" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, April 13, 2008

MENGISI KEMENANGAN
MEMANTAP PERJUANGAN .

Saya diberi penghormatan untuk merasmikan Mesyuarat Agong Dewan Pemuda PAS Kawasan Selayang yang berlangsung jam 9.30 pagi tadi.


Mengisi Kemenangan Memantap Perjuangan menjadi tema pilihan mereka kali ini. Alhamdulillah , dilihat pemuda yang hadhir mempunyai semangat dan daya juang tinggi untuk meneruskan perjuangan yang pastinya lebih mencabar pasca pilihanraya ini.


Saya menegaskan bahawa landskap baru politik tanahair hari ini telah memberi peluang yang lebar dan cabaran yang hebat kepada kita semua khasnya pemuda.


Peluang ialah segala kemudahan dan keselesaan yang boleh dimanafaat secara maksimum ke arah mendidik serta membentuk fikrah dan syakhsiyyah ummah. Ianya mestilah diambil secara jujur dan bijak guna kita memperbanyak dan mempelbagaikan aktiviti Amal Islami demi memantapkan perjuangan.


Cabaran tentu sahaja hebat dalam mengisi kemenangan dan mempertahankannya agar ia tidak menjadi fitnah kepada kita dan perjuangan suci yang kita dokong . Selepas kita mencapai kemenangan , jiwa menjadi sensitif dan keadaan tegang mudah tercetus. Perkara remeh cepat membesar dan fitnah yang bathil deras merebak .


Tawaran pangkat dan habuan material antara mehnah yang perlu diawasi agar kita tidak mengurusnya dengan ikhlas dan taqwa .


Pemuda adalah agen utama dalam melunaskan segala tanggungjawab dan amanah besar ini . Saff perjuangan kita mesti senantiasa rapat dan kemas , semangat ukhuwwah islamiyyah antara kita jangan sekali - kali dibiar renggang dan katakan tidak ! kepada khabar angin dan khabar fasiq yang cuba menyeludup ke tengah - tengah saff kita.


Saya mahu pemuda menjadi pemantau dan pengawal reformasi , mengawasi segenap sudut kemenangan ini agar tidak menjadi Hujjatun A'laina ( Hujjah untuk Allah membinasakan kita ) tetapi biarlah ia menjadi Hujjatun Lana ( Hujjah bagi pihak kita untuk terus mengekalkan kemenangan ini. )


Kita mohon Kekuatan dan petunjuk dari Allah agar kita mampu menggalas beban berat amanah ini dan melaksanakan tugas besar tanggungjawab ini.


Pelajarilah apa yang Allah ajar dalam surah an Nasr . Agar kita menyambut kemenangan ini tidak dengan leka dan alpa . Tidak juga dengan sombong dan angkuh tetapi sambutnya dengan Tasbih , Tahmid dan Istighfar kepada Allah .


Urustadbir kemenangan ini dengan Nama Allah yang suci dari segala kelemahan dan kekurangan . Bawa rakyat , negeri dan segala isinya bersama menuju rahmat ilahi , tuhan yang Maha Terpuji dan persiapkan diri sebagai pemimpin atau pengendali kemenangan ini secara bebas dari noda berdosa dengan beristighfar kepada Allah swt.


Semoga Allah bersama kita semua. Takbir ! Takbir ! Takbir !

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

salam,
Nampaknya ada kecelaruan Ustaz dalam memetik ayat Al-Quran surah Al-fath, ayat ini menceritakan tentang kemenangan dan al-fath yang dilakukan ke atas negeri kufur.

Dan ayat ini menceritakan bahawa bila kemenangan (negeri musuh dibuka) orang kafir akan masuk Islam secara berduyun-duyun. Ayat ini tidak boleh digunakan untuk kemenangan PAS, atau orang masuk PASa berduyun-duyun.

Cara penafsiran Ustaz tersebut boleh membawa kesesatan dan penyelewengan terhadap Al-Quran. 'Kemenangan PAS' sebenarnya bukan kemenangan sebenar. Bahkan DAP dan PKR yang non-Muslim tidak masuk Islam berduyun-duyun bahkan mereka konsisten melawan konsep Islam.

PAS cuma menang di Kedah dan mengekalkan kerusi di Kelantang sahaja kali ini, tidak di Penang atau di Perak, bahkan PAS dan pemimpin PAS masih lagi dalam kebuntuan untuk menghapuskan jahiliah. Bahkan di Perak hukum jahiliah tetap dilaksanakan dan begitu juga di Kedah.

Nasihat saya PAS tak perlu sombong sangat kali ini, kerana PAS cuma memegang kerusi Pakatan yang paling kecil. Masih belum layak nak membicarakan surah al-fath dalam kontek itu.

Sekian
Ustaz Ishak
Bekas Anggota PAS

4:56 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home