustaz Yusuf dan kami tiba di Felda Chini pada jam 9.30 am untuk menghadhiri mesyuarat . ( Mesyuarat akan bermula jam 10.00 am )
Ustaz Yusuf kata : " antara perkara yang paling ana suka ialah tiba ditempat program sebelum atau tepat pada waktunya." Saya hanya tersenyum .
Mesyuarat selesai jam 2.30 pm . kami bergegas pula ke Markaz PAS Chini 3 untuk menghadhiri sessi dialog bersama ahli PAS DUN Chini dan majlis penyerahan VAN JENAZAH milik PAS DUN Chini .
Jam 4.30 pm , dengan berat hati saya memaklumkan ( guna sms ) kepada Pesuruhjaya Dato' Tuan Ibrahim dan Timbalannya Ustaz Yusuf Embong , bahawa saya nak balik dulu kerana terlalu letih dan tidak lagi bermaya .
Dato' Tuan jawab ( guna sms ) : " Jawapan baik ttp jgn guna kerap sgt :( ana pun penat jugak , kata uye ( ustaz Yusuf Embong ). Ana pun setuju "
Ya Rabbi Ya Allah ..... inilah kelemahan saya . saya akui , mereka sebagai pimpinan tertinggi Perhubungan Negeri juga mempunyai jadual ketat dalam aktiviti jamaah seharian . Kalau mereka boleh bertahan , kenapa tidak saya ? Ya Allah ....ampunilah daku andainya ini satu dosaku terhadap jamaah . Ya Allah ....kurniakan taufiqMu buatku mengharungi badai perjuangan ini. Kenapalah aku selemah ini ? cepat mengalah ? Cakap bukan main hebat ! tapi .....ya Allah ....aku malu , aku malu !
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sudah 3 malam tidak pulang ke rumah kerana menghadhiri majlis - majlis anjuran parti .
Sebenarnya aku masih terlalu jauh , nun jauh tersudut di tepi gelanggang . Ya Allah ....ampunkan dosaku ini , Sahabat ...maafkan jua diriku ini !
Ya....Saya berjanji akan mempertingkatkan
prestasi perjuangan diri ini.
5 Comments:
benar sungguh le luahan hati ustaz din . sebagai bekas salah seorang anak usrah ustaz din ana faham benar apa yang ustaz din sampaikan. kalau nak dibandingkan diri ana dengan ustaz din pun dah macam langit dengan bumi, dimanakan diri ana didalam perjuangan ini. bukan alasan tapi ana masih ingat analogi yang Tuan guru Nik Aziz bagi. perjuangan ini umpama membina sebuah highway. ada balak, ranjau dan duri untuk dibersihkan. kalau kita ada chain saw, gunakanlah chain saw. tapi bagi diri ana, ana rasa ana hanya ada pisau lipat. moga pejuang-pejuang mcm ustaz din ini akan sentiasa diberi kekuatan dan sentiasa diberkati Allah.
5:21 AM
Bila laa nak tumbang balak tu kalau pakai pisau lipat . Itu nasib baik pisau lipat , kalau pisau cukur ....?! :)
5:54 PM
Ya Allah, berilah aku kekuatan seperti mereka yang telah kau beri taufiq dan hidayah dalam perjuangan ini.
1:04 PM
assalamualaikum ustaz. sayu ana baca luahan isi hati ustaz, sedikit sebanyak menyuntik semangat utk ana utk terus kuat dalam medan dakwah dan perjuangan Islam ni. benarlah firman Allah,
"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh),
nescaya mereka akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama... " at-Taubah :42
jalan yang kita lalui ini sangat jauh..jgn harap nak dapatkan keselesaan dan kesenangan, jgn harap nak dapatkan sanjungan dan pujian org, jgn harap perjalanan ni dibentangkan dgn karpet merah, kereta mewah..duit berguni-guni. namun yg penting penilaian Allah dan keredhaan-Nya pd kita itu yg sangat kita mahukan. kita manusia biasa.. tak dapat lari dr ujian dan masalah. itulah tandanya Allah sgt sayangkan kita.Ujian yang diberikan Allah itu setimpal dgn kemampuan kita. Ujian dan dugaan yang Allah timpakan itu sbg kifarah dosa dan untuk mengangkat martabat kita disisi-Nya.yakinlah ustaz,Allah sentiasa bersama-sama kita.
" Ya Allah,sungguh aku tidak mampu menjalani hidup yang penuh dugaan ni, maka Engkau kuatkan dan teguhkanlah aku. Demi Allah, walau payah.. perjalanan ini tetap perlu diteruskan.Aku mohon kebersamaan-Mu denganku dalam setiap jejak langkahku dalam jalan perjuangan ini
ameen ya Rabbal alamin
4:27 PM
Alhamdulillah , apa yg diluah bukan bermaksud untuk mengeluh terhadap perjuangan suci ini melainkan sebagai satu motivasi diri dan adik - adik yang baru menyertai jamaah ini. welcome to our club !!
12:34 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home