" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, April 28, 2008

Kunjungan Hormat Dewan Pemuda PAS Pusat ke BERNAMA .


" Buat kali pertama sebuah parti politik datang membuat kunjungan hormat secara rasmi ke pejabat kami " kata En. Yong Soo Heong selaku Ketua Pengarang di Bernama.

Kunjungan ini adalah membawa hasrat Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mewujudkan hubungan baik dengan semua pihak media dalam negara ini. Bertukar maklumat dan saling memberi pandangan adalah antara agenda kunjungan tersebut.

Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil perhatian pihak BERNAMA agar berlaku adil dalam melapor dan memberi ruang kepada PAS atau Pakatan Rakyat sebagai parti bukan kerajaan malah bijak mengambil ruang untuk menjernihkan persepsi umum terhadap Islam yang selama ini dicemari oleh tohmahan jahat pihak barat .

Sebagai agensi berita yang berpengaruh , BERNAMA sangat diharapkan dapat memimpin dan menjadi contoh kepada pihak lain mengenai sikap profesional mereka serta demokrasi maklumat yang jelas dan telus.

En. Yong Soo Heong turut bersetuju dengan sikap sedemikian atas profesionalisme mereka sebagai pengamal media agar akhbar mainstream terus gah di hati pembaca.

Dewan Pemuda PAS Pusat turut dibawa melawat pusat penyuntingan berita BERNAMA , studio TV BERNAMA dan konti Radio 24 yang dikendalikan oleh BERNAMA.

Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah sdr. Sabky Yusuf selaku setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat , En . Mohd Adram Musa EXCO DPPP , Herman Shamsudin Ketua Penerangan DPP Wilayah , dan pegawai khas DPPP .

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Tahniah ustaz. satu langkah yang baik. Dengan langkah ini sekurang-kurangnya dapat membuka mata mereka yang perjuangan ini untuk kebaikan rakyat. Ana selalu juga mendengar radio 24 bernama. Banyak berita-berita terkini semasa disiarkan. Selepas ini moga berita mengenai Pakatan Rakyat banyak disiarkan supaya rakyat dapat mengikuti perkembangan semasa.Terima kasih kerana ustaz menyampaikan kuliah subuh untuk kami di surau annur bangi tempoh hari.Harap dapat berkunjung lagi lain kali.Terima kasih

4:39 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home