" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, September 19, 2008

Islam Paling Utama:
yang lain perkara Kedua

Yb. Zulkifli Noordin
Azamin Amin Sat Sep 20, 08 9:12:21 am MYT


KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh) - Dalam mempertahankan tindakannya yang terlibat dalam Himpunan Aman Umat Islam membantah Forum Anti Islam anjuran Bar Council, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin menegaskan bahawa 'Islam paling utama, yang lain perkara kedua' merupakan prinsip yang dipegang selama ini

Zulkifli berkata demikian dalam hujah bela dirinya baru-baru ini di hadapan Jawatankuasa Disiplin KeADILan (JKD) yang dianggotai oleh panel terdiri daripada Timbalan Presiden KeADILan Syed Hussin Ali, Din Merican dan YB Hee berhubung insiden Ahli Parlimen itu menjelaskan bahawa beliau mewakili pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) dan bukannya parti KeADILan semasa mengetuai himpunan aman tersebut.

"Saya bukannya anti dialog. Malahan saya telah terlibat dengan beberapa dialog termasuk dengan Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu Kristian Budha & Sikh, Suhakam, kumpulan-kumpulan Kristian, malahan saya pernah berdialog dengan Paderi Kristian Melayu.

"Namun pada pandangan saya, Bar Council adalah jelas golongan anti-Islam dengan rentetan penglibatan mereka daripada kes mendalangi Kumpulan Artikel 11, IFC, melibatkan diri secara partisan kepada kes-kes murtad dan lain-lain lagi," katanya yang dipetik daripada laman blognya.

Beliau mengakui 'berkasar' dengan peguam Latheefa Koya semasa di luar bangunan namun adalah hasil tindakan provokatif terhadap himpunan aman tersebut.

"Kalau itu adalah satu kesalahan, saya nyatakan saya bersedia memohon maaf namun tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai Himpunan Aman membantah tindakan Bar Council mengadakan forum anti-Islam tersebut.

"Malah jika Bar Council bercadang untuk mengulangi lagi sudah pasti mereka akan dapati saya akan berada di sana untuk mempertahan dan membela Islam. I'll be their worst nightmare if they continue with their arrogance and anti-Islam attitude," katanya menjelaskan kedudukan kepada JKD.

Biarpun beliau mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam, kata Zulkifli.

Katanya,
ahli panel terbabit turut menyebut kemungkinan prinsip dan pendirian beliau akan bercanggah dengan pendirian KeADILan, namun Zulkifli mengulangi pendirian dan prinsip bahawa Islam lebih diutamakan berbanding perkara lain yang 'jatuh' nombor dua dengan mengungkap 'for me, Islam come first, the rest are second'


ULASAN :


Saya mengharapkan semua kita amnya dan semua wakil rakyat PAS Khasnya mempunyai semangat yang sama iaitu : " Islam nombor satu dan segala yang lain adalah no dua " .


Syabas Yb. Zul !! ( five star for you : )

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Kalu Islam nombor satu yang lain nombor dua, kenapa beliau bertindak meninggalkan parti Islam dan masuk PKR.

Dah elok dulu bertanding calon PAS, beliau tinggalkan PAS dan masuk PKR. Kalau beliau dalam PAS pasti beliau tak akan di ambil tindakan.

10:05 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Pembela Melayu

Ulasan Nasruddin Tantawi berbunyi "Saya mengharapkan semua kita amnya dan semua wakil rakyat PAS Khasnya mempunyai semangat yang sama iaitu : " Islam nombor satu dan segala yang lain adalah no dua ".

Ulasan saya: oleh itu demi untuk Islam, PKR anti islam kerana bertindak pada YB Zul. DAP menentang negara Islam. Mengambil saranan Nasrudin tantawi... ayuh mari bersama UMNO kita pertahankan Islam...

Mesti Mustafa Ali, Nasharuddin Mat Isa, dan kabilah PAS terengganu bersetuju..

Mustafa Ali dan Nasharuddin Mat Isa dah bagi isyarat bahawa PKR dan DAP tak boleh dipercayai. Buktinya masa PRK Permatang Pauh mereka berdua ni boikot.

Nasruddin tantawi pun kata kalau, runtuhkan jahiliyyah Islam tak tertegak, kita kekal je hok lama..

Hidup Melayu... Hidup Islam..

10:20 PM

 
Anonymous Anonymous said...

islam first! yes, you are right!

iloveislam

11:59 PM

 
Anonymous Anonymous said...

lebih baik die dok dalam pkr..kalo tak kang pkr takde pulak org yg cintakan agama...kang pas pulak yg susah...pkr tuh jadi mcm umno plak kalo orang mcm YB zul ni takde..

12:52 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home