PEMERKASAAN
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk menyediakan satu ruang terbuka buat semua pembaca dan peminat blog saya atau sesiapa sahaja yang kebetulan singgah di blog ini untuk memberi dan mengemukakan apa jua komen , pandangan , teguran , kritikan membina kepada Dewan Pemuda PAS Pusat dalam apa jua bidang yang dirasakan perlu dan wajar.
Saya selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat kini telah bersedia dari aspek mental dan spiritual untuk menerima apa jua bentuk komen , pandangan , teguran , kritikan , cadangan dan sebagainya untuk tujuan pemerkasaan Dewan Pemuda PAS Pusat.
Insyaallah , saya akan mengambil kira segalanya untuk dibawa ke perbincangan khas Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) bagi memberi nilai tambah dan berusaha ke arah pemerkasaannya dari pelbagai sudut .
Segala komentar , kritikan dan cadangan dari sahabat sekelian amatlah saya alu - alukan dan ianya boleh dibuat direct melalui ruangan komen yang disediakan dibawah .
Namun begitu , satu perhatian besar yang mesti diinsafi ialah , segala komentar , kritikan dan cadangan mesti memenuhi prinsip akhlak Islami. Jauhi sebarang fitnah atau tohmahan dan juga kata - kata kesat dan kasar.
Sebaik - baiknya , segala kritikan atau cadangan tersebut jelas , berasas dan luhur untuk melihat keperkasaan DPPP dalam melayari bahtera perjuangan ini , meredah gelombang dan gelora yang kian mencabar.
Pihak pengkritik atau pencadang boleh menggunakan nickname . Namun menggunakan nama sebenar dengan nombor contact yang betul sebagai sikap bertanggungjawab terhadap kritikan dan pandangannya adalah sangat diraikan.
Akhirnya , saya terlebih dahulu menghulurkan sekalung tahniah kepada semua sahabat yang bakal mengambil bahagian dalam mengutarakan pandangan , kritikan dan teguran yang membina ke arah penambah-baikan DPPP .
Saya akan membukanya bagi fasa pertama ini sehingga 6 December 2007 . Insyaallah , pada 7 dan 8 December ini , Pemuda akan bermesyuarat bulanan seperti biasa dan mungkin ada sebahagian dari pandangan dan cadangan mahupun kritikan yang boleh saya angkat ke atas untuk dibahaskan.
Adapun fasa kedua akan dibuka sehingga menjelang meeting bulanan berikutnya. Saya ucapkan selamat memberi idea yang bernas dan penuh makna buat DPPP dengan tema DPPP adalah milik kita bersama .
26 Comments:
Assalamualaikum :
Pemuda perlu banyakkan aktiviti berbentuk kepemudaan dan melibatkan diri dalam semua lapangan yang menjadi kegemaran anak - anak muda masa kini.
7:08 AM
Waalaikumussalam :
Terima kasih . Jika tuan boleh bagi contoh kepada bentuk program atau aktiviti tersebut , rasanya lebih baik dan menarik .
7:10 AM
Assalamualaikum wbt;
Ana mencadangkan agar digiatkan lagi "Team Building" khas utk Dewan Pemuda; objektif adalah untuk memperkasakan gerak kerja agar lebih professional dan berkesan. Keduanya, ana cadangkan agar difokuskan memberi kefahaman Islam kepada mereka yang Jahil dan bukan Islam; jikalau rakyat faham disamping mendapat Hidayah InsyaAllah Islam menang. Wallahua'lam
8:43 AM
assalamualaikum.ana mencadangkan dppp agar lebih menekankan aspek tarbiyah terutamanya tarbiyah ruhiyyah.Ingatlah,ALLAH sahajalah penentu kemenangan islam..kalu dppp dpt menekankan tarbiyah insya allah shbt2 dr jemaah lain akan turut same menyokong dan tidak lg mempertikaikan PAs
2:00 PM
salam ust,
pandangan : saya masih melihat dr luar, DPPP masih tidak mengambil inisiatif utk memastikan sumber manusia khususnya drp kader-kader di kampus utk disalurkan kepada saluran yang betul. Hasilnya contoh, ribuan kader-kader di peringkat kampus dikeluarkan setiap tahun dan lebih separuh drpnya tercicir. Antara scenario yang sering diutarakan - kader2 ini kena bijak utk mencari tempat, mengambil inisiatif utk memberi sumbangan dlm jemaah. Bila mereka gagal utk membina inisiatif ini.. titik2 utk gagal meneruskan sumbangan mula terbit. akhirnya gugur utk meneruskan sumbangan seterusnya.
contoh inisiatif yang boleh dibuat ialah Recruitment Session. DPPP atau DPPN mewujudkan projek2 dan menawarkan post-post kosong kepada bakal2 graduan yang mendapat tarbiyyah di kampus. Cthnya DPP Pahang, ada projek Kajian Masalah Remaja.. post2 yang ada ialah penyelidik, setiuasaha, penganalisa data... tempoh projek : 6 bulan, lokasi : ar-rasyidin, kuantan, gaji -sifar. maka.. bakal2 graduan, yg bercadang utk bekerja di kuantan, memohon utk mengisi jawatan ini, dan berlaku proses pengambilan, interview dan seterusnya.
Lanjutan drp ini, Human Resource Manager perlu diwujudkan diperingkat pemuda negeri, pusat, - sebagai coordinator utk recruitment pekerja2 parti.
5:40 PM
Assalamulaikum,
Buku negara islam perlu dikeluarkan dengan detail agar masyarakat islam khususnya dapat memahami persoalan ini.Pertikaian muzakarah antara Ustaz Hasyim Jasin dengan MB perlis di DUN perlu diambil perhatian kerana ianya menjadi teka teki.
10:25 PM
Salam
Tahniah diatas usaha murni ustaz. Saya amat bangga dengan inisiatif ini. Memandangkan negara Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kejayaan dalam pilihanraya amat bergantung kepada sokongan kaum-kaum ini, saya mencadangkan agar PAS melalui jentera dewan pemudanya memberikan informasi berkenaan apa yang PAS ingin bawa (kalau boleh elakkan perkataan 'islam' kpd kaum bukan islam kerana sesetengah daripada mereka tidak suka kepada 'islam' walaupun tidak tahu apa itu islam - satu strategi yang penting)dan semua penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan pusat sekarang beserta bukti yang kukuh kepada semua lapisan kaum dengan pelbagai cara yang boleh (possible) untuk dilakukan. Dengan kepimpinan yang mantap beserta ahli yang komited, saya yakin dewan pemuda PAS dengan jentera yang ada di setiap negeri dapat membuat satu pelan pemberitahuan yang lebih total dan tersusun. Contohnya berikan flyer2, penggunaan video-video yang dapat dimuat turun di TVPAS.com untuk ditayangkan dan disebarkan kepada umum secara percuma etc. Pilihanraya akan diadakan tidak berapa lama lagi jadi saya amat berharap tenaga pemuda-pemuda kita dijanakan ke arah menyedarkan rakyat dalam masa yang kita masih ada. Kami di perantauan mendoakan kejayaan kalian!
11:39 PM
askum ustz
saya ingin mencadangkan DPPP menyediakan satu ruang online bagi masyarakat bawahan boleh mencadangkan beberapa perkara manifesto PAS utk dipertimbangkan utk pilihanraya akan datang.Apa yg masyarakat bawahan mahu utk pas masukkan dlm manifestonya. Ini boleh dilakukan melalui website harakahdaily.net
tqvm
12:27 AM
Assalamulaikum
1. Syarahan2 ustaz2 berkenaan aqidah diharapkan agar dapat diberi secara percuma samada didownload di laman web atau lebih mudah menubuhkan satu team khas di you tube yg mana DPPP sebagai moderatornya.
2.Kertas2 kerja berkenaan perkara2 aqidah mahupun ibadah khusus juga perlu ditekankan untuk diberi secara percuma dan dionlinekan ceramah tersebut secara langsung menggunakan webtv atau radio yg mana para hadirin boleh bersoal jawab.
3.Web tv @ radio internet digunakan secara meluas membincangkan 3 perkara utama aqidah,ibadah dan akhlak.
4.Kitab2 imam syafie diterbitkan dan disyarahkan agar ulamak terkemuka dunia ini difahami buku2 peninggalannya.Akhir2 ini kita begitu sedih ramai quote menggunakan kata2 imam syafie tetapi sebenarnya memfitnah.
5.Membentuk satu jawatan khas agar usaha menyatukan seluruh umat islam di malaysia tampa mengira fahaman politik.
6.Mewujudkan satu jawatan kuasa khas perniagaan expo agar dimana2 negeri yg dilawati oleh pas dibuat program seperti sure heboh tetapi para peniaga dijemput menjual barangan mereka (tanpa mengira fahaman politik)seterusnya memberi faeah besar kepada para peniaga kecil2an.
7.Mewujudkan jaringan ekonomi dengan negeri kelantan agar para peniaga islam dapat dilahirkan sebanyak mungkin ,diharap pihak yg terlibat mempunyai target agar dapat dilahirkan 1000 perniaga setahun.
8.Ceramah pimpinan pemuda perlu dibekali dengan laptop serta akses broadband agar setiap ceramah ditempat yg mempunyai line 3g dapat dipancarkan ke seluruh dunia.
9.Meletakkan syarat ketat kepada mereka yg memimpin DPPP dengan hanya mereka yg beraqidah Ahli Sunnah Wal Jemaah sahaja.Perlu dingat syiah menjadi suri dalam daging kepada perjuanga ahli sunnah.
10.Mewujudkan satu pakaian khas untuk penceramah2 pimpinan pemuda sebolehnya jubah berbentuk kot agar ketrampilan yg hebat.(Warna jubah bergantung kepada ceramah yg diberi-hanya sebagai cadangan saja.)
11.Mewujudkan library maya e-book
12.Mewujudkan tabung khas untuk pimpinan agar mereka dibiayai sepenuhnya.
10:44 AM
bagus usaha ust tantawi ni.
cuma disini suka ana mencadangkan supaya DPPP menetapkan pemuda hanya memegang hanya satu portfolio tugas supaya komitmen dapat difully utillizekan.
sbg contoh ust tantawi sendiri.ust memegang 2 portfolio iaitu ketua dewan pemuda pas pahang dan timb. dewan pemuda pas pusat.
ust tantawi haruslah melepaskan portfolio ketua dewan pemuda pas pahang.begitu juga dgn ust azman shapawi.
ramai pemuda diluar sana yg mampu memegang portfolio tersebut.teringat lagi ana kata2 haji Mahfuz omar"Dewan Pemuda adalah kilang membuat pemimpin".
Ketua pemuda Johor juga antara pemimpin pemuda yg memegang terlalu byk portfolio.rasanya ini bukanlah iklim yg baik bagi dewan pemuda.
ust riduan md noor adalah contoh yg baik bila melepaskan jawatan ketua pemuda wilayah kpd akhi kamaruzzaman.
diharap cadangan ini menjadi polisi kpd Dewan pemuda dan dicontohi oleh dewan-dewan lain dalam orginisasi pas yg kita cintai.
ampunkan ana sbb membicarakannya secara terbuka di internet.
asif.
2:54 PM
Assalamualaikum
9:47 PM
Terima kasih atas semua pandangan dan cadangan atau kritikan . Tak mengapa , jangan rasa bersalah , ana buka ruang ini utk kami DPPP cermin diri melalui pandangan pihak kedua dan ketiga . Semoga ianya menambah baik DPPP pada masa akan datang.
Ana ucapkan Jazakumullah atas semua cadangan. Biarpun kami tak buat semua kelak , sekurang - kurangnya ada beberapa perkara yg boleh kami lakukan .
Setiap pandangan yang bernas dan baik , akan ana bawa ke mesyuarat DPPP utk tindakan .
9:50 PM
entah kenapa pemuda terlalu lesu di kawasan saya..... peringkat pas kawasan, tak ada langsung usaha untuk mencari pelapis..
kenalpasti punca kelesuan.. sy setuju.. human resource perlu dibangunkan dengan lebih agresif dalm DPPP.
Kami di kawasan yg ketandusan pemuda ni.. setia menanti saat itu tiba...
10:05 PM
Assalamu’alaikum,
Tahniah kepada Ustaz dan Dewan Pemuda kerana berjiwa besar untuk menimbang pandangan secara terbuka. Cuma nak mengusulkan beberapa perkara yg saya kira belum dilakukan dengan baik (mungkin salah penilaian saya). Saya tidak akan menyentuh perkara yg sudah dilaksanakan. Yg tu teruskan macam biasa.
1. Perkasakan barisan Ustaz dan professional muda. Kekurangan tenaga muda?
a. Dapatkan contact, kader2 PAS, pro-PAS, persatuan pro-PAS di Universiti dalam dan luar Negara.
b. Dapatkan senarai nama & email. InsyaAllah, bila balik ke Malaysia, mereka akan gunakan email yg sama. Telefon boleh berubah, email jarang berubah.
c. Hubungi melalui email, ajak mereka berkhidmat utk PAS. Tanya dimana mereka & dapatkan tempat utk mereka berkhidmat. Laksanakan secara berterusan dibawah satu Lujnah yg tersusun. Berkhidmat melalui alam maya pun boleh. Terlalu banyak ruang kerja sebenarnya.
d. Bagi pemuda yg sudahpun graduate, yg sedang bertebaran diseluruh Malaysia, buat kempen besar-besaran di dalam harakah, harakahdaily, blog2 supaya mendaftar dengan Lujnah keahlian dewan pemuda. Permudahkan proses permohonan pendaftaran melalui email, website, sms. Kemudian buat langkah susulan utk pendaftaran ahli, ahli pemuda dsbgnya. Pastikan maklumat yg diperlukan ada dalam borang. Brainstorm apakah maklumat yg diperlukan utk memudahkan analisa & pembahagian tugas pemuda. Jangan terikat dengan status quo.
e. Kena ada petugas tetap bergaji utk urusan keahlian.
2. Bila sudah ada resource, apa yg nak diperkasakan?
a. Ustaz muda:
i. Selalunya mempunyai asas pemahaman Islam yg baik dari Univesiti yg mereka belajar. Mereka selalunya ada capaian internet, boleh memahami bahasa Arab. Boleh mencapai pelbagai capaian kitab2 muktabar, fatwa2 kotemporari yg bertebaran.
ii. Ubah mindset sesetengah masyarakat terhadap PAS, bukan sekadar politik, tetapi semua bidang dalam Islam dari segi aqidah, ibadah, akhlaq, pendidikan, ekonomi, sistem masyarakat, kebajikan, teknologi dsbgnya. Jadikan dewan pemuda peneraju ummah dlm segenap sudut.
iii. Adakan forum yg ilmiah dan terbuka kepada semua golongan, terbuka kepada pelbagai lontaran idea, hujah, tafsiran utk dibahaskan serta mematangkan hujah dan sikap kader2 PAS. Jangan terikat dengan status quo & pandangan veto.
iv. Jadikan Ustaz2 yg sedia ada yg berilmu, sebagai pembimbing kepada forum2 tsb. Kiranya terdapat ustaz2 muda yg dikenalpasti keilmuan & keterampilannya, tawarkan sebagai moderator.
v. Kiranya para Ulama yg sedia ada juga mempunyai masa & berminat, adalah bonus yg amat bernilai.
vi. Tunggu apa lagi, consolidate resource ini utk sebarkan Islam yg syumul secara meluas di Internet, you tube, majalah & buku2. Adakan team khas utk buat kerja tsb.
vii. Adakan satu lujnah khas utk mentahqiq kitab2 yg dikarang oleh alim ulama dlm PAS (atau ditulis oleh amilin PAS dari kuliah para pimpinan) supaya dapat diketengahkan kepada masyarakat dgn yakin.
viii. Lahirkan dikalangan para pemuda, bukan sekadar pelapis kepada AJK pusat, tetapi pelapis kepada para Ulama’ samaada dewan Ulama mahupun keperingkat tertinggi Parti dgn menguasai pelbagai bidang ilmu.
b. Profesional muda:
i. Mereka juga berkemampuan utk menyebarkan maklumat Islam seperti para ustaz kepada masyarakat. Mungkin terbatas dgn tiadanya asas bahasa Arab. Pun begitu maklumat dlm bahasa inggeris pun cukup banyak.
ii. Mereka ini berkerja disektor awam & swasta, mempunyai capaian internet setiap masa. Setidak-tidaknya mereka mampu utk copy & paste kpd rakan sekerja atau membuat blog utk para ustaz.
iii. Mereka boleh menyumbangkan dana kepada gerakkerja PAS. Sekiranya terdapat 10,000 profesianal sumbang RM50/bulan, PAS sudah ada RM500,000/month utk gerak kerja Islam. Ini bukan jumlah yg kecil. Sudah boleh hire petugas bergaji yg juga professional pada setiap negeri dgn gaji RM5000/month.
iv. Utk dapatkan sumbangan yg menyeluruh, sudah tentulah perlu tanamkan keyakinan. Bgm nak tanamkan keyakinan?
1. Gerak kerja perlu telus. Perlu ada roadmap apa yg nak dibuat, ada regular news apa yg telah dibuat, emailkan atau poskan kepada para penyumbang setiap bulan utk dapatkan maklumat gerakkerja semasa. Supaya mereka puas hati dgn sumbangan mereka.
2. Terbuka pandangan, bukannya berjiwa kerdil.
Saya tidak bermaksud utk memisahkan golongan ustaz & professional, tetapi itu hanyalah term yg dipakai pada masa ini utk mudah komunikasi, Hakikatnya terdapat ramai ustaz yg professional & professional yg berilmu dlm bidang agama. Mungkin suatu hari nanti, bila berjayanya tahfiz sains, term ini sudah tidak perlu dipakai lagi.
Semoga berjaya, insyaAllah.
Wassalam.
abuhuzaifah97@google.com
1:39 AM
Assalamualaikum wbt
Ana cadang vedeo YB Masitah yang menghina hukum islam semasa di mesir di edar dengan meluas siap dengan hard copy supaya umat Islam memahami taraf seorang ulama umno dan yang lebih penting hukum Islma tidak dipesongkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Tindakan ini merupakan amal maaruf kerana kita memungut dari sumber yang sahih dan biar rakyat menilainyan, Sebar seluas-luasnya secara manual kerana rakyat terbanyak tidak mendapat info tentang ucapan YB masitah. tq. Selamat maju jaya kepada DPPP. Wassalam.
9:52 AM
Assalammualaikum...
Terima Kasih atas sikap PAS, semoga keterbukaan ini lebih mematangkan PAS dalam dunia dakwah. Saya mencadangkan supaya PAS terutamanya Pemuda membina genarasi intelek yang pelbagai dalam bidang dakwah,kerana PAS terlalu dilihat politik, sedangkan kita memperjuangkan kesyumulan Islam.
PAS mesti buktikan bahawa PAS memenuhi semua lapangan gerak kerja, dan apa yang saya lihat PAS masih lemah dapat marketing dakwah secara kotemporari yang mendekati golongan intelek.
Saya tahu, keterlibatan individu dalam yang pelbagai termasuklah profesional yang bergerak secara individu begitu ramai. Maybe kita kena cari jalan bg penjenamaan semua gerak kerja itu biar nampak GEMPAK!
Wallahualam.
12:35 PM
Assalamualaikum,
Pertama tama saya mengucapkan terima kasih dari ustaz dengan penjelasan yang diberi, bagi saya mungkin terdapat sedikit kekeliruan dalam ustaz membaca tulisan perenggan terakhir saya,saya bermaksud jika dengan kita bergabung membuatkan kos/kerja Pasti dan Pemuda menjadi semakin tinggi/sukar, berbanding beroperasi bersendirian, lebih baik kita kita berjalan bersendirian.....matlamat kita win,win...(sama sama beruntung)
Ustaz, memang parti tiada bagi elaun....tapi kita buat collection...cuma darihal infak nih mungkin orang kita perlu mencontohi tarbiah arqam...saya ada dengar kisah sedih ustaz tersangkut dibentong.Saya ada terbaca tentang cadangan yang sangat baik dari orang kita, tapi biasa laa....pengunaan ICT yang banyak menjimatkan kos.Lagi satu problem orang kita nih saya lihat suka sangat ambil tok bomoh jauh jauh....kalau duit minyak kawan tu pun tak mampu nak tanggung jangan laa besar sangat hajat.Sepatutnya semangat biarlah sama besar dengan kemampuan.
Ustz, mail saya personally sorang dua nama pemuda kita yang makan nasi dan kicap aje...sempena ramadhan nak menjelma nih tak patut sangat kita membiarkan mereka begitu.
maaf
4:32 PM
para sahabat, tolong abaikan tulisan hok diatas tulisan ini...
.... silap tekan loo
"Abdul Rahman,Zamri" ZAMRIAR@airproducts.com wrote:
Assalamualaikum,
Kehadapan saudara saudaraku yang dihormati, saya seperti nama tetera pada address mail ingin bertanya sedikit kemuskilan dihati
Baru baru ini saya menyertai mesyuarat Pasti negeri Pahang sebagai wakil kepada pengerusi Pasti Indera Mahkota.Selain daripada membincangkan aktiviti yang dirancang, pengerusi mesyuarat ada menyebut Pasti Pusat menyalurkan dananya sebanyak rm 70,000 setahun untuk Pemuda.
Kemuskilan saya, didalam kemelut kita berhadapan dengan Kemas yang mengistiharkan bahawa tahun hadapan mereka tidak mengenakan yuran, Pasti pula terpaksa menyalurkan kewangannya kepada Pemuda yang mana akan membabitkan kos mentadbir pasti kekal atau meningkat. Saya sebagai pengurus Pasti yang dipisahkan hanya 4 lorong perumahan sahaja dengan Kemas sangat terasa dengan sebarang kenaikan kos.Untuk pengetahuan saudara saudara buat masa kini yuran Pasti kami memang telah melebihi yuran Kemas berdekatan.Sebulan lepas saya menerima surat kenaikan buku rm 2.00 setiap satu set.
Setahu saya didalam Islam, setiap hak hak awam itu sangat rendah kos pembiayaannya,seperti contoh universiti Al Azhar, agar semua lapisan masyarakat mendapat peluang memasuki/menikmati dan barulah terserlah keadilan islam. Secara peribadi saya sedikit tekilan apabila dana Pasti di salurkan kepada pemuda walaupun saya tahu dana itu digunakan untuk kerja islam. Bagi saya adalah lebih afdal dana itu sebahagian besarnya disalur kepada guru guru yang mana kita mengetahui mereka menerima jumlah elaun yang amat menyedihkan.Mungkin juga dana itu afdal disalurkan untuk membaiki Pasti kita yang amat daif dikampung kampung. Mungkin kasar sangat jika saya berkata menyalurkan dana ke pemuda, bagaikan menyusukan kera dihutan anak dirumah mati kelaparan.Saya gagahi juga menulisnya kerana saya sangat terkilan dengan luahan seorang ketua MGP Pahang bahawa mereka pernah berkrusus ke Pusat dan tiada makanan tengahari disediakan sehingga ada sebahagian guru guru menangis kerana sedih dan lapar.( Pengesahan sila tanya Kak Fadilah 0139325328). Saya lebih percaya ini adalah kelemahan teknikal yang tidak sepatutnya berlaku.
Jika kita lihat kembali buletin kita......Pasti milik bersama masyarakat bukan bersifat komersial dan juga kita lihat kertas kerja Dr Supyan di Putik pada tahun 2003, nampaknya kita lansung tiada kearah itu malah bertentangan.Secara jujur saya tidak nampak sangat jasa pemuda dengan Pasti (maaf) sehingga kita terpaksa menyalurkan dana sebanyak itu. Kalau kita lihat hampir semua gerak kerja dibuat oleh guru guru dan mereka bagaikan diabaikan haknya?Pernahkah kita memberi dana seperti yang kita bagi kepada Pemuda. Percayalah tanpa guru tiadalah Pasti.Bagi saya kebanyakkan pemuda hanya nampak mukanya semasa perhimpunan perhimpunan dan akhirnya melaungkan retorik belaka kerana kerja buatnya bercanggah dengan kertas kerja yang dibincangkan ( antaranya sila lihat kertas kerja 1 KPPM 2003 Ustz Wan Mohd Jamil bin Wan Mahmood).Tahukah pemuda kita mempunyai buku teks yang sedikit tersalah cetak dan setelah ditegur,sesampai buku baru, untuk tahun baru kesalahan yang sama masih ujud.
Sekarang buletin pulak dah,Nampaknya sangat baik Cuma saya tidak pasti sama ada ia wajib beli atau sebagainya,yang pasti jual paksa tidak dibenarkan didalam islam. Bagi saya pengurus setiap pasti kena survey dulu siapa ibu/bapa yang mahu dan kekadang bagi yang ada 2 anak memadai membeli satu naskah.Pengalaman saya, tahun tahun yang lalu, surat survey saya hanya sebahagian ibubapa sahaja yang respon dan dari sini kita telah boleh menilai perihatin dan minat membaca mereka. Mungkin saya tidak layak sebagai pengurus Pasti tetapi open tender saya supaya diganti bermula dari saya dilantik sejak 3 tahun yang lalu.
Awal tahun yang lalu, kami diminta membayar rm 10.00 setiap orang pelajar kepada Pasti negeri, saya membantah kerana jika dikira dengan jumlah sebanyak 40 pelajar kami terpaksa membayar sejumlah rm 400.00 dan dikatakan yuran pengurusan.Saya tidak pasti kenapa begitu tinggi, buku kami bayar,kursus guru kami bayar,kertas periksa kami bayar dan yang pastinya jika kita bergabung lebih membebankan agaknya adalah lebih baik kita mufarakah seperti ditahun tahun 70' an.
Saya difahamkan ketua pemuda Pahang bersetuju dengan syor ini tanpa usul periksa. (maaf jika saya salahkerana saya tidak involved mesyurat pemuda....saya pemuda expired). Saya bimbang satu hari nanti ada ibu/bapa yang akan menyebut Pasti ni tak dak kerja lain....duit...duit..duit.
Mungkin pemuda perlu belajar berdikari,Setakat sekarang bagaikan pasti yang memayungi Pemuda bukan Pemuda memayungi Pasti.Semasa kami mesyuarat sampai ada yang sebut pemuda bagaikan abang kita yang kategori kanak kanak istimewa.Sanggupkah pemuda menerima panggilan begini. Sesekali saya juga teringat tentang dana zakat kita.Baru baru ini saya nampak satu usaha yang sangat baik yang dibuat oleh ALP dan MGP Pasti Pahang....menganjurkan jamuan sambil menderma.Kami membeli 5 kad ini walau pun tidak pergi sebagai moral support,mungkin pemuda juga boleh membuat pekara yang semacam ini.
Hari ini saya terbaca kenyataan Salahuddin di Putik,berkata bermula tahun hadapan pihaknya akan berbincang dengan Pasti Pusat bagi menangani perbagai masalah yang timbul khususnya soal imbuhan. Sangat mengembirakan.Sebelum saya mengakhiri tulisan ini saya berharap dapat kiranya segala perancangan dan kos yang dijangka tahun hadapan boleh dibentangkan agar boleh saya bawa kepada mesyuarat cawangan agar mereka boleh memutuskan samada masih mahu duduk sebumbung atau ingin bersendirian.
**** penulis tidak membenarkan ianya difowardkan kepada orang lain.******
Maaf dari saya
Wassalam
zar
From: saya ayah saya mailto:tantawi22002@yahoo.com
Sent: Saturday, October 01, 2005 6:19 PM
To: Abdul Rahman,Zamri
Subject: Re: Dana PASTI
Walaikumussalam .
Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih atas pandangan dan kritikan pihak saudara kepada pemuda amnya dan pengurusan PASTI khasnya .
Biarpun nadanya agak tegas dan keras , saya menerima dengan dada lapang , justeru segalanya saya yakin untuk kepentingan perjuangan bukan untuk kepuasan individu .
Insyaallah , saya akan mengemukakan segala pandangan ini ke mesyuarat Pemuda Pusat pada 15 oktober yg akan datang untuk mendapat taklimat balas daripada pihak pengurusan PASTI Pusat .
Saya harap sdr dapat bertenang dan kita tangani persoalan ini secara mahabbah tanpa perlu kita mengguna perkataan atau istilah bagaikan mengugut / bernada marah. Saya memahami perasaan yang sedang dipendam , namun beri sedikit masa melalui perbincangan dgn semangat penuh persaudaraan dan setiakawan/setiakumpulan untuk kita selesaikan persoalan ini.
Namun sepintas lalu buat saudara , terima kasih atas segala teguran dan kritikan membina .Cuma dari saya secara peribadi ( bukan atas nama Ketua Pemuda PAS Pahang ) saya harap sdr tidak menyimpan prasangka terhadap pemuda mahupun PASTI.
Saya sendiri melihat apa yang berlaku . Bukan tidak terhiris perasaan ini melihat penderitaan guru guru pasti yg berhempas pulas dengan elaun atau gaji yg tidak setimpalnya bagi mendidik anak bangsa ini dengan agama .
malah hati ini lebih lagi terhiris menyaksikan pimpinan ( yang tidak perlu saya bariskan nama nama mereka yg terlalu ramai ) siang malam mengorbankan masa , tenaga , wang ringgit malah nyawa tanpa mereka menerima satu sen pun elaun daripada parti .
Ada pimpinan pemuda yang hanya makan nasi dengan kicap saban minggu . Begitu juga ada ahli PAS yang berkorban untuk perjuangan ini sampai ke peringkat mrk hilang segalanya tanpa mendapat elaun atau imbuhan dari parti walau satu sen pun .
Maksud saya , semua pihak perlu di adili dalam PAS ini termasuk guru pasti . Tidak mudah pula untuk kita mengatasi persoalan ini sementara kita hanyalah sebuah gerakan Islam yg tidak mempunyai sumber kewangan yg mantap melainkan sumbangan ahli , harakah dan PASTI .
Namun ini bukan alasan muktamad untuk kita akur agar fenomena ini berlarutan melainkan kita semua tanpa menuding jari antara satu sama lain , duduk semeja bincang secara mahabbah bagaimana kita nak atasi.
Jangan sekali kali kita ugut jamaah , kalau tak beri ini dan itu kepada kami , maka kami akan keluar cari bumbung lain . krn itu adalah sikap yg tidak menggambarkan semangat persaudaraan dan semangat berjamaah selain daripada ia juga bersalahan dengan akhlak amal jamaei.
Sdr. yakinlah , sebetulnya kita yang perlukan jamaah bukan jamaah yang perlukan kita .
Sabarlah menghadapi persoalan ini. insyaallah ianya boleh diselesaikan dengan baik tanpa perlu kpd prasangka dan sikap prejudis terhadap perjuangan ini khasnya Pemuda .
Subject: RE: Dana PASTI
Assalamualaikum,
Pertama tama saya mengucapkan terima kasih dari ustaz dengan penjelasan yang diberi, bagi saya mungkin terdapat sedikit kekeliruan dalam ustaz membaca tulisan perenggan terakhir saya,saya bermaksud jika dengan kita bergabung membuatkan kos/kerja Pasti dan Pemuda menjadi semakin tinggi/sukar, berbanding beroperasi bersendirian, lebih baik kita kita berjalan bersendirian.....matlamat kita win,win...(sama sama beruntung)
Ustaz, memang parti tiada bagi elaun....tapi kita buat collection...cuma darihal infak nih mungkin orang kita perlu mencontohi tarbiah arqam...saya ada dengar kisah sedih ustaz tersangkut dibentong.Saya ada terbaca tentang cadangan yang sangat baik dari orang kita, tapi biasa laa....pengunaan ICT yang banyak menjimatkan kos.Lagi satu problem orang kita nih saya lihat suka sangat ambil tok bomoh jauh jauh....kalau duit minyak kawan tu pun tak mampu nak tanggung jangan laa besar sangat hajat.Sepatutnya semangat biarlah sama besar dengan kemampuan.
Ustz, mail saya personally sorang dua nama pemuda kita yang makan nasi dan kicap aje...sempena ramadhan nak menjelma nih tak patut sangat kita membiarkan mereka begitu.
maaf
zar
4:48 PM
Assalamualaikum,
Ustz...zamri lagi laa. Kalau ustz perasan, mail itu ditulis pada 01 oct 2005 yakni lebih 2 tahun yg lalu. Nampaknya keadaan hampir tidak berubah.
Buku dijangka akan naik 5-10 ringgit senaskah. Pernah kita cadangkan agar buku teksdipisahkan dgn pakage buku kerja (agar buku teks boleh digunakan oleh adik kpd siabang dsbnya ..tetapi ditolak ).
Mesyuarat terkini diberitahu, kemungkinan buku utk kekanak 5 tahun akan hanya siap dicetak dlm bulan 2 ini sedangkan sessi persekolahan bermula pd bulan 1.
Entah la ustz, saya percaya kita telah terlalu letih, jadik mungkin lebih baik kita buat kerja setimpal kemampuan. Jangan sampai duit abih, message tak kesampaian dan diketawakan orang macam kad ari raya pasti baru baru ini... Sampai ketangan pengurus Pasti sesudah 10 hari raya utk diedarkan.
5:31 PM
Insyaallah . Ana ambil perhatian. Masaalah tu agak komplek . Pun begitu kami ( DPPP ) cuba cari jalan utk mengatasinya .
kalau boleh akhi zamri dapat sediakan satu proposal lengkap dan praktikal mengenai cadangan anta kepada pasti utk ana bawa ke meeting DH DPPP .
Kalu boleh sebelum zohor 7 hb nih. kalau tak sempat , ana bawak yg ni dulu , dan anta sediakan utk bulan depan sebelum khamis minggu kedua january .
6:15 PM
Assalamualaikum ustaz...
Sudah lama sy nk beri komen hari ni je sempat, berkenaan dgn pemuda kwsn sy.Sedih sgt...sy tak pernah mengikuti secara khusus program pemuda kwsn sy, krn tak pernah ada program yg membina dibuat utk kwsn ini.yg paling hebat program yg dilakukan, asyik-asyik bakar ayam, tanding mengail dn semua program hnya utk menarik pemuda yg lagho-lagho di kwsn sy.smpai bila lg pemuda yg bersemangat sprt kami ini ingin turut serta dlm program berbentuk tarbiah yg sebenar ni.kami sbg pelajar agama seolah-olah dipinggirkan oleh pemuda kawasan ini.tetapi pemuda yg karut marut diangkat dan dibodek.sampai bila?kwsn yg sy sebutkan ialah kwsn zaujah ustaz
7:04 PM
Salam
Saya mencadangkan supaya para komentator yang memberi cadangan di atas supaya membuat kertas kerja untuk program yang dicadangkan supaya DPPP dapat meneliti cadangan tersebut dengan lebih terperinci serta dapat memikirkan pro dan kontranya.
Mencadang memang mudah, tapi tidak sepatutnya kita mengharapkan DPPP dapat lakukan semua kerja 100%.
10:17 PM
salam dppp bina dewan futsal buat sewa kepada mana2 pasukan disaping tue ambil peluang mendidik atau perkenalkan perjuangn pas...seoga duit sewa dewan tersebut dapt menapung gerak kerja jamaah....dan sampaikn dahwah..
12:26 AM
salam buat satu blog atau weebsite dppp utk menjawab soalan berkatan agama dan mauqif jamaah pas dalam mendepani isu2 terbaru dengn penyelesaian secara islam serta dalil2 dah hujjah2 akal.......
1:05 AM
Mohon diinsafi bak kata Ustaz Ghani Samsudin, Sistem tarbiyah kita masih lemah. Maka perlukan modul yang membina. Tidak salah mencontohi gerakan Ikhwan lain yg telah berjaya membina jaringan lautan sukarelawan dan berkualiti hasil sistem Tarbiyah yang baik seperti JIM dan ABIM. Mudah-mudahan wabak futur yang meruncing akan dapat dikurangkan.
11:12 PM
assalamualaikum wrth...
ana seorg yg baru nak bersama2 dgn DPP... masalah berkaitan PASTI yg shabat2 kita utarakan, ana rasa dah tiba masanya utk DPP Pusat mengambil langkah utk memantapkan institusi tersebut. kita anggap saja segala kekurangan dan kekeruhan tersebut (sejak dahulu sehingga kini) sesuatu yg kita kurang bagi tumpuan kerana kita memberi fokus kpd usaha utk mewujudkan dan promosikan PASTI.
Tp. kini PASTI dah mendapat sambutan dan dikenali. sudah tiba masanya kita memantapkannya. teruskanlah usaha utk memantapkannya, ana berjanji insyallah ana akan bersama2 sahabat2 DPP.
kadang2, memang rasa kasihan dgn kesusahan guru2 PASTI, but kadang2 bila fikirkan ... kerana pengorbanan merekalah kita dapati PASTI seolah2 da ruh nyer tersendiri ( keberkatan)..
wassalam
umar qusairy
11:06 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home