" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, September 21, 2008

JADIKAN PAS
TEMPAT RAKYAT BERNAUNG

Oleh Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS

Umum mengetahui bahawa negara kita kini berada di dalam suasana kegawatan ekonomi yang menekan rakyat , yang sebahagiannya adalah hasil dari kalutnya kepimpinan negara dalam menguruskan polisi dan perlaksanaan pembangunan ekonomi negara

Suasana ini diburukkan lagi dengan kegagalan Barisan Nasional ( BN ) yang diterajui UMNO untuk memastikan suasana kestabilan politik dan keharmonian kaum yang terus dihormati . UMNO yang satu ketika dahulu digambarkan sebagai lantang memperjuangkan nasib orang melayu di awal penubuhannya , kini telah hilang taring dan gagal dalam memastikan maruah ummat Islam dan orang melayu terbela .

Gambaran bahawa terjejasnya keharmonian kaum ini oleh pimpinan UMNO seolah - olah hubungan kaum di Malaysia kini berada pada tahap yang paling rendah juga sebenarnya adalah percubaan UMNO untuk mengalih masaalah yang berlaku dikalangan parti kompenan BN pada ketika ini .

Sehubungan itu , Parti Islam Se Malaysia ( PAS ) berpendapat bahawa sudah sampai masanya bagi umat Islam dalam negara kita ini untuk berhijrah kepada PAS sebagai parti tempat bernaung .

PAS adalah parti yang tidak diasaskan kepada prinsip perkauman atau asas perjuangan yang sempit , tetapi dibina di atas dasar memperjuangkan Islam dan keadilan yang lebih universal sifatnya , maka PAS percaya bahawa orang - orang Islam di Malaysia secara umumnya dan ahli - ahli UMNO beserta pimpinannya secara khusus memerlukan satu wadah baru yang lebih konsisten dan mampu menjadi penyelamat yang akan memartabatkan maruah ummah .

Sebagaimana yang telah dipertegaskan oleh PAS dalam Muktamar PAS ke 54 yang lalu dengan tema PAS UNTUK SEMUA , bahawa sebenarnya perjuangan PAS kekal utuh dan bertahan sehingga ke hari ini kerana mempunyai tujuan penubuhannya yang berteraskan aqidah perjuangan yang jelas .

PAS bukannya sebuah parti politik semata - mata , tetapi adalah satu wadah dakwah dan tarbiyah . Perjuangan PAS adalah bersifat universal untuk seluruh umat manusia , membawa keadilan sejagat sebagaimana termaktub dalam Bab ketiga , Fasal 6 , Perkara ( 8 ) , ( 9 ) dan ( 10 ).

Perlembagaan PAS , di mana usaha - usaha PAS ialah :

1. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai - nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran - ajaran Islam .

2. Memperjuangakan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini .

3. Menyertai dan bekerjasama dengan bangsa - bangsa bersatu dan badan - badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak - hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman , kepalsuan , perhambaan dan penindasan dikalangan umat manusia .

Bertitik tolak dari hakikat ini , maka PAS sudah lama bersedia untuk mengisi kekosongan politik yang ditinggalkan oleh UMNO ini .

PAS percaya bahawa ahli - ahli dan pimpinan UMNO ini boleh memberi sumbangan tenaga mereka menerusi PAS . Marilah bersama - sama kita bina wadah PAS ini supaya menjadi lebih kuat dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran yang mendatang .

Marilah bersama - sama menyertai PAS.

1 Comments:

Blogger k-one said...

Salam tuan, saya secara jujur meyukai dan sokong kaedah begini bg menarik msyrkt utk bersama-sama PAS. saya masih kekal dgn pandgan saya terdahulu iaitu wajib kita jadikahlah PAS sebagai parti terkuat d antara ketiga2 parti dlm pakatan rakyat. tiada sesiapa yg menghalang mana2 individu yg ingin menyerti PAS.

pada masa yg sama kita menyokong usaha perubahan kerajaan. kalo pn apa yg kita suarakan tidak berjaya d penuhi semuanya bila pakatan rakyat yg memerintah, jgn gundah gulana. kita hormat dan reda dgn kedudukan kita .

sampai masa kita akan mengadakan PRU sekali lagi..sudah tentu kita mahukan kekuatan yg lebih besar. oleh kerana itu kita perlu bekerja kuat dari sekarang utk menarik minat msyrkt utk memilih pas. Pasaran cukup luas. lihat shj betapa ramai penyokong UMNO_BN yg semakin kecewa dan keluar dr parti mereka. ini adalah peluang utk kita menyampaikan dakwah kpd mereka. d harapkan sampaikahlah dakwah ini dgn bijaksana agar mereka tertarik utk bersama kita.

saat itu ( kekuatan yg bertambah) , andai kita berjaya memenangi byk kerusi parlimen seaktu PRU akan dtg dan menjadi parti terkuat dlm pakatan, insyallah kita lah yg menjadi penerajunya..

salam .

9:45 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home