" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, December 26, 2006

MUNGKAR TERBUKA
YANG WAJIB DICEGAH

( Gambar Kiri )
Datin Seri Rosmah Mansor ( isteri Timbalan Perdana Menteri ) yang juga merupakan penaung Festival sempena Anugerah Filem India ( GIFA 06' ) kelihatan "bercium pipi" dengan seorang aktor Bollywood terkenal Salman Khan pada 9 December yang lalu .

Sebelum ini , saya masih ingat bagaimana di awal musim tika mempromosikan Islam Hadhari , Datuk Najib pernah menegur perbuatan berpeluk di khalayak ramai adalah haram dan bertentangan adab ketimuran .

Sementara gambar kanan pula adalah aksi Imamul Akbar Lil Islamul Hadhari Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi . Kelihatan beliau "mengusap" manja bahu telanjang seorang Pelakon terkenal yang pernah membintangi filem James Bond Dato' Michelle Yeoh .

Gambar itu dirakamkan secara terbuka ( bukan mengintip ) dalam satu majlis sempena Monsoon Cup di Terengganu baru - baru ini .

TIADA MUFTI YANG MENEGUR

Sehingga saat saya menulis , saya belum menerima sebarang maklumat dan saya telah meneliti akhbar utama seperti NST dan lainnya , tiada seorang pun dikalangan Mufti di negara Islam hadhari ini menegur secara terbuka ( justeru itu adalah maksiat terbuka ) sebagaimana teguran terbuka terhadap Jabatan Agama yang terpencil kesilapannya semasa menjalankan operasi mencegah maksiat.

Saya mohon teguran jika pengamatan saya lemah dan leka dari meneliti kalau - kalau ada teguran yang telah dikemukakan di dada akhbar oleh para mufti , khasnya mufti - mufti yang muda bersemangat dan tinggi pula ilmunya .

Mungkin nanti ada pula yang mengatakan saya tidak beradab dalam menegur maksiat sehingga mendedahkan aib Datin Seri Rosmah dan Dato' Seri Abdullah .

Pertama ingin saya tegaskan , bahawa kedua - dua gambar itu bukan hasil karya pengintip dan pengintai dari Jabatan Agama , tetapi entah dari paparazzi mana yang mengambilnya secara terbuka dan ianya berlaku dalam majlis terbuka. Ianya diketahui dan disaksikan umum .

Kedua , saya tidak tahu apakah mereka berdua ( Rosmah dan Abdullah ) memahami erti aib sehingga ia berasa aib kalau gambar ini disiarkan justeru mereka kelihatan sangat selesa untuk melakukannya dihadapan umum biarpun hukum sangat jelas mengundang murka Ilahi.

Ketiga , mereka adalah pemimpin negara . Maksiat yang mereka lakukan ini adalah maksiat terbuka yang pastinya akan dicontohi oleh pengikutnya @ sebahagian rakyatnya , sementara ulama' - ulama' rasmi tidak pula berani menegur secara terbuka .

TEGURLAH MEREKA.

Saya tidak berhajat untuk mengemuka hujjah secara ilmiyyah disini , lantaran ini adalah suatu yang sangat maklum . Persoalan yang timbul , bukan tidak memahami hukum atau kaedah secara ilmiyyah tetapi tidak bertindak berasaskan ilmu yang dimiliki .

Selayaknya para mufti , ulama' - ulama' rasmi kerajaan cepat mendahului dan menegur mereka yang melakukan maksiat terbuka ini . Saya percaya , biarpun saya tidak mengemukakan hujjah ilmiyyah bersandarkan hadis dan ayat quran sebagai dalil hukum , mereka sangat mengetahui apakah hukum berdiam diri berhadapan maksiat terbuka sebegini sedang mereka adalah ulama' rasmi lantikan kerajaan .

Pastinya kerajaan melantik para ulama' - ulama' rasmi ini menduduki kerusi yang hampir menyama taraf kedudukan menteri , agar mereka dapat menasihati dan membimbing ketua - ketua kerajaan mereka dari hanyut dibawa arus mungkar dan maksiat.

atau ulama' - ulama' rasmi ini lebih selesa "menyeringai" kepada pihak yang kerdil sementara mengampu ketuanya untuk menjamin kedudukan yang lebih selesa . Semoga telahan dan tanggapan ini silap dan tidak benar.

Saya harap , ketua - ketua kerajaan ini dididik , dinasihati dan ditegur oleh para mufti agar kehidupan mereka terhindar jauh dari maksiat dan akhirnya memimpin rakyat dengan agama Allah swt.

Kalaulah saya dikurniakan doa yang mustajab , nescaya saya mendoakan agar para mufti berani dan terbuka hati untuk mengkritik dan menegur pemimpin - pemimpin seperti ini agar mereka selamat serta pemimpin pula , agar mendapat hidayah ilahi .

8 Comments:

Blogger abuhanis said...

salam ustaz...

pada pandangan ustaz perlukah mufti membuat teguran di akhbar atau menegur secara peribadi...

sangka baiklah ustaz, kaedah dalam teguran tentu banyak bukan.

4:17 PM

 
Blogger Syaikh Al-Bakistani said...

teguran yang di buat kepada UMNO bukanlah seperti teguran para salaf terhadap pemerintahan di zaman mereka.

ini kerana, di zaman salaf, pemerintahan ketika itu melakukan kesalahan dari sudut akhlak mereka, tetapi dasar dan sistem pemerintahan masih lagi berlandaskan Islam

peperangan antara PAS dan UMNO di zaman sekarang adalah peperangan sistem yang berlandaskan kepada kufur

teguran yang perlu di buat mestilah mengikut aturan Ibrahim tegur Namrud, Musa tegur Firaun, Muhammad tegur Abu Lahab dan sebagainya....

sekian

abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

7:05 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Jangan kita semua tertipu dengan agenda musuh.Ulama bertelingkah,akhirnya umat hilang rasa hormat...musuh berjaya

7:23 PM

 
Anonymous Anonymous said...

kadang-kadang kita beranggapan dosa pemimpin yg lakukan maksiat (merujuk dua gambar dalam artikel)perlu meminta maaf kpd rakyat bukan kpd Allah s.w.t.

yang lebih sempoi macam paklah kena minta maaf dgn pas bila pegang michel yeoh.

7:42 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Assalamualaikum .

Abu anis , apa khabar ?
semoga sejahtera hendaknya.

Saya bersetuju dengan kepelbagaian kaedah dalam menegur . Soalnya , apakah teguran itu benar dilakukan ?

Apabila saya mengkritik para mufti yang sering diam membisu dikala berhadapan dengan mungkar yang dilakukan oleh pemerintah , itu tidak bermakna saya bersangka buruk .

Terutama tatkala berhadapan dengan maksiat terbuka yang dilakukan oleh golongan pemerintah ini .

Jika para mufti benar menegur secara diam , alhamdulillah semoga Allah memberkati mereka .

Soalnya .

Pertama : Benarkah teguran itu dilakukan ?

Kedua : Umum masih menyangka mufti mendiamkan diri ekoran langkah "teguran senyap" yang diambil oleh mufti ( jika benar mereka menegur secara senyap) sedang maksiat dan mungkar itu berlaku secara terbuka .

Ketiga : Saya melontarkan sinis kepada sebahagian mufti , yang tidak teragak - agak menegur pihak lain seperti jabatan Agama di dada akhbar , tetapi kenapa pula tidak menegur sedemikian terhadap pemerintah yang "nakal" itu

11:54 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Pemimpin yang "nakal" dan megah melakukan maksiat dihadapan rakyat seolah mendidik rakyat menjadi nakal seperti mereka .

الناس على دين ملوكهم

Maksudnya : " Manusia ( rakyat ) itu sering mengikut cara hidup pemimpin mereka ."

Justeru itu perlakuan maksiat pemimpin dihadapan rakyat , bukan sahaja dosanya terhadap Allah tetapi juga dosa kepada rakyat .

Pertama : kerana mereka mendidik rakyat agar melakukan maksiat . ( kerana mereka adalah pemimpin )

Kedua : Mereka mengabaikan amanah rakyat terhadap mereka . Saya tidak percaya rakyat seperti kita semua , memberi mandat kepimpinan kepada mereka melalui undi pilihanraya adalah bertujuan supaya mereka melakukan maksiat atau meredhoi mereka melakukan maksiat.

Mereka memsti bertaubat kepada Allah swt dan memohon maaf atas perlakuan tidak wajar itu kepada rakyat

12:02 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Betul juga, ada mufti yang lantang bila isu khalwat, lantang isu murtad tapi bila nampak benda ni sunyi je semua.

Sebagai orang awam apa saya lihat semua mufti dah tak boleh pakai sebab sibuk isu2 tersendiri lupa nak menegur pemerintah.

12:52 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Adab Menegur Kemungkaran Pemerintah

Sikap Terhadap Pemerintah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا (٥٩)

Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (an-Nisa’: 59)

“Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar r.aanhuma, daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda: Dengar dan taat )kepada pemerintah) adalah kewajiban setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintah melakukan maksiat, maka tidak perlu lagi dengar dan taat (akan perintah maksiat itu).” (Riwayat Bukhari, jil.: 6, no.: 2612 dan Muslim, jil.: 3, no.: 1469)

“Daripada ‘Abdullah Bin Mas’ud katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah).

Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah?

Sabda Baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada Allah hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari, jil: 6, no.: 2588 dan Muslim, jil:3, no.: 1472)

Al-Imam an-Nawawi r.h. (w.: 676 H) berkata:

“Berhubung dengan keluar menentang pemerintah dan memerangi mereka, ia diharamkan menurut ijmak dan memerangi mereka, ia diharamkan menurut ijmak kaum Muslimin walaupun mereka fasiq lagi zalim. Hadith-hadith yang telah aku sebutkan amat jelas. Ahli sunnah sepakat bahawa pemerintah tidak boleh digulingkan disebabkan fasiq (melakukan maksiat).” (an-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, jil.: 12, m.s.: 540)

Menasihati Pemimpin Adalah Tanggungjawab Umat

Daripada abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah meredhai kamu dalam tiga perkara dan memurkai kamu dalam tiga perkara. Dia meredhai kamu jika kamu beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya sedikit pun, berpegang teguh pada tali Allah dan menasihati orang yang Allah jadikan sebagai pemerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu jika banyak bercakap (perkara yang tiada faedah) membazirkan harta dan bayak bertanya (yang bukan-bukan).” (Hadis Riwayat Malik, jil.: 2, no.: 169)

Adab menasihati Pemimpin

“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang berkuasa, janganlah melakukannya secara terang-terangan. Sebaliknya dia hendaklah memegang tangannya (penguasa itu) dan bersendirian dengannya (menasihati tanpa mendedahkan aibnya secara terbuka). Jika diterima, maka dia berjaya. Jika tidak, dia (penasihat itu) dianggap telah menunaikan kewajibannya.” (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah. Sanadnya sahih, Hal ini dinyatakan oleh al-Albani ketika mentahqiq kitab al-sunnah, m.s.: 507)

Menasihati Dengan Berterusan

Al-‘Azhim al-Abadi r.h. berkata:

“Para ulama berpendapat, kewajiban amar ma’aruf nahi mungkar tidak gugur hanya disebabkan ia tidak memberikan sebarang kesan. Bahkan dia wajib melakukannya kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.” (al-‘Azhim al-Abadi, ‘Aun al-Ma’bud, jil: 11, m.s.: 330)

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:

“Jihad yang paling afdhal ialah perkataan yang adil – dalam riwayat yang lain: Yang benar – terhadap pemerintah yang zalim ayat ketua yang zalim. (Riwayat an-Nasai’e, jil.: 7, m.s.: 161, Abu Daud, jil.: 4, m.s.: 124, al-Tirmidzi, jil.: 4, m.s.: 471 dan ibn Majah, jil.: 2, m.s.: 1329. Juga disahihkan oleh al-Albani)

Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz r.h. berkata:

“Mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar tidak termasuk dalam Manhaj al-Salaf. Hal ini kerana ia boleh membawa kepada porak peranda dan hilang ketaatan dalam perkara ma’aruf.

Ia membawa kekecohan yang memberi mudharat, bukan manfaat.

Sebaliknya jalan yang diikuti oleh golongan salaf ialah nasihat antara mereka dengan pemerintah (secara semuka), menulis surat (untuk menegur) mereka atau melalui ulama yang menjalinkan hubungan baik dengan mereka.”

Dr. Soleh bin Fauzan berkata:

“Orang yang paling layak menasihati para pemerintah ialah ulama, cerdik pandai, dan ahli majlis syura pemerintahan.”

Firman Allah s.w.t.:

وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الأمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُولِي الأمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلا قَلِيلا (٨٣)

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah (as-Sunnah) dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang Yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang Yang teguh imannya dan Luas ilmunya di antara kamu). (an-Nisa’: 83)

Tugas ini bukanlah tanggungjawab setiap individu. Cara menggembar-gemburkan kemungkaran (kesalahan) pemerintah bukanlah suatu nasihat dan bukan juga manhaj salafus soleh.

Walaupun niat pelakunya itu baik, iaitu untuk membantah kemungkaran namun perkara itu lebih mungkar daripada maksiat yang dibantah. Ini kerana, bantahan yang dilakukan itu tidak mengikut apa yang disyari’atkan melalui al-Qur’an dan as-Sunnah. (Ibid, m.s.: 124)

Kemungkaran itu dibenci. Tetapi untuk memastikan ia lenyap, cara yang berkesan mesti digunakan. Jika sekadar melepaskan perasaan marah, hal itu hanya menyukarkan lagi tugas menghapuskan kemungkaran itu.

Para ulama dahulu juga tegas ketika membantah kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah. Namun, mereka tidak pernah mamki hamun, mempersenda dan mencerca pemerintah.

Kata-kata mereka padat, tegas dan kadangkala keras. Ia dilakukan secara bersemuka.

Allah memerintahkan Musa dan Harun agar menasihati Firaun dengan cara yang baik.

Jika firaun yang melampaui batas itu pun diseru dengan cara yang baik, apatah lagi jika berhadapan dengan pemerintah muslim pada masa kini.

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (٤٣)فَقُولا لَهُ قَوْلا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى (٤٤)

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas Dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". (Taha: 43-44)

Landasan inilah yang dipelopori oleh para ulama muktabar sejak zaman dahulu. Mereka sentiasa sabar dalam menghadapi karenah pemerintah dan bekerjasama dalam perkara baik.

Sejarah telah merakamkan watak tegas mereka ini. Walaupun mereka mempunyai kekuatan dan mendapat sokongan rakyat namun para imam ahli sunnah tidak pernah menentang pemerintah secara terbuka. Sekalipun ada di kalangan mereka yang diseksa. Antaranya Imam Ahmad bin Hanbal r.h.

Golongan ekstrim mungkin menganggap mereka lemah. Tetapi perbuatan mereka itulah yang dituntut oleh sunnah dan himah. Ini kerana pemerintah yang dicerca secara terbuka disebabkan perkara agama, mungkin menyebabkan akan memusuhi agama itu.

Caci maki hanya mengundang keburukan. Bahkan tidak berfaedah kepada Islam. Jika mereka dinasihati dengan baik, jelas, tegas, dan tidak menggadaikan prinsip agama, pemerintah mungkin akan memikirkan perkara itu dan menerimanya.

Pemerintah umat ini masih ketandusan nasihat-nasihat yang hebat seperti yang pernah diberikan oleh para ulama suatu ketika dahulu. Sehinggakan para pemerintah yang mendengarnya menitiskan air mata.

Para ulama yang berpegang pada manhaj al-Sunnah tidak menjadikan kesalahan dalam pemerintahan sebagai modal untuk menghentam pemerintah. Mereka mengharapkan kebaikan kepada para pemerintah.

Mereka hanya menasihati pemerintah demi masa depan agama. Dalam masa yang sama, mereka bertegas terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pemerintah.

Tidak Bersubahat Dengan Kezliman Pemerintah

Para ulama dan cendekiawan muslim yang berkesempatan untuk duduk bersama pemerintah hendaklah menjaga diri mereka agar tidak dijadikan alat untuk mengharuskan tindakan-tindakan salah pemerintah. Mereka hendaklah membimbing pemerintah. Bukan dipengaruhi pemerintah ke jalan yang salah.

Ramai pemerintah sukakan para ulama. Namun, tujuan mereka tidak sama. Ada pemerintah yang bertujuan mengambil manfaat daripada ilmu para ulama dan ketaqwaan mereka dan ada juga yang bertujuan mempergunakan mereka untuk kepentingan sendiri.

Keadaan ini menuntut para ulama berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat dan fatwa agar mereka tidak dijadikan bahan mainan para pemerintah.

“Susungguhnya selepasku ini akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka, maka dia bukan daripadaku dan aku bukan daripadanya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia daripada kalanganku dan aku daripada kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga).” (Riwayat ahmad, ji.: 14, m.s.: 78, an-Nasai’e, jil.: 7, m.s.: 160 dan al-Tirmidzi. Disahihkan oleh al-albani)

Dalam berdakwah kepada pemerintah, kita banyak terpengaruh dengan pendekatan dan budaya politik yang tidak bersumberkan al-Qur’an dan sunnah. Panduan berdakwah terhadap pemerintah terlalu banyak termaktub dalam sunnah. Namun ia tidak diendahkan. Akhirnya kita gagal menuju matlamat yang hendak dicapai.

Setiap muslim khususnya para ulama hendaklah mengikuti adab dan etika yang betul dalam berdakwah kepada pemerintah. Kegagalan mematuhi tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. bukan sahaja menjadikan kita gagal. Bahkan juga boleh menjadikan dakwah itu sendiri bersifat mungkar.

10:54 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home