" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, September 24, 2008

SAYA CADANG :
DATO' SERI TUAN GURU
HJ. ABDUL HADI JUMPA PAK LAH

Kelihatan hari ini peluang Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk berjumpa dengan Pak Lah bagi membincangkan soal yang berkait dengan isu peralihan kuasa semakin tipis .

Malah Pak Lah turut menolak cadangan Dato' Seri Anwar agar diadakan satu persidangan khas parlimen untuk membahaskan isu dan perkembangan politik mutaakhir.

Kelmarin Dato' Seri Anwar telah bertemu 6 mata dengan Tuan Guru al Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden PAS . Menurut laporan yang ditulis oleh seorang wartawan Salmah Mat Husin , perbincangan tersebut banyak membincangkan mengenai perkembangan semasa dan mencari titik pertemuan untuk meneruskan langkah - langkah yang lebih dalam parti .

Apa pun , saya melihat pertemuan sedemikian adalah usaha positif yang sememangnya saya harapkan sejak lama dulu sewaktu menggagaskan strategi 16 september. Supaya tidaklah satu pihak berasa hebat meluru sementara yang lain pula berasa tidak diperlu .

Tentu sahaja pertemuan sebegini , jika berasaskan kebenaran dan keikhlasan akan menyelesaikan banyak perkara dan meleraikan banyak kekeliruan . Semoga ianya belum terlewat untuk terus menyuburkan budaya berbincang dengan pihak yang selayaknya dalam mengatur langkah bertindak bersama atas nama PAKATAN RAKYAT.

Kalau sudah namanya PAKATAN , tentulah berpakat dalam semua perkara menjadi prinsip keutuhan . Bila kita bergerak sendirian , tidak memperdulikan rakan sepakat dengan apa jua alasan , ia membawa kepada khilaf yang runcing dan persepsi yang negatif .

Tok Guru Hj. Hadi jumpa Pak Lah

Berbalik kepada topik yang ingin saya kemukakan kali ini , setelah Dato' Seri Anwar tidak dilayan hasratnya untuk bertemu Pak Lah , saya mencadangkan agar Dato' Seri Tuan Guru Presiden membuat temu janji bertemu dengan Pak Lah .

Saya percaya Pak Lah tentu sahaja setuju dan sedia bertemu dengan Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS . Kepercayaan saya ini berasaskan kepada beberapa situasi sebelum ini yang memperlihatkan suasana pertemuan antara Dato' Seri Tuan Guru dengan Pak Lah agak mudah.

Bezanya , sebelum ini Tok Guru Presiden dihentam teruk oleh pelbagai pihak termasuk sebahagiannya oleh organ parti kerana bertemu ( muqabalah ) dengan Pak Lah . Kemungkinan pada masa itu mereka tidak dapat memahami apa yang tersimpan dalam perancangan Tok Guru . Tok Guru nyata lebih advance dalam hal ini di saat semua pihak sukar untuk menerima pertemuan Tok Guru dengan Pak Lah.

Akibatnya Tok Guru ditohmah . Kononnya cuba khianat kepada parti dan berusaha untuk membawa PAS masuk UMNO . Biarpun beratus kali Tok Guru menafikannya , bahawa itu hanya persepsi jahat dan tidak benar , tohmahan itu terus ditiupkan oleh pihak - pihak tertentu yang saya lihat sangat memburu kepentingan dan agenda peribadi setelah mereka mengambil sikap tidak menghiraukan penafian Tok Guru .

Tok Guru ambil sikap memperkukuhkan PAKATAN dan sekali lagi secara rasminya menafikan fitnah kononnya terdapat usaha mengheret PAS terjebak dalam perkongsian kuasa dengan UMNO di dalam ucapan dasarnya pada Muktamar yang ke 54 baru - baru ini .

Namun penafian itu tidak bermakna kepada sebahagian yang mendengarnya apabila api fitnah dan dan racun tohmahan terus diaktifkan secara senyap dan sinis termasuklah di dalam ucapan - ucapan terbuka , tulisan di blog mahupun di akhbar harakah dan siasah . Isu nak bawa PAS masuk UMNO terus meregang hubungan dan merenggang persaudaraan antara ahli parti .

Kini rasanya keadaan dan suasana agak positif ke arah reda dan tenang . Walau masih kedengaran suara sinis dan gurauan tajam , namun ianya terkawal . Mungkin kerana dilihat mulai wujud tindak balas dari pelbagai pihak yang terus memberi komitmen dan penegasan kepada keputusan syura dan muktamar baru - baru ini agar PAKATAN di perkukuhkan dan MUQABALAH diteruskan .

Saya sendiri tentu sahaja tidak akan membiarkan syura diperkotak katik dan dipersenda keputusannya justeru ia sangat bertentangan dengan adab kita berjamaah , sementelah pula kita adalah sebuah Gerakan Islam yang kaya dengan akhlak dan adab berjuang .

Dato' Seri Anwar jumpa Pak Lah

Baru - baru ni timbul cerita Dato' Seri Anwar nak jumpa Pak Lah tetapi Pak Lah pula enggan bertemu dengan Dato' Seri Anwar yang kemudiannya mengemukakan pelbagai alasan . Apa yang menarik , keinginan Dato' Seri Anwar ingin bertemu Pak Lah tidak dibantah oleh sesiapa . Bagai semua merestuinya dan situasinya sangat berbeza dengan apa yang hadapi oleh Tok Guru Presiden sebelum ini .

Mungkin ada yang berhujjah bahawa Tok Guru dulu jumpa Pak Lah melalui pintu belakang sedang Dato' Seri Anwar nak masuk melalui pintu depan .

Menganggap Tok Guru jumpa Pak Lah melalui pintu belakang adalah satu tanggapan yang salah dan sengaja di create tanggapan tersebut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan sangat berkepentingan sedang ia berlaku dalam pengetahuan pimpinan utama khasnya Majlis Syura . Lebih jelas , tanggapan itu bermaksud tidak thiqah ( percaya ) terhadap kepimpinan , keikhlasan dan kebijaksanaan Tok Guru .

Alhamdulillah , akhirnya corak politik tanahair hari ini dengan penuh sinis memberitahu semua bahawa , bertemu Pak Lah atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri ada perlunya .

Sehingga Dato' Seri Anwar yang kelihatan garang laksana panglima perang meredah segala kemungkinan seolah - olah tiada siapa lagi yang boleh menghalangnya dan tiada siapa lagi yang hendak dia hairankan , mengobar semangat yang tiada tara untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN yang tentunya belum berjaya dilakukan oleh sesiapa sebelum ini termasuk PAS , juga akhirnya .... terpaksa mengambil langkah untuk bertemu dengan Pak Lah . Akhirnya ..... pun tidak berjaya .

Cadang : Tok Guru Hj. Hadi Jumpa Pak Lah sekali lagi

Melihat kepada pentingnya bertemu dengan Pak Lah bagi menyempurna dan memudahkan hasrat peralihan kuasa ( jika tidak penting , masakan Dato' seri Anwar yang sudah berada di garisan akhir ke arah pembentukan kerajaan baru , masih mahu bertemu Pak Lah ) , maka saya cadangkan setelah Pak Lah menolak untuk bertemu Dato' Seri Anwar , PAKATAN segera menghantar Tok Guru Hj. Hadi untuk bertemu Pak Lah bagi menyelesaikan agenda yang terbantut sebelum ini akibat tohmahan golongan yang ghuluw .

Saya percaya tiada siapa yang berhak untuk membantahnya lagi sebagaimana tiada siapa yang membantah Dato' Seri Anwar hendak berjumpa dengan Pak Lah . Memanglah kita mahu Dato' Seri Anwar jumpa Pak Lah tapi Pak Lah tak nak jumpa apa boleh buat ? Saya cadang Tok Guru Hj. Hadilah diberi peluang sekali lagi untuk bertemu ( muqabalah ) Pak Lah .

Lagipun mereka ( Tok guru Hj. Hadi , Tok Guru Nik Aziz dan Dato' Seri Anwar ) telah bertemu 6 mata di Kota Bharu . Tentu sahaja ada perkembangan yang baik selepas ini . So tiada kesangsian lagi untuk kita menghantar Tok Guru kita menyambung tigas dan agenda yang tergendala .

Tapi bagaimana kalau Pak Lah tetap juga enggan bertemu Tok Guru ? erm , saya tiada jawapan kecuali apa yang saya nak kata ialah : " dulu Tok Guru nak jumpa dan masa tu Pak Lah pun nak jumpa , kenapa marah dan halang Tok Guru ? siap reka cerita dan fitnah lagi !

Apa pun , cubalah dulu . Mana tahu lembut hati Pak Lah nak jumpa Tok Guru . Atau masih ada yang tidak setuju cadangan saya ?

60 Comments:

Anonymous Anonymous said...

artikel ni terlalu banyak sangka buruk kat Anwar..
aku tak tau la apa yang kamu berdemdam sangat dengan nuar ni sampai macam ni sekali sangka buruk dan tohmah kamu terhadap anwar dan penyokong2nya...
tahu kah kamu yang surat nak jumpa dolah tu ditandatangani 3 pemimpin Pakatan Rakyat??
kamu anggap seolah nuar sorang je nak jumpa dolah...
rentikan la adu domba..
letih la kalau macam ni, kamu tu pemimpin peringkat pusat...
tapi artikel ni jelas kebudak-budakan...

7:39 AM

 
Anonymous Anonymous said...

cadangan yang bernas....biarkan tok guru hadi awang yang buat rundingan dengan pak lah....supaya dapat melicinkan peoses peralihan kuasa....

9:18 AM

 
Anonymous Anonymous said...

saya tak nampak tulisan beliau yang memberi tohmahan kepada anwar dan penyokongnya....jangan jadi orang yang berfikiran sempit...wahai ahli PR!!!

9:21 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamuaalaikum,

Saya fikir ini adalah idea yang baik untuk Pakatan mengutuskan TG Presiden sebagai wakil untuk berjumpa PM bagi membincangkan agenda2 sepertimana yang terkandung dalam surat yang ditandatangani bersama oleh tiga pimpinan utama Pakatan pada 15hb September yang lepas, iaitulah bagi membincangkan isu2 mendesak dalam negara di samping tentang betapa PM telah hilang sokongan di Dewan Rakyat. Dalam menangani kebuntuan sebegini, kita tidak harus takut untuk mempelbagaikan strategi.

Namun pada masa yang sama, nada artikel ini bagi saya tidak membantu ke arah untuk merapatkan kembali ukhuwwah di dalam jemaah yang sedikit renggang akibat perbezaan pendapat dalam isu muqabalah tempohari. Bahkan kalau berterusan nada tulisan sebegini disemarakkan, kita akan menyaksikan akan berpanjangan lagi perbalahan sesama kita ahli PAS

Saya menghormati Ustaz Nasrudin selaku abang saya dalam perjuangan yang banyak membimbing saya dan saya juga menghormati haknya untuk memberikan pandangan, namun dengan mengungkit kembali perkara yang sudah lepas amatlah tidak bijaksana.

Saya sendiri adalah antara yang menentang keras muzakarah perkongsian kuasa dengan UMNO, namun selepas muktamar membuat keputusan saya akur, meskipun penjelasan pimpinan tentang apa yang berlaku disebalik muzakarah tersebut, bagi saya, agak kabur dan mengelirukan (sebagaimana yang saya jelaskan di dalam wawancara dengan Harakah). Namun, saya tanamkan dalam diri saya perkara ini sudah berlaku dan apa jua kelemahannya kita harus jadikan pedoman di masa depan.

Sekiranya artikel ini berhasrat untuk ditujukan kepada kalangan tertentu yang masih mengapikan isu muzakarah, maka sebutlah secara jelas siapa yang berkenaan dan apakah perkataan atau tulisan mereka yang dikatakan melawan syura atau memfitnah Presiden.

Tulisan secara umum dan rambang begini tanpa menunjukkan bukti sebegini akan lebih memburukkan keadaan kerana akan timbul persepsi bahawa mereka yang menentang muzakarah sebelum ini seperti saya dan lain-lain pimpinan adalah kelompok yang menentang Syura dan memfitnah Presiden.

Bagi saya, perbezaan pendapat dalam soal strategi perjuangan adalah satu lumrah di dalam gerakan Islam. Yang penting, jika kita mengemukakan satu pandangan, maka ianya perlulah disokong oleh hujah. Setiap hujah dan alasan perlu dinilai. Jika kita tidak bersetuju dengan pandangan orang lain, maka kita kemukakan pula hujah kita. Bukannya kita tidak bersetuju dengan cara kita melabelkan mereka yang berlainan pendapat dari kita sebagai anti Syura, anti Presiden dsb.

Saya memohon maaf jika pandangan saya ini melukakan hati sesiapa, terutamanya pengarang artikel ini. Namun, pada saat suasana yang meruncing ini, saf perjuangan kita harus diperteguhkan, dan bagi saya, mempertajamkan lagi perbezaan antara kita bukanlah caranya untuk memperteguh jemaah.

ABDULLAH ABDUL KARIM
EXCO DPP PUSAT.

10:22 AM

 
Anonymous Anonymous said...

saya setuju ngan lah karim..sudah2lah tu ust din..Masalah dalaman bahas secara dalaman..cari titik pertemuan bukan melebarkan lagi jurang perbezaan. cadangan tu baik tapi nada yang lebih berhemah utk tatapan umum.Ust din kadang diam itu lebih baik dpd terlalu bnyk mengomen...

Abu Ammar pemuda pas Maran

11:06 AM

 
Anonymous Anonymous said...

saya setuju dgn cadangan ustaz...
cuma nadanya agak sinis pd yg `terasa'...
nak wat camna ustaz...depa sahaja yg betoii...kat blog2 pun masih ada yg duk `main2' lg...
apa pun saya respek ngan presiden cool jek ntk hadapi segala tohmahan..syabas..

11:12 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya...

12:01 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya...

Siapa yang makan nangka, dialah yang terkena getahnya...

Syabas!

www.afyan.com

12:02 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Assalamualaikum , salam aidil Fitri buat semua sahabat .

12:04 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Ustaz Din, tolonglah jangan twist dan putar belitkan fakta. Yang nak jumpa Pak Lah tu bukan DSAI seorang. Tapi ianya adalah keputusan kolektif PR. Surat minta nak jumpa tu pun tiga orang yg sign i.e DSAI, TGHH dan LKS.

12:09 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Pertama : Saya ucap terima kasih atas komentar . Pro atau kontra pada saya semuanya sihat selama mana kita dlm ruang dan adab perbahasan yg dibenarkan

Kedua : Artikel ini fokus kepada cadangan saya supaya Tok Guru diberi peluang kedua untuk jumpa Pak Lah setelah sebelumnya tergendala .

Ketiga : Sampingannya , saya cuba jelaskan bahawa Tok Guru pernah ambil pendekatan nak jumpa Pak Lah tapi ada org salah tafsir dgn menganggap pertemuan itu kerana nak bawa PAS masuk UMNO .

apa yang disebut sebagai muzakarah nak kongsi kuasa PAS dengan UMNO memang tidak wujud dan dinafikan beratus kali oleh Tok Guru , kenapa masih ada yg menentang ? Menentang suatu yang tiada untuk apa ?

( Akhi Lah Karim minta ana butirkan siapa ,nama secara jelas . )

Begini , ana tidak bermaksud utk menambah runcing keadaan cuma sekadar nak memahamkan apa yang tok guru buat dulu betul cuma ada org tak setuju.

Kalau nak senarai dan butiran lengkap , Akhi AbdulLah Karim hubungi ana , sbb akhi Lah bukan tak biasa hubungi ana atau kita jumpa secara 4 mata ( muqabalah ) , kita bincang .

Apa yg ana tulis bersifat umum untuk memperingati semua pihak .

12:16 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Begitu lah Ustaz , terkadang org nih , kalau dia kata ke kita , serang ke , sindir ke , tulis dlm surat khabar ker tak apa .

Bila kita kata kat depa sikit , hah mula lah menggelupoq .

Sabaq laa ustaz
Teruskan perjuangan . Jaga Tok guru tu elok elok

12:23 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Bertemu Pak Lah secara diam-diam (bukan presidan) & bersemuka Pak Lah secara terang terangan adalah dua perkara yang sangat berbeza. Mana boleh samakan perjumpaan tersebut.

1:06 PM

 
Anonymous Anonymous said...

``Supaya tidaklah satu pihak berasa hebat meluru sementara yang lain pula berasa tidak diperlu .``

Tulisan ini tidak seperti NAK BAGI PERINGATAN PUN....
PAS masih dlam PR,belum berpisah lagi..... Sebagai seorang Ustaz, bakal pemimpin bagi semua golongan, tak sepatutnya tulis sedemikian. Org akan baca dalam berbagai persepsi negativ. Ust Tak boleh salahkan org lain jika ada yg pandang negativ terhadap Ust.
Itu salah ust sendiri. Nampak mcm bersangka buruk sesama PR.

1:33 PM

 
Anonymous Anonymous said...

saya setuju dengan cadangan uztaz, cuba dulu baru tahu..malah dah ada usaha sebelum ini, tapi tertangguh dek karenah orang2 yang tak bersetuju dengan keputusan syura. Bila dibahaskan di muktamar, rupa2nya semua boleh terima.
Soal secara rahsia@terang2 itu adalah strategi parti yang diputuskan syura..kita wajid wala' dan thiqah

tahniah ustaz Din

1:58 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Persepsi PAS nak bergabung dengan UMNO timbul kerana jumpa secara rahsia. Lepas tu bila mesyuarat AJK PAS pusat tanya ada tak pertemuan... yang terlibat mati mati mempertahankan tak berlaku pertemuan..

Lalu ketua penerangan diperintahkan oleh pemimpin tertentu untuk buat penafian tak wujud pertemuan. (mesti yg keluar perintah lebih tinggi jawatan dari ketua penerangan)

Maka seluruh pimpinan PAS pusat beceramah seluruh negara menafikan ada pertemuan..

Tup.. tup paklah kata dah 3 kali berjumpa... Maka rakyat melihat PAS menipu... pimpinan PAS menipu..

Persolannya .. kenapa disembunyikan pertemuan sehingga ajk PAS pusat pun tak tahu...Kenapa pimpinan PAS hanya mengetuahui pertemuan berlaku melalui mulut PAK Lah.

Lepas tu nak cover malu... mula laa tuduh DSAI agen amerika laa. Isu liwat DSAI kita jangan bersama membela DSAI takut nanti kalau liwat tu betul PAS akan malu...

Apa ni.. Kita dok berceramah pada orang jika nak menuduh zina/liwat kena bawa 4 org saksi sekarang ni kita percaya pulak...

Saya dah mula frust dengan PAS...

Lepas tu tulis pula kalau Islam tak dominan PAS mesti keluar.

Tu kat Perak, Islam tak dominan kenapa kita terus menggonggong kuasa... sebab PAS jadi menteri besar? tak dominan pun tak pe... Kalau tak jadi MB barulah tak boleh.

Kenapa kerana kuasa sikap kita berbeza.. di perak walaupun tak dominan oleh kerana org kita jadi MB maka kita terus beromen dengan PKR dan DAP...

Untuk Malaysia kalau Islam tak dominan, oleh kerana org kita tak jadi PM maka tindakannya berbeza.. Kalau kita nafikan kita gila kuasapun org tak percaya bila melihat tindak tanduk kita

Orang macam anta laa yg akan menjahanamkan Dato seri presiden.. Inilah nama sokong bawa rebah...

Lu pikirlaa sendiri

3:49 PM

 
Anonymous Anonymous said...

sikap tunding jari, tuduh org tu begitu org ni begini, fitnah, buka pekung didada, cabar mencabar sudah mula menular dalam PAS.

Perkara ni sepatutnya dibendung dari awal. Yang sudah tu sudah la. Semua pihak dah akui kesalahan.

Perteguhkan kembali ikatan ukhuwwah antara kita. Jgn jadi macam parti tak islam.

dan jangan malukan Islam.

3:59 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam.. dalam perjuangan menegakkan keadilan terlalu banyak ranjau dan onaknya. saya bukanlah dari kalangan pimpinan mana-mana peringkat parti, hanya sekadar ahli biasa dan bertugas sebagai penampal poster dan gantung bendera. namun yang pasti saya tetap memandang positif apa pandangan yang positif dan cuba beranggapan sepositif mungkin terhadap pandangan-pandangan negatif walau di sana wujud jurang pertelingkahan. ini semua akan melahirkan percambahan kematangan fikiran.
dari pengamatan saya, pak anuar ni adalah seorang yang gopoh dan tidak dinafikan memang seorang yang cerdik sehingga mampu mengsihirkan orang yang kenali atau tidak mengenalinya.
Apakah tidak gopoh dari seorang presiden ABIM menjadi pemimpin umno yang dia sedia akui banyak keburukan umno kononnya untuk membersihkan najis-najis dari dalam tong najis sebegitu gopoh dia menyertai umno, begitu juga gopoh dia keluar umno. dan tidak kurang gopohnya juga dia bila meujudkan tarikh keramat peralihan kuasa BN kepada kuasa PR dalam pemerintahan negara Malaysia pada 16 september 2008 baru lalu. bila tiada apa yang berubah pada tarikh itu gopoh pulak lagi dia desak paklah adakan sidang rakyat tergempar... paknuar2.... terdesak sungguh gamaknya anda nak jadi PM M'sia. apa agenda anda gamaknya? Keadilankah atau apa?
orang yang inginkan keadilan dan menegakkan kebenaran tidak perlu rakus dan gelojoh dalam bertindak. setiap tindakkan hendaklah berhikmah... kini jelas kelihatan paknuar banyak menghentamkromo sahaja bertindak.
bersambung....

4:18 PM

 
Blogger webmaster said...

Ustaz,

Biarlah masa menentukan kebenaran. Segala-galanya dalam perancangan Allah. Pertemuan untuk peralihan kuasa dari Barisan kepada Pakatan pun jua dalam taqdir Allah. Berdoalah kita moga2 terbuka hati Pak Lah untuk serahkan kerajaan melalui TG Presiden.

4:31 PM

 
Blogger Syaikh Al-Bakistani said...

Perak menang, sapa sangka Ir Nizar jadi MB... padahal, IR Nizar satu tokoh yang tidak pernah ditimbulkan...

tak pelik, selepas peralihan kuasa nanti, bukan Anwar jadi PM, tetapi PAS....

semuanya dibawah kekuasaan Allah. yang penting sekarang, apa persiapan yang perlu dilakukan untuk kita memerintah Malaysia???

bagaimana non muslim?? bagaimana budak-budak rock?? budak-budak Undergroud??? budak-budak lepak???

mereka ini adalah generasi akan datang. mereka juga penentu undi kita dimasa akan datang...

sekian

Al-bakistani

4:51 PM

 
Blogger Syaikh Al-Bakistani said...

undi ulama dan undi "budak-budak lepak" adalah sama dalam dunia demokrasi....

4:53 PM

 
Blogger Abu Amirah As-Salimbari said...

Ya Allah,

Jauhkanlah hati-hati kami dari berpecah...

Jika kami berbeza pandangan, janganlah timbul di hati kami dengki dan sakit hati di atas perbezaan tersebut...

Ya Allah,

Bagaimana binaan jamaah ini mampu menanggung beban amanah pemerintahan, jika bata binaannya masih tidak terikat kukuh...

Ya Allah,

Satukanlah hati kami... lantaran hanya Engkaulah yang berkuasa menjinakkan antara hati2...

Abu Amirah As-Salimbari

4:58 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Ust nasruddin ulang teguran sikit bab sikap ahli yang tak thiqah dengan presiden, diorang terkilan.

Time dulu masa ramai ahli bantai presiden, bukannya awok-awok ni yang tolong peringat.

Kan yang tandatangan tu tiga pemimpin parti, dah pak lah tak nak jumpa DSAI. Bagilah tuan guru haji hadi pulak, kan tuan guru jugak yang sain?

Esok pak lah tak nak, bagilah lim kit siang pulak.

KOrang ni sengaja nak bagi Presiden tak boleh gerak eh?

Abdullah karim tu masa harakah interview, dia cakap orang bawah boleh tegur pimpinan. Tapi time dia berasap sikit kepala, mula lah nak sekat ustaz din tegur secara umum.

5:22 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Hati-hati dalam jemaah berpecah hanya bila ahli terlalu membebankan presiden dan pimpinan ulama dengan syak wasangka.

Nak orang jawab ikut dia puas hati dia jer.

5:24 PM

 
Anonymous Anonymous said...

mintak maaf ler...
tp kita leh nampak sikap matang antara pkr n pas...
org baru ni aggresif sket...
org `lama' ni cool steady jek...
jgn dilayan `budak2' hingusan yg duk tembak sana sini,dah lama2 sok depa tau la....

8:58 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ustazzz jgn perli2 pemimpin2 n penyokong2 pkr...depa ni maksummmm...
nanti ulamak pas juga dipersalahkan...naya jek.. :-P

8:59 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Aku rasa biarkan saje ust din ni tulis apa yg dia rasa perlu, tak kiralah betul ke tidak.
Biar rakyat yg menilai isi hatinya, kepintarannya.......
Lagi di tegur lagi dia melawan.....
Biarkan lantaknyaaaaaa.

9:42 PM

 
Anonymous Anonymous said...

mudah2an lembut hati pak lah TGHH yg dtg nak jumpa...aminn..
pak lah pun ngah sakit kepala tu..
mungkin dia pun ada plan nak bg PR jek ganti...maklumla bukan dr luar jek kena tembak..dr dalam pun kena gak...

alang2 aku nak kena guling,baik biar semua tak merasa...padan muka semua....hahaha...

9:56 PM

 
Blogger Abu Amirah As-Salimbari said...

ustaz,

Ada ahli PAS yang tanya ' "Boleh tak ana nak sokong TG Hj Abdul Hadi, dalam masa yang sama amat menghormati Tg Nik Abdul Aziz, juga mengkagumi Ust Nasharusin Mat Isa, dalam masa yang sama respect pada Husam Musa, disamping itu suka pada Dato Mustafa Ali dan lain-lainnya?"

Boleh ke tidak? Dalam situasi sekarang ni memang muktamad ker kena pilih salah satu "team" atau bagaimana?

Ana cuba menjawab dengan seni jawapan yang amat halus agar tiada pimpinan yang tercedera dengan jawapan ana. Ana cuba gambarkan tiada lansung perbalahan dan pergeseran di kalangan pimpinan kepada ahli bawahan agar thiqah mereka tidak hilang.

Tapi, bila mereka lihat pimpinan pemuda pun macam "berbalah" dalam ruangan komen blog ini, apa ana nak jawab?

Ana hanya orang bawahan....

10:15 PM

 
Anonymous Anonymous said...

problem skang ni bukan dr ahli pas...dtangnya dr ahli geng dlm pakatan sendiri yg lebih2...
padahal xda pape pun...

10:23 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Sdr Wan,

Nampak sgt anta ni tak faham isi perbincangan. Yang si Lah Karim tegur tu adalah cara Ust Tantawi tulis artikel tu yang masih lagi dengan nada nak hentam mereka yg tak stuju muzakarah padahal sepatutnya sebagai seorang pimpinan Ust Tantawi bertindak meredakan suasana. Bukannya ambik kesempatan nak balun org lagi. Kalu baca smpai abis artikel Ust Tantawi ni, jelas kapada kita dia bukannya nak menegur, tapi isinya penuh dgn prasangka kepada mereka yang tak spendapat dgn dia termasuklah juga Anwar Ibrahim pun kena. Ntah apelah yang nak marah sgt kat Anwar ni.

Dalam isu muzakarah ni, tak timbul lgsung soal tak tsiqah pada Presiden. Presiden walau hebat mcmane pun, dia takleh nak langgar jemaah. Ni kalu dah brjmpa dgn UMNO smpai Dewan Harian PAS Pusat pun tak tau, ape cite??? Lepas tu suruh pulak YB Mahfuz buat penafian. Ingat, PAS ni bukan milik Presiden ke, Musrsidul Am ke, Majlis Syura ke.

Jelas dari kronologi yang berlaku, memang ada yang tak kena dgn kes muzakarah ni. Mujur jugak Pok Loh dedahkan, kalu tak smpai sekarang ahli PAS tertipu.

Ana setuju sgt dgn Dolah Karim, kalu kita tak stuju dgn org, kita berhujahlah dengan fakta, bukannya semberono label org itu dan ini. Tlglah jgn terus nak prbodohkan ahli dgn guna isu tsiqah dan wala'. Kat budak jemaah kampus tahun satu bolehlah nak ugut konon kalu berbeza pndpt dgn pimpinan, ianya dikira tak wala n tak tsiqah. Tlglah jgn nak bergayut dgn bnda2 istilah2 mcm ni. Ahli PAS bukan bodo.

Pemuda PAS Kuantan

12:16 AM

 
Anonymous Anonymous said...

tentu ramai yg dah lupa... Allahyarham TG Fadhil Nor, mantan presiden yang di kasihi adalah pemimpin PAS pertama yang pergi jumpa Anwar semasa beliau dipecat tahun 98. Perbuatan beliau tidak diketahui oleh semua AJK Pas Pusat ataupun Majlis Syura. Tapi masa telah membuktikan, PAS mendapat keuntungan yang bukan sedikit pada hari ini.

Jadi fikir-fikirkanlah. Jangan sampai bergaduh sesama sendiri kerana tindakan peribadi. Mungkin ketika PAS tidak boleh masuk, ada individu PAS yang boleh masuk.

Jangan memberikan wala' kepada pemimpin yang bukan memimpin jemaah kita. Sokonglah jika ia membawa kebaikan untuk perjuangan kita, tapi dalam masa yang sama wala' tetap kepada pimpinan kita.

Jangan jadi seperti kata-kata, Sdr. Azizi Haji Abdullah... macam anak ayam meninggalkan ibunya dan tergila-gilakan bapak itik.

Teguhkan pndirian kita, dan teruskan berjuang atas dasar kita iaitu Islam. Menang dan menjadi kerajaan adalah persoalan kedua. Kerana jika Allah mengazab golongan pejuang kerana kekalahan atau da'wahnya tidak diterima ramai, nescaya Nabi Nuh alaihi salam juga akan turut di azab.

Ambillah iktibar burung kecil yang cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim alaihi salam dan ditertawakan oleh burung-burung yang lain.

Kepada ust. din, tidak salah mengeluarkan pendapat. Ana sokong dengan cadangan ini.

Salam.

2:50 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Nak berubah tanpa berlaku transformasi intelektual dalam masyarakat memang payah....alahai..

7:01 AM

 
Anonymous Anonymous said...

....artikel ni terlalu banyak sangka buruk kat Anwar..
aku tak tau la apa yang kamu berdemdam sangat dengan nuar ni sampai macam ni sekali sangka buruk dan tohmah kamu terhadap anwar dan penyokong2nya...
tahu kah kamu yang surat nak jumpa dolah tu ditandatangani 3 pemimpin Pakatan Rakyat??
kamu anggap seolah nuar sorang je nak jumpa dolah...
rentikan la adu domba..
letih la kalau macam ni, kamu tu pemimpin peringkat pusat...
tapi artikel ni jelas kebudak-budakan...

memtaliti pkr tak leh kene tegor.....alahai, PAS kene blasah tak pe.

Ust Din bila nak kuliah lagi kat KLCC?

1:15 PM

 
Anonymous Anonymous said...

MAsih ada lagi suara yang tak tsiqah dengan kepimpinan yang jawapan setakat yang mereka boleh bagi.


Kalau anwar tu dah melencong sampai berpuluh hari bulan, diorang siap boleh tolong jawabkan mewakili anwar. Tapi bila presiden jawab tak ikut puas hati depa, masih angkuh tak ingat nak lapang dada.

Kalau bab anwar, depa kata jangan buruk sangka.(bila pulak ustaz nasruddin tulis ada buruk sangka)

Tapi bila sorang usta menegur berdasarkan sejarah yang baru jer telah berlaku dalam jemaah, depa cakap berdegar-degar.

Kalau setuju dengan lah karim, setuju jugaklah dengan apa yang aku tegur kat lah karim tu. Pasal dia yang galakkkan budaya sembrono dalam jemaah ni.

Ker exco pemuda ni lagi tinggi tahap wala dia dari presiden?

1:48 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Hebat laa Lah Karim , hang berani lawan tontowi tu . Aku sokong hang Lah .

Aku nampak hang yg paling layak jadi ketua pemuda akan datang. kedah mesti sokong hang.kalau hang dapat pencalonan dari Pahang lagi cantik .

Aku dapat maklumat johor pun tension ngan tantawi nih .

Hang lawan jer lah . Aku tenog tontowi ni , yer laa dia ada ilmu ada bakat tapi konservatif dan tak sesuai lah aku tgk nak pimpin pemuda zaman nih

Azman syafawi pun aku tengok ngan trengganu dia laaa , tak ada apa . Hang boleh celeng depa.

3:55 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Hah , betul ker Kedah cadang Lah Karim ketua pemuda pas pusat ? apa dunia dah nak kiamat ker ?

4:10 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Sesiapa yang jadi KP, InsyaAllah akan kami taat. Tak kiralah ust nasruddin ker, abdullah karim ker.

Tapi jangan besar kepala dan lupa untuk hormat dan lindungi pimpinan atasan bila di serang ahli dan orang luar.

Ingat!!!

4:14 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Sekadar pandangan aku ahli pemuda yang rapat dengan ramai pimpinan Pemuda sejak zaman Yb Mahfuz lagi.

Aku fikir nak angkat Abdullah Karim jd KP mcm terlalu awal lagi. Dia muda sangat lagi. Tapi untuk TKP atau NKP, itu cantek.

Kena ada keseimbangan dlm saff Pemuda. Lepas YB Salahudin, aku tak nampak lagi wajah2 moderat dan sederhana dlm Pemuda Pusat yang boleh diterima oleh rakyat Malaysia. Yang tinggal hanya geng2 ulamak muda.

Aku bukan nak menafikan ulamak, tapi dlm persekitaran Malaysia ni perlu ada adunan yang menunjukkan PAS ni dianggotai oleh pelbagai latar belakang.Kalau PAS nak terus dpt sokongan pelbagai kaum dan golongan, maka Pemuda kena tunjuk wajah yang dinamik. Bukannya keras tak bertempat.

Aku kenal si Dolah ni masa dia jadi Presiden PMUKM lagi. Masa tu dia cukup terkehadapan selaku pemimpin pelajar. Aku fikir dia layak ditonjolkan untuk mengimbangi pimpinan ulamak muda bersama dengan orang2 mcm Kairul Faiz (johor), Suhaizan dan juga Raja Iskandar ex PA Mahfuz (dia ni sambung belajar kat UK tapi tak balik2 lagi.

Wow, kalau ada gandingan mantap mcm ni, percayalah ckp aku Pemuda PAS akan jadi hebat. Tapi sekarang kalau bergaduh aje, mcmane nak hebat, Betul tak?

4:49 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ana setuju benar tuh . Group ulamak muda ni jumud. Mcm Abg Mat kata lah , ilmu cetek tapi nak tunjuk hebat mengalah tok guru .

Ilmu semasa tak pandai ulas . Bab strategi pun tak reti apa langsung . Puak ni hanya tahu hukum hukum hukum . tak der lain.
Ana nak bagi pandangan sikit laaa , ana pun belajar agama tapi tak derlah jumud dok pakai jubah serban sepanjang hari. Kalau mcm nih mcm mana cina nak masuk rapat.

Jubah tu pakaian nabi ker ?

Ana nampak KP akan datang yang paling layak KHairil Faizi KP johor sekarang . TKP Dollah Karim dan NKP Azman syafawi

Tontowi boleh join Dewan Ulamak

1:02 AM

 
Anonymous Anonymous said...

hai artikel ustaz nasarudin lain ko org bahas lain . pening !!

Lepas Yb Salahudin , ust Nasa lah jadi KP sbb sekarang dia Timbalan . apa susahnya. pastu ambik group profesional sorang bantu ust nasa

Kalau tak pun Yb Salahudin tak usah berundur lagi . KP tak apa lebih 40 tahun pun .

1:28 AM

 
Anonymous Anonymous said...

geng ulama muda jumud????

hehehhe... bukan semua kut...

ust. tontowi penah cerita pasal MBO, reengineering, rebranding dan macam-macam lagi...

ust. ridhuan mohd nor pernah cerita tentang SWOT analysis, stratergies, managing change dan berbagai-bagai lagi...

dalam masa yang sama, EXCO2 DPP yang lain pun mmg ada ilmu bab tu, tak kira depa ust atau professional... kan dah jadi satu kelebihan kat ust-ust tu, selain tahu bab agama, tahu jugak ilmu-ilmu lain... EXCO2 yang kategori professional lak, depa dapat ilmu agama... hang dapat apa kutuk ulama'???? belajar agama konon... tapi pertikai masalah pakaian je... kesian, masa tok guru hang bukak kitab mengajar... sang hang lena masa tu.

mungkin hang ni tak pernah pergi taklimat tertutup, munaqashah atau liqa' tarbawi kut....

cuma dia orang ni takde la cerita detail cam lecturer aku cite dalam kelas... tapi skill dalam ilmu-ilmu pentadbiran dan pengurusan memang tak bleh nak dinafikan diorang pun faham...

yang hang phobia ngan jubah n seban dia apasal??? TGNA, berlambak gambar dia pakai serban tertera kat baju Hindu masa PRU13 aritu.... malu betoi la, jadi ahli PAS atau penyokong PAS yang terdiri dari org muslim pertikai bab pakaian....

ust. din, teruskan perjuangan... setakat cam dia ni... nak mencela, tak lekat pun kat selipar ust...
teruskan perjuangan, ikhlas kerana Allah taala...

p/s : penghinaan ust takyah jawab, serah kat kami jer jawab kat orang macam ni. Hujah di balas hujah. Penghinaan tak payah layan ust.

1:38 AM

 
Anonymous Anonymous said...

hahaha.... pakai jubah n serban jumud????

bodoh betol statement... ni orang PAS ke??? aku rasa SIPUT BABI ni...

abih kalau pakai kot, kemeja, neck tie tak jumud la??? walau pow duit rakyat... nak semua yang pakai kot pigi masuk UMNO la....

sah pencacai UMNO, dapat upah bape agaknya mamat ni....

orang crita bab lain... sibuk nak tunjuk dia tak jumud walau belajar agama... sah barua UMNO ni..

1:43 AM

 
Anonymous Anonymous said...

pakai jubah n serban jumud??????

ko ingat tuhan tengok pakaian ker??? lantak la orang nak pakai apa... selagi ikut hukum syara'...

kalau dah terer sangat agama... napa tak gi tarbiyah berlambak remaja pompuan yang pakai pakaian cam bogel tuh... yang jantan lak seluar pendek... oppp silap... kalau tutup2 cam jubah serban ni jumud... kalau bukak n dedah2 tu baru open minded kut...

hahhaha... aku setuju. Kalau bukan siput babi (SB) sah budak suruhan UMNO ni makan duit upah... nak pecah-belah ahli pemuda PAS pasal pakaian...

kesian, blaja agama (kalau betullah) tapi bab jubah n serban je yang kau nak pertikai...

1:52 AM

 
Anonymous Anonymous said...

komen je ustaz din...kalau kita tengok komen dr pimpinan pas yg lain pun lagi truk kondem presiden sendiri...biasa la tu ustaz din geng2 ni panas telinga pasal frust 16sept...bila ada komen yg menyokong TGHH mula lah ada suara sumbang yg tak puas hati...ke ada matlamat peribadi pimpinan pas ni???

3:22 AM

 
Anonymous Anonymous said...

geng ni memandang golongan ulama yg tak menyokong mereka sebelah mata jer!!

3:23 AM

 
Anonymous Anonymous said...

punca sebenarnya bermula dgn muzakarah...nampaknya pimpinan pas sendiri tak boleh ikut keputusan majlis syura dimana rujukan majlis syura ialah AL QURAN dan hadis..sedih bila kepentingan peribadi melebihi kepentingan ISLAM..dia org ni tak tau ke dlm QUran sendiri pun ada ayat tentang berdamai dgn musuh!!!!..berunding bukannya bermaksud nak join musuh!!!memang berani dia org mempertikaikan NAS semata2 krn DENDAM...dia igt TGHH bodoh sgt ke sampai nak join UMNO...DANGKAL PUNYA FIKIRAN DA...

4:25 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Selamat berjuang dan menyambut Aidil Fitri dengan semangat juang yang tinggi . Takbirrrr

8:17 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Pemuda pas negeri pahang solid kita hantar Lah Karim calon KP pusat akan datang . Ustaz nasa bukan pahang . dia terengganu kem mustafa ali .
harap pemuda negeri lain sokong.

8:22 AM

 
Anonymous Anonymous said...

aku tgk puak2 fanatik presiden ni hujah dia nak nyalahkan orang yg kritik presiden ialah tak ikut syura, tak wala', tak tsikah dsb lagi istilah2 nya..
lagi dituduhnya puak2 PKR yang duk kritik, maki hamun pimpinan Pas walhal takde sepatah haram pun yang puak2 pkr kritik, tgk anwar, korang tibai dia macam2 masa muktamar, dia senyum je, tak balas pun, tak reti lagi nak nilai akhlak orang ke??..
yang kritik kamu sebenarnya adalah di kalangan ahli2 pas sendiri dan rakyat kebanyakan yang frust dengan tindak tanduk pimpinan tertinggi pas skrng ni..
kamu sedar tak, lepas 8 mac PAS dikagumi ramai kerana ketenangan partinya mengharungi gelombang kemenangan tempoh hari tapi tetiba je imej PAS jatuh merudum di mata rakyat, kamu tahu ke tak sebab musabab dan punca utama nya???
bukan sebab kami kritik keputusan syura, tak pernah langsung nak kritik keputusan tersebut malah sokong 100% yang PAS mesti menjadi pelopor kepada perpaduan dalam negara!!!
tapi yang membuatkan kami marah adalah disebabkan pemimpin yang kamu duk puja sangat2 tu MENIPU!!! paham tak, MENIPU!!!
bila berbangkit isu ada perjumpaan pemimpin PAS dengan pemimpin ameno, DINAFIKAN SEKERAS2NYA oleh pemimpin2 yang kamu duk puja tu!!!
atas strategi apa??, AKU SAMPAI SEKARANG TAK PAHAM!!!
bila dolah bagi check mate cakap ada jumpa 3 kali, baru gelupur lak nak ngaku!!!
bila disoal, dikritik pasal apa jadi lagi ni, mula nak spin isu tak ikut syura la, tak wala' la..
pleasa la, akui je la, Presiden dan timbalan yang ada sekarang ni MEMANG LEMBAB DAN WAJAR DITUKAR!!!
isu yg simple pun boleh kelam kabut jadinya PAS ni dibuatnya...
*(aku kritik hanya tindakan politik haji hadi shaj dan bukan ilmu agamanya!!! aku mmg akui ilmu agama dia memang hebat dan tak sewajarnyala kehebatan ilmunya itu ditutup dengan kelemahan ni dan sebab itula aku tegur dan kritik, lagi pun aku yakin ada tgn2 ghaib dibelakang yang nak tunjuk pandai nak pengaruhi tindakan2 lemah dia ni!!)
nak cover kelemahan, makanya anwar lak yang dijadikan sasaran padahal anwar sekelumit pun tak pernah kritik apa yang PAS dah buat sampai terencat perencanaan untuk guling parti sial amno ni!!!
bila ada ahli2 pas yang sokong cara anwar mula la digelar fanatik anwar padahal kamu la yang fanatik pada pimpinan yang lemah, kamu sedar ke tak!!!
tolong la.. rentikan la semua ni, akui la kelemahan dan berundur la, bagi la pada yang benar2 berkelayakan untuk memimpin PAS ni menuju kecemerlangan..
takde Haji Hadi dangan Nasa Md isa insya-Allah tak berkuburnya PAS ni..
ni aku dgr2 ada gerakan nak guling Husam sebab nampak akrab sangat dengan anwar.. bangang benar la puak2 ni... husam tak pernah buat salah pun dan setakat ini segala tindakan dia semuanya memberikan imej yang baik kepada PAS untuk dinilai masyarakat, cuma mungkin korang je yang jeles tak tentu arah..
pakaian je lebai, kalau hati busuk tak guna jegak beb..
aku tgk semua yg nyokong kamu wahai tantawi, semuanya emosi macam haram jadah..
dan mereka2 ni la yang akan lebih memburukkan PAS ni sebenarnya..
lu pikir la sendiri!!!

dari PEMUDA PAS PAHANG ZON BARAT!!

8:26 AM

 
Blogger Abu Amirah As-Salimbari said...

Assalamualaikum wrt wbt

Sedih rasanya bila membaca komentar-komentar dalam ruangan ini. kalau yang menulis tu SB, UMNO atau bukan ahli PAS tak per laa.. itu hak mereka.

Tapi kalau yang tulis tu mengaku pemuda Pas kawasan itu, kawasan ini, zon itu, zon ini biarlah beradab sedikit.

Itulah masalahnya! program tarbiyah tak nak datang.. tak hidup.. tak jalan.. tak sertai..

Bulan puasa pun nak maki orang itu, orang ini.. kalau nak tegur pun janganlah sampai maki-maki... sia-sia puasa. Takkan itu pun payah nak faham.. sbb tu kena gerakkan program tarbiyah!

Wassalamualaikum wrt wbt

10:43 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Kawe sokong demo , bak po nak jjatuh husam nyo ? Pemudo kelate akan pertahankan mati matian.
hok kena perjatuh , tuh nasa tu . dua - dua nasa. nasa timbalan presiden dgn nasa timbalan ketua pemuda.
nasa ni tak sung jadi ketua , punah jane parti. org mcm husam la kena angkat jadi pemimpin. jadi presiden koho molek . tapi kawe tak sir la kata gopoh . tapi husam mmg layak jd presiden.
Pemuda pas klate pun ambo rasa semua tak sir ko nasa tantawi.
tahun depan kita angkat yb zaki ko , zuraidin ko . Nik abduh tak leh , nampak jah warak tuh tapi makan dalam. dia tokeh nak jjatuh husam di kelantan nih
pemuda pas pusat ni , kalu naik nasa tantawi dgn nik abduh , mmg hancur pemuda . punah dan org cina dan india tak akan sokong pas

12:01 PM

 
Anonymous Anonymous said...

wahai pemuda pas pahang barat...ko ni tak habis2 lagi pasal muzakarah...memang susah nak ikut nas ke??..ke sebab DENDAM ko cakap macm ni..nampaknya DENDAM dh menguasai dirimu....anda kata sesiapa yg menyokong tghh bermakna menyokong kepimpinan yg lemah...aku nak tanya ko la pd pimpinan siapa pas beroleh kemenangan yg besar...jgn emosional sgt ler bro...yg aku peliknya mengapa golongan agama pas di kelantan banyak tak suka dgn HUSAM ni...bnyak cite pelik dia ni????mmmmm dunia2...

7:28 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Pemuda PAS Zon Barat...

malam ni ada program tarbiah sempena bulan ramdhan oleh DPP Negeri kat masjid al-fatah. Agak2 ada ke kat sini malam ni. Prog dari berbuka sampai sahur. Tadi aku pegi tak ramai yang berbuka. Nanti qiamullain tak tahulah bape orang yang ade.

Lagi satu, kalau org sokong yang dia tak berkenan terus kene cop emosi. Dia lagi emosi tuduh orang fanatik.

Hehehehe... aku tukang perati jer... tapi pada aku, aku dah buat keputusan dari pemerhatian aku.

Yang aku tahu, gerakan nak jatuhkan TG Presiden memang dah cukup kuat sekarang ni. Sejak dari 2006 lagi...

Apa-apa pun, buatlah keputusan sendiri. Siapa Presiden, siapa KP, aku xkesah. Semua ahli ada hak. Janji PAS tetap dengan dasar ISLAM. Kalau bertukar presiden... tup-tup bertukar jugak dengan dasar... pendek kata ramai ahli PAS yang kampung cam aku ni akan ucap selamat tinggal.

1:56 AM

 
Anonymous Anonymous said...

woi pemuda zon pahang barat, kau la anak haram... sedap2 je mulut tu.

3:02 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Sebelum kita bercakap panjang lebar, pada hari ini bilangan MP BN masih berjumpalh 130+ manakala bilangan ahli PR bersekitar 80+. Jadi, secara laogiknya, tidak ada sebab mengapa PR harus mewar-warkan perkara peralihan kuasa.

Yang patut dilakukan, suruhlah kesemua 31 ahli MP yang dikatakan ingin melompat itu melompat secara rasmi. Barulah ada sebab mengapa Pak Lah mesti melayan kehendak PR untuk berjumpa.

Alasan 31 MP tersebut takut untuk mengisytiharkan melompat tidak boleh diterima. Ia hanyalah menggambrakan mereka takut disiasat BPR, takut didedahkan simpanan wang berjuta-juta yang dibayar untuk melompat!

12:42 PM

 
Anonymous Anonymous said...

pemuda pas zon tengah pulak nak cakap :

mmg aku pun nampak arus perubahan pimpinan akn berlaku. jadi harap sangat kali ni kita pilih pimpinan yang ada vision bukan pimpinan yg jumud dan bengap.
pasal Lah karim tu , bukan aku tak setuju dia jadi ketua pemuda pusat tapi kalau boleh dia kena ambil alih kepimpinan pemuda negeri dulu.

apabila negeri kuat maka senanglah nak push ke pemuda pusat.
aku tengok pun mmg lah karim lebih layak banding ngan tantawi tuh.
aku tak nafi tantawi ada ilmu dlm bidang agama tapi dia lemah dalam pengurusan dan kepimpinan. tak ada vision yang jelas.

3:09 PM

 
Blogger Wak On The Roof - WOTR said...

Salam

Mai kita pakat-pakat bangun, kalau rasa ada yg tak elok kita pebetoi.

Kalau dah elok bagi cantik skit.

Kalau dah cantik kita kekalkan.

Wak bila dok perhati pasai team-team nie pon penin.
ISLAM ada dua team ka. Harapnya tiada.

Salam Aidil Fitri

12:36 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Hoii, pemuda pas zon tengah,

hang kata Tantawi tak pandai bab pengurusan dan kepimpinan?

hang ingat Lah Karim tu pandai sgt ker? aku kenai Lah Karim tu.. masa dia pegang jabatan pelajar dulu lagi teruk.. entah apa2..

dia tu reti ceramah ajer... maklumlah loyer kan..

sekian

11:31 AM

 
Anonymous Anonymous said...

A,kum semua,

Takyah nak gaduh-gaduh. Disini bukan medan untuk memburukkan pimpinan. Ana biasa dengan kedua2 tokoh Pemuda ni sbb ana pun orang Pahang juga.

Bagi ana kedua2 ada kelebihan. Ilmu Ust Nasa tak sape dpt pertikaikan. Masa Dr Asri & the gang lanyak PAS, terutama dlm isu jemaah centrik, Ust Nasa Tantawilah yang terkehadapan mempertahankan PAS. Dia keluar masuk kampus untuk jelaskan perkara ni. Ana masa tu masih student di UM. Korang semua buat apa masa tu???

Pak Lah pulak masa tu adalah Pengarah JPM and dia cukup effisyen memperkuatkan tanzim pelajar. Pada masa dia pegang JPM, gerakan pelajar kembali bangkit. Cumanya program dengan pelajar U ni mana boleh buat heboh2.

Sepanjang yang ana kenal Pak Lah dlm prog pelajar dan mesyuarat, ana sifatkan Pak Lah ni seorang strategis yang hebat selain dia juga berpengetahuan luas.Masa gamis buat program kat genting sekitar tahun 2005-2006, Pak Lah jemput Ust Nasa untuk bagi pengisian. dari situ ana nampak kalau keduanya bergabung tenaga, Pemuda PAS akan terserlah kehebatannya.

Seorang ulamak muda dan seorang lagi profesional. Kita perlukan gabungan keduanya. Ana harap kita jangan layan sangat provokasi pihak2 tertentu dlm blog ni yang cuba untuk melagakan dua orang pimpinan pemuda kita.

1:38 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home