" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, August 14, 2007

KEBANGKITAN PEMUDA

12 Ogos 2007 menjadi detik bersejarah bagi Dewan Pemuda PAS Pahang apabila satu Perhimpunan yang menyaksikan kesungguhan dan keyakinan pemuda bersatu menunjuk semangat dan kesediaan berjuang menepati misi dan visi pemuda .

Biar pun 1001 kekurangan dan kelemahan sebagai sebuah parti yang sering dikepong dan ditekan dari segenap arah oleh pemerintah undemokratik UMNO dan Barisan nasional , perhimpunan pemuda PAS pada 12 hb Ogos baru - baru ini berjaya menghimpunkan 1500 anggotanya untuk sedia digerakkan bagi menghadapi pilihanraya umum ke 12 yang dijangka akan berlangsung pada bulan November ini.

Perasmian Himpunan Pemuda PAS Pahang telah disempurnakan oleh al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Sementara amanat dan taujihat penutup telah dilengkapkan oleh al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Ahli Jawatan Kerja PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.

Taklimat persiapan dan gerakkerja Pilihanraya Pemuda telah dibentang oleh sdr setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang Hasanudin bin Salim .

Jadual asal di sebelah petang , pemuda dijangka akan mendengar taklimat mobilisasi Demokrasi yang akan disampaikan oleh Tuan Hj. Mohd Sabu Naib Presiden PAS bagi mengatur gerak menuntut demokrasi bersih dan telus.

Malangnya beliau ditimpa kemalangan dan slot tersebut terpaksa ditangguhkan ke sebelah malamnya .

Sekali lagi al Fadhil Tuan Guru Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih bagi menegaskan keperluan demokrasi yang bersih dan telus.

Himpunan Pemuda PAS Pahang ini adalah warm up untuk himpunan 100 ribu rakyat yang akan berlangsung di Putra Jaya pada 10 November kelak .

Sessi malam Himpunan Pemuda ditambah lengkap dengan kehadhiran Saudara Saifudin Nasution Pengerusi Tabung Tok Kenali dengan pendedahan jenayah dan rasuah serta salah laku yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN .

Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri mengucap setinggi - tinggi tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan himpunan ini . Bermula dari Pengarah program Ustaz Suhaimi Saad Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri dan seluruh Jawatan Kuasa Panitia Program , Seluruh EXCO DPPNPahang , Ketua - ketua DPP Kawasan dan seluruh AJK mereka dan perhargaan tinggi kepada seluruh anggota pemuda dari seluruh negeri .


Selamat berjuang kepada SEMUA PEMUDA bagi membuka laluan kemenangan buat Islam di atas tanahair kita amnya dan dinegeri Pahang ini khasnya.


Takbiiir.

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman
Kepada Tuhan dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk
Al-Kahfi:13

3:04 PM

 
Blogger zahrah said...

'Allah suka hamba2Nya beribadat dan Allah AMAT suka hamba2Nya yg muda beribadat...' semoga ALLAH menjadi matlamat agung kita, Al-Quran dustur kita dan Al-Mautu Fi Sabilillah cita tertinggi kita...takbiirrr!!!

3:16 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Pemuda2 perlu persiapan dari sudut ilmu agar dakwah dikalangan masyarakat lebih berkesan.Laman2 yang bertengan dengan kita terutama laman rasuldahri.com perlu dikritik agar ilmu didada ketika berhadapan dengan masyarakat diyakini.Insyaallah...

5:19 PM

 
Blogger Tinju Tirani Zionis said...

Tetap bergerak pemuda. Tinju dan hantam segala bentuk tirani zionis dan amerika. saatnya kita berkuasa dengan kekuatan laa ila ha illallah

8:55 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home