" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, June 10, 2006

UCAPTAMA
MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT KE 47
Oleh KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
8 Jamad al-Awwal 1427 / 5 Jun 2006

MENERAJU KEBANGKITAN
SPEARHEADING THE REVIVAL

PROLOG

Saudara Pengerusi Tetap;
Al-Fadhil Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS;
Wakil-wakil Jawatankuasa Kerja PAS Pusat;
Saudara Timbalan Ketua dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat;
Saudara Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat
merangkap Pengarah Muktamar;
Saudara Bendahari dan
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat;
Saudara Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat
dan Ketua-ketua Dewan Pemuda PAS Negeri;
Pimpinan dan wakil-wakil Pemuda BA
dan NGOs; Para diplomat dan dif-dif jemputan kehormat;
Para perwakilan, pemerhati dan hadirin yang dihormati sekalian,

Firman Allah SWT:

“Bangkit dan berangkatlah kamu (untuk berjuang), dalam keadaan ringan dan berat, dan berjihadlah dengan harta dan diri kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”

(Surah al-Taubah: Ayat 41)

MUQADDIMAH

Assalamu alaikum warahmatulLahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, kita memanjatkan jutaan syukur kepada Allah SWT kerana dapat bersidang pada malam ini di Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat Ke 47 di Sekolah Rendah Agama Integrasi Al-Faizin, Guar Cempedak, Gurun, Kedah. Salam dan selawat juga kita panjatkan kehadrat Rasulullah SAW yang telah membawa rahmat kepada seluruh alam dengan berkembangnya agama suci, Islam ke segenap pelusuk dunia.

Kita bermuktamar pada tahun ini sebagai satu sesi muhasabah utama setelah melalui separuh pertama penggal pilihan raya dan untuk mengatur rancangan rapi untuk persiapan separuh kedua yang bermula sekarang sebelum datang pilihan raya ke-12 pada 2007/2008. Muktamar kali ke 47 ini adalah satu forum terbaik untuk kita menilai segala pencapaian dan gerakerja sepanjang setahun yang lalu. Telah banyak bidang sudah kita terokai dan kita cubai, telah banyak waktu dan kesempatan yang kita penuhi.

Daripada pertemuan, perbincangan, diskusi dan interaksi kita di kementerian-kementerian, jabatan-jabatan kerajaan sehinggalah kita menjelajah ke setiap lorong, denai, kota dan desa di seluruh pelusuk negara membawa visi dan misi serta agenda besar perjuangan pemuda. Kita telah bersama dengan golongan bangsawan, cendikiawan, budayawan, karyawan, seniman dan sehinggalah kepada golongan petani, nelayan dan peneroka.

Bahkan kita telah bersama membawa obor perjuangan ini dengan penuh kasih sayang kepada golongan yang dipandang rendah dan jijik oleh masyarakat; penagih dadah, pemabuk, pelacur dan remaja-remaja yang terjebak dengan gejala sosial. Namun, secara peribadi saya mengakui bahawa gerakerja kita belum berada di tahap maksimum dan saya sendiri belum berpuas hati dengan pencapaian yang telah kita lakukan.

Semua ini perlu kita atasi bersama pada sesi ini. Saya berjanji untuk bekerja lebih kuat dan bijak bersama pemuda-pemuda sekalian untuk mempraktikkan ungkapan amat bermakna Pak Nasir dalam karya agongnya Fiqh al-Da’wah:

“Janganlah sekali-kali pendakwah menjadikan diri mereka “manusia suci” takut menyentuh dan tersentuh. Manusia yang berdosa diluar sana sedang menanti sentuhan tangan kalian, ayuh keluarkan mereka dari dosa dan maksiat barulah kalian bergelar pendakwah sebenarnya”.

Saya berharap muktamar ini akan menjadi medan untuk kita memberikan pandangan, teguran, kritikan serta cadangan membina bagi mengukuhkan lagi gerakerja kita untuk meneraju kebangkitan perjuangan.

KEDAH DESTINASI BARU

Kita sangat berbangga pada malam ini kerana dapat kembali semula ke Alor Setar setelah hampir 20 tahun tidak bermuktamar di negeri Jelapang Padi ini. Ini adalah kali ketiga Dewan Pemuda PAS Pusat bermuktamar di Kedah selepas Kongres Dewan Pemuda PAS Pusat Ke-5 di Dewan Persatuan Guru-guru Se-Kedah, Sungai Korok, Alor Setar pada 3 Januari 1962 dan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Ke-25 di Dewan Persatuan India Kedah (KIA), Alor Setar pada 12 April 1984.

Hari ini kita bermuktamar untuk kali ketiga di sekolah milik kita sendiri. Saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang bertungkus-lumus untuk menjayakan muktamar ini. Saya juga merakamkan tahniah atas kejayaan PAS Kedah membina Kompleks PAS Kedah di KM 13, Jalan Alor Setar-Sungai Petani yang menjadi tuan rumah Muktamar Tahunan PAS kali ini, selepas berjaya menubuhkan Muassasah Darul Ulum.

Inilah semangat yang perlu ada kepada semua Dewan Pemuda PAS Negeri dengan menunjukkan kesungguhan sekali gus meyakinkan rakyat tentang keupayaan kita untuk memerintah. Perkembangan positif yang berlaku dalam kepemimpinan PAS Kedah, dan peningkatan kekuatan prasarana serta sokongan rakyat akan menjadi asas yang kukuh untuk PAS Kedah bergerak ke hadapan menjelang pilihanraya akan datang.

Saya penuh yakin bahawa Kedah akan terus menjadi kubu PAS setelah Kelantan dan Terengganu, termasuk menjadi negeri ketiga yang diperintah oleh PAS. Kita mendoakan agar baton perjuangan yang ditinggalkan oleh Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor akan diteruskan dengan lebih bersemarak lagi.

ISLAM KUASA BARU DUNIA

Para muktamirin sekalian,

Tahun 2006 seperti mengubat sejuta luka umat Islam setelah diuji begitu berat sejak kebelakangan ini. Bermula dengan kejutan bencana tsunami, diikuti dengan tragedi-tragedi pembunuhan umat Islam di seluruh dunia termasuk Selatan Thai, sebelum gempa bumi menggegarkan Bam di Iran dan Balakot di Pakistan. Di sebalik duka umat Islam, Allah SWT menganugerahkan kegembiraan kepada kita apabila penjenayah besar, Ariel Sharon 'dikakukan' oleh Allah SWT, diikuti kemenangan besar Harakah Muqawamah Islamiyyah (Hamas) di Palestin yang mengiringi kejayaan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Kini, demokrasi yang dijaja oleh Barat mula memakan tuannya sendiri. Barat berbangga dengan demokrasi yang mereka taja dan melaungkan kepada dunia supaya mengambil demokrasi sebagai pendekatan pembebasan politik moden. Negara-negara Blok Komunis yang dahulunya dianggap diktator satu demi satu runtuh bermula dengan kejatuhan Soviet Union pada 1990 sehingga tiada lagi pendukung Blok Timur di Eropah dan Asia Tengah. Eropah Timur juga mula menerima demokrasi sebagai satu ideologi politik tunggal abad ini, justeru menjadikan Amerika Syarikat – “pendukung demokrasi utama” – sebagai kuasa unipolar.

Amerika kemudiannya berubah menjadi diktator di pentas dunia setelah kehilangan pencabarnya. Mereka meratah dan menjajah bangsa-bangsa kerdil melalui serangan politik, ekonomi dan sosial sehingga tidak apa lagi yang dunia boleh banggakan melainkan semuanya berkiblatkan Washington. Percaturan politik yang diatur di White House, kelicikan kapitalis yang dikawal dari New York dan agenda hedonisme Hollywood telah meruntuhkan jati diri dan kedaulatan semua bangsa dan negara.

Kini tidak ada lagi negara yang boleh menentukan sendiri dasar luar mereka, bahkan untuk menentukan sendiri nilai mata wang pun tidak mampu! Meluat dengan keangkuhan 'Syaitan Besar' itu, dunia kini mengharapkan kebangkitan kuasa baru untuk mengimbangi kegilaan kuasa Amerika. Di mana-mana orang mengharapkan dunia kembali kepada dwipolar.

Di Amerika Latin, satu demi satu negara yang dikuasai badut-badut Amerika jatuh ke tangan pemimpin sosialis kerana menentang penjarahan IMF yang meruntuhkan ekonomi negara mereka. Demokrasi digunakan rakyat untuk membenamkan kezaliman! Kebangkitan semula Rusia bagi mengiringi China sebagai kuasa politik dan ekonomi kini menjadi harapan pendukung sosialis dalam mematahkan regim Barat. Kebangkitan semula Blok Timur yang mengejutkan Amerika berlaku serentak dengan kebangkitan Islam di Timur Tengah.

Usaha-usaha Amerika untuk memburukkan Islam melalui isu keganasan gagal meruntuhkan imej Islam, sebaliknya merangsang kesedaran umat. Kejayaan AK Party di Turki kini diikuti oleh Hamas dan Ikhwanul Muslimin serta kejayaan Dr Mahmood Ahmadinejad menguasai politik Iran begitu mencemaskan Barat. Ketika populasi umat Islam semakin meningkat di Eropah, Amerika Utara dan Australia, kuasa besar dunia itu kini terhimpit dengan kebangkitan serentak Islam dan sosialis yang memungkinkan kewujudan kuasa tripolar.

Demokrasi kuku besi Amerika semakin menggila apabila mereka cuba menyekat kebangkitan kuasa Islam di Iran dan kuasa sosialis di Korea Utara melalui agenda anti-nuklearnya, tetapi menyokong program nuklear Israel dan India bagi mengimbangi pengaruh nuklear Iran dan Pakistan. Fakta ini diperjelas oleh Dhilip Hiro di dalam bukunya “Iran Today” dan tulisan wartawan Seymour Hersh yang memenangi hadiah nobel Pulitzer di majalah New Yoker. Amerika mendesak supaya demokrasi diterima di Iraq dan Afghanistan, tetapi menolak demokrasi yang memenangkan Hamas di Palestin.

Amerika melakukan apa sahaja untuk melumpuhkan keupayaan Hamas mentadbir Palestin termasuk menyekat bantuan antarabangsa dan mengarahkan bank-bank membekukan dana Palestin - satu strategi yang tidak ubah seperti tindakan zalim BN terhadap Kerajaan PAS di Kelantan.

Muktamar Dewan Pemuda PAS pada hari ini menegaskan pendirian menyokong program nuklear Iran di atas dasar dan hak mempertahankan diri mereka. Kita menyeru seluruh umat Islam supaya menyalurkan apa sahaja bantuan kepada Hamas bagi menangani tekanan jahat Amerika. Kita perlu mengambil kesempatan ini untuk bersatu atas aqidah Islam bagi melakukan lonjakan kebangkitan Islam dan meruntuhkan peradaban Barat yang sudah kehilangan punca itu. Jika kita bersedia melupakan perbezaan dan mengutamakan perpaduan untuk mengukuhkan ummah, inilah saat terbaik untuk Islam tampil sebagai kuasa baru dunia yang menawarkan pakej politik, ekonomi dan sosial yang adil kepada masyarakat dunia, sekaligus menolak momokan liar Barat yang menjebakkan Islam dengan keganasan.

POLITIK MALAYSIA YANG CACAMERBA

Di sebalik pengaruh politik Amerika yang semakin terancam, di Malaysia perkembangan politik menjadi semakin tidak menentu ekoran kelemahan pentadbiran kerajaan BN. Bermula dengan isu-isu integriti awam, penyelewengan, tekanan ekonomi rakyat, alam sekitar, kepenggunaan hinggalah kepada masalah politik 'kitchen cabinet' Perdana Menteri.

Politik telus yang dicanang oleh Perdana Menteri ketika mula menjawat jawatan Perdana Menteri kini menjadi persoalan rakyat ekoran menularnya isu-isu yang mencabar integriti seperti kegagalan kerajaan menyelesai kes rasuah 18 individu high profile, campur tangan ahli Parlimen BN dalam urusan penguatkuasaan Kastam, keengganan wakil rakyat BN menyokong usul tindakan disiplin ke atas salah laku sahabat mereka, pembelian nombor plat mewah oleh menteri, keretakan MRR2 dan sebagainya. Beberapa menteri yang kontroversi kerana masalah integriti juga dikekalkan dalam rombakan kabinet pada Januari lalu.

Kesempitan demokrasi semakin ketara di sebalik kelunakan Perdana Menteri yang menggalakkan kritikan membina. Pemuda PAS mengutuk keras kegagalan KKDN meluluskan permit penerbitan Suara Keadilan, membisu terhadap permohonan HARAKAH untuk mendapatkan hak menerbitkan akhbar harian, tetapi mengambil masa yang begitu singkat untuk meluluskan permit ganti akhbar yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW di Sarawak setelah ia diharamkan. Sikap pilih bulu ini menampakkan kemunafikan kerajaan BN yang kononnya mengharamkan Sarawak Tribune, tetapi memberikan semula permit kepada penerbit yang sama atas nama yang lain.

Sikap ini banyak bertolak daripada amalan acuh tak acuh terhadap Islam sehingga membuka ruang kepada orang bukan Islam, termasuk sembilan menteri untuk mencabar kebebasan Mahkamah Syariah yang dijamin oleh Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan. Usaha-usaha untuk mempertahankan aqidah tidak menjadi agenda kerajaan Hadhari BN, tetapi tindakan yang diambil untuk menolak cadangan menteri bukan Islam hanyalah untuk kepentingan politik semata-mata. Akibatnya baru-baru ini, secara terbuka beberapa kumpulan NGOs telah bertindak membangkit isu-isu sensitif melibatkan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh secara langsung soal kebebasan beragama.

Saya memberi amaran kepada pemimpin BN bahawa rusuhan akan tercetus jika isu-isu seperti ini dibiarkan tanpa tindakan dan tanggung-jawab dari pihak kerajaan. Kerajaan jangan mempersalahkan umat Islam yang mempertahankan maruah agama mereka jika pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terus membangkitkan fitnah ini.

Dewan Pemuda PAS bersedia untuk menghadapi kumpulan ini termasuk kesediaan kita untuk menyediakan pentas bagi bersemuka dengan mereka. Kita miliki pasukan peguam dan intelektual yang bersedia untuk berdebat dan berdiskusi bagi memperbetulkan salah faham mereka terhadap isu-isu yang melibat sensitiviti orang Islam di negara ini. Firman Allah SWT:

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat pengajaran yang baik dan bahaskanlah mereka secara yang baik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk.”

(Surah al-Nahl: Ayat 125)

Kerana kepentingan politik yang sempit juga, Kerajaan BN terus bertindak zalim dengan melanjutkan tempoh tahanan ISA, sedangkan mereka tidak pernah dibuktikan bersalah. Pemuda PAS mengutuk keras penahanan ini dan mencabar Kerajaan BN mendakwa mereka di mahkamah. Apakah kerajaan Hadhari BN telah terjerat dalam jebak yang dipasang oleh musuh-musuh Islam yang mahu mengaitkan Islam dengan keganasan? Jika dahulu BN secara zalim menganiayai sekolah agama rakyat (SAR) kerana desakan politik antarabangsa, apakah kini mereka masih menjadi alat kuasa asing di negara sendiri?

Rakyat sebenarnya amat gusar dengan kegagalan kerajaan BN yang tidak begitu memberati soal kedaulatan negara, termasuk pencerobohan pengintip tentera negara jiran. Sebaliknya, kerajaan BN mengambil sikap tidak cermat dan bijak dengan membatalkan projek Jambatan Indah yang didakwa oleh bekas Perdana Menteri sebagai menggadai maruah dan kedaulatan negara setelah hanya beberapa hari diumumkan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK-9). BN seolah-olah tidak mengutamakan kepentingan negara, sebaliknya, kepentingan politik kepartian yang sempit dititikberatkan.

Lihat sahaja isu salah laku Ahli Parlimen Jasin, yang diutamakan ialah jangan menyokong usul yang dibawa oleh pembangkang, biarkan integriti Parlimen tercemar. Inilah dasar politik tidak matang BN. Demokrasi yang sihat memerlukan kuasa pengimbang supaya tidak berlaku diktator berparlimen di negara ini. Kerana itu kita mengalu-alukan “coming-back” Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai Ketua Pembangkang Negara.

Perletakan jawatan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) kerana mempertahankan prinsip integriti telah dilihat oleh banyak pihak sebagai persaingan kuasa antara team Perdana Menteri dengan team timbalannya yang mengetuai Whip BN. Di mana-mana penganalisis politik memperkatakan dasar-dasar Perdana Menteri yang dipengaruhi oleh 'grand design' menantunya.

Kini politik kabinet keluarga Perdana Menteri telah membolehkan keluarga mereka menguasai kekayaan negara bermula daripada perniagaan minyak dan gas, perdagangan hinggalah kepada sukan bola sepak. Dari aspek yang lain, kumpulan-kumpulan anti-Islam mendapat manfaat daripada penglibatan anak Perdana Menteri bersama Sisters in Islam (SIS) yang memperjuangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan membangkitkan isu-isu sensitif bersifat keagamaan dan perkauman.

Dasar Kerajaan BN yang sentiasa menongkah kehendak rakyat seperti menaikkan harga minyak ketika rakyat sedang berhadapan dengan inflasi dan menolak cadangan IPCMC ketika rakyat sedang menuntut ketelusan dalam pentadbiran polis, telah menimbulkan kemarahan rakyat. Tindakan berani rakyat Sarawak mengundi pembangkang baru-baru ini membuktikan perubahan sikap mula berlaku. Dewan Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada PAS Sarawak kerana berjaya mengurangkan majoriti sehingga tinggal 895 undi sahaja di samping peningkatan sokongan masyarakat Dayak kepada PAS. Kita harus belajar daripada perubahan sikap masyarakat Cina di Sarawak yang bersedia mengundi pembangkang apabila hak mereka dicerobohi Kerajaan BN.

Ketika maruah negara sedang tercabar dan integriti Parlimen dipersoal, aqidah umat Islam juga semakin dilonggarkan. Dasar terbaru Kerajaan BN yang membenarkan sukatan antarabangsa digunakan sepenuhnya oleh International Schools akan menyebabkan pengabaian tauhid pelajar, di samping menjejaskan penyemaian rasa cinta kepada negara. Berbalik kepada soal SAR, saya sekali lagi mendesak kerajaan BN supaya mengembalikan geran tahunan kepada sekolah tersebut. Tidak ada gunanya kerajaan memusuhi satu institusi yang begitu berjasa kepada rakyat, tetapi dalam masa yang sama mahu rakyat menguasai semula tulisan Jawi. SAR adalah benteng tulisan Jawi selepas tulisan itu diracun oleh UMNO pada 1967. Jika kerajaan berhasrat mempertahankan warisan bangsa Melayu itu, ia perlu mengembalikan hak SAR.

HIMPITAN EKONOMI RAKYAT

Sidang hadirin sekalian,

Kemahuan kita untuk lebih mendekati rakyat banyak dirangsang oleh kegagalan kerajaan BN dalam menyediakan keselesaan hidup untuk rakyat. Di sebalik RMK-9 yang menelan RM220 bilion, rakyat disajikan dengan bebanan besar ekoran kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen seliter yang memberikan kesan tambahan perbelanjaan bukan sahaja terhadap bahan api, tetapi juga barangan pengguna yang lain.

Kenaikan harga minyak telah meningkatkan pendapatan negara melalui PETRONAS. Pada tahun 2005 sahaja, kerajaan mengutip RM31 billion hasil cukai, royalti dan bayaran lain daripada PETRONAS, selain keuntungan bersih institusi tersebut yang melebihi RM50 billion setahun. Mengapa kerajaan tidak menggunakan hasil daripada PETRONAS untuk membiayai rakyat termasuk menanggung kos subsidi minyak? Sebaliknya PETRONAS dipaksa membiayai perkara yang tidak penting seperti membina Menara Berkembar KLCC, membail-out kroni-kroni kerajaan dan membiayai Formula 1.

Kerajaan mulai awal bulan ini telah menaikkan kadar tarif elektrik sehingga 12 peratus untuk memaksa rakyat menanggung kerugian Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berjumlah sekitar RM30 billion. Bebanan hutang TNB ini berpunca daripada perbelanjaan tidak berhemah mereka dalam membeli elektrik daripada IPP dan juga tunggakan hutang kilang-kilang besar, bukannya berpunca daripada rakyat. Sikap jelek Kerajaan BN yang mengalihkan beban ini kepada rakyat sangat memalukan.

Akibat kenaikan harga minyak dan tarif elektrik ini, kadar inflasi telah menokok sehingga melebihi kadar 4 peratus pada tahun ini. Peningkatkan ini tidak selaras dengan pendapatan rakyat yang masih statik sehingga melebarkan lagi jurang kemiskinan di bandar. Dasar Bank Negara Malaysia (BNM) yang menaikkan kadar faedah akhirnya menghapuskan manfaat Dasar Automotif Nasional (DAN) yang menurunkan harga kereta. Dalam masa yang sama, sesetengah barangan keperluan asas seperti gula dan minyak masak bukan sahaja mengalami kenaikan harga tetapi keputusan bekalan yang mendorong aktiviti negatif seperti penyorokan, penyeludupan dan penjualan pada harga tinggi.

Kelemahan kerajaan dalam mentadbir ekonomi negara turut mengakibatkan krisis dalam industri automotif. Bermula dengan isu pengagihan permit import (AP) yang tidak adil, beranjak kepada isu penjualan AV Agusta oleh Proton dan persaingan Proton-Naza akibat penarafan kereta nasional yang tidak mengikut spesifikasi yang sebenar sehingga membawa kepada campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamed. DAN cuba diperkenalkan setelah lebih 20 tahun projek kereta nasional dilaksana semata-mata untuk mengatasi krisis ini. Dalam masa yang sama, kerajaan seolah-olah menganaktirikan projek automotif yang telah menelan berbillion ringgit wang rakyat semata-mata kerana dasar ingin kembali kepada industri pertanian.

Ketika rakyat semakin terhimpit oleh dasar-dasar ekonomi yang tidak menentu ini, kroni Perdana Menteri khususnya anak dan menantunya telah mengaut keuntungan besar daripada perniagaan yang bermula di Seri Perdana. Penguasaan ke atas ECM Libra oleh keluarga terdekat Perdana Menteri dan keuntungan besar Scomi daripada program penaikan taraf perkhidmatan pengangkutan awam selepas kenaikan harga minyak menunjukkan bahawa salah laku telah berlaku dalam pengurusan kepentingan awam. Penguasaan ECM Libra ke atas syarikat kewangan kerajaan, Aveneu Capital Resources telah membolehkan menantu Perdana Menteri mencipta keuntungan sebanyak RM3.11 juta dalam sekelip mata. Secara mudahnya, dasar-dasar ekonomi yang menghimpit rakyat dan mementingkan kroni ini telah meletakkan RMK-9 hanya indah pada kertas sahaja.

MENCARI MOMENTUM BARU

Para muktamirin sekalian,

Sudah setahun kepemimpinan baru mengambil alih pentadbiran PAS. Mandat tersebut diberikan serentak dengan harapan supaya kepemimpinan muda yang lebih berwibawa dapat melahirkan dampak yang positif kepada PAS terutama dalam mencipta semula keyakinan rakyat. Tetapi selepas satu tahun berakhir, kita masih belum melihat satu anjakan besar dilakukan oleh kepemimpinan baru untuk meletakkan PAS sebagai peneraju politik negara.

Perubahan yang dicanangkan setahun yang lalu kini mula ditagih oleh rakyat dan ahli-ahli ekoran perkembangan politik, ekonomi dan sosial yang semakin membimbangkan. Rakyat dan ahli-ahli mengharapkan supaya PAS tampil menangani kemelut yang ada. Tetapi masih tidak kelihatan satu cetusan dan ledakan besar diambil oleh pemimpin tertinggi PAS untuk memenuhi kesempatan ketika rakyat mula hilang percaya kepada Kerajaan BN. Kenapa kita berlengah dalam menerajui kebangkitan rakyat?

Saya sendiri memimpin Pemuda PAS telah menerokai hubungan, melaksanakan engagement dan berinisiatif untuk menggerakkan tokoh-tokoh negarawan bagi bersama-sama menangani kemelut politik negara. Kesannya sangat positif dan menyakinkan. Kini mereka sedang menunggu sentuhan bijak dan mesra dari pimpinan tertinggi PAS. Rakyat dan negara sedang menunggu satu momentum baru pimpinan kita meneraju dan merangsang tindakan politik bagi menjana kebangkitan massa menjelang pilihanraya umum 2007/2008.

PAS tidak memerlukan slogan-slogan indah untuk menjana perjuangannya, tetapi PAS mengharapkan kepemimpinan baru dapat meledakkan idea-idea dan tindakan yang lebih segar dan kontemporari, pendekatan baru yang lebih strategik serta formula-formula politik yang lebih berkesan untuk melonjakkan kebangkitan rakyat. PAS perlu untuk mencipta kebijakan politik untuk meneraju kebangkitan massa. Kita mesti berani bertindak sebagai mediator dan pendamai untuk menyatukan tokoh-tokoh politik tanah air yang kini semakin berani meluahkan tentangan mereka kepada BN. Kita masih belum melihat apakah idea, pendekatan dan formula baru yang telah diketengahkan sebagai langkah mengukuhkan organisasi PAS serta pengaruhnya di hati rakyat. Kita tidak ada masa lagi untuk "managing the symbols", tetapi sekarang adalah masa untuk "managing the substances".

MENERAJU KEBANGKITAN, MELEDAK PERJUANGAN

Sidang perwakilan sekalian,

Prestasi muram PAS di dalam pilihanraya umum yang lalu tidak seharusnya menjadikan kita panik dan berlengah dalam mengurus masa depan perjuangan. Kekentalan semangat, keutuhan keyakinan, pandangan futuristic dan jiwa besar Nabi SAW dalam menjanjikan gelang Maharaja Kisra kepada Suraqah bin Malik semasa perjalanan hijrah yang agung adalah khazanah amat bernilai untuk kita pelajari. Bangsa-bangsa dan negara-negara yang maju hari ini berupaya untuk bangun dengan gagah sebagai kuasa ekonomi dan politik setelah belajar dengan cepat dari kelemahan dan kesilapan masa lalu dan menguasai persekitaran global dengan bijak.

Kebangkitan negara-negara harimau Asia Timur, China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura adalah kerana sikap dan budaya mereka yang kuat bekerja dan tidak mudah mengalah kepada persaingan dunia barat. Walaupun budaya mereka tidak dapat menjajah dunia tetapi kekuatan intelektual dan harta intelek mereka berjaya menakluki pasaran Barat dengan begitu menyakinkan.

Ambil saja contoh China selepas era Deng Ziou Peng yang melakukan perubahan besar terhadap dasar luar yang China yang lebih terbuka dan fleksibel. Menurut Malcom Warner, Macmilan dalam jurnal bertajuk “How Chinese Managers Learn” mengatakan bagaimana China dengan kerjasama Suruhanjaya Eropah telah menubuhkan The China – Europe Management Institute (CEMI) yang melatih secara intensif pengurus-pengurus muda China dalam program dua tahun MBAnya. Apa yang menakjubkan dalam masa tidak sampai 10 tahun China telah berjaya melahirkan pengurus-pengurus muda yang cemerlang melonjakkan China sebagai “The Roaring Tiger”.

Jepun yang kalah dan parah dalam Perang Dunia ke-2 bangkit semula sebagai negara maju. Mereka tidak mendidik rakyat untuk terus meratapi tugu peringatan Hiroshima dan Nagasaki selama-lamanya. Jepun telah memilih untuk menguasai dunia dan membalas dendam mereka kepada Barat dengan dimensi baru iaitu kekuatan ekonomi. Bermula dengan kemahiran meniru kepada penguasaan rekabentuk teknologi tinggi. Konosuke Matsushita, ketua rangkaian syarikat elektronik Jepun dalam satu ucapan menerima kunjungan pengurus-pengurus barat pada tahun 1979 mengatakan dengan yakin bahawa :

“Kami akan menang dan industri di Barat akan kalah. Kami memiliki pasukan kerja yang amat berdisiplin, kuat bekerja dan kami diukur lebih baik daripada anda dalam skop teknologi baru dan keupayaan kami membaca zaman”.

(Hamish McRae : World in 2020)

Komentar I I Wibowo dalam bukunya “Belajar Dari China” mempertegaskan China telah berjaya mengubah persepsi dunia terhadap mereka. Dari bangsa yang miskin, ekonomi yang mundur, bandar-bandar yang kotor kepada kuasa baru ekonomi yang digeruni. Jepun bertukar menjadi bangsa pencipta teknologi dan menguasai dunia dengan jenama-jenama Toyota, Honda, Sony dan Mitsubishi. Secara drastik mengubah imej mereka yang kejam, pendek dan kuno kepada bangsa yang maju. Negara-negara Scandinavian seperti Norway, Sweden dan Finland dianugerahkan oleh UNDP sebagai negara paling selamat untuk didiami setiap tahun. Dari bangsa “Viking” – lanun Laut Utara, hari ini mereka menjadi bangsa pendamai, mediator dan memiliki para diplomat terbaik kelas dunia.

Saya menyatakan perkara-perkara di atas tadi sebagai satu motivasi bagi kita melihat bangsa dan negara yang maju berjaya mengubah dan menganjak cara dan budaya kerja mereka dengan begitu menyakinkan. Negara-negara yang saya sebutkan tadi cuma belum “mengucap dua kalimah syahadah” sahaja. Mereka telah mempraktikkan nilai budaya kerja Islam yang melayakkan mereka menjadi bangsa memimpin kecemerlangan hari ini.

Keupayaan kita untuk bekerja lebih kuat dan melaksanakan perancangan yang lebih sistematik akan dapat membawa obor perjuangan PAS ke persada kegemilangan dengan lebih cepat dan berkesan. Setiap isu, pergolakan dan perubahan yang sedang dan akan berlaku mestilah diteraju kebangkitannya secara bijak.

Dewan Pemuda PAS mahu kepimpinan tertinggi PAS dengan penuh kebijakan, jiwa besar dan pantas meneraju kebangkitan rakyat yang sedang menyemarak sekarang ini. Pimpinan PAS mesti mengheret tangan pimpinan UMNO hari ini ke meja rundingan demi masa depan ummah dan Islam.

UMNO mesti disedarkan hari ini dari mimpi yang panjang untuk memahami bahawa dalam isu memorandum 9 orang menteri bukan Islam, siapakah kawan dan lawan mereka sebenarnya. Sikap golongan tertentu yang semakin berani dan kurang ajar terhadap Islam dan ajarannya hari ini memerlukan perpaduan yang seutuhnya, melampaui fahaman politik. PAS mesti bangun untuk memimpin dan mempelopori perpaduan dan kerjasama dari semua pihak yang bersedia untuk mempertahankan kemuliaan Islam.

Begitu juga dalam isu pertelingkahan tokoh-tokoh politik tanahair yang semakin menarik dan mendebarkan. Saya mencadangkan dalam muktamar malam ini agar PAS menjadi mediator, bersegera mencari dan memberikan formula terbaik bagi mereka duduk semeja dan menjana satu kebangkitan menentang segala penyelewengan, rasuah dan salah laku pentadbiran negara yang makin membarah. Inilah yang ditunggu oleh rakyat iaitu PAS berperanan sebagai bahtera penyelamat kepada rakyat tanpa perasaan prejudis dan dendam.

Saya telah cuba membawa Pemuda UMNO duduk semeja dalam isu remaja Melayu yang terlibat dengan gegala sosial yang semakin mencemaskan. Jawapan dari mereka masih kita nantikan. Kini sekali lagi saya mencabar Pemuda UMNO untuk duduk semeja bagi membincangkan masa depan golongan Bumiputera dan isu kedudukan Islam yang semakin berani dicabar.

Pemuda PAS tidak akan berputus asa untuk terus berjiwa besar menyatukan pandangan dan pendirian semua pihak untuk kepentingan Islam, meningkatkan martabat bangsa dan mempertahankan kedaulatan negara. Saya juga tidak pernah berputus asa untuk terus bekejasama dengan DAP dalam isu-isu rakyat dan kemanusiaan walaupun mereka menolak pendirian kita dalam soal negara Islam. Pemuda PAS yakin dengan janji Allah SWT. Yang penting kita bekerja kuat dan berani mencuba pendekatan-pendekatan baru dan segar. Satu hari esok kita berkeyakinan generasi muda dalam DAP hari ini akan dapat memahami dan menerima dasar perjuangan kita, Insya’Allah.

Kita bersyukur kehadrat Allah SWT kerana mutakhir ini terdapat banyak buku-buku mengenai kebaikan Islam yang ditulis oleh mereka yang bukan Islam. Penulisan Robert Briford, “The Making of Islam”, Olivier Roy dan Prof John Esposito mengambarkan ada ruang yang semakin terbuka untuk Islam terus berkembang dalam dunia intelektual Barat. Tulisan Dr Ved Prakash Upaddhay dalam “Muhammad in the Hindu Scriptures” mendedahkan mengenai peranan dan kebenaran perutusan Nabi Muhammad SAW didalam kitab-kitab Hindu berbahasa Sanskrit.

Penolakan orang bukan Islam terhadap perjuangan PAS hari ini yang diterjemahkan melalui keputusan dalam setiap pilihanraya umum tidak akan mematahkan semangat dan keyakinan Dewan Pemuda PAS untuk terus mendekati mereka. Kegagalan hari ini tidak bermakna kita terus kecundang pada hari esok.

Ekspedisi Kasih Sayang” yang kita telah laksanakan masih lagi belum mampu menjinakkan kepercayaan mereka terhadap perjuangan kita. Medan perjuangan kita menjanjikan masa depan yang lebih menarik untuk terus melangkah mendekati golongan peribumi di Sabah dan Sarawak. Pemuda PAS akan merancang pendekatan yang lebih strategik bagi memastikan seruan perjuangan kita menembusi setiap rumah dan penempatan mereka. Firman Allah Taala:

“Kalau apa yang engkau seru itu suatu faedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana nescaya mereka akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah: Kalau kami sanggup, tentulah kami pergi bersamamu. Mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang yang berdusta.”

(Surah al-Taubah: Ayat 42)

Perubahan politik dunia yang semakin memihak kepada Islam tidak boleh dibiarkan berkembang sendiri tanpa perancangan daripada gerakan Islam. Pemuda PAS mesti mengambil langkah perkasa untuk memastikan kita berada tepat pada tempat dan waktunya untuk kemenangan mengunjungi kita. Tindakan yang paling asas harus diambil segera ialah memantapkan organisasi, mengukuhkan perkaderan ke arah kepemimpinan dan keahlian yang kompeten, merangsang gerakerja politik serta memacu usaha-usaha ijtimai’ah ke arah penguasaan masyarakat sivil.

75 Comments:

Anonymous Anonymous said...

h6rExc The best blog you have!

1:34 PM

 
Anonymous Anonymous said...

mZgRbA Nice Article.

1:36 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Hello all!

2:26 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Wonderful blog.

3:10 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Good job!

4:14 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Good job!

5:19 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Thanks to author.

6:46 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Nice Article.

11:24 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Good job!

12:26 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Good job!

2:14 AM

 
Anonymous Anonymous said...

hxftIA write more, thanks.

6:36 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Please write anything else!

11:45 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Magnific!

12:19 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Please write anything else!

2:11 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Please write anything else!

2:43 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Please write anything else!

3:49 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Good job!

4:49 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Please write anything else!

6:05 PM

 
Anonymous Anonymous said...

actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.

6:46 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Wonderful blog.

7:19 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Hello all!

7:49 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Wonderful blog.

8:24 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Magnific!

9:02 PM

 
Anonymous Anonymous said...

I'm not a complete idiot, some parts are missing!

9:34 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Lottery: A tax on people who are bad at math.

10:01 PM

 
Anonymous Anonymous said...

actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.

10:32 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.

11:06 PM

 
Anonymous Anonymous said...

A flashlight is a case for holding dead batteries.

11:40 PM

 
Anonymous Anonymous said...

The gene pool could use a little chlorine.

12:12 AM

 
Anonymous Anonymous said...

A lot of people mistake a short memory for a clear conscience.

12:43 AM

 
Anonymous Anonymous said...

C++ should have been called B

1:16 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER

1:48 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Beam me aboard, Scotty..... Sure. Will a 2x10 do?

2:28 AM

 
Anonymous Anonymous said...

All generalizations are false, including this one.

3:11 AM

 
Anonymous Anonymous said...

A flashlight is a case for holding dead batteries.

3:47 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.

4:20 AM

 
Anonymous Anonymous said...

What is a free gift ? Aren't all gifts free?

4:53 AM

 
Anonymous Anonymous said...

C++ should have been called B

5:23 AM

 
Anonymous Anonymous said...

What is a free gift ? Aren't all gifts free?

5:48 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Magnific!

6:18 AM

 
Anonymous Anonymous said...

A flashlight is a case for holding dead batteries.

6:47 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Lottery: A tax on people who are bad at math.

7:18 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Suicidal twin kills sister by mistake!

7:55 AM

 
Anonymous Anonymous said...

640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81

8:27 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.

9:05 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Suicidal twin kills sister by mistake!

9:36 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Nice Article.

10:07 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.

10:39 AM

 
Anonymous Anonymous said...

All generalizations are false, including this one.

11:18 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.

12:03 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Give me ambiguity or give me something else.

12:37 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Oops. My brain just hit a bad sector.

1:15 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Good job!

1:53 PM

 
Anonymous Anonymous said...

actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.

2:24 PM

 
Anonymous Anonymous said...

The gene pool could use a little chlorine.

3:02 PM

 
Anonymous Anonymous said...

I don't suffer from insanity. I enjoy every minute of it.

3:45 PM

 
Anonymous Anonymous said...

A flashlight is a case for holding dead batteries.

4:29 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Calvin, we will not have an anatomically correct snowman!

5:17 PM

 
Anonymous Anonymous said...

What is a free gift ? Aren't all gifts free?

6:01 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Friends help you move. Real friends help you move bodies

6:40 PM

 
Anonymous Anonymous said...

640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81

7:27 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Good job!

8:22 PM

 
Anonymous Anonymous said...

A lot of people mistake a short memory for a clear conscience.

9:12 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Good job!

9:54 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Beam me aboard, Scotty..... Sure. Will a 2x10 do?

10:34 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Magnific!

11:13 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER

11:50 PM

 
Anonymous Anonymous said...

All generalizations are false, including this one.

12:24 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.

1:07 AM

 
Anonymous Anonymous said...

A flashlight is a case for holding dead batteries.

1:51 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Please write anything else!

2:32 AM

 
Anonymous Anonymous said...

I don't suffer from insanity. I enjoy every minute of it.

3:22 AM

 
Anonymous Anonymous said...

I'm not a complete idiot, some parts are missing!

4:10 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Lottery: A tax on people who are bad at math.

4:48 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Τhe post provides verified benefісiаl
to mysеlf. It’s νery useful and you агe certainly really knowledgеable in this area.

You have got opened up my own eyеs to varying thoughts about this matter
together with interesting and sound аrtіclеs.


Feel fгeе to visіt my weblog xanax
Also see my page > Xanax

10:00 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home