" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, September 24, 2008

SEMARAK RAMADHAN DI BANDARAYA IPOH

Julung kalinya Majlis Semarak Ramadhan dengan aktiviti Iftar Jamaei , solat Terawih dan Tazkirah diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh Perak . Hari ini saya diundang sebagai tetamu dan diamanahkan untuk menyampaikan tazkirah kepada ahli jamaah sejurus selesai solat Terawih .


Saya dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa malam ini adalah jamaah paling ramai sejak ianya dianjurkan pada 15 Ramadhan yang lalu , sehingga juadah Iftar tidak mencukupi . Alhamdulillah , Semarak Ramadhan kian menyemarak .


Ahli jamaah khusyuk mendengar tazkirah dan mereka sabar menanti meskipun telah selesai mengerjakan solat Terawih dan witir . Berbanding setengah tempat , sebaik sahaja selelsai terawih 8 rakaat sebahagian besar jamaah angkat punggung pulang meninggalkan majlis.


Satu kejayaan yang membanggakan bagi pihak penganjur walaupun ianya merupakan pengajuran kali pertama . Saya cadang agar pihak penganjur berkunjung ke Kelantan untuk mengambil dan bertukar pengalaman dengan pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu ( MPKB ) yang menganjurkan Qaryah Ramadhan .


Oleh kerana tazkirah saya pada malam ini telah masuk malam - malam akhir , saya menyimpulkan beberapa topik penting yang sering menjadi perbahasan ilmiyah di sepanjang bulan Ramadhan al Mubarak ini . Topik yang maksudkan seperti Taqwa , Nuzul Quran , Jihad Badar al Kubra dan lain - lain .

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Inilah bukti walaupun Islam tak boleh dilaksanakan secara syumul dinegeri Perak, namun kitabebas buat program agama...

Walaupun Islam tak dominan dikalangan ADUN perak.. kita bebas untuk bercakap soal agama...

Kenapa kita bimbang... sedangkan inilah buktinya Islam tetap terpelihara...

kita masih nak muzakarah dengan UMNO sedangkan muzakarah itu akan memanjangkan yerus hayat UMNO.. dan bila hayat UMNO dihidupkan tengoklah apa yang berlaku di negeri yg UMNO perintah... Usahkan nak guna dataran nak tazkirah kat surau masjid pun susah.

4:00 PM

 
Anonymous Anonymous said...

DAP perak takder hal sangat. PKR ni yang kena hati-hati.

BEza sangat antara PAS jadi MB di perak dan Pas melukut dan tak berani nak laksanakan hukum di selangor.

Pasal selangor, PKR yang jadi MB.

5:29 PM

 
Anonymous Anonymous said...

hehe betul tu wan..

9:29 PM

 
Anonymous Anonymous said...

pemerintahan negeri dengan pemerintahan di pusat lain . di negeri mrk tidak boleh merubah dan memutuskan dasar . so kalau tidak islam tidak dominan di negeri ia tidak memberi kesan besar berbanding islam tidak dominan di pusat.

sbb parlimen sidangnya berkait dengan pembuatan dasar dari masa ke semasa. berbeza dgn sidang DUN.

dominan ini pula bukan terhenti setakat dominasi jumlah tetapi juga bboleh dominasi kuasa .

Kat perak ni boleh saya dikatakan sebagai dominasi kuasa sbb PAS jadi MB . cuba tgk kat selangor , tidak PAS jadi MB , boleh tak mrk buat mcm perak buat. tak boleh kan ?

selangor tu kerajaan pakatan jugak.

jadi isu dominasi tu mesti dilihat begitu

4:07 PM

 
Blogger nazrie said...

PKR tu 2x kaali lima ngan DAP je. Oleh itu orang Melayu kena bersatu kalau tak selamanya kaum lain ambil kesempatan. Cuma saya tak faham kenapa kerajaan Perak bagi tanah kat org Cina dulu

6:25 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home