" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, May 17, 2007

ISLAM DAN DEMOKRASI

Buat semua sahabat , apa khabar ? sudah lama kita tidak berinteraksi di kamar cyber ini . Semoga kalian semua sihat dan terus bertenaga untuk meneruskan amanah perjuangan ini.

Kepada sahabat yang ingin memiliki sebuah kitab terbaru hasil karya Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang yang bertajuk Islam dan Demokrasi, boleh hubungi ana untuk mendapatkannya dengan harga RM 18 sahaja dengan konsep membeli sambil menderma untuk Tabung Darul Quran Rusila.

Semoga Allah memberkati rezeki yang dikurniakanNya dan membekalkan ilmu yang bermanafaat kepada kita serta mengganjarkan pahala yang lumayan terhadap derma bakti kita kepada mereka yang memerlukan.

Salam perjuangan sekali lagi buat semua.

5 Comments:

Blogger WUZARA said...

demokrasi adalah methodologi penggubalan hukum ciptaan plato. ana belum baca buku ini, tapi ana yakin tuan guru akan menjelaskan kepada kita, demokrasi ini adalah sistem kufur yangw wajib dihancurkan dan diganti dengan hukum Allah, allhuakhbar.

semoga bumi malaysia ini kembali dibawah naungan islam!

7:08 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Fakta demokrasi ;
1. Demokrasi adlh sistem pemerintahan ciptaan manusia.
2. Demokrasi adlh hukum kufur yg lahir dari aqidah kufur.
3. Demokrasi adlh alat propaganda barat utk MENYERANG semua nilai-nilai kehidupan yg bertentangan dgn ideologi kapitalisme TERUTAMA ISLAM.
4. Demokrasi menjadi alat barat untuk "melembutkan" dan memesongkan arah perjuangan gerakan Islam dgn menyediakan kandang demokrasi dan umat pun "bermain" dalam "kandang" yg mereka sediakan yg tidak membawa kemana-mana.
4. Demokrasi menjadi senjata imperialisme barat utk menjajah dunia khususnya umat Islam.

Kesimpulan :
Setiap muslim WAJIB menolak demokrasi. Setiap hamlud dakwah wajib menerangkan kpd umat akan kekufuran, bahaya dan keharaman demokrasi.

Satu-satunya sistem pemerintahan dalam islam ialah : Khilafah

satu-satunya cara dakwah utk menegakkan daulah Islamiyah ialah cara Rasulullah Saw.

8:09 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Dan jangan lupa Hizbut Tahrir di zaman Sheikh Taqiuddin an-Nabhani juga pernah bergelumang dengan demokrasi..

7:35 AM

 
Anonymous Anonymous said...

omASSALAMUALAIKUM FANSURI,

Secara bahasa apakah maksud BERGELUMANG ?

Lalu, berdasarkan maksud "bergelumang" tsbt benarkah kenyataan bahawa "HT bergelumang dgn demokrasi".

Takutlah kepada Allah.

Andaikan pernyataan di atas betul pun, tidak bermakna demokrasi menjadi Islamik hanya kerana HT spt yg didakwa.

Ini kerana keharaman demokrasi berdasarkan nas yg qot'ie, sementara tindakan HT mahupun Syeikh Taqiyuddin boleh sahaja salah. Seperti apa yg ditulis oleh syeikh taqiyuddin dlm kitab mafahim li hizbut tahrir, pendapat saya benar, tetapi tidak menolak kemungkinan ada kesalahan dan begitu sebaliknya.

Yg pasti HT menolak demokrasi kerana demokrasi adlh sistem kufur yg bertentangan dgn al Quran dan sunnah.

Keharaman demokrasi, penolakan HT terhadap sistem kufur, keterlibatan sesetengah gerakan Islam dgn demokrasi serta "kefanatikan" beberapa individu thdp demokrasi seperti Fansuri dan Tn. Hj Mohd Sabu, tidak bermakna HT memusuhi sesama muslim di atas.

"Serangan" HT sebatas pemikiran-pemikiran dan perasaan ideologi kufur khususnya ideologi kapitalisme dan sosialisme/komunisme. Disamping itu HT juga mengkritik dgn tegas sikap "talibarut" barat dalam mempertahankan sistem dan ideologi kufur.

Cuma masalahnya, siapa yg makan lada dia yg rasa pedas atau siapa yg makan nangka, dia kena getah. Barangkali Fansuri termasuk ke dalam golongan spt ini.

Akhir kata, saya sebagai syabab HT hanya memberi nasihat kepada sesama muslim bahawa demokrasi adalah ideologi kufur. Lihatlah apa yg demokrasi lakukan thdp FIS, Hamas dan Refah. Kesimpulan yg dapat dikatakan ialah ;

1. Demokrasi memang mahu supaya semua gerakan Islam BERGELUMANG dalam demokrasi, tetapi bukan sebagai pemenang. Ini supaya gerakan islam tadi dapat dikawal dan IDEALISME iSLAM DAPAT DIKURANGKAN DAN AKHIRNYA DIHILANGKAN.

2. Jika gerakan islam menang, mereka akan lakukan SPT apa yg mereka TELAH lakukan thdp FIS di Algeria, REFAH di Turki dan HAMAS di Palestin. barat tanpa merasa bersalah mendokong tindakan pihak sekuler menyingkirkan pemenang demokrasi.

3. Fakta juga menunjukkan bahawa Hamas hanya berkuasa SEPENUHNYA di Gaza TANPA melalui cara demokrasi yg kemudian menjadi alasan bagi Abbas memansuhkan kerajaan Hamas dan melantik kerajaan baru yg pro imperialisme Barat/yahudi.

TEPUK DADA TANYA IMAN. Ambillah pengajaran wahai orang-orang yg berakal.

Kepada Fansuri,
Saudara tidak perlu mengambil sikap bermusuhan atau membenci thdp Hizbut Tahrir. Contohilah ahli-ahli PAS yg lain yang bersikap lapang dada terhadap sesama gerakan islam , khususnya thdp Hizbut Tahrir. Di luar sana ramai ahli PAS yg tetap setia thdp PAS tetapi menerima dgn baik seruan Hizbut Tahrir. Contohilah mereka dan jadilah salah seorang spt mereka.

Wallahualam.

12:35 PM

 
Anonymous insidewinme said...

Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai keyakinan bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya. Demokrasi sistem kufur.

11:35 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home