Tazkirah 6 : ADAABUL IKHTILAF
Berbeza Pandangan ( khilaf )
Jangan dibaca dengan Perbalahan .
Sukar untuk kita sependapat dalam semua hal. Banyak keadaan yang mendorong berlakunya perbedaan pandangan dan pendapat dikalangan kita.
Namun dalam gerakan Islam seperti PAS ini saya lihat banyak perkara yang kita bersama dan sependapat kecuali dalam beberapa perkara yang tertentu sahaja meletakkan kita dalam keadaan yang berbeda dalam pandangan bahkan tindakan.
Saya kira fenomena ini normal . Cuma perkara yang perlu dipelihara ialah rasa hormat menghormati antara satu sama lain sekalipun disaat kita berkhilaf pandangan .
Islam adalah agama yang kaya dengan pengalaman menangani persoalan khilaf seperti ini . Bermula dari khilaf feqhiyyah hinggalah kepada khilaf siasah dan mazkhuriah ( strategi ) . Kita boleh melihat melalui skrin sejarah silam yang memaparkan pengalaman khilaf sejak zaman khulafa' ar Rasyidin hinggalah ke zaman ulama' 4 serangkai yang mengasaskan 4 mazhab ( aliran feqh ) yang berbeza .
Khilaf ini terus wujud hingga ke hari ini tanpa merosakkan Islam sebagai agama yang suci dan juga merupakan sebuah perjuangan yang mulia .
Sikap kita dalam menanggapi khilaf
Saya tidak nafikan berlakunya pergolakan dan ketegangan dikalangan sebahagian umat Islam tatkala berhadapan dengan khilaf di kalangan mereka samaada melibatkan khilaf feqhiyyah mahupun khilaf siasiyyah . Namun pergolakan atau ketegangan tersebut bukanlah tercetus kerana khilaf tetapi sebaliknya kerana sikap .
Telah saya tegaskan tadi bahawa khilaf suatu yang benar - benar wujud dikalangan kita dalam apa jua persoalan . Tetapi sikap memainkan peranan besar dalam membentuk natijah yang tercetus dari khilaf tersebut .
Sikap dengan maksud bagaimana ia menanggapi kandungan atau betul duduk perkara yang dikhilafkan dan bagaimana pula persepsinya terhadap orang yang berkhilaf dengannya. Yang salah ialah apabila lahir sikap yang negatif berasaskan prasangka busuk lantas memburukkan peribadi mereka yang berkhilaf dengannya .
Sedang khilaf hanya membenarkan kita attack hujjah , pandangan dan tindakan bukan attack peribadi , moral dan diri orang yang berbeza pandangannya dengan kita . Khilaf yang membawa kepada pertikaian peribadi , moral dan reputasi adalah . sebuah khilaf yang mazmumah .
Saya sangat tidak selesa apabila perbedaan pendapat ( khilaf ) dibaca sebagai satu perbalahan justeru ia dua perkara yang sangat jauh bezanya.
Kenapa tidak kita bersikap positif terhadap perbedaan pendapat . Tak kan lah kita hanya mahu pandangan kita satu - satunya yang diterima dan mesti dianggap benar . Saya beranggapan inilah sebenarnya keadaan yang tidak sihat .
Sebagaimana yang saya nyatakan tadi bahawa pengalaman khilaf atau berbeza pandangan dalam apa jua perkara sememangnya menjadi sejarah panjang mengiringi perkembangan peradaban dan pemikiran umat Islam .
Khilaf ( berbeza pandangan ) sebenarnya tidak salah malah tidak mengapa andainya ia wujud dikalangan kita . Terimalah ia dengan lapang dada , melambangkan luasnya peranan pemikiran selama mana ia tidak melewati batas agama suci yang di wahyukan Allah swt. justeru tiada aqal yang boleh mengatasi wahyu .
Salahnya ialah apabila berlaku Niza' ( perbalahan ) ekoran gagal menerima pandangan yang berbeza dengan kita malah ditanggapi orang yang berbeza dengan kita melalui tanggapan yang negatif dan sinis . Allah swt. telah menegaskannya di dalam al quran :
و لا تنازعوا فتفشلوا و تذهب ريحكم
dan janganlah kamu saling bertelingkah antara satu sama lain maka kelak celakalah kamu dan hilanglah kekuatan .
Niza' adalah pendekatan orang yang ber"agenda"
Inilah situasi yang perlu dan wajar kita elak . Ianya adalah persoalan sikap yang mesti diperbetulkan . Selama mana ruang khilaf itu berasaskan hujjah , ilmu , fakta dan pengalaman yang benar dan baik maka kita tidak perlu panik lalu melatah dengan pelbagai prasangka yang mengheret khilaf menjadi krisis .
Tentu sahaja khilaf yang dibenarkan ( masyru' ) ini mempunyai hikmah yang besar kepada umat Islam , perjuangan dan jamaah yang didokong . Lantaran ia meletakkan umat Islam dalam banyak pilihan yang dibenarkan dan ianya adalah antara keluasan rahmat Ilahi ke atas hambanya.
Biasanya , orang yang suka bertelingkah apabila berbeza pandangan adalah orang yang tidak boleh menerima hakikat pandanganya ditolak . Ia merasakan hanya pandangan dia sahaja yang betul dan dia mahu orang menerimanya . Sikap ini adalah sikap yang sangat tidak baik dan menjadikan Islam seolah - olah rigid dengan satu pandangan sahaja iaitu pandangan dia.
Lebih malang jika ia tidak boleh menerima pandangan yang berbeza atau pandangan lain dari apa yang ia pandang kerana ia mempunyai agenda tersendiri atau peribadi yang cuba dijual dan disogok kepada orang ramai supaya menerimanya. waliyazubillah .
Sahabat - sahabat ku seperjuangan .
Apakah apabila kita berbeza pandangan maka kita merasakan bahawa tiada langsung benarnya pandangan orang lain ? tanyalah hati kecil kita . Apakah hanya kita sahaja yang benar lagi benar dalam segala hal sehingga orang lain tidak berhak untuk membuat pandangan yang berbeza dengan kita ?
Tambahan pula yang berbeza pandangan dengan kita ialah sahabat seperjuangan kita . Orang atau individu yang bergerak seiring sejalan dengan kita meredah payah sukar perjuangan ini . Setelah sekian lama kita bersahabat dan sependapat , tiba - tiba satu perkara meletakkan kita berbeza pandangan , apakah hilang terus kepercayaan kepada sahabat kita kerana perbezaan itu ? apakah perbezaan itu juga menyebabkan hilang segala kebaikan dan nilai murni persahabatan sehingga kita mengecamnya lantaran berbeza cara memandang ?
Jika dengan orang yang sebelum ini asing dan jauh dengan kita , malah sering berbeza pendapat atau pandangan dengan kita boleh digauli dengan penuh toleransi dan sikap positif hanya kerana satu dua persamaan , kenapa kita tidak boleh toleransi dengan sahabat seperjuangan kita , hanya kerana satu dua perbezaan pandangan ( khilaf ) sedang selama ini kita sering bersama dan sependapat .
Sikap Ulama' dalam berbeza pandangan ( khilaf )
Saya yakin dan percaya sebagaimana yang saya lontarkan dalam muktamar sewaktu saya berucap membahas ucapan dasar Dato' Seri Presiden , bahawa khilaf yang berlaku diantara kita masih berlandaskan rasa cinta dan kasih terhadap perjuangan ini . ( sementara kita berlindung dengan Allah swt. dari sebarang unsur khianat kepada perjuangan ) Masing - masing berlumba - lumba mahu mengangkat martabat perjuangan . Di sinilah khilaf itu berlaku dalam mengambil pendekatan , strategi dan tindakan ke arah merealisasikan cinta dan kasih terhadap perjuangan suci lagi mulia ini .
Akhirnya , kita boleh belajar melalui sikap yang ditunjukkan olek ulama' silam dalam menangani khilaf antara mereka . Antaranya Imam Asy Syafie , tatkala ia solat berhampiran maqam Imam Hanafi , Imam Asy Syafie solat mengikut tertib cara yang diajar oleh Imam Hanafi .
Selesai solat dan ketika menjawab soalan dari orang ramai yang menyaksikan cara Imam Asy Syafie solat nyata berbeza dengan apa yang beliau sendiri mengajarkannya kepada orang lain lalu Imam Asy Syafie berkata : " aku menghormati tuan empunya maqam ini " seraya menunjuk ke arah maqam Imam Abu Hanifah .
Inilah sikap yang wajar dicontohi . Jika Imam Asy Syafie pengasas Mazhab Syafie yang tentu banyak perkara berbeza dengan mazhab Hanafi boleh menghormati Imam Abu Hanifah dalam berkhilaf sedang Imam Abu Hanifah telah lama wafat sebelumnya . Kenapa tidak kita hari ini boleh menghormati sahabat yang berbeza pandangan dengan kita sedang dia masih hidup di hadapan kita ?
Bukankah ini persoalan SIKAP yang perlu diperbetulkan ?
6 Comments:
Kiranya yang dirujuk khilaf antara sesama pemimpin PAS sekarang....
Dan saya cuba tak serang orang. Hanya serang perbuatan orang.
Posting Ustaz ini tidak perlu dan segala khilaf tidak berbangkit kiranya tak main dalam gelap dengan Umno tanpa keputusan mesyuarat.
Majlis Syura tak tahu. Dah dua kali jumpa baru beritahu Majlis Syura. Ustaz orang atasan PAS. Sila check fakta ini.
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang turut disertai Tuan Guru Mursyidul Am telah putuskan supaya STOP semua perjumpaan dengan Umno. Ustaz orang atasan PAS. Sila check fakta ini.
Namun, main dalam gelap diteruskan juga.
Baiklah, muktamar dah putus boleh muqabalah (dah jadi mu ko berbalah!) dengan syaitan-syaitan itu (serang peribadi syaitan tak mengapa).
Mengapa perjumpaan 8/9/08 dulu dalam gelap juga? Mengapa tak buat dalam terang dan diketahui semua? AJK Pusat pun tak tahu dan ternganga-nganga bila diberitahu.
Mengapa main dalam gelap? Kan ka muktamar dah setuju?
Mengapa suka sangat main dalam gelap?
Paling menyedihkan berbohong dalam muktamar. Beria-ia menyatakan ada keputusan syura. Padahal, bohong semuanya.
Saya tidak kata PAS kena jadi pak angguk dalam PR. Saya pun tak nak PAS jadi barua Anwar.
Tapi, semua tu boleh bincang dalam PAS jika tak main dalam gelap.
Tiada main dalam gelap, tiada khilaf.
3:24 AM
Salam
Saya beranggapan pimpinan PAS yang tersilap langkah dlm isu pertemuan UMNO PAS memohon maaf kerana jumpa dalam gelap dan tak di ketahui oleh AJK PAS Pusat sendiri.
Apabila Majlis Syura mengizinkan pertemuan ini,
soalan saya,
Mengapa pertemuan ini tak di lapor dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Hampir keseluruhan pimpinan PAS Pusat berbohong pada rakyat dalam pertemuan ini. Saya ikuti ceramah mereka, semuanya menafikan ada pertemuan dengan UMNO
Hj Mahfuz sampai siap buat surat menafikan pertemuan. Dalam surat tu dia siap beritahu, dia dah jumpa pimpinan tersebut untuk tanya isu ini, pimpinan itu (tim Presiden) menafikan ada pertemuan dan meminta Hj Mahfuz buat kenyataan media "tak ada pertemuan UMNO-PAS".
Saya melihat orang yang bersalah ini, apabila tembelangnya pecah maka majlis syura di heret
Untuk menutup kesalahan kononnya, ada setengah pimpinan PAS biadap dengan majlis syura, tolak keputusan syura... Apa ni... Dah awak salah minta maaf je, bukan cari sokongan dengan melibatkan syuraa.
Presiden turut diheret sama... Sehingga org yg tak tahu hujung pangkal mengeluarkan perkataan yg tak baik pada Dato seri Presiden.
Org yg berada di keliling Presiden mesti bertanggung jawab kerana menjadi tukang lapor dan tukang nasihat yang salah.
Kami hormat majlis syuraa. tapi dalam hal ini kami lihat majlis syura cuba di jadikan kuda tunggangan untuk menggempur pimpinan yg mempersoalkan pertemuan dalam gelap ini.
Saya melihat kalau pertemuan ini dilaporkan dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, perbalahan ini dapat di elakkan.
Selalunya kalau sesuatu tu di rahsiakan tentu ada agenda tertentu. Kalau pertemuan itu bukan bertujuan mengheret PAS bersekongkol dengan UMNO kenapa rahsiakan pertemuan ini. Kalau pertemuan ini dirahsiakan dari ahli PAS, kami tak kisah, ini, dengan pimpinan PAS pusat pun dirahsiakan... Apa nii.
Maaf saya terpaksa meluahkan perasaan ini
12:46 PM
straight to the point.ustaz saya lihat tidak sebulu dengan anwar ibrahim.ustaz tak sebulu kerana rasa anwar akan hancurkan agama,gadai bangsa .tapi kenapa ustaz xberusaha pergi berjumpa,berbincang dengan beliau.tanya pendirian beliau.adakah benar?ustaz macam seorang yang marah dengan seseoarang tu buat kejahilan,tapi ustaz xnak tegur,tapi duk membebel sorang2.saya lihat ustaz percaya dengan dakyah umno yang DSAI ni akan gadai.memalukan.ustaz semangat assabiyah terlebih.ustaz lebih suka bekerjasama dengan UMNO dari dengan rakan2 dalam PR.kalau UMNO betul2 jaga Isalm kenapa baru sekarang nak beria2 kata pertahan Islam.siapa yang tarik bantuan perkapita SAR??????siapa yang hapus jawi??siapa yang pertahankan ISA????siapa pula yang menyuruh sains dan matematik dalam bahsa Penjajah???kalau ustaz lebih suka berbincang dengan UMNO,bermakna ustaz menyokong undang2 zalim.jangan jadi pembelot.
8:00 PM
Asalamualaikum Ustaz,
Saya mohon kebenaran ustaz untuk meletakkan artikel berguna ini ke dalam blog saya(saya masukkan terlebih dahulu). Sekiranya ustaz tidak benarkan, saya akan keluarkan kemudian
11:51 PM
Ustaz,
Boleh huraikan isu khilaf ini dengan mengambil contoh perang saudara yang berlaku diantara penyokong Iman Ali RA dan golongan yang diketuai oleh Sayidyina Aishah RA, sehingga ramai para sahabah dan ulamak telah terkorban.
Apakah tujuan anonymous 1 & 2 mengeluarkan isu Muzakarah / Muqabalah diantara UMNO dengan PAS?
12:18 PM
Masih ada lagi golongan yang tak habis-habis berburuk sangka. Bersihkanlah hati anda dan terimalah kenyataan bahwa TGHH dan beberapa pemimpin terlibat tidak mungkin akan bersengkokol dengan UMNO melainkan sekiranya didalam pakatan rakyat PAS gagal untuk membela dan menegakkan syiar Islam.
12:22 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home