" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, September 23, 2008

PEMIMPIN DAN AHLI UMNO
WAJAR INSAF
LALU MENYERTAI PAS

( Satu sokongan terhadap Kenyataan Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS )

Pergolakan politik tanahair kian mencecah tahap mengundang kemusnahan dan kebinasaan masa depan negara dan rakyat .

Realiti ini dilihat ekoran kedudukan UMNO dan BN sebagai parti pemerintah buat masa ini sangat terdedah kepada 1001 kemungkinan negatif yang menghambat mereka.

Bermula dengan kelemahan barisan kepimpinan UMNO dan BN sehinggalah kepada rentetan krisis dalaman yang dihadapi oleh mereka , di mana kini organisasi parti dan solidariti mereka bagaikan retak menanti belah . Segalanya menyerlahkan kelemahan dan kepincangan yang sukar dipulih , malah memudarkan kepercayaan ahli mereka terhadap kepimpinan yang menerajui mereka hari ini .

UMNO khasnya tidak lagi dilihat sebagai parti yang utuh untuk orang melayu bergantung , jauh sekali bagi umat Islam menumpang tuah . Api perkauman yang sering dinyalakan oleh mereka tidak lagi menjadi senjata berkesan bagi menghadapi kebangkitan parti lawan mereka , khasnya kebangkitan rakyat setelah sekian lama menjadi mangsa penindasan dan kezaliman mereka.

Strategi atau konspirasi UMNO dan BN dewasa kini sering gagal dan "meletup" dalam daerah sendiri sebelum menemui sasaran . Bahkan lebih jelas tanpa siapa yang mampu menyangkalnya , apabila kepimpinan UMNO sendiri yang dianggap sebagai tulang belakang BN yang memerintah negara , mengalami kepupusan baka kepimpinan yang berintegriti dan berwibawa tinggi .

Tragedi ini merupakan hari - hari akhir episod kelangsungan ideologi ciptaan manusia yang diperjuangkan selama ini oleh UMNO dan BN , pula perjuangan mereka bertentangan dengan wahyu Allah swt. Malah kebanyakkan pemimpin UMNO dan BN mempunyai aduan salah laku moral , salah guna kuasa dan rasuah terhadap mereka . Mereka pula terlalu sukar untuk tampil membela diri apatah lagi membersihkan diri dan jiwa mereka dari perangkap mungkar dan maksiat tersebut.

Saya percaya , keyakinan rakyat jua semakin luntur dan harapan mereka juga lebur untuk melihat UMNO dan BN terus menerajui kepimpinan negara setelah apa yang berlaku hari ini sudah cukup menyerlahkan situasi sebenar yang sedang dihadapi oleh UMNO dan BN .

PAS Ready to replace the Political Void left by UMNO.

Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong penuh kenyataan Dato Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi selaku Presiden PAS yang meminta agar pemimpin dan ahli UMNO segera berhijrah bagi mengelak keburukan yang lebih parah menimpa mereka bahkan menimpa negara ini akibat ketidak stabilan politik dan ekonomi negara angkara mereka.

Kemuliaan Ramadhan sebagai bulan Taqwa dan bulan Petunjuk sewajarnya menjadi saksi atas penghijrahan yang dipelawa , semoga pemimpin dan ahli UMNO insaf dan sedar dari kesilapan lalu.

PAS yang sangat konsisten dengan dasar dan prinsip perjuangannya pasti layak menjadi bahtera penyelamat dan mampu menampung penghijrahan beramai - ramai pemimpin dan ahli UMNO . Asal sahaja insaf dan sedar terhadap salah semalam dan silap terdahulu , PAS bersedia menghulurkan salam perpaduan , salam perjuangan bahkan salam persaudaraan buat mereka.

Dewan Pemuda PAS Pusat sangat yakin bahawa tindakan Dato' Seri Presiden mempelawa para pemimpin dan ahli UMNO agar berhijrah menyertai PAS bukan sahaja satu pelawaan yang ikhlas dan tulus dari hati seorang ulama' yang memimpin perjuangan ummah malah ianya dilihat sangat bijak dan tepat pada masanya.

Terpulang kepada pemimpin dan ahli UMNO untuk memikirkannya , tetapi dihadapan mereka pilihan semakin sukar dan keadaan kian mendesak . Mereka mesti segera membuat keputusan dan PAS telah sedia di pelabuhan .

Rakyat kini rata - ratanya menginginkan perubahan besar dalam pemerintahan dan kepimpinan negara demi membawa negara yakin dan stabil mengharungi cabaran hari muka yang pastinya memerlukan sebuah negara yang stabil politiknya , mantap ekonominya , teguh perpaduannya , saksama pengadilannya , telus kepimpinannya dan berkat pentadbirannya.

Semuanya adalah sebahagian dari kerangka besar prinsip dan dasar perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS sejak sekian lama .

Dewan Pemuda PAS Pusat sangat yakin bahawa PAS benar - benar berkeupayaan malah bersedia untuk memikul amanah mengurus dan mentadbir negara ini berasaskan apa yang dipandu dan diajar oleh Baginda Rasul saw.

Sementara Baginda Rasul saw. adalah orang yang bertanggungjawab membina model pemerintahan Islam yang adil dan telus. Juga Baginda Rasul saw. terlebih dahulu berjaya membentuk sebuah pemerintahan yang gemilang pentadbirannya dan cemerlang kepimpinannya mendepani apa jua cabaran pada waktu itu , biarpun ia datang dari kuasa besar dunia Rome dan Parsi .

Sejarah telah menunjuk bukti bahawa model pemerintahan baginda Rasul saw. yang kemudiannya disambung oleh Khulafa' ar Rasyidin berjaya meletakkan ummah dalam keadaan aman , makmur , sentosa dan bahagia. Ianya diungkap sebagai :

بلدة طيبة و رب غفور

Negara yang Makmur dan Tuhan Mengampuni.

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS , tentu sahaja pemimpin dan ahli UMNO tidak menolaknya bukan ? Selamat berhijrah dan selamat berjuang !

Yang Melaksanakan Tugas
Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

4 Comments:

Blogger CERITA BONUS CNI said...

OK TU...PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI..TERUSKAN...FIGHT...FIGHT...FIGHT!!!!

6:19 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam. Kalau dah sedar bahawa PAS adalah wadah alternatif untuk pemimpin dan ahli UMNO, so... kenalah rangka program atau pendekatan yang lebih mantap dan berkesan untuk menarik mereka kepada PAS. Jangan berpada dengan ceramah yang berdegar-degar saja.

8:28 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,saya kira org yg mengatakan bahawa PAS berpada dengan ceramah yg berdegar-degar sahaja dalam mendekati UMNO adalah org yg sememangnya berniat jahat dan sangat menutup mata dan hati dalam melihat apa yg telah dilakukan oleh PAS sejak 50 tahun dahulu agar UMNO masuk PAS. Pelbagai cara telah PAS lakukan, mula dari ajak muzakarah sampailah kepada syahidnya Ustaz Ibrahim Libya dan lain2. Semua itu adalah antara program pendekatan yg PAS telah buat.Kalau masih ada yg berkata bahawa PAS tidak pernah merangka program pendekatan dengan UMNO, sahlah bahawa ini semua adalah prejudis belaka ataupun dia adalah ajen pihak tertentu yg sangat benci dengan pimpinan PAS yg tertentu. Teruskan Us Din, usah pedulikan agen musuh dalam bogmu ini.

9:52 AM

 
Anonymous Anonymous said...

hehe...
depa ni yg cipta istilah erdogan sebenarnya...depa mana nak nampak apa yg pas buat selamani...kot nampak pun depa prejudis...sembang jek lebih tu... :-P

9:32 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home