Khutbah Jumaat :
KEPIMPINAN ISLAM
Muslimin yang dirahmati Allah….
Dari mimbar khutbah yang mulia ini, ingin saya mengajak diri saya dan kaum muslimin sekelian yang hadir marilah kita sama2 meningkatkan ketakwaan kehadrat Allah swt dengan sebenar2 takwa. Takwa dalam erti kata mentaati, mematuhi dan menjunjung segala perintah Allah swt serta dimasa yang sama menjauhi dan meninggalkan segala bentuk larangan dan maksiat kepada Allah swt.
Muslimin sidang Jumaat sekelian ..
Allah swt telah berfirman di dalam surah al-a’raf ayat 40 yang berbunyi:
إن الذين كذبوا بئاياتنا و استكبروا عنها لا تفتح لهم أبواب السماء و لا يدخلون الجنة
حتى يلج الجمل في سم الخياط و كذلك نجزى المجرمين
Maksudnya: ( Sesungguhnya orang2 yang mendustakan ayat2 Kami dan menyombong diri, memandang rendah terhadapnya, sekali2 tidak akan dibuka pada mereka pintu2 langit dan tidak pula mereka akan dimasukkan ke dalam surga,hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah kami memberi pembalasan kepada orang2 yang berbuat kejahatan )
Muslimin sidang Jumaat sekelian….
Al-quran yang diwahyukan kepada manusia adalah sebaik2 petunjuk, pusaka abadi, mukjizat nabi sepanjang zaman yang tiada tandingan dan mampu untuk menyelesaikan segala permasalahan manusia sejagat. Dengan sifatnya sebagai pedoman kepada manusia, maka adalah wajib bagi manusia mematuhi, menuruti segala apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt. apatah lagi dalam menghadapi kemelut kemanusiaan yang melampaui batas serta kebejatan manusia yang merata pada hari ini.
Bahkan, akhir2 ini kita tidak nafikan bahawa peranan al-quran sangat terasing dikalangan kaum muslimin sendiri. Ada yang berpaling, memandang rendah, menghina dan mencemuh bila diminta agar perundangan, syariat dan hukum Allah ditegakkan dan dilaksanakan di bumi Allah umumnya dan di tanahair kita , Malaysia yang tercinta ini khususnya.
Mereka berpaling dan tidak menjadikan al-quran sebagai imam dan menolak seruan al-quran kerana tidak sesuai dengan keinginan hawa nafsu mereka.
Muslimin yang dirahmati Allah …
Diantara pusaka penting yang ditinggalkan oleh rasulullah saw ialah acuan agar mendirikan sebuah Negara dan pemerintahan berlandaskan syariat Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh al-quran dan as-sunnah. Ini menunjukkan bahawa Rasulullah saw telah melaksanakan suatu kewajipn yang amat besar di Madinah iaitu kewajipan mendirikan masyarakat dan Negara. Allah swt telah berfirman dalam surah al-haj ayat:41 yang berbunyi
الذين إن مكناهم في الأرض أقاموا الصلوة وءاتوا الوزكوة و أمروا بالمعروف و نهوا عن المنكر و لله عاقبة الأمور
Yang bermaksud: ( Orang2 yang kami berikan kekuasaan kepada mereka untuk memerintah bumi,mereka mendirikan sembahyang,menunaikan zakat,menyuruh kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran dan bagi Allah sahajalah kembali segala urusan )
Rasulullah saw. telah menafsirkan ayat ini secara praktikal apabila baginda mengumpulkankan para sahabat yang telah dibina akidah bersama dengannya bagi menunaikan kewajipan pemerintahan berlandaskan wahyu Allah swt. yang mana pemimpin2nya adalah seorang yang menunaikan sembahyang serta menyeru rakyat jelata di bawah pimpinannya mendirikan sembahyang serta mengajak rakyatnya taat kepada Allah swt.
Sesungguhya sembahyang melahirkan pemimpin2 yang bertanggungjawab dihadapan Allah swt, pemimpin2 yang kenal dosa-pahala, kemudian mereka memerintah dengan adil saksama, menunaikan hak terhadap masyarakat disamping itu mereka juga mengeluarkan zakat dan mengagihkan pada yang berhak yakni golongan fakir dan miskin agar kekayaan Negara tidak berpusing dikalangan mereka yang kaya sahaja .
Pada waktu yang sama mereka disuruh untuk menunaikan hak kewajipan mentadbir Negara berteraskan al-quran dan as-sunnah kerana sesungguhnya kestabilan, keharmonian hidup manusia adalah berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt selaku Pencipta.
Oleh itu jika pemimpin yang diberi mandat untuk memerintah tetapi menafikan peraturan Allah swt maka mereka akan menghadapi pelbagai kesulitan dan pelbagai masalah yang tiada penyelesaian.
Ini kerana setiap masalah itu datangnya dari Allah dan penyelesaiannya juga adalah dari Allah swt. Kerana itu kedua2 sumber peraturan hukum Islam yakni al-quran dan as-sunnah saw yang menjanjikan janji - janji yang pasti akan memberi kebahagiaan dunia dan akhirat selama mana umat itu berpegang teguh dengan kedua2nya.
Imam As-Syafie rhm menegaskan dalam satu ungkapan yang masyhur iaitu: Tidak ada kata2 yang setanding seperti Al-quran atau As-Sunnah. Tidak seorang pun dikalangan manusia dibenarkan untuk berkata bahawa sesuatu itu halal atau haram melainkan perkhabaran yang menyebut bahawa ianya hanya boleh dilakukan oleh Al-quran, sunnah nabi, ijma ataupun qias.
Muslimin sidang jamaah sekelian …
Pemimpin2 juga mestilah dipilih dan dilantik daripada kalangan yang berakhlak mulia serta bersama2 menegakkan amal maaruf dan mencegah kemungkaran serta maksiat. yang baik disuruh dan diamalkan, manakala yang wajib dipaksa oleh pemerintah utuk menunaikannya, yang sunat digalakkan dan yang haram minta ditinggalkan.
Mereka juga mestilah tergolong dikalangan orang yang benci terhadap maksiat dan tegas menutup segala lubang2 dan pintu2 maksiat di dalam Negara. Inilah saudara2ku model pemerintahan islam yang dilaksanakan oleh generasi terdahulu.
Kita lihat bagaimana generasi awal yang dibentuk Rasulullah saw juga telah berjaya mendirikan sebuah kerajaan yang kuat berpandukan al-quran. Kebijaksanaan Rasulullah yang dikawal selia oleh Allah swt telah mendidik umatnya, menjadikan umat islam ketika itu bukan sahaja berjaya melaksanakan hukum Allah, malah mereka jua berjaya menarik minat manusia2 lain, sehingga nur islam tersebar dan keindahan islam dinikmati manusia yang berada di bawahnya sehingga Islam menjadi pemimpin kepada seluruh umat manusia di dunia ini.
Muslimin sidang jamaah sekelian …
Itulah betapa indahnya apabila islam menguasai muka bumi. Hidup pastinya akan makmur bila pemimpin2nya dikalangan yang beriman, yang melaksanakan segala perintah ai-quran, menjungjung syariat Allah dan mendaulatkan islam sebagai addin.
Bahkan kita disini pastinya tertunggu2 dan merindui agar Islam kan subur serta kembali gemilang khususnya di Negara kita. Bilamana apa yang jelas digambarkan dengan apa yang dialami oleh umat islam hari ini, suasana yang dikelilingi kepincangan dan kemusnahan.
Umat Islam dihina, hilang izzah dan diperbodohkan oleh orang lain yang senantiasa menaruh dendam, dengki dan benci terhadap perkembangan islam. Mereka mempersendakan ajaran atau hukum perundangan Islam , mendustakan dan memandang rendah terhadap ayat2 Allah dan lebih meyakini undang2 ciptaan manusia itu lebih layak diterima pakai di dalam system pemerintahan Negara dan hukum al-quran hanya dipilih bila menepati selera dan membawa keuntungan kepada mereka sahaja.
Rasulullah saw. telah melahirkan kebimbangan terhadap umatnya bahawa yang akan berlaku di akhir zaman apabila umat islam dipimpin oleh pemimpin2 yang memesongkan mereka daripada ajaran islam. Maka ulama telah memastikan agar dasar ini terpelihara dalam urusan memilih pemimpin, mereka telah menulis di dalam kitab2 feqah bahawa orang yang akan menjadi pemimpin orang islam bukan sahaja daripada kalangan orang islam yang beriman, tetapi tidak melakukan dosa besar, tidak berkekalan dalam melakukan dosa kecil dan tidak boleh melakukan perkara2 yang boleh menjatuhkan maruah sebagai seorang yang beriman.
Malah mereka memahami islam dan mampu menyelesaikan masalah semasa berpandukan ketetapan Allah swt.
Muslimin yang dirahmati Allah sekelian …
Sebagai seorang muslim maka mestilah di dalam hati ada keyakinan bahawa hukum Allah swt sahajalah yang mampu memberi jaminan dalam menyelesaikan sebarang permasaalahan hari ini.
Sebab itu setiap orang mesti bercita2 agar terlaksana hukum Allah di muka bumi ini. Sebagaimana ayat al-quran yang saya bacakan diawal khutbah tadi, mana2 orang yang mendustakan ayat2 Allah tiada tempat mereka di sisi Allah swt. maka tiga ( 3) balasan Allah di dunia dan satu ( 1 ) balasan yang menanti di akhirat, iaitu mereka yang menolak kebenaran Al-quran dan mengatakan hukum Al-quran tidak sesuai dilaksanakan di zaman ini.
Mereka ambil undang2 lain selain Al-quran dan mereka angkuh menyombong diri, di dunia doa mereka tidak diterima, amal ibadah tertolak dan bila mati roh mereka tidak di angkat ke langit dan di negeri akhirat mereka diharamkan memasuki syurga Allah.
Allah membuat perbandingan mereka tidak akan masuk syurga sebagaimana mustahilnya seekor unta yang besar memasuki lubang jarum. Demikian jugalah Firman Allah di dalam surah Al.A’raf ayat:36
و الذين كذبوا بأياتنا و استكبروا عنها أولئك أصحاب النار هم فيها خالدون
Maksudnya: Dan orang2 yang mendustakan ayat2 kami dan menyombong diri terhadapnya.mereka itu penghuni2 neraka,mereka kekal di dalamnya.
Muslimin sidang jumaat yang dirahmati Allah ….
Pada akhir2 ini, umat islam dilanda satu bencana yang telah diberi amaran oleh nabi saw. iaitu apabila mereka memilih pemimpin daripada kalangan orang yang jahil tentang agama, memahami Al-quran dan as-sunnah. Mereka mempermainkan agama kerana tidak faham selok-belok agama.
Mereka memuji artis sementara ulama dihina dan fatwa mereka dinyah ketepi. Al-quran hanya dipertandingkan dan menjadi hiasan di dinding2 tetapi penghayatan terhadap al-quran jauh sekali. Sebab itu Allah memberi amaran di dalam al-quran yang berbunyi:
و من أعرض عن ذكري فإن له معيشة ضنكا و نحشره يوم القيامة أعمى
Maksudnya:Dan barangsiapa yang berpaling dari perintahku,maka baginya kehidupan yang sempit.Dan kami akan bangkitkan mereka di hari qiamat dalam keadaan buta. ( Thoha:124 )
Apakah punca sesuatu umat itu ditimpa kehidupan yang sempit.
Pertamanya :
Bilamana manusia itu engkar terhadap suruhan Allah. Engkar melaksanakan perintah Allah. Yusuf Qardawi, seorang ulama terbilang menyatakan: Keengkaran, apabila berlakunya kepada semua sama ada pemerintah, rakyat maupun individu perseorangan., maka Allah telah khususkan bagi mereka yang engkar kepada Allah swt dengan ,
3 amaran ayat Allah untuk para pemerintah
1 ayat amaran Allah utk rakyat dan
1 ayat utk setiap individu.
Apa ayatnya utk pemerintah ? Ayat 44, 45, 47 surah al-maidah:
Maksudnya:Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah yakni Al-quran maka mereka termasuk dikalangan orang2 yg kafir ( ayat 44.) ..zalim ( 45. )...fasik ( 47 )
Ayat untuk rakyat surah an-nisa ayat:65 yang berbunyi:
فلا وربك لا يؤمنون حتى يحكموك فيما شجر بينهم ثم لا يجدوا في أنفسهم حرجا مما قضيت و يسلموا تسليما
Maksdnya: Maka demi tuhan pada hakikatnya mereka tidak beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu hakim terhadap apa yang mereka selisihkan, kemudian mereka tidak rasa dalam hati mereka keberatan terhadap keputusan yg kamu berikan, dan mereka terima dgn sepenuh hati.
Untuk individu, surah Al-ahzab ayat: 36 yg bermaksud:
و ما كان لمؤمن و لا مؤمنة إذا قضى الله و رسوله أمرا أن يكن لهم الخيرة من أمرهم
و من يعص الله و رسوله فقد ضل ضلالا مبينا
Tidak patut seorang lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin apabila Allah dan rasul menetapkan suatu hukum mereka memilih hukum yang lain mengenai urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasulnya maka sesungguhnya mereka telah sesat dgn sesesat2nya.
Muslimin sidang jamaah sekelian :
Muslimin sidang jamaah sekelian :
Antaranya mengapa umat manusia sempit kehidupannya ialah kerana hilang keberkatan dalam hidup, keruntuhan akhlak berleluasa, kehidupan rakyat terhimpit dengan keruntuhan ekonomi, minyak dan barang2 seharian semakin mahal dan sebagainya yang mana kesempitan itu akan dirasai oleh semua, tidak kira siapa apatah orang miskin dan fakir yang mengharapkan ehsan untuk sesuat nasi atau tempat bertedah dari hujan dan panas.
Muslimin sidang jumaat sekelian
Kita lihat hari ini bagaimana masjid dibina dengan megah dan bangga tetapi kosong dari roh takwa, dibina tanpa mempedulikan mereka yang meninggalkan solat. Maksiat tersebar luas bagaikan banjir yang tak dapat dihalang.
Apabila pemimpinnya jauh dari menghayati ajaran agama maka rakyat juga akan hanyut dibawa arus kemusnahan. Allah telah menunjukkan kepada kita tanda kepincangan ini yang juga merupakan tanda kemusnahan dunia dengan tersebarnya penyakit2 yang tiada ubat dan penawarnya sehingga menghancurkan sesebuah masyarakat.
Itulah hukuman Allah yang diturunkan sebelum hukuman sebenar di akhirat. Oleh itu setiap pemimpin,rakyat dan individu mukmin wajib kembali kepada hukum Allah dan menjauhi segala maksiat yang menjadi pokok pangkal turunnya azab dan bala daripada Allah swt.
Suatu ketika kota Mekah dilanda kemarau yang panjang. Telah datang Al-Abbas kepada Umar al-khattab. Katanya; Wahai Umar , mari kita bersembahyang sunat memohon hujan.
Maka Umar pun memimpin rakyatnya bersembahyang meminta hujan. Apabila selesai, Umar mengangkat tangan dan tidak membaca doa meminta hujan tapi hanya beristigfar 3 kali. Sahabat pun bertanya: wahai Umar mengapa engkau tidak berdoa meminta hujan? Jawab Umar: Wahai sahabatku aku khuatir dan bimbang kalau punca Allah tidak menurunkan hujan kerana ada di kalangan kita yang melakukan maksiat dan dosa kepada Allah.
Muslimin yang dirahmati Allah swt…
Marilah di hari yang mulia ini sama2 kita menginsafi diri, bahawa tanggungjawab kita adalah sangat besar iaitu mengembalikan urusan Islam kepada umat Islam serta memastikan Islam terlaksana dalam negara kita.
Siapa sahaja yang terpilih dan dipilih oleh rakyat , pada hari esok , mereka akan memikul amanah Allah supaya agama Allah didaulatkan pada makam yang tertinggi. Justeru itu Bijaklah memilih pemimpin, kerana seorang pemimpin akan memimpin siapa yang dipimpinnya sama ada ke jalan syurga atau neraka dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan orang yang dipimpinnya.Setiap rakyat diperintah mentaati pemimpin selama mana ianya tidak berlawan dengan kehendak Allah dan Rasul.
1 Comments:
I Love Islam,
Why don't you published your article in Harakah , Tranungkite ,Siasah ? Broader audience will benefit from this article .
How about my suggestion that you wrote in English once in a while?
5:22 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home