JIKA ISLAM TIDAK DOMINAN
PAS WAJIB MENARIK DIRI . ( Siri 2 )
Saya mendapat maklum balas dalam bentuk pro dan kontra dalam isu yang di kemukakan . Sikap saya terhadap khilaf ini adalah positif selama ia berlangsung dibawah pengaruh ilmu ( nas ) dan adab ikhtilaf . Semoga Allah swt. memberi petunjuk dan kekuatan kepada hambanya yang ikhlas berjuang.
Ada beberapa perkara yang perlu saya buat penegasan semula terhadap artikel saya sebelum ini yang bertajuk : “ Cadangan : Jika Islam Tidak Dominan PAS Wajib Menarik Diri ” bagi menjernihkan beberapa kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan .
1. Sebahagian meminta agar PAS terlebih dahulu memberi peluang kepada PAKATAN untuk membentuk kerajaan . Apa yang penting ialah menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN.
Perenggan ketiga kenyataan saya dalam artikel sebelum ini telah menjelaskan maksud saya untuk menjatuhkan Kerajaan zalim dan kejam UMNO dan BN. Persoalan ini tidak berbangkit malah saya sangat bersetuju kerajaan UMNO dan BN ditumbangkan .
Persoalan yang saya timbulkan ialah bentuk kerajaan yang bakal ditubuhkan ( setelah kita berjaya meruntuhkan UMNO dan BN ) . Kita tidak boleh lari daripada membincangkannya. Pimpinan parti – parti PAKATAN mungkin membincangkannya dalam mesyuarat mereka . Cuma saya mengambil pendekatan melontarkannya kepada umum untuk difikir dan dibincang bersama secara ilmiah dan positif tanpa sebarang prejudis .
Saya juga bermaksud agar ia menjadi satu cambahan pemikiran dikalangan kita masyarakat awam yang mendokong PAKATAN amnya dan khasnya buat anggota Gerakan Islam .
Apakah bentuk Kerajaan PAKATAN yang bakal ditubuh ? persoalan ini timbul sebagai satu persiapan dan persediaan malah ia penting kepada kita sebagai seorang pejuang Islam yang mahu melihat Islam tegak di atas tanahair kita . Justeru kita tidak boleh mendokong sebuah kerajaan yang meminggirkan Islam atau tidak memberi tempat kepada kuasa Islam dalam politik atau juga pentadbiran Negara.
Perlu dijelaskan disini saya tidak bermaksud menolak PKR dan DAP dalam konteks mereka sebagai madu'u. Tetapi saya mencadang agar PAS menarik diri dari pembentukkan kerajaan persekutuan JIKA Islam tidak dominan .
Dengan maksud PAS tidak boleh menjadi anggota kpd sebuah kerajaan persekutuan yang Islamnya tidak dominan. Sebagai mana kita menolak UMNO kerana mrk mempersiakan Islam , begitulah tahalluf yang PAS buat dgn Pakatan atau siapa shj tidak boleh sampai mempersiakan Islam .
PAS menolak UMNO krn mrk merosakkan Islam dan bangsa sendiri so kita tidak boleh mengulang situasi yang sama dgn tahalluf yang kita buat .
JIKA Pakatan boleh bentuk kerajaan yang Islamnya terpelihara , maka tiada halangan utk PAS terus bersama menjadi anggotanya. Saya menyebut JIKA kuasa politik berada di tangan bukan Islam maka masa depan ummat Islam di negara ini akan terus suram sebagaimana suramnya mrk dizaman UMNO atau mungkin lebih kelam .
( saya bukan bercakap soal majoriti rakyat dlm negara . Saya bercakap soal majoriti ahli parlimen yg ada kuasa mengundi dlm parlimen utk menentu dasar dan keputusan . di tangan siapakah ia ? itu persoalannya )
Saudara bayangkan , JIKA anggota kabinet dan suara majoriti adalah bukan Islam dan mereka boleh menentu dasar dan kuasa ,bagaimana keadaan ummat Islam dan kepentingan agama Islam dalam negara ini ?
Sebelum ini kita bertahalluf ( kerjasama ) dan kita tidak kesal dgn tahalluf tersebut , tetapi perlu diingat bhw Islam meletak syarat dalam tahalluf agar Islam tidak tergugat. Jika Islam dilihat tergugat maka tahalluf tersebut mesti dikaji semula .
Kita tidak boleh mengizinkan Islam dicabar . Hari ini pun saya lihat sedikit demi sedikit usaha mencabar Islam berkembang. Kita tidak boleh membenarkan keadaan ini berlarutan.Sekali lagi saya tegaskan JIKA kerajaan pakatan yang bakal ditubuh , majoriti MP nya ( yang akan menentu suara/keputusan dalam parlimen ) ialah bukan Islam , PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak boleh menjadi anggotanya.
PAS mesti berada di luar dari Kerajaan itu . bukan sebagai anggota kerajaan yg nantinya terpaksa akur dgn suara ramai / majoriti dlm kerajaan tersebut sekalipun keputusan tersebut bercanggah dgn Islam. .Saya bukan bercakap soal dakwah di dalam artikel tersebut. Dakwah tetap menjadi asas perjuangan PAS dan dakwah adalah tugas rasmi dan rutin PAS. Tiada siapa yang boleh pertikai kerja dakwah yang telah dilakukan oleh PAS. So PAS akan terus berdakwah biarpun diluar pakatan. Yang saya timbulkan ialah soal keanggotaan kpd sebuah kerajaan yang kuasa majoritinya bukan ditangan Islam .
Kepada kawan - kawan bukan Islam , tidak perlu kecil hati dgn cadangan seperti ini . Kerana Islam tidak pernah memerangi golongan yang tidak memeranginya. Islam juga agama yang merentasi batas kaum dan bangsa . Islam malah agama yg adil . Saya percaya , bukan Islam boleh menerima dominasi kuasa org Islam dalam Malaysia yang agama rasminya ialah Islam. Justeru Islam adalah agama adil dan baik.
Apabila saya sebut soal Islam maka ia tidak dibaca sebagai berbau perkauman. Sebab Islam adalah cara hidup untuk semua . bukan untuk Melayu , Cina atau India .
Saya percaya rakan – rakan bukan Islam khasnya ahli kelab penyokong tidak akan kecil hati dan menjauhkan diri dari PAS kerana sedari awal mereka memahami dan menjiwai perjuangan PAS , sebab itu mereka mahu menjadi ahli kelab penyokong PAS. Mereka tidak masuk DAP walau mereka cina dan mereka tidak masuk PKR walau mereka boleh ke sana .
Cuma ada kegusaran dikalangan mereka apabila mendapat maklumat ( yang salah ) yang mengatakan PAS nak masuk UMNO . Saya mendengar sendiri daripada Tuan Guru Presiden hari ini bahawa PAS tidak akan menyertai UMNO dan BN selagi mana UMNO dan BN tidak bersih dari segala maksiat dan mungkar ( penyelewengan ) nya.
Kita tetap dengan prinsip Islam yang amat menghormati agama lain sebagaimana yang praktis oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan malah memberi hak kepada bukan Islam sebagaimana ia diajar oleh Islam. Islam tidak menipu , menyeleweng jauh sekali menindas orang lain termasuk yang bukan Islam. Ini jelas terbukti di Kelantan.
Saya ada menyebut sebelumnya , kalau PAKATAN berkeras juga nak menjadikan negara Malaysia ini tidak di dominasi oleh org Islam dalam kuasa politiknya , maka saya cadang agar PAS tidak menjadi anggota kerajaan tersebut. Saya bukan cadang PAS memusuhi kerajaan tersebut. sebaliknya PAS mesti berada di luar dari kerajaan tersebut.
Saya juga tidak mencadangkan supaya PAS memusuhi Pakatan Rakyat tetapi saya cadang JIKA kerajaan yang Pakatan nak di bentuk itu tidak mengambil kira soal kuasa politik org Islam , maka PAS mesti menarik diri dari kerajaan tersebut.
Dakwah tetap jalan , persahabatan selama kita tidak dimusuhi boleh diteruskan . Engagement juga akan diteruskan cuma tidak berperanan sebagai anggota kpd kerajaan tersebut.
Seperkara lagi , saudara kena memahami maksud JIKA yg saya bawa. dlm bhs arab , JIKA ialah terjemahan dari huruf IN ( Alif baris bawah dan Nun mati ) membawa maksud syarat . maksudnya : syaratnya JIKA berlaku sebagaimana yang saya maksudkan iaitu kuasa politik terlepas dari tangan org Islam maka jawab syaratnya ialah PAS mesti tarik diri dari kerajaan tersebut .
JIKA syarat itu tidak berlaku , maka tiadalah cadangan seperti itu .
Sebab sifat Islam ialah memimpin dan menguasai . Kita menyakininya kerana Islam bukan agama ciptaan manusia tetapi ia adalah ciptaan Ilahi maka Islam pada bila – bila masa pun mesti diperjuangkan agar ia mengatasi ideology ciptaan manusia .
2. Ada pula pihak yang mempertikaikan , jika itu penegasannya dan telah mengetahui keadaan PKR dan DAP , kenapa awal –awal lagi kita mengadakan pakatan ( tahalluf ) dengan PKR dan DAP . Lalu sekarang mengambil sikap mahu menarik diri pula .
Dari sini kita mesti memahami prinsip tahalluf. Tahalluf adalah suatu yang dibenarkan dengan maksud kita boleh bertahalluf dengan PKR dan DAP atau mana – mana pihak yang lain . Tetapi Prinsip tahalluf mestilah dipelihara dan dipatuhi . Antara prinsip dan syarat tahalluf ialah :
a. Membawa maslahah Islam dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip asas Islam.
b. Mengakui atau mengiktiraf kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan
c. Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka. [1]
Terdapat juga persefahaman yang bersifat sementara antara kita dengan pihak yang lain . ianya disebut sebagai Muwada’ah ( ada ulama’ menyebut sebagai hadanah iaitu gencatan senjata ) dan Isti’anah ( meminta pertolongan atau bantuan . )
Tahalluf pula dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut keadaan .
a. Dalam peringkat Tahalluf membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat :
· Kepimpinan mestilah ditangan orang Islam
· Mengiktiraf Negara Islam
· Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya
b. Dalam peringkat Tahalluf tanpa membentuk Kerajaan :
· Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar
· Maslahah bersama untuk menentang kezaliman dan penyelewengan
· Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan Harakah Islamiyyah .
Tahalluf boleh batal atau dalam bahasa lain satu pihak yang bertahalluf menarik diri apabila syarat tahalluf itu telah hilang atau dinafikan .
Kita melihat Nabi saw. Pernah membina hubungan yang baik dengan Bani Hasyim dan Bani Abd Mutalib khasnya bapa saudara baginda Abu Talib walaupun mereka tidak menganut ajaran Islam. Tetapi apabila Abu Talib pernah memujuk Nabi agar bertolak ansur dengan musyrikin dalam perkara prinsip lalu nabi dgn tegas menjawab :
يا عمي و الله لو وضعوا الشمس في يميني و القمر في يساري على أن أترك هذا الأمر ما تركته حتى يظهره الله أو أهلك دونه
Wahai bapa saudara ku , Demi Allah jika mereka meletakkan matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiri ku supaya aku meninggalkan urusan ini ( perjuangan Islam ) nescaya tidak akan kutinggalkan sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada agamaNya dan aku mati kerananya.”
Akhirnya Abu Talib dan keluarganya mengambil keputusan untuk terus mempertahankan Nabi saw. Setelah melihat ketegasan nabi dalam prinsip perjuangannya.
Rasulullah saw. Pernah menangguhkan tahalluf ( kerjasama ) dengan bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama – sama menegakkan Negara Islam dan mempertahankannya. Hal ini tercetus apabila Bani Syaiban menyatakan ketidak sanggupan mereka untuk berhadapan dengan Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi kabilah Arab sahaja .
Rasulullah saw. pernah membatalkan tahalluf yang mahu dilakukan dengan Bani A’mir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan Negara tanpa menerima Islam .
Adapun yang berkait dengan persefahaman sementara seperti Muwada’ah , ianya dilakukan dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah . Di dalam Syarah Muhazzab karya Imam Nawawi rhm. Menyebut antara maslahanya ialah mengharapkan mereka masuk Islam atau mereka membayar jizyah jika tidak memeluk Islam atau menolong Islam memerangi musuh yang lain .
Ada ulama’ menghadkan tempoh bagi persefahaman seperti ini kepada hanya 4 bulan sahaja , ada yang mengharuskannya berasaskan maslahah kerana Islam dan ummatnya berada di dalam keadaan lemah . Ada pun jika tiada maslahah atau mudaratnya lebih banyak ia TIDAK diharuskan .
Ya Allah , semalam saya dapat satu sms yang berbunyi : Salam , artikel terbaru ustaz dalam blog menunjukkan ustaz berada dalam kem Tuan Guru Hj. Hadi dan tidak bersetuju dengan Tuan Guru Nik Aziz .... betul ker ?
Saya hanya mampu menjawab : dalam parti tiada kem Wallahuallam kalau ada orang lain buat kem. Ana bagi pendapat yang ana rasa betul. Ke dua - dua tu Tok Guru ana . Perbezaan pendapat berasaskan ilmu tanpa menunding antara satu sama lain adalah khilaf yang baik. Yang salah bila khilaf pakai emosi dan saling menuding serta memfitnah sama sendiri .
Macam kita pakai mazhab Syafie bukan bermakna kita tolak atau tidak setuju dengan mazhab Hanafi . Kita tidak boleh sayang satu tok guru dengan membenci tok guru yang lain .
[1] Rujuk surah Aali Imran . Ayat : 28
21 Comments:
http://pkrpasdap.blogspot.com
PAS tidak layak dengan perjuangannya. Dia memecah belahkan Melayu macam Hadhi lakukan di terengganu ketika dahulu sehiingga dia gagal ambil alih terengganu daripada BN ketika BN karam hampir seluruh Malaya???
PAS kena kaji sistemnya yang tak betul. tidak ada peluang pekerjaan kepada orang Melayu dan islam macam di Kelantan, sistem ketinggalan zaman dan meletakkan agama Allah setaraf politik manusia.
7:04 PM
Allah, abe mie yang komen pun..bergambar pun dengan berhala negara..lambang syirik.. nak cakap pasal agama..
Taik penuh kat kain, sibuk nak tegur orang.. huahuahua
apa2 pun saya sokong artikel ustaz..
7:26 PM
Tahniah ust. Ana tabik dengan artikel siri 2 ni...
ana rasa terkedu org yang nak memperlekehkan pandangan ust.
Ana sokong pendapat ust, untuk menjatuhkan Kerajaan thagut (melampau), kita boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR. Tapi kalau nak bentuk kerajaan yang didominasi oleh MP-MP non-muslim, rasenya PAS perlu berijtihad semula.
kepada abg mie, jangan nak membuat fitnah kepada kerajaan kelantan. pengangguran ada di mana-mana negeri di malaysia. Kalau rajin, cuba tengok statistik kerajaan miskin, negeri jumlah penganggur paling ramai dan kerajaan paling banyak hutang... xpayah nak komen tentang sistem kalau stakat baca utusan dan tengok tv3 saje.
Pemuda PAS Batu 3
Pondok Pemuda Al-Kalthumiah
7:46 PM
tahniah abag mie.anda berani walaupun anda di hina.sekurang kurangnya anda berani menonjolkan nama dan muka.bkn disebalik " Anonymous ".cuma saya nak komen.....balajar dulu perlembagan malaysia,macam mana nak gubal dan mengubah undang undang.perlu suara majoriti parlimen.tu je......bln blh suka suka...sebagai mana kata Almahum Ustaz Fadzil Nor..kalau majoriti parlimen tak nak setuju dgn pengubalan undang undang islam.kita kena terima sebab kita tinggal di negera demokrasi berparlimen.blh kan kita pastikan semua ahli parlimen tu muslim?dan pada najmi of dublin.......seorg pejuang islam tak memaki hamun org..mungkin ustaz tantawi yang bijaksana tentanghukum islam blh komen dlm bab memaki hamun org......kat mana aklah islamiah anda yang dok berbicara tentang islam tu kan
9:13 PM
salam Muqabalah,Ustaz.....
Berani kerana 'BENAR'walau pun pahit....
Inilah perjuangan ustaz.!!!!
truskan utaz jngan di kira mereka2 yang munafik brslindung di balik PR....
9:40 PM
ni pula email dari org pas sendiri ;maybe webmaster blh baca.......Salam! Betul la tu, aku baca analisis dari penulis lain kat TKO, pagi tadi aku masuk kerja terus check balik, Huhh hang punya komen mantapp! Tapi dia belum balas balik pun,, Ustaz-ustaz ni pun kadang kacau juga, ilmu sifir politilk depa belajar tak habis lagi, ilmu islam memang depa kedepan la, tapi ilmu politik buakn semua orang ada! Aku pernah dengar kuliah Ustaz Idris Ibrahim Alhafiz dari Ipoh, dia ni macam mamak sikit, selalu buat program motivasi dan dia master dalam sains politik, dalam satu kuliah dia ada bagi tahu mengikut dari kajian Institut Kajian..? (lupa) UM mengatakan Malaysia ni buat masa ni cuma ada 3 orang shj yang layak jadi PM, iaiatu Mahathir, Musa Hitam dan Anuar Ibrahim, adalh sebab-sebab yang dia perkatakan untuk menjadi peminpin. Mahathir dgn musa dah lepas, cuma yang tinggal Anuar sahaja. Aku adalah kalau nak ikut ahli PAS tegar, memang masa Anuar masuk UMNo tahun 82 dulu aku terus hilang kepercayaan, lepas tu bila dia kena pecat pun aku seronok, tapi bila kita banyak mengaji, banyak dengar kuliah alhamdulillah, baru kita tahu kedudukan sebenar, nak tak nak sebagai kenyataan aku sedia menerima Anuar jadi PM 100 kali lebih baik dari Pak Lah. Masalah geng ustaz muda-muda ni boleh dikatakan disemua tempat mereka ni banyak buat celaru dan haru biru, itu kenyataan. Aku bagi contoh Ustaz Nur Azli Musa, masa 2004 dulu dia jadi calun kat Dun Pasir Panjang Lumut, aku yang jadi Pencadangnya, waktu tu dia boleh pulak trim janggutnya mengikut kesesuaian, bila PRU12 baru dia jadi calun Dun Trong aku tengok janggutnya panjang balik sampai ke perut, Ust Ahmad Awang pun komplen janggut dia, tapi dia buat dekkk, tau-tau puk kalah 916 undi,,, tu la ketegak sangat, aku pun simpan janggut, apa yang aku sunatnya panjang cuma segenggan tapak tangan, ni sampai ke perut, dah macam rupa tok sami hindu pulak, kita nak capak depa ustas belaka, Hang tengok Ustas Idris Ahmad, pasai apa dia pi nak bertanding kat Jerlun, kononnya nak menaglah sebab jerlunlah Ahli paling ramai kalau tak silap 11000 ahli, tinggal kawasan bukit gantang, ha kelepuk Bukit Gantang Roslan Shahrum menang, dia kalah dengan Mukris, ambikkk..dn aku ada juga dengar-dengar dia ni ada sikit sombong dgn orang kampung, tak tau betul atau tidakk, hang mungkin lebih tau.. Kat tempat aku sendiri PAS Lumut sentiasa menghadapi masaalah, kesian YDP Lumut, maklumlah dia ni Guru Besar SK TLDM sahaja, puak pemuda kebanyakan dipimpin oleh Ustaz-ustaz belaka, pakat dok menentang dia, aku kesian dengan dia, selalu dia dok mai becerita masaalah PAS lumut kat aku, aku kenal YDP ni dah dekat 25 dah, aku tau sapa dia, tau-tau mai golongan yang pandau ugama sikit, mulalah nak buat macam-macam cerita, letih dengan puak-puak ni,,, Sehingga ada sorang kawan aku kata, kalau kita nak mengaji dengan ustas tu pi mengaji aja, jangan dok bekawan terlampau rapat dengan ustas tu, nanti belakang hari kita jadi tak minat dengan ustas tu bila kita tau perangai depa.. Berkenaan Nizar jadi MB bagi aku itu adalah satu anugerah Allah buat rakyat negeri Perak, itu saja yang boleh aku katakan, sebabnya aku lagi sekali diberi amanah menjadi Pencadang sewaktu Nizar bertanding pada PRU12, aku kenal betul dengan Nizar ni,, masyaallah, cuma yang boleh aku katakan itulah bezanya orang yang latar belakang akedemik(propersional) menghayati Islam adalah lebik baik dari orang yang latarbelakang agama menghayati islam, itu yang aku nampak ada pada Nizar. Cuba hang bayang kalau Ust Ahmad Awang boleh bertanding dan menang juga, tentu tak ada harapan Nizar nak jadi MB, ni tuk-tup UAW tak boleh bertanding, rezeki kita dapat Nizar alhamdulillah. Mengenai Ustas Hadu tu kita tunggu dulu dan lihat ! Sebab yang keluar tu surat tak rasmi, kalau dari Harakah kita tengok,, Aku pun pening juga, apa tujuan depa ni masing-masing, SMS hang masuk aku tengah taip email ni kat hang... OK nantiu kalau ada masa kiata
sekali lagi saya minta komen tentang dakwah pas pada anak muda?munkin ustaz blh pergi ke bukit bintang pada hujung minggu.negara islam je tak guna ustaz kalau penduduknya takde ahlak islam.saya blh bawa ustaz pergi ke bukit bintang tngk sendiri perangai anak islam berbangsa melayu.emails aya dan saya bagi hp no.
tolong lah komen puak ustaz yang suka komen org minafik dan kafir.
tolonglah lah komen tentang amanat hj hadi 1982.saya sekolah lagi masa tu.tapi saya tahu perpecahan yang teruk akibat dari amanat tu.
tolonglah lah komen pulak tentang ceramah agama yang tak sampai 100 org dtg,tapi beribu dtg masa ceramah.islam yang mcm tu ke kita nak ustaz?
jangan lah diam..email yang saya dapat semua tertunggu komen ustaz.saya wakil mereka yang berada di dalam pas sendiri.
10:05 PM
saya pernah bersalam dgn ustaz sms roadshow himpunan protes minyak dikampung baru ari tu.. ade rase hormat kt ustaz dlm diri sy melihatkan wajah2 pimpinan kite.. tp tolong jgn tanggalkan kepercayaan sy pd pimpinan dgn asbab2 yg sebegini.. sy xnak bace komen2 yg merapu, tp terpaksa bace atas dsr ingin tahu.. semakin sy bace, smkin terase seolah2 kite sdg membuahkan bibit perpecahan dgn pndgn n komen2 yg dangkal dr org2 yg kurang ilmu yg xmenjaga perasaan ahli2 PR.. harap bukan ini mase nye utk dibincngkn semua ini, kebimbngn itu perlu ade, tp bg ana serahkan pd kepimpinan atasan.. Ust harpn jemaah, tlg jgn bina tembok antra ust dgn kami.. saya masih bersangka baik dgn ustaz, tp mana tahan klu artikel ini mengundg lbbh bnyk permasalah dr segi menanam bibit kebencian.. maaf ustaz, ilmu sy masih kurang utk mentafsir..
10:32 PM
Bercakap di sidang akhbar di Subang Jaya selepas menghadiri dialog bajet negeri itu bagi 2009, Abdul Khalid berkata:
“Dan saya rasa ucapan Tuan Guru Abdul Hadi itu menegaskan perlunya masyarakat Malaysia menerima perjuangan mereka untuk memperjuangkan agama Islam dan ummah sebagai salah satu perjuangan yang tidak boleh ditolak ansur.
"Dan kita (Pakatan) menerima hakikat tersebut."
Sementara itu, exco agama kerajaan negeri Datuk Dr Hassan Ali berkata kenyataan Abdul Hadi itu hanya satu kenyataan dan dalam proses perbincangan dengan rakan-rakan lain dalam Pakatan, sudah tentu ada “tolak-ansur”.
10:44 PM
salam. syabas pandangan ustaz. Cuma saya nak berkongsi pengalaman. Sebaik-baik lepas PRU12 yg lalu, rakan2 di IPTA yg tak berparti beri pandangan bahawa kemenangan PR (masa tu nama ni tkdak lagi) bukan kemenangan Islam atau PAS. Yg menang ialah non-malay dan yg kalah ialah melayu. Melayu dan Islam akan terpinggir kata mereka. Dan ini juga gurindam yg dibawa oleh UMNO dan BTN. BTN mula gerakkan kursus mereka dgn agenda melayu semakin terhakis kuasa politik.
Maaf ustaz. Bila baca artikel ustaz, rasa macam terperangkap jerat BTN. Saya rasa isu ini kena dibentang secara bijak dan teliti. Biar kena pada tempat dan masa.
11:37 PM
Informasi Permatang Pauh khusus dan info terkini bagi team Ketua Wanita Keadilan di Permatang Pauh
http://www.p99ampang.com
klik ke Permatang Pauh ataupun
http://www.p44.p99ampang.com
11:40 PM
Informasi Permatang Pauh khusus dan info terkini bagi team Ketua Wanita Keadilan di Permatang Pauh
http://www.p99ampang.com
klik ke Permatang Pauh ataupun
http://www.p44.p99ampang.com
11:40 PM
A'kum,
Berhentilah daripada mengagung-agungkan DSAI dan mencari keredhoan DAP. Perjuangan Islam akan malap dengan faktor-faktor begini.
Kembali kepada perjuangan Islam yg sebenar.
10:25 AM
ada orang tak dapat bezakan berhala dengan tugu peringatan.
Sekolah ke, tidak 'najmi og dublin' pasal benda nie pun tak tahu. Budak hingus lepas merdeka katakan.
12:46 PM
Salam,
Berhati kepada pkr yang bersifat liberal. Ada masa mungkin ustaz boleh masuk ke web ahli2 pkr dan melihat pandangan mereka terhadap penubuhan negara Islam.
Pada saya majoriti ahli2 pkr tidak memahami dasar2 perjuangan Pas. Ustaz boleh menilai sendiri komen yang dilontarkan apabile menyentuh isu Pakatan Rakyat.
Ustaz kata Islam adalah bersifat mendominasi dan memimpin. Harap Ustaz dapai menilai kedudukan PAS di dlam pakatan rakyat adakah mendominasi atau didominasi jauh sekali memimpin.
Bandingkan bagaimana UMNO tonggak pemerintahan Barisan Nasional. Mampukah Pas menjadi seperti Umno?
wallahulam...
5:47 PM
Kesian kat abe mie..dia tak pernah dengar kot fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan tentang tugu negara tu..apa kata Majlis Fatwa Kebangsaan ttg Tugu Negara yang abe mie banggakan tu?yang tu abe mie kena cari sendiri la..rujuk la fatwa tersebut..alah, tanya Syeikh Google..konpom byk jawapan yang keluar..cari yer abe mie..untung2 bertambah ilmu tu..xderla jadi mcm Dulu, Kini dan Selamanya..
p/s:kalo lah saya dapat join usrah ustaz kan best..ish,ish..duk terbayang nie betapa bestnya..
7:59 PM
syabas untuk ustaz .... saya setuju dengan tulisan ustaz ...
menulis dari jiwa ...sekalipun pahit, ditelan jua. Inilah sifat kebenaran ... memang menyakitkan, tapi yang memilih keimanan akan bersedia menanggung kesakitan.
Saya berdoa Pas keluar dari pakatan ... pkr tidur sebantal ngan kita tapi tidak bermimpikan perkara yang sama dgn kita ...
besar nilai 'kemenangan' bila Islam dapat kita julang dan Al quran dapat kita jadikan perlembagaan . Tapi jika menang dalam keadaan Islam yang kita idamkan ditentang 'kawan' dalam pakatan ..... saya kira bergerak bersendirian lebih mententeramkan
untuk abe mie .... jangan aibkan diri sendiri dengan semudah maksud "berhala' pun tak tahu nak diterjemahkan ...malangnya abe mie
11:10 PM
SALAM,
Buat abg mie....kalau tugu tu bukan berhala, setidak-tidaknya ia adlh idol. Pasalnya dihadapan patung ni, org-org jahil melahirkan ghorizatul tadayyun mereka. Utk pengetahuan abg mie, Lata dan Uzza juga idol. Abg mie patut membenci dan jijik thdp idol ni.....bukan berbangga dgnnya.
PERLUKAH PAS KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT ?
Perlu........
KENAPA ?
1. Kerana Pakatan Rakyat bukanlah sebuah pakatan yg bermatlamatkan Islam. Pakatan Rakyat bukan parti politik yg berjuang utk menegakkan khilafah yg akan melaksanakan hukum hakam Islam !
2. Kerana PAS adalah sebuah parti Islam. Jika tidak..apakah bezanya PAs dgn UMNO dan PKR.
RUGIKAH PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT ?
Tidak.....sebab untung atau rugi diukur berdasarkan syariat @ redha Allah, bukan kepala hotok manusia. Firman Allah....semua manusia rugi, kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh, serta selalu berpesan dgn kebenaran dan kesabaran. Kenapa sabar...sebab banyaknya halangan dan beratnya bebanan.
DENGAN SIAPA PAS PATUT BERPAKAT ?
Pas patut mengukuhkan networknya dgn umat islam serta berbagai kelompok Islam di dalamnya, termasuk dgn tokoh-tokoh muslim dari kalangan parti-parti sekuler seperti UMNO dan PKR.
Pas sepatutnya berjuang utk menegakkan syariat dan khilafah, bukan sekadar menumbangkan kerajaan BN.
Pas sepatutnya berjuang utk Islam, bukan utk demokrasi.
Peminat Mykhilafah.com
1:05 AM
Assalamualaikum,
Kadang saya berfikir...kenapa sukarnya PAS bermesra dan berpakat dgn jamaah-jamaah Islam di Malaysia seperti Abim, Jim, Pekida, Tabligh, Hizbut Tahrir, Wahabi dan lain-lain...
dan sebaliknya PAS dgn mudahnya berpakat dgn parti-parti sekuler dan anti Islam seperti PKR dan DAP ?
Agaknya PAS belum betul-betul yakin hanya dgn Islam....Islam boleh ditegakkan !
AHLUL FIKIR
1:11 AM
Assalamualaikum wrt wbt
Ana rasa kita kena perjelaskan sejelas-jelasnya kepada anggota tentang apa kaedah yang kita terima pakai dalam isu memutuskan untuk mengadakan tahalluf. Yang pastinya, untuk mengadakan pemerintahan sendiri tanpa gabungan pakatan adalah jauh dari realiti (masa depan insyaAllah). Setakat hari ini, berdasarkan keputusan PRU12, agak sukar untuk kita memerintah bersendirian.
Soalnya, kita bersama dengan PR atas kaedah apa? kalau atas kaedah IRTIKAB AKHAFFU AD-DAHORURAIN, bermakna memang kita mengiktiraf kedua-dua pihak ada mudharatnya terhadap Islam. Cuma kita tiada pilihan dalam situasi ini. Kalau kita tidak bersama PR atau keluar dari PR, maka PR akan pecah dan BN akan kembali berkuasa. Soalnya bukan kita boleh jauhi mudharat terhadap Islam dan perjuangan kita. Tapi mana mudharat yang lebih ringan yang terpaksa kita hadapi. BN atau PR? mana lebih mudharat terhadap Islam antara UMNO dan Bn atau DAP dan PKR?
Ana sebut tadi kita tiada pilihan kedua. kalau Ustaz merasakan bahawa pilihan kita ialah keluar dari Pakatan, dalam situasi sekarang keluar pakatan bermaksud membiarkan BN terus berkuasa. Kalau PAS keluar dari pakatan, bagaimana dengan kerajaan Perak? Bagaimana dengan kerajaan Kedah? Adakah DAP dan PKR akan berdiam diri di peringkat negeri kalau PAS keluar di peringkat persekutuan? Kalau bermasalah di negeri tersebut, bermakna UMNO_BN akan kembali bertapak.
Adakah kita telah bersetuju bahawa membiarkan Bn berkuasa lebih baik dari kita bersama DAP dan PKR? Walaupun Islam kita tercedera dan terguris dengan sikap DAP dan PKR, namun adakah UMNO-BN tidak akan menyembelih kita?
Isu antara UMNO-BN dan PR ialah mana yang lebih ringan mudharat terhadap Islam... bukan mana yang lebih Islamik.. Sekian.
8:35 AM
salam,
menarik alasan ustaz bahawa Islam sifatnya mengusai dan memimpin. apa pula hukumnya apa bila kita sebagai sebagai umat islam, memberikan sokongan melalui undi sehingga bukan Islam mengusai pucuk pimpinan negara?. Kesan dari pada itu hak2 umat islam dan syariyyah islamiyyah menjadi taruhan...
wallahualam
11:38 AM
satu artikel yang menarik dianugerahkan ARTIKEL TUKANG KARUT UNTUK PENGIKUT BODOH PAS...BANYAK BETOI PAS NIE MEREKA-REKA HUKUM BARU.
TUI TUI TUI
Ustaz Nak Kasut Kulit Babi tak, sebab ada ustaz pas kata kulit babi bersih...sebab nak sokong kandang babi PKR
Semoga laknat Allah kepda tukang karut hukum dalam PAS
7:53 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home