" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, September 18, 2008

PAS akan sertai
perubahan kerajaan
dengan syarat Islam memandu

Izwan Abdul Halim Thu Sep 18, 08 1:31:35 pm MYT
KOTA SARANG SEMUT, 18 Sept (Hrkh) -

PAS akan tetap menyertai perubahan kerajaan dengan syarat kerajaan itu nanti mestilah dipandu oleh Islam.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan Ceramah Nuzul Quran Dan Penjelasan Isu 16 September di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam.

"Sekarang kita dalam usaha membuat perubahan walaupun disebut 16 September, sudah lepas 16 September hari ini. Walaupun sudah lepas, tetapi kita berusaha hendak buat perubahan, perubahan untuk menukar kerajaan.

"PAS akan menyertai perubahan kerajaan ini dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan ini mestilah dipandu oleh Islam. Dipandu oleh orang-orang Islam. Ini syarat yang dikenakan oleh PAS," tegas beliau yang disambut dengan laungan takbir.

Menurut beliau, jika syarat ini tidak dipenuhi, PAS tidak akan menyertai perubahan tersebut. Pun begitu, katanya, sehingga hari ini PAS melihat tanda-tanda awal bahawa syarat itu hendak diterima.

"Tetapi kalau syarat itu tidak diterima, kita teguh dengan prinsip. Kita minta pengikut-pengikut PAS setia dengan perjuangan. Ikut arahan, jangan lari dari jamaah biar apa sekalipun berlaku. Ini tanggungjawab dan kewajipan," tegasnya.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang turut menyampaikan ucapan pada ceramah tersebut melahirkan keyakinan kepada kepimpinan Ustaz Abdul Hadi.

"Kita tetap dengan Ustaz Abdul Hadi sebagai Presiden PAS, kita tidak akan gadai perjuangan kita, kita tidak akan bertukar ganti prinsip. Ustaz Abdul hadi telahpun membawa maruah PAS," ujar beliau yang juga Menteri Besar Kedah.

Majlis semalam dimulakan dengan tahlil dan berbuka puasa yang turut disertai Dato' Seri Presiden PAS. Lebih 5,000 hadirin memenuhi Kompleks PAS Kedah itu semalam mendengar ceramah dua tokoh terbabit. - mns_

4 Comments:

Blogger ibnurosly said...

salam,

Bagaimana PAS nak pastikan ni, adakah sbrg agreement dgn DAP dan PKR yg Islam tidak akan diperkotak katikkan.

Lihat PKR, apa2 semua dah kena sign agreement PM mesti dari kalangan mereka sebelum take over. Jaminan berpihak kpd pihak mereka, apa jaminan bagi pihak Islam.

Bukan apa, lihat saja di Selangor byk masalah dan Islam seolah olah dikesampingan.

Betulkan saya jika tersilap.

wallahu 'alam.

6:41 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Jangan cakap tak serupa bikin je. PAS ni kadang2 banyak bercakap daripada bertindak...

10:15 AM

 
Blogger Ahmad Fitri Yusof said...

Frasa 'syarat bahawa syariat Islam memandu' perlu diperincikan.

Apa sasaran PAS menyertai kerajaan PR nanti? Adakah mahu pastikan kerajaan PR adalah pemerintahan Islam? Atau sertainya demi maslahah demi mengelakkan mudarat BN yg lebih besar?

Jika sertainya kerana maslahah: rasanya syarat 'syariat Islam mesti memandu' itu sukar direalisasikan. Mustahil untuk dipenuhi.

Bagi saya PAS perlu perincikan syaratnya. Cadangan saya:

Syarat PAS:
1. Kedudukan kuasa politik muslim tidak lebih buruk dari kerajaan BN. So, PM dan TPM mesti muslim. Tiada TMP2,3. Nisbah menteri kabinat 70% muslim (sekarang 74%)-- tak nak berlaku sprt nisbah exco Perak. Tak ikut syarat, PAS sedia keluar

2. Mengekalkan status quo dalam isu sensitif termasuk soal agama Islam dan bangsa. Sebarang perubahan status quo hanya boleh dibuat dengan persetuan semua parti. Jadi bekukan segala pertikaian berkaitan Mahkamah Syariah, DEB dsb--kecuali jika ada keputusan bersama.

3. Melaksanakan reformasi dalam perkara yg dipersetujui iaitu soal rasual, keadilan sosial, kemiskinan, ISA, AUKU, kehakiman, pilihanraya dsb.

4. Tidak menghalang PAS untuk menyampaikan Islam secara bebas termasuk menjelaskan agenda jangka panjang utk menegakkan kalimah ALLAH

Jika tak penuhi syarat--PAS tak sertai @ keluar. So, buat masa ni tak perlu lagi letakkan syarat pelaksanaan syariat. Kalau letak hampir pasti penubuhan kerajaan temui jalan buntu dan kezaliman BN terus berlaku...

Lawati blog saya http;//wajahesok.blogspot.com

10:27 AM

 
Anonymous Anonymous said...

I think PAS should ask for change of constitution and make Quran and Sunnah above the constitution . Why not? That's one of the main objective of PAS . Look at Perak MB , the impossible become possible , with Allah's will , anything can happen.

ILoveIslam

3:38 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home