" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, September 15, 2008

16 SEPT :
Katakan lah Insyaallah !

Saat saya menulis ini , tempoh menjelang 16 Sept hanya tinggal sehari sahaja lagi . Tentu sahaja debaran dan degup jantung rakyat Malaysia kian rancak menanti apa yang bakal berlaku .

Masih ada yang bertanya kepada saya mengenai 16 sept meskipun saya telah menulis mengenainya dalam posting yang terdahulu .

Sikap saya jelas dan konsisten sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini . Untuk memberi kenyataan berkaitan , saya tidak mahu dan tidak boleh mendahului taqdir Ilahi . Saya hanya berdoa semoga Allah swt. memberi kekuatan kepada kita semua untuk terus berjuang dan memastikan Islam yang menjadi asas perjuangan kita terus terpelihara .

Sebelum ini pun , bukanlah saya prejudis terhadap usaha untuk menumbangkan UMNO dan BN. Tersangatlah setujunya saya dengan usaha sedemikian. Cuma saya mengeluarkan kenyataan yang kelihatannya kontra dengan semangat 16 Sept adalah bertujuan mewujudkan situasi balance dikalangan kita agar tidaklah keghairahan kita melewati batas dan kewajaran .

Sebagai seorang muslim kita sangat diajar oleh Allah swt agar bertindak dalam serba kesederhanaan . خير الأمور أوسطها

Sebelum ini saya lihat dan saya dengar semua orang yang bercakap mengenai 16 sept agak emosional sehingga kelihatan mereka benar - benar yakin akan berubah kerajaan ini pada 16 sept. Saya suka sangat kalau BN ini dijatuhkan , tetapi dalam kita ghairah berusaha ke arah itu , sebagai seorang muslim kita mempunyai cara dan batas yang tersendiri .

Firman Allah swt :

و لا تقولن لشاىء إني فاعل ذلك غدا إلا أن يشاء الله و اذكر ربك إذا نسيت
و قل عسى أن يهدين ربي لأقرب من هذا رشد

dan jangan sekali - kali engkau mengatakan terhadap sesuatu " aku pasti melakukan itu besok pagi " kecuali dengan mengatakan "Insyaallah" dan ingatlah kepada tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah Mudah - mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini .

Surah al Kahfi : ayat 23 - 24

Setakat yang saya dengar sebelum ini di pentas - pentas ceramah , 16 sept diyakini sepenuhnya tanpa sepatah perkataan Insyaallah . Yakin penuh dengan kehebatan strategi dan think thank Dato' Seri Anwar Ibrahim . Saya sangat bimbang fenomena tersebut. Seolah - olah tuhan pun tidak berhak campur tangan dalam percaturan 16 sept kelak .

Apabila ada pihak yang membentang pandangan kedua serta kelihatan sedikit kontra dengan semangat 16 sept , suasana menjadi riuh dan tidak kurang yang marah kepada saya kerana menganggap saya tidak setuju dengan 16 sept .

Berulangkali saya kata , bukan saya tidak setuju tetapi jangan terlalu ghairah sehingga lupa Allah swt yang menentukan segalanya . Setakat strategi , pelan tindakan dan date line untuk bertindak itu tidak mengapa tetapi jangan menghukumkan bahawa ia mesti berlaku atau keterlaluan dalam menonjol kehebatan manusia tanpa disandarkan secara cermat dan hemah kepada ketentuan Ilahi .

Firman Allah swt :

قل اللهم مالك الملك تؤتى الملك من تساء و تنزع الملك ممن تشاء
و تعز من تشاء و تذل من تشاء بيدك الخير إنك على كل شئ قدير

Katakanlah Ya Allah Tuhan yang memiliki segala kerajaan , Engkau mengurniakan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabut kerajaan dari sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina siapa yang Engkau kehendaki , di dalam genggamanMu segala kebaikan , Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang Maha berkuasa di atas segala suatu .

Surah Aali Imran : Ayat 26

Alhamdulillah , setelah saya bertahan dan menelan serta menerima segala teguran , kritikan balas malah kutukan dari pelbagai pihak , kini mula kedengaran suara - suara yang kendur dari pejuang - pejuang 16 sept.

16 sept hanya tarikh cadangan ....... , kalau tak jadi 16 sept bukan bermakna kita berbohong ....... , 16 sept bukan segalanya ........ , 16 sept hanya satu kemungkinan ....... , 16 sept adalah permulaan ....... , 16 sept kalau tidak jadi kita usaha lagi ....... 16 sept , PAS tidak pernah terikat dengan tarikh tersebut ....... dan berbagai lagi nada yang menunjukkan bahawa kita tidak lagi bergantung penuh kepada 16 sept.

Saya percaya bahawa kendurnya kenyataan berbanding sebelumnya adalah hasil dari pendangan kedua yang mula disuarakan dengan penuh resah oleh sebahagian ahli dan juga pimpinan .

Begitulah sebenarnya betapa sihat kalau kita sedari awal menerima baik perbedaan pandangan. Pandangan kedua boleh dijadikan sebagai bahan fikir dan renungan untuk mengukur pandangan pertama sementara kita masih ada ruang sebelum membuat keputusan yang putus.

Esok adalah 16 sept . Insyaallah ! hati kecil saya juga mengharapkan UMNO dan BN runtuh dan ditegakkan Islam di atas runtuhan jahiliyyah tersebut.

Walau saya tidak terlibat direct dalam usaha membentuk kerajaan 16 sept , tetapi saya telah mengabadikan diri kepada perjuangan suci ini sejak 1985 seusia saya 15 tahun. Setelah mengisi borang menjadi ahli , saya segera ke pondok Pasir Tumboh untuk mendalami ilmu agama guna sebagai bekal di sepanjang perjuangan Islam ini.

Sehinggalah tahun 1998 saya pulang dari Mesir , saya berkecimpung sepenuh masa dalam parti tanpa mengira lagi segala tawaran pekerjaan hanya kerana saya mahukan tertegaknya Islam di atas tanahair ini .

Saya menyebutnya secara ringkas bukan ingin menunjuk apa yang telah dilaku tetapi bagi menjawab soalan yang selalu diterjah kepada saya , " awak buat apa ? kalau tak buat apa - apa dok diam sahajalah , bagi Anwar buat ! kacau jer ! "

Astaghfirullahal azim , cukup sedar saya betapa masih banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk Islam ini demi ianya tertegak di bumi bertuah tetapi tidaklah pula saya hanya berdiam diri tanpa berbuat apa - apa.

Mungkin juga cara saya meletak diri dalam perjuangan Islam ini tidak sama dengan anda membabitkan diri .

Selamat berjuang buat semua ! semoga dengan izin Allah , bila pun tarikhnya , ruang untuk Islam berkembang dan tegak mekar di atas tanahair kita terus terbuka .

13 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Don'tBeArrogant
Assalamualaikum Ustaz,
I totally agree with you. The first time 16th Sept was mentioned, it was said in a manner that it will definitely happened as it was Allah was not in the equation. Nauzubillahhiminzalik. May Allah forgive all of us, ameen ya Rabbal Alamin.

6:19 AM

 
Blogger IP80 said...

Saya yakin setiap orang yang mengharapkan itu juga tidaklah sampai melampaui batas kemampuan akal fikiran.

Harapan yang tinggi,cuma pada semangat perjuangan yg maukan perubahan.

Jika tidak jadi,rasa nya mereka masih boleh menerima kenyataan,.

MELAINKAN.... jika mereka beriktikad kalau tak jadi putus harapan dan sanggup melakukan perkara perkara diluar batasan atau membunuh diri.,maka boleh lah kita kata mereka mendahului kekuasan Tuhan.
(Mesti jadi)

Jadi tanpa menggunakan perkataan "Insyallah"masih bole di maafkan.,cuma lebih baik(Afdhal) jika perkataan itu di muliakan..

Jgn maree!!!

7:38 AM

 
Anonymous Nuh said...

Salaam.

Besoknya la tarikh keramat tu. Sapa yang jadikannya keramat? sakti?

Bukankah Al-Quran dah mengingatkan kita supaya beradab, jangan berkata akan melakukannya keesokan harinya. Sebaliknya katalah sekiranya Allah menghendaki. (Surah Al-Kahfi).

2:02 PM

 
Blogger k-one said...

salam, seingat saya , saya pernah mendengar ceramah PKR dan anuar, ungkapan insyallah pernah d sebutkan.

saudara, saya suka bercakap ttg usaha. kita tetapkan terget dan kita berganding tangan berusaha sebaik mungkin ke arah itu. kalo kita tidak tetapkan target, kita tidak kan fokus.

ambil cth pilihanraya, bila kita semua telah d maklumkan tarikh pilihanraya, kita akan terus berusaha lebih gigih ke arah itu. kita ingin mempergunakan masa itu sebaik2nya agar target kita dpt d capai.Alhamdulilah, akhirnya kita berjaya mencapai keputusan yg cemerlang dlm PRU yg lalu . janji ALLH SWT andai kita berusaha insyallah akan berjaya, kalo pun tidak skrg tapi akan dtg. sebab itu kita lihat org bukan islam juga berjaya krn dgn usaha tekun mereka. ( buat kwn non muslim saya yg sentiasa tekun membantu saya ketika d SMK sehingga mendapt keputusan yg baik saya ucapkan t'kasih, ).

kerana itu saya minta d bt kajian dan muasabah mengenai kekalahan teruk d terangganu dlm PRU yg lepas. adakah krn kurang nya usaha2 berhemah d t'ganu membuatkan kakalahan teruk itu berlaku? apa yg d sasarkan d terengganu bukan shj gagal malah jauh terpesong. majoriti 2/3 juga gagal d nafikan walhal kalo kita lihat N9 lbh berjaya.

berbalik kpd soal sasaran, hal ini samalah spt kita akan menghadapi perperiksaan. kita kan mengunakan kesempatan yg ada agar kita dpt memberikan yg terbaik.

mengenai 16 sept, saya mempunyai pandangan peribadi mengenai perkara tersebut. sekiranya berlaku, saya bersyukur kpd ALLH SWT , andai tidak , saya juga masi bersyukur krn ALLH SWT telah memakbulkan serba sedikit target yg kita tetapkan. sekuarang2nya ia menampak kesan-
a).msykrt mula sedar ttg kepentingan krjn yg lebih baik,

b).mesyrkt d sabah /srwk pula memberi sokongan kpd cuti setiap 16spt krn itulah tarikh pembentukan m'sia (sabah & srwk join m'sia),

c) Bn semakin kelam kabut - sanggup bwa terbang MP ke taiwan, pemilihan umno / bn d peringkat cawangan pun semakin kalut sehingga kita dpt lihat sikap sebenar ahli2 UMNO.

d). rakyat sedar dan dpt lihat dgn jelas usaha2 kotor parti BN terutamanya dr sudut perkauman sbg talian hayatnya. ini mematangkan kita semua dan menjadikan rakyat bijak utk menolak provokasi2 yg d wujudkan.

e). saya juga dapat menerangkan kpd rakan2 saya ttg keinginan kita terhadap krjn yg lbh baik. sekiranya berlaku penghirjaran MP BN ke pakatan pun saya tidak hairan krn bg saya ini mungkin balasan sptmana UMNO BN melakukan nya dahulu kpd t'ganu dan Sabah. rakyat tidak sesekali lupa saudara. bezanya mrk (UMNO -BN)lakukan dgn kuasa yg mereka ada (WANG) manakala kita lakukan dgn kuasa kita (KEMAHUAN RAKYAT + KESADARAN).

setakat ini saya bersyukur dgn hasil2 dri usaha2 yg kita jalankan ( usaha sempena 16 sept)namun kami tidak akn berhenti .. kami akan terus berusaha agar ianya dpt d realisasikan sepenuhnya iaitu - MENUKAR KRJN BN.

Dan andai ianya berjaya (hijrah ke pakatan rakyat), saya juga berharap agar dgn kuasa tuhan yg esa, lbh byk MP memilih PAS . dgn ini PAS akn mempunyai lbh banyak MP dan secara demokarasinya PM harus d kalangan parti PAS. sekiranya ini berlaku, ianya merupakan BONUS kepada kejayaan pertukaran kerajaan .

tanpa terget, kita tidak akan fokus. saya lebih gemar berusaha ke arah itu daripada duduk diam. bagus juga kalo diam2 daripada mengacau. kita faham kalo usaha mengacau itu dtgnya dr UMNO krn kita paham sikap UMNO, malangnya ianya dtg dr pakatan sendiri. sejujurnya saya saya katakan dlm parti PAS sendiri. inilah yg membuatkan tok guru nik aziz bising....

ikhlas dari saya.

3:32 PM

 
Blogger KorbanDemokrasi said...

Assalamu'alaikum
Saudara At-Tantawi,

Betullah tu.

FirmanNya; "Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, (23) kecuali [dengan menyebut]: "Insya-Allah". [3] Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini". (24)
(Al-Kahfi)

Orang tak pandai ber'insyaAllah' ni kebiasaannya kerana merasa diri dia adalah Tuhan atau ada tuhan lain yang dia sembah. NauzubiLlahi min dzalik !

WabiLlahitaufiq.
TOKPAKIRKORBANDEMOKRASI

10:08 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Tantawi mula berputar 360 darjah. Sekarang ni "Insya Allah" pula yang jadi masalah.

16 sept adalah harapan rakyat. Ia merupakan satu pelan tindakan yang ada sasaran yg hendak dicapai.

Mungkin ulama tak tahu sangat Managment By Objectif (MBO). Tu yg Abg Mat Sabu komen tentang ulama Muda dalam PAS

Dalam MBO, boleh di katakan menjadi amalan wajib, diletakkan sasaran yang hendak di capai dan tarikh atau tempoh, supaya segala gerak kerja dilakukan untuk capai sasaran pada tarikh yg ditetapkan. Itulah 16 sept.

Masa PAS lancar 3T (Tahun Tawan Terengganu) dulu... sekitar tahun 1990 - 1995 ingat tak... Mungkin kerana pimpinan PAS tak kata Insya Allah menyebabkan 3T hancur berkecai. PAS Tewas.

Kalau 16 sept tak berlaku maknanya, objektif tak tercapai sepenuhnya tetapi tetap ada kesan besar. Kesannya UMNO makin gelabah, makin berpecah. Ini akan meyebabkan sasaran MBO tetap dianggap berjaya

Dato Seri Anwar dah Umum 3 mac 2009PRU13, kalau pakatan berjaya bentuk kerajaan. Beliau akan betulkan kepincangan pada SPR, Media dan lain-lain dulu sebelum isytihar PRU 13

Inilah masanya kita tumbangkan BN kemudian terus perkuatkan PAS supaya MAC 09/ PRU 13 kita dapat tingkatkan jumlah kerusi.

Tantawi tahu tak puak-puak sosialis dan puak-puak IFC dan selesai meeting dan menghasilkan pelan tuntutan selepas 16 sept. Apa yg mereka akan tuntut pada kerajaan baru. Mereka dah senaraikan, strategi semuanya dah lengkap

PAS masih terkial-kial bertelingkah, berkhilaf sampai lupa apa plan kita selepas 16 sept.

Sebab tu laa gerakan Islam sentiasa ketinggalan hanya makan asap je bila kenderaan bergerak... Sebenarnya kita tak ada kecerdikan dan kebijaksanaan

10:52 PM

 
Anonymous Anonymous said...

saya amat tidak bersetuju dengan komen yang menggunakan nama 'Tantawi' dan membicarakan mengenai MBO.

Saya rasa saudara harus terus ke sekolah pengurusan untuk mempelajari MBO.

MBO hanya satu teori yang tidak berpacak dengan sendirinya. Ianya punyai beberapa sub elemen yang harus diambil kira. Samalah juga kita pernah membawakan isu TQM dan lateral thinking di dalam aliran pemikiran.

Kesemuanya masih kekal sebagai teori yang sempurna hanya pada kertas tetapi pincang pada perlaksanaannya.

HANYA AL QURAN sahaja yang mampu berdiri dengan sendirinya sepanjang zaman. Mukjizat ini bukan hanya pada teori tetapi amaln praktikalnya tidak dinafikan oleh sesiapa termasuk la puak yang menyokong IFC.

Jadi saudara yang memberi komen telah tersasar. Ust cadangakan untuk kita berpegang kepada taqdir Allah. kita hanya mampu berdoa dan hanya Allah yang mampu melaksanakan. Siapa lah kita...

Anwar juga harus kita kita fikirkan secara mendalam apa yang telah beliau lakukan pada pas semasa beliau berkuasa...

sejarah tetap sejarah dan sejarah mungkin berulang...

11:08 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamu alaikum,

saya juga merupakan ahli PAS. Cuma sekaj akhir2 ini saya amat kecewa dengan kepimpinan kini yang tidak menggunakan strategy yg bijak dalam menagani sesuatu masalah. Harap PAS berpijaklah di bumi yang nyata..kalau tak de stratgey berpolitik lebih baik jadi badan dakwah tanpa libatkan diri dari politik..cara PAS kini agak membosankan!

5:30 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam ustaz,
Kalaupun anwar berjaya dalam misinya, namun kemenangan tersebut amat longlai kerana asas yang terlalu lemah. Kita kita mahu kemenangan dengan cara ini.

10:08 AM

 
Anonymous ruslyislam said...

Pada saya memang betul setiap perancangan perlu ada 'TARGET' yang hendak dicapai tetapi itu cuma sampai pada tahap 'MUNGKIN' tetapi tidak mencapai tahap 'YAKIN'..

Yakin hanya boleh ada selepas melalui keizinan Allah. Sebab hanya Allah yang mengetahui apa yang berlaku pada esok hari seperti yang disebutkan dalam surah Al-kahfi tersebut.

Oleh itu saya tidak berapa setuju jika kita menganggap perkataan InsyaAllah itu hanya suatu simbolik dan adab ia cuma 'afdhal'.

Ia suatu yang perlu di ambil berat.

10:29 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Pandangan saya 16hb Sep 2008, Parti Kelentong selamat diasaskan.

11:25 AM

 
Anonymous Anonymous said...

ustaz..jgn ditegur apa2...
tgk depa dah melenting...
adakala aku pikir DAP lg bagus dr pkr nih...huhu

10:10 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Sombong dan takbur lepas menang besar pilihanraya. Tuhan Maha Adil..

5:24 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home