" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, May 03, 2008

MABRUK
BUAT SOHIBUS SAMAHAH
DR. ASRI ZAINAL ABIDIN
Mutaakhir ini saya dapati kenyataan dan pandangan Dr. Asri dalam pelbagai isu bukan sahaja menarik perhatian umum tetapi dilihat lebih berani dan tegas . Malah kenyataan atau tulisannya semakin jelas tanpa selindung dan berkias.

Kenyataan dan ulasan isu semasa diatas kapasitinya sebagai Mufti kerajaan negeri pasti sahaja besar nilai dan tinggi harganya kepada masyarakat khasnya ummat Islam .

Suatu yang membuatkan saya gembira ialah apabila muncul mufti yang berani bersuara sedang negara kita sejak sekian lama agak sepi dari kelantangan suara mufti sebagai sebuah institusi besar dalam hal ehwal Islam dan ummatnya.

Dr. Asri kini berada di posisinya yang tepat setelah ia bersuara dalam usaha menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran .

Saya masih ingat , beberapa ketika sebelum beliau menerima jawatan mufti dengan meninggalkan tugas asal beliau sebagai pensyarah di USM , beberapa kali saya cuba menasihati beliau agar tidak menerima jawatan mufti tersebut. Peringkat awal saya dapati beliau juga agak sukar untuk menerima jawatan tersebut namun akhir beliau tetap menerima jawatan tersebut dan mendapat sokongan yang agak kuat terutama dari warga ahkam.net .

Saya tidak bersetuju bukanlah kerana faktor peribadi tetapi bimbang beliau terperangkap dalam jawatan yang hanya membawa beliau menjadi ulama' upahan atau ulama' bisu yang jaamid .

Kebimbangan saya berasaskan realiti yang menimpa institusi agama dalam negara kita sejak sekian lama. Sungguh saya tidak mahu melihat sahabat saya seperti Dr. Asri turut terjebak dalam musibah tersebut .

Sepanjang penggal yang lalu dikala Dr. Asri menjawat jawatan mufti ini, memanglah meresahkan saya malah sebahagian daripada ummat Islam . Kehadhiran beliau , kenyataan dan tulisannya sering menimbulkan kontraversi . Bahkan saya beberapa kali turut memberi respon samaada tidak setuju atau sebaliknya terhadap kenyataan dan tulisan beliau .


Sikap cenderung kepada kerajaan membuatkan saya jauh hati dengan Dr. Asri yang satu ketika dulu pernah menjadi sahabat baik saya . Namun saya terus mendoakan beliau agar senantiasa mendapat bimbingan Ilahi.


Pertikaian dan perbezaan pendapat antara saya dengan beliau dalam beberapa isu hanyalah berasaskan perbahasan ilmi bukan pertelingkahan peribadi .


Perkembangan mutaakhir ini membuatkan saya gembira biarpun rasa bimbang masih menyelubungi diri kerana saya tidak pernah percaya kepada kerajaan yang namanya Barisan Nasional termasuklah seluruh institusi di bawahnya selagi Barisan Nasional tidak meletakkan Islam sebagai asas dan dasar perjuangan , kepimpinan dan pemerintahannya.


Sekali lagi saya ucapkan mabruk buat Dr. Asri agar terus konsisten dengan semangat beliau berasaskan ilmu untuk memperjuangkan yang hak sekali gus menentang kebathilan biarpun ia dipihak kerajaan yang memerintah .

2 Comments:

Blogger abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

kenapa PAS berminat letak KLCC sebagai agenda dalam bendera PAS + hijau bulan? dulu kata KLCC rojek membazir.

Kenapa tak letak gambar projek BABI atau the Mall atau Carefour di Kelantan yang dibuat oleh PAS dan PR lain?

Nik Aziz kata- PAS bukan bermatlamat untuk pembangunan bangunan tetapi untuk pembangunan dalaman...

Bendera letak bangunan bukti PAS kemaruk kuasa dan tak tahu siapa yang membina (plan master) dan bukti PAS adalah parti metarialistik sahaja.... insya allah kalau bukan sekrang, masa akan datang...

(http://malaysialoni.blogspot.com)

11:31 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Abe mie..

I'm not sure how to response to your comment.

I'm sorry, I just find it too stupid and rubbish.

9:39 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home