" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, April 14, 2008

إذا جاء نصر الله و الفتح و رأيت الناس يدخلون في دين الله افواجا فسبح بحمد ربك و استغفره إنه كان توابا
Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan nescaya engkau akan menyaksikan manusia berduyun - duyun menyertai agama Allah , maka bertasbihlah dengan segala kepujian tuhanmu dan beristighfarlah ( mohon ampun kepada Allah ) sesungguhnya Allah adalah Tuhan Yang Maha menerima Taubat .

Beberapa pengajaran yang boleh diambil dari ayat di atas .:

1. Pertolongan Allah swt. dan kemenangan Islam adalah suatu yang pasti akan berlaku dan ianya telah ditetapkan didalam planner Ilahi. Kemenangan itu hadhir setelah melalui proses pembentukan aqidah yang utuh dan pengorbanan yang jitu .

2. Kemenangan Islam membawa manusia beriman dan menerima Islam justeru mereka mula yakin akan keupayaan Islam memimpin dan memerintah . Bahkan mereka yakin bahawa Islam adalah agama yang suci , mulia dan kuat . ( umumnya berasaskan fitrah , manusia suka berpaut kepada yang mulia dan berlindung kepada yang kuat. )

3. Sambut Kemenangan dengan mensucikan Allah daripada segala syirik . Justeru menangnya kita bukan kerana kita hebat tetapi kerana Allah yang memberi pertolongan . Menurut Asy Syahid Syed Qutb Rhm. bahawa Tasbih dan Tahmid itu adalah suatu yang sangat wajar kerana kemenangan nerupakan kurniaan Ilahi. Kurniaan yang juga meletakkan kita sebagai pemegang amanah untuk laksana dakwah dan memelihara agama dan ummatnya.

4. Tatang kemenangan dengan tidak lepas - lepas kita memuji Allah agar senantiasa ingat Allah dan syukur kepada Allah agar kita tidak lalai , tidak alpa dan tidak melakukan sesuatu yang dimurkai oleh Allah swt.

5. Pimpin kemenangan dengan jiwa yang merdeka dari rasa bersalah lantaran selaput dosa yang tebal . Bebas diri dari hambatan dosa untuk pimpin negeri dan rakyat dengan tenang selamanya.

Selamat dari angkuh dan sombong angkara mabuk menang malah selama ini kita mungkin pernah kecewa kerana lambatnya menang , tetapi bila sudah mencapai kemenangan sebahagiannya terlupa seketika bahawa ini adalah kedudukan yang memerlukan kita beristighfar.

Istighfar menyedarkan dan menginsafkan jiwa disaat ia tenggelam dalam kegembiraan kerana menang.

Istighfar meletakkan kita senantiasa merasakan diri kita diawasi oleh Allah swt dan ia adalah situasi yang cukup positif bagi membantu kita jauh dari mungkar dan maksiat . Sia - sialah kalau kita buru kemenangan , kejayaan , kebebasan dan kemerdekaan sedang kita masih terikat dengan keinginan - keinginan sendiri serta terbeban pula dengan desakan syahwah.

Renungilah bagaimana sikap yang diambil oleh 2 nabi Allah swt. yang pernah diberikan kemenangan :

1. Nabi Yusuf Alaihis salam . ( surah Yusuf : 101 )

Tuhanku , sesungguhnya Engkau telah mengurniakan kepadaku sebahagian kerajaan dan Engkau telah mengajarku sebahagian dari ilmu menyingkap peristiwa yang berlaku . Wahai Tuhan pencipta Langit dan bumi , Engkau adalah pemimpinku di dunia dan di akhirat , wafatkan lah aku sebagai orang yang menyerah diri kepadaMu ( muslim ) dan himpunkan aku dikalangan orang - orang yang soleh .

2. Sulaiman Alaihis salam. ( surah an Naml : 40 )

Telah berkata orang yang memiliki ilmu mengenai al kitab , aku akan membawanya ( mahligai ) kepadamu sebelum matamu berkedip . Maka apabila Nabi Sulaiman melihat mahligai itu tersergam dihadapannya , lalu ia berkata : Ini adalah sebahagian daripada kurnia TUhanku untuk mengujiku , apakah aku bersyukur atau kufur . Dan barangsiapa yang telah bersyukur maka sesungguhnya ia bersyukur untuk ( kebaikan ) dirinya sendiri dan barangsiapa yang telah ingkar ( kufur ) maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.

13 Comments:

Anonymous Anonymous said...

-





UMNO Boleh Masuk Kubur - DAP!
http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=16899&postdays=0&postorder=asc&start=0



Strategi peminggiran orang melayu oleh orang cina
http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=16736&postdays=0&postorder=asc&start=0



PECAHBELAHKAN DAP!
http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=16847&postdays=0&postorder=asc&start=0



MCA PN DH SENADA DGN DAP? X RESPECT KETUANAN MELAYU?
http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=16832&postdays=0&postorder=asc&start=0



mari MENGENAL ASAL-USUL KAUM CINA (DAP)
http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=16933&postdays=0&postorder=asc&start=0





-

1:56 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam,
Nampaknya ada kecelaruan Ustaz dalam memetik ayat Al-Quran surah Al-fath, ayat ini menceritakan tentang kemenangan dan al-fath yang dilakukan ke atas negeri kufur.

Dan ayat ini menceritakan bahawa bila kemenangan (negeri musuh dibuka) orang kafir akan masuk Islam secara berduyun-duyun. Ayat ini tidak boleh digunakan untuk kemenangan PAS, atau orang masuk PASa berduyun-duyun.

Cara penafsiran Ustaz tersebut boleh membawa kesesatan dan penyelewengan terhadap Al-Quran. 'Kemenangan PAS' sebenarnya bukan kemenangan sebenar. Bahkan DAP dan PKR yang non-Muslim tidak masuk Islam berduyun-duyun bahkan mereka konsisten melawan konsep Islam.

PAS cuma menang di Kedah dan mengekalkan kerusi di Kelantang sahaja kali ini, tidak di Penang atau di Perak, bahkan PAS dan pemimpin PAS masih lagi dalam kebuntuan untuk menghapuskan jahiliah. Bahkan di Perak hukum jahiliah tetap dilaksanakan dan begitu juga di Kedah.

Nasihat saya PAS tak perlu sombong sangat kali ini, kerana PAS cuma memegang kerusi Pakatan yang paling kecil. Masih belum layak nak membicarakan surah al-fath dalam kontek itu.

Sekian
Ustaz Ishak
Bekas Anggota PAS

1:36 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Sokong pandangan ustaz Ishak.
Hakikatnya, sistem pemerintahan di 5 negeri dikuasaio pembangkang sama dgn sistem yg UMNO.

Kalau alasan tak laksanakan Islam kerana;
1. Tangguh dulu
2. Org tak faham
3. demi kemaslahatan lebih besar
4. Beransur-ansur terapkan Islam
tiada beza dgn hujjah ustaz UMNO.

Akhirkata,
Sokong perjuangan Islam PAS, tetapi kritik kekeliruan yg PAS lakukan.
Waallahualam.

3:04 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Ustaz Ishak saya rasa anda tidak adil dalam menilai posting Ust Nasa..takde pun dia sebut rakyat akan berbondong2 menyertai PAS berdasarkan Surah Al-Fath...bahkan posting ini menggesa agar yang menang agar tidak sombong dan merendah diri..banyakkan tasbih dan memuji Allah...

Takkan sebab desperate nak kutuk sampai tak adil dalam meberi komen?

You can do better Ust Ishak.

Sesungguhnya adil itu lebih menghampiri taqwa!

12:35 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Assalamualaikum

Rasanya jelas dah apa yang saya tulis berkait surah al Fath ini. Ianya sebagai tazkirah umum agar sebarang kemenangan tidak membawa kepada keangkuhan dan kesombongan.

Saya tidak pula mengatakan bahawa ayat itu diturunkan kepada PAS . Cuma bila dan dimanapun kita , wajar kita ambil iktibar dari apa yang Allah firmankan dalam surah al fath.

Nampaknya ustaz Ishak salah faham maksud saya. Apalagi menganggap tafsiran saya membawa kepada kesesatan . waliyazubillah .

10:58 PM

 
Anonymous Anonymous said...

takda yg nk sy komen. yg pelik nya mana satu ayat ust nasaruddin salah tafsir?
boleh ustaz ishak jelaskan? mungkin kerana dipengaruhi emosi lalu ustaz ishak terus menyanggah ust nasaruddin. inilah padahnya bila terlalu emosional.

yg cuba disampaikan ustaz nasaruddin adalah syarah ayat tersebut (tazkirah). tidak ada kaitan dengan PAS. tujuannya hanya utk membakar semangat pejuang2 Islam agar lebih mantap dan yakin pertolongan Allah.

justeru, dakwaan ust Ishak adalah tidak relevan sama sekali krn ayat tersebut tidak ada langsung sangkut paut dgn PAS dan cuba menuduh ust nasaruddin mendakwa ayat itu merujuk pada perjuangan PAS.

isu ini relevan dibahaskan jika ustaz ishak boleh buktikan mana satu huraian ust nasaruddin yg dikatakan telah di pesong?


bagaimana dengan ini?
"Ia satu pengajaran sedih tetapi jika hari ini politik memang sebegitu rupa, kita sebagai pemimpin mesti besar hati dan jiwa untuk sanggup meletakkan kedudukan BN lebih penting daripada segala-galanya."

adakah kita boleh mengklasifikasikan orang yg mengucapkan ayat ini sbg tergelincir akidah?

ayat "kedudukan BN lebih penting daripada segala-galanya". boleh kita terima? diucapkan seorang pemimpin UMNO.

mungkin juga boleh jadi perbincangan kita utk tujuan ilmiah agar kita lebih berhati2 dlm percakapan.

maharajatoga,
dengan izin
www.kampusnegara.net

2:42 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya bersetuju dgn apa yang ditulis oleh Ustaz Nasharudin berkaitan dgn surah Al-Fath. Bagus untuk dikongsikan dengan semua. Suatu tazkirah atau peringatan yang bermakna kepada semua orang-orang Islam di Malaysia.

11:09 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Jawapan Terhadap Pembohongan Ustaz Nasaruddin dan Kaedah Ustaz PAS bila salah
=============================

Assalamu'alaikum bekas rakan seperjuangan,

Antara masalah asap 'dukhan' menyelubungi pas dan ustaznya ialah sikap yang tidak benar dalam berhujah. Atas dasar ketaatan kepada kepimpinan, maka ilmu yang kita ada perlu digunakan untuk membela PAS. Bukan untuk membela kebenaran, sebagai contoh bila berlaku kes Khinzir, Arak dan Babi, serta Hudud dapat ditawar-menawar untuk mengekalkan hubungan dengan pakatan. Akhirnya saya dengan beberapa orang Asatiz lain membuat keputusan untuk meninggalkan perjuangan yang kami tidak boleh lakukan dengan ikhlas, kami tidak lagi ingin mengampu kepimpinan pas dengan apa yang kami pandang salah.

Tentang sikap Ustaz Nasaruddin dalam mengulas tentang Al-Fath (kemenganan) , Ustaz Nasaruddin kemudian menfokuskan kepada kemengan PAS dalam pilihanraya umum ke 12, siap dengan gambar hiasan perhimpunan Stadium Malawati. Cuba Ustaz baca betul-betul apa kecenderungan Ustaz dan kenapa ustaz letak gambar itu di bawah ayat itu dan menghuraikan Al-Fath panjang lebar?

Hanya orang bodoh sahaja tidak mengerti apa yang dia sendiri tulis. Kemudian dengan berhelah Ustaz Nasruddin mengatakan Al-Fath itu dengan maksud umum, tetapi dalam penulisan Ustaz dan maksud ustaz adalah kemengangan PAS dalam pilihanraya. Hanya orang yang dungu dan angkuh sahaja cakap besar macam ayah Cik di Stadium Malawati (Letak calon tak sampai 1/3 dan menang kerusi Parlimen baru 10%) dah angkuh....

Bila Islam nak menang? Bila umat Islam kembali kepada Islam dan menafsirkan Al-Quran dengan cara benar dan As-Sunah diambil sebagai panduan, bukan akal dangkal dari pimpinan. ingataklah 2 pesaka abadi yang Rasulullah tinggalkan iaitu Al-Quran dan Sunah.

Kami dari asatiz dari lepas Timur Tengah berpendirian untuk tawaquf selama 6 bulan, sekiranya tidak ada perubahan dalam sikap Parti,sekirangya tidak ada perubahan kami telah memikirkan beberapa alternatif lain yang mungkin tidak dapat kami bincangkan di sini lagi.

sekian
Ust Ishak

1:38 PM

 
Anonymous Anonymous said...

insyaallah kita sentiasa berlapang dada dan berhujah secara berhemah.

merujuk pada jawap balas Ust Ishak dalam komen beliau mengenai terpesongnya tafsiran oleh Ust Nasaruddin tidak dapat di terima.

sy kira Ust Ishak telah berhujah dalam suasana emosi dan bukannya berhemah mencari kebenaran.

1. sy tidak setuju jika dikaitkan Perjuangan Pas dengan ayat yg dibawa oleh Ust Nasaruddin. kita juga maklum itu bukanlah niat Ust Nasaruddin. jadi mengapa Ust Ishak masih beria2 menuduh Ust Nasaruddin telah pesongkan ayat tersebut?

2. berkaitan dengan gambar, sebenarnya apa yg cuba di bawa ust nasaruddin adalah berkaitan perjuangan gerakan Islam. ayat tersebut juga telah dapat membangkitkan semangat para pejuang2 dan pecinta Islam. relevannya gambar itu diletakan sbg gambar hiasan adalah kerana melambangkan SYIAR dan KEKUATAN ISLAM. tidak benar sama sekali jika ada kata2 cuba mengaitkan PAS dengan ayat tersebut. justeru hanya mereka yg benar2 beremosi berkata demikian.

3. berkaitan isu BABI, isu ini telah selesai. tujuan utama isu ini hanya utk mengelakan alam sekitar dari terus tercemar, dan bukankah ini tuntutan Islam? ustaz ishak jangan lupa yg kerajaan selangor tidak langsung keluarkan duit satu sen pun dalam projek ini. tidak timbul soal pertambahan bilangan ternakan babi di selangor. dan telah kerajaan selangor buat keputusan tidak mengeksport ternakan babi walaupun ia membawa keuntungan. isu ini jelas dan tidak perlu di bincangkan. mufti perlis dan timbalan menteri kesihatan pun setuju.

4. berkaitan hudud. kita amat bernasib baik isu ini tidak timbul sebelum PRU12. katakan isu ini timbul, mungkin menjadi masalah sekarang ni. ustaz ishak, bila masa pula PAS gugurkan Hudud dalam perjuangan mereka? inilah yg dikatakan berhemah dan strategy. katakan PAS asyik saja menyebut dan menjaja isu ini, adakah berpeluang PAS mendapat kemenangan seperti skrg? jangan lupa suara kita tidak mndapat tempat di arus Perdana, jadi bagaimana PAS ingin memberi penerangan dan penjelasan? adakah ust Ishak tau apa pendirian PAS bila Karpal Singh persoal isu negara Islam? Ustaz Ishak berhak persoalkan PAS jika PAS telah menang majoriti 2/3 parlimen Malaysia jika ketika itu PAS masih tidak melaksana ISLAM.

5. ustaz Ishak juga mungkin terlupa perjuangan Nabi SAW pada ketika dulu. bagaimana Nabi ingin masuk ke Makkah dan ketika itu dihalang kafir quraisy? apa syarat yg dikemukakan kafir quraisy? iaitu mengugurkan perkataan "mumammadar rasulullah". dan nabi SAW bersetuju sehingga menyebabkan sahabat2 lain terkejut. apa kesan perjuangan berhemah? lihatlah kejayaan Nabi SAW dalam pembukaan kota Makkah..

(isu ini juga telah mendapat perhatian di website www.kampusnegara.net . Kami berbesar hati jika Ustaz Nasaruddin meluangkan masa ziarah website mahasiswa malaysia)

maharajatoga,
dengan izin
www.kampusnegara.net

4:26 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

Kesian kat maharajatonga; beriya-iya membela ustaz kesayangan anta, almaklumlah, tidak faham kontak perbincangan.... terutama bab tafsir.

Semua penceritaan Ustaz Nasaruddin itu adalah isu kemenangan pilihan raya. Ayat yang dia guna ialah surah al-fath, gambar yang dia guna adalah di stadium Malawati.

Kontak yang dia bincang ialah kemenagan PAS. Baca dengan mata hati ya maharajatonga...

itu jawapan pertama
===================

Jawapan berkenaan dengan Babi itu adalah haram menunjukkan syiar kufr di darul Islam. Adik kena faham kontak perbincangan dari sudut hukum pemeliharaan babi, bukan setakat isu kesihatan atau isu kesihatan. Ini adalah isu menampakkan syiar kufr di negera Islam. Jangan pusing kepada mufti Perlis dll, pergi kepada Islam itu sendiri dan apa petunjuk dari Khulafa Ar-Rasyidin.

===========
Isu Hudud? ada masalah, isu hududkana ingin dilaksanakan sesama orang Islam sahja, apa masalahnya adik Maharaja Tonga kita? Pernah DAP dan Karpal Singh pertikaikan masalah undang-undanag keluarga Islam...inilah alasan bodoh dari orang Islam dan PAS untuk menidakkan dan megikut telunjuk sekular PKR dan DSAI.

=================

Isu penggugguran Muhamadu Rasulullah kepada Muhd sahaja. Hal ini berkaitan dengan perjanajian luar negara dengan orang kafir, orang kafir memang menolak kerasulan Nabi Muhd - sebab kalau dah terima Muhd Rasulullah nescaya tak perlu perjanjian luar negara itu. Hal ini tidak ada kaitan langsung dengan penggugguran HUDUD walaupn orang Islam sekular tidak terima hudud,mereka wajib menerima hudud kerana ini perkara akidah. Sekarang penolakan hudud itu untuk PKR atau DAP? Adakah kita boleh menggadaikan hukum Islam. Rasulullah menerima orang kafir panggil dia Muhd bin Abdullah itu nama lain dia. PAS menolak HUDUD kerana ada hukum jahiliah lain ke yang boleh diterapkan?
Ini hukum syarak bang oii tolak kufr...

Saya merujuk ke kampus.net, tapi jaawapan dari saya tidak diambil sepenuhnya...kalau nak petik petik semua yang saya tulis.

Ust Ishak
Sudah lama pendam penyelewangan PAS ini.

8:22 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah kita masih berkesempatan utk memperbincangkan isu ini. Moga kita semua mendapat rahmat dan berbahas secara ilmiah dan berlapang dada. Kita juga amat berharap tidak ada pihak mulakan provokasi dlm perbincangan ilmiah ini seterusnya menggagalkan objektif perbahasan itu iaitu utk mencari kebenaran dan bukan kemenangan.

Untuk pengetahuan Ust Ishak, saya tidak langsung mengenali Ust Nasaruddin Tantawi. Maaf saya katakan nama beliau langsung tidak ada dlm kotak ingatan saya. Yang saya kenal ialah Ust Nasaruddin timbalan Presiden PAS tu. Kerana isu ini dibangkitkan di kampusnegara.net sy terus lawati blog ini.

Jawapan pertama
Kerana dengan mata hati dan tanpa emosilah sy mempertahankan tindakan Ust Nasaruddin Tantawi. Gambar yg dipaparkan kalau tak silap saya (betulkan sy jika tersilap) bukanlah di Stadium Malawati. Tetapi gambar itu sebenarnya di Kelantan semasa “Munajat Rakyat Kelantan mempertahankan Kerajaan Pas Kelantan” dan gambar itu juga tidak ada kena mengena dengan kemenangan PRU12 seperti Ust Ishak dakwa. Jadi apakah Ust Ishak masih lagi ingin menyatakan yang diperbincangkan adalah kemenangan Pas?

Sekali lagi saya menyatakan ayat tersebut sebagai pembakar semangat mereka yg memperjuangkan Islam.

Jawapan kedua
Tidak benar sama sekali Penternakan Babi di Selangor telah menunjukkan syiar kuffur di darul Islam.
Persoalan pertama di sini mengapa kerajaan Selangor meneruskan projek ini?

1. kerana ia adalah tujuan memelihara alam sekitar. Kita juga maklum bahawa sisa yg dihasilkan Babi2 ini telah menyebabkan pencemaran teruk berlaku. Jika projek moden ini dilaksanakan, tiada lagi sisa2 di hasilkan babi2 ini kerana sisa2 ini semua diproses kembali dan digunakan semula sbg tenaga.

2. faktor kesihatan.
Kita maklum bahawa disebabkan ternakan babi yg tidak terkawal di salangor (merata) menyebabkan banyak masalah berlaku seperti pencemaran dan juga penyakit seperti wabak JE. Jika ternakan modern ini dilakukan, wabak JE boleh dibendung hamper 100% keberkesananya. Kesemua Babi akan ditempatkan dalam air-cond dan bau yg tidak menyenangkan juga tidak ada.

3. syiar kuffur?
Tidak benar kerana apa yg dilakukan adalah hanya utk memusatkan peliharan babi agar ia tidak bersepah. Projek ini juga tidak menyebabkan pertambahan jumlah babi di Selangor juga tidak berniat utk mengeksport babi2 ke luar Selangor. Projek ternakan modern hnyalah utk mengawal babi2 ini. Jadi apakah relevannya kita katakan ternakan babi secara modern ini adalah syiar kuffur? Jangan samakan ternakan modern yg lain dengan ternakan modern babi. Ternakan modern haiwan lain bertujuan agar haiwan2 tersebut dapat membiak dgn banyak dan cepat. Ternakan modern babi pula bertujuan mengelakkan pencemaran berlaku. Ini objektif utama.

100juta? Kenapa mahal sangat? Ini adalah kerana teknologi yg digunakan utk merawat dan mengubah sisa2 babi menjadi tenaga. Dana 100juta ini juga adalah dari PBB dibawah peruntukan penjagaan Alam Sekitar.

Persoalan kedua mengenai syiar kuffur ini, saya ingin bertanya kpd Ust Ishak, adakah penternakan babi secara modern ini adalah lambang syiar kuffur? Bukankah ia makanan traditional kaum Tiong Hua?

Jawapan ketiga.
Berkaitan isu hudud, sy ingin menegaskan bahawa PAS sama sekali tidak pernah berkompromi dlm isu hudud. Boleh ustaz Ishak beritahu mana satu yg dikatakan PAS mengugurkan HUDUD? Perjuangan hudud tetap diteruskan tetapi dalam keadaan ‘diam’. Yg disebut sekarang ini adalah isu Negara Berkebajikan. Kerana apa Negara Kebajikan? Adakah kalau kita letakan ke arah Negara Islam akan menyebabkan ramai non-muslim menyokong PAS? Ustaz Ishak juga diharapkan tidak ulangi kata2 yg membawa maksud PAS mengugurkan Hudud dalam perjuangan. Ini adalah perlembagaan utama PAS dari dulu dan selamanya. Jika benar PAS mengugurkan perjuangan hudud, maka saya juga tidak teragak2 menyanggah gerakan PAS krn faham benar Taraf Kewajipan Hudud (wajib qat’ie).

Persoalan hudud.
Kita menyanggah dan menyelar tindakan biadap DAP yg menghina Hukum Hudud. PKR pula sehingga sekarang diam membisu. UMNO dan semua Parti komponen BN lain tolak hudud. PAS perlu dalam usahanya menyampaikan dakwah dan message jelas berkaitan dengan syariah Islam. Mengapa DAP begitu takut dengan hukum Hudud? Inilah kesalahan besar pemerintahan UMNO yg seringkali menakut2kan non-muslim dengan hukum hudud agar tidak mmberi sokongan terhadap PAS. Sedangkan hukum hudud hnya dikenakan terhadap org islam. Apa lojiknya Karpal Singh begitu takut dengan hukum Hudud ini? Dengan itu, PAS perlu kuasai majority 2/3 parlimen utk melaksanakan pemerintahan Islam di Malaysia. Utk mendapat majority 2/3 PAS perlu sokongan non-muslim. Jangan lupa melayu di Malaysia lebih sikit dari separuh sahaja. Kesimpulan, PAS tidak pernah berganjak walau seinci pun utk menegakan Syariah Islam di Malaysia. Benar kata Ustaz Ishak, pandanglah dengan mata hati. Jangan sesekali kita emosi kerana menyebabkan keputusan yg kita buat bakal mengakibatkan kita sesal di ‘sana’.

Untuk akhirnya, semoga kita berlapang dada dan mendapat rahmat Allah swt.
WA

p/s: berkaitan kampusnegara.net, bukan saya yang melakukan itu. Insyaallah saya akan memperbetulkan kembali. Mohon maaf atas kesulitan.

-Maharajatoga-

12:11 AM

 
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah kita bertemu lagi dalam perbincangan dengan penuh ilmiah ini. ada sedikit penambahan.

merujuk kpd jawapan Ustaz Ishak berkaitan penguguran perkataan 'rasulullah' dan hanya tingal Muhammad sahaja semasa menerima syarat yg ditetapkan kafir quraisy. Perlu kita fahami di sinilah sebenarnya hikmah dan hemah dlm strategi gerakan Islam.

persetujuan nabi SAW utk mengugurkan perkataan 'rasulullah' bukan satu perkara kecil malah ia menyebabkan ramai sahabat amat terkejut tindakan Nabi SAW.

namun adakah dengan pengguguran nama 'Rasulullah' sbg petanda gugurnya perjuangan Nabi SAW sbg pesuruh Allah?

mungkin jawapan ini adalah jawapan kpd isu hudud. PAS tidak pernah berganjak dalam perjuanganya menegakan Syariah Islam di Malaysia.

percayalah ustaz ishak, bukan tujuan sy membela mana2 pihak. hanya akal dan kata nurani bersandarkan quran sunnah yg membenarkan perjuangan Pas.

"berkata benar walau pahit"

-maharajatoga-

5:01 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum wbt. Ustaz Ishak, anda terlalu emotional dalam ini. Ya, PAS banyak kelemahan yang perlu dibaiki. No doubt about that. Enta dok kritik dari jauh tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

wallahu'alam

9:28 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home