" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, September 14, 2008

PEMUDA PAS PUSAT BANTAH
PENGGUNAAN ISA
Mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pusat yang berlangsung pada 13 Sept. 2008 ( sabtu ) telah mengambil keputusan sebulat suara menentang sekeras - kerasnya penggunaan ISA ke atas Raja Petra Kamarudin dan Terresa Kok malah menyifatkan ianya sebagai tindakan tidak bertamaddun dan zalim .

Jika benar mereka bersalah dalam jua kes , sila kemukakan pendakwaan dan adili mereka di mahkamah .

Apa berlaku hari ini , kerajaan UMNO dan BN ini terlebih dahulu menghukum orang bersalah sebelum ianya disabitkan bersalah . Lebih zalim apabila mangsa langsung tidak diberi peluang untuk membela diri .

Selain merakamkan simpati kepada mangsa ISA , Dewan Pemuda PAS Pusat juga mengambil sikap memberi sumbangan kepada keluarga mangsa ISA yang beragama Islam sempena menyambut kedatangan Aidil Fitri . Sementara keluarga mangsa yang bukan Islam akan diberi pada majlis sempena keraian mereka seperti deepavali dan seumpamanya .

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Syukran ustaz.....

makin hebat blog usaz,wah templets baru wehhhh..!!!!

8:13 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam.

Ustaz, Poster tersebut sepatutnya ditulis seperti berikut:

Pemuda PAS Bantah ISA, bukannya Pemuda PAS Bantah Mansuhkan ISA.

11:55 AM

 
Blogger k-one said...

salam, dari segi ini saya bersetuju dan saudara.

dlm kehidupan ini, yg ramai merosakkan islam itu sendiri adalah org islam secara sedar atau tidak. Tah kenapa tidak sedikit pun perasaan kemanusiaan itu timbul sedangkan kitalah agama yg menitikberatkan soal kemanusian dan kasih sayang.

lihat sahaja komen Said albar ttg penahanan ISA ke atas wartawan cina tersebut. kononnya utk menyelamatkan individu ini dari ancaman. lojik kah? saya tak tau taraf apakah yg sesuai kita berikan kpd komen spt itu. malang nya komen tersebut dtgnya dr menteri d negara ini. mungkin saya masih boleh terima kerana bukan semua menteri itu bijak2 belaka tetapi bila mengenangkan ianya d keluarkan oleh seoarang yg beragama Islam ... saya betul2 keciwa.

sebagai seoarang islam, saya ingin mengambil kesampatan memohon maaf kepada wartawan dan keluarga cina terbabit ke atas apa yg telah d lakukan oleh seorang 'islam' kepada dirinya.

2:40 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Dalam kita mengenengahkan bahwa ISA itu tidak diterima dan tidak Islamik, kita juga jangan terlalai untuk mempertahankan ugama kita dari kejahatan golongan sesat yang memutarkan belit hadis dan Quran seperti RPK.

12:27 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home