Malaysia Negara Polis.
Apakah salah saya sebagai seorang rakyat dan warganegara Malaysia , menghantar memorundum kepada Speaker Dewan Rakyat ? , sehingga saya dan beberapa pimpinan yang lain seperti Dr. Hatta Ramli , Dr. Lo' Lo' , Ustazah Nuridah Salleh dan ramai lagi rakan - rakan seperjuangan yang lain ditangkap sebelum sempat kami menyerahkan memorundum tersebut .
Semalam kami dihadapkan ke mahkamah dan ditahan dalam lokap malah digari bagaikan seorang penjenayah .
Apakah ini sebagai tekanan psikologi ke atas saya untuk melemahkan semangat daya juang saya dan rakan - rakan ? Demi Allah , Jeriji besi lokap dan gari ini tidak akan melemahkan semangat para pejuang Islam Insyaallah .
6 Comments:
Assalamualaikum,
Semoga Allah memberi kekuatan kepada para pejuang utk terus menyatakan kebenaran Islam.
Sabda Nabi Saw," Penghulu para syuhada adalah Hamzah Bin Abdul Mutallib dan pemuda yg berdiri di hadapan pemimpin yg zalim menegurnya agar berbuat baik serta mencegahnya dari berbuat mungkar lalu dia dibunuh."
Inilah bukti betapa sistem DEMOKRASI adalah sistem kufur dan zalim.
Wahai umat Islam, bangkitlah, sahutlah seruan yg mengajak kepada Islam, syariah dan khilafah !!!
Salam hormat,
Dari syabab HT
10:28 PM
Kita dikecam kerana kita AMANAH dengan ilmu kita..Jangan jadi PENGHIANAT.
12:34 AM
Hari ini kita hidup dalam masyarakat yg berpenyakit,
Kealiman, keruntuhan akhlaq, kemiskinan, krisis ekonomi, rasuah dan sebagainya adalah simptom-simptom terhadap penyakit tersebut,
Sementara penyelesaian ...
..yg diberikan,
..yg dibincangkan,
..yg didiskusikan,
semuanya dalam konteks atau kerangka pemikiran dan sistem demokrasi & kapitalisme,
kerana itu....
.....umat harus sedar,
.....pemimpin umat harus sedar,
.....kelompok2 Islam harus sedar,
.....parti-parti politik harus sedar,
kesengsaraan yg membelenggu umat hari ini berpunca daripada tidak dilaksanakannya syariat Islam dalam kehidupan,
keadaan ini diperparahkan lagi apabila ummat menerapkan IDEOLOGI KAPITALISME dalam kehidupan mereka,
celakanya, kapitalisme juga membentuk suatu mekanisme bagaimana memastikan konsep dan sistem ini dapat terus eksis dalam masyarakat sekaligus mencegah mana-mana ideologi lain untuk berkembang,
sehingga pada hari ini, konsep=konsep kapitalisme seperti sekulerisme, demokrasi, HAM dan pasaran bebas begitu sebati dengan pemikiran dan perasaan ummat,
walhal, konsep-konsep inilah menjadi duri dalam daging kepada kebangkitan Islam,
Insyaallah, akan sampai masa dimana umat akan sedar,
segala pemikiran, faham dan konsep yg busuk lagi hina,
akan dicampak,
sekulerisme, demokrasi, HAM, pasaran bebas, nasionalisme akhirnya akan tinggal sejarah,
seperti sosialisme dan komunisme.
Semoga Allah meneguhkan pendirian kita semua utk tetap konsisten di jalanNYA.
Bulanmasa,
SHT
5:59 PM
Hizbu Tahrir mengambil peluang menghentam demokrasi di waktu pejuang islam terdesak. Jangan mengucar-kacirkan jemaah wahai puak hizbu tahrir..Cukuplah bersama dengan jemaah Islam yang sudah sedia ada.
4:56 PM
Assalamualaikum,
Tok Pulai Chondong yg saya hormati,
Benar saya syabab HT, namun saya bukan bercakap bagi pihak HT. Jadi kalau TPC nak maroh, marohlah ke saya, bukan ke HT.
Saya tidak menghentam PAS, bahkan bersama dengan PAS dalam memperjuangkan Islam & menentang kekufuran.
Saya hanya menghentam ideologi kufur KAPITALISME.Tidakkah kapitalisme ideologi kufur ?
Apa yg telah berlaku menambah keyakinan saya bahawa ideologi dan sistem kufur adalah ZALIM! Benarlah firman Allah bahawa semua hukum selain apa yg diturunkan Allah adalah zalim. Tidakkah PAS menentang kezaliman ?
PAS yg saya fahami adalah parti Islam yg komited utk memperjuangkan sekaligus menentang kekufuran. Oleh itu seruan utk menegakkan HUKUM ALLAH DAN MENENTANG KEKUFURAN adalah selari dengan PAS.
Dengan demikian, apa yg saya serukan, (mungkin juga HT serukan), adalah sesuai dgn aspirasi PAS. Tak gitu ?
Kalau dah begitu, tak dok sebab kita nak berbaloh.
Walhasil, tidaklah relevan bila saya menghentam kapitalisme (ideologi kufur), saya dikatakan menghentam PAS. Kan jauh beza tu. PAS-Islam , Kapitalisme-kufur.
Cuma, mungkin tok pulai chondong tak berapa clear mende gamoknya kapitalisme tu. Mudah-mudahan telahan saya ni tok betul.
Saya juga berharap usaha saya utk aktif berkomentar dalam blog ni tidak menemui kesulitan. Amin.
6:06 AM
Salam alaikum ya ustaz yang ku hormati. Gitu lah, kerajaan Malaysia ni ulamak2 dia tangkap dan ISA kan, ulamak2 yang sekadar nak menegur kesilapan pemimpin dikatakan penjenayah. Tetapi perempuan2 duk berjoget atas pentas dengan pakaian seksi yang membawa budaya ntah apa2 tidak dikacau pulak, malah dibiarkan menyesatkan orang ramai, haaiiizzz sedih . Ya Allah bantu lah hamba2mu yang dizalimi amiiin
3:39 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home