" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, November 09, 2008

Kedai Kopi
Berpotensi Menjadi Medium Dakwah

Kedai Kopi atau nama timangannya Warung Rakyat memang tidak ubah seperti Dewan Rakyat sidangnya .

Malah Dewan Rakyat kadang kala dilihat saling tidak tumpah seperti Warung Rakyat . Kebingitannya menggamat suasana dengan perbahasan tanpa kawal.

Pelbagai topik dibincang dan aneka variasi para panelnya pula bermacam intonasi suara mereka , melengkapkan kemeriahan suasana kedai kopi .

Hanya berbekalkan segelas kopi Radix , ada yang mampu bertahan 3 jam di kedai kopi untuk ber"bahas" tanpa henti bersama team mereka . Sesekali mereka mampu mencuri perhatian pengunjung yang lain sekalipun meja sidang mereka agak jauh dari yang lain .

Sidang tanpa minit ini sememangnya meriah saban hari tanpa rehat dan cuti . Ia dikunjungi oleh pengunjung regular dan sesekali kelihatan kelibat orang baru yang hadhir untuk mengambil bahagian dalam apa jua perbahasan yang tentu sahaja berlainan topik dari hari ke sehari .

Dari hal anak sekolah melanggar disiplin hinggalah cerita menteri rakus menyeleweng , dari hal kerja urus sawah ladang hinggalah cerita kerajaan mentadbir negara , dari hal kampung diancam Mat Pit hinggalah cerita negara dilanda korupsi . Begitulah luasnya tanpa sempadan perbahasan di kedai kopi yang tentunya pula tiada panel order dari tuan empunya kedai kopi.

Kedai kopi bagai pusat percambahan minda yang hidup dan praktikal . Jelas kebanyakkan pengunjung kedai kopi sukar meninggalkan tabiat ber"sidang" saban hari di kedai kopi bukanlah kerana kopinya sangat , tetapi kerana ingin mendapatkan maklumat baru dan ingin mengetahui isu - isu "panas" malah turut ingin membahaskannya sendiri .

Merka kelihatan seperti golongan yang peka dan pro aktif . Mereka tidak meninggalkan isu berlarutan tanpa mereka mengambil bahagian untuk membahaskannya sekalipun melanggar giliran berbahas .

Saya rasa , atas sebab inilah ada pandangan yang mewajibkan sesiapa yang nak jadi wakil rakyat atau calun ingin memenangi pilihanraya agar mengunjungi kedai kopi malah kalau boleh ia mesti membelanja semua pengunjung yang juga menjadi pengundi di kawasan mereka .

Calun yang segan turun ke kedai kopi dilihat sebagai calun yang tidak mesra rakyat , kedekut , sombong dan 1001 label negatif disabitkan kepadanya .

Saya mungkin tidak bersetuju dengan pandangan tersebut , namun realitinya menunjukkan sebahagian dari pandangan itu memiliki kebenarannya bahkan tidak boleh disangkal . Demikian penangan kedai kopi .

Akhirnya saya bersetuju jua bahawa calun dan bakal calun pilihanraya malah Yang Berhormat yang sudah memenangi kerusi DUN atau Parlimen turun mengunjungi kedai kopi . Tetapi bukan hanya terhenti setakat ingin mengambil perhatian pengundi atau mahu dilihat mesra rakyat .

Dakwah di Kedai Kopi

Tetapi untuk menyertai medan "percambahan minda" dan meninjau maklumat serta isu terkini yang hangat dipasaran agar kita "pejuang , daei , pimpinan , bakal calun , calun atau Yb " dapat memandunya ke arah pembentukan fikrah Islami yang benar dan tulen .

Terkadang perbahasan mereka diakhiri dengan kesimpulan yang salah dan maklumat mereka juga mungkin tidak tepat dan perbahasan mereka juga sesekali dilihat keterlaluan . Penuh dengan pra sangka , fitnah dan kabur dari situasi yang sebenar .

Maka kita selayaknya membetulkan keadaan dengan memandu suasana dan menguasai keadaan . Mungkin kita boleh masuk bersama team yang dirancang untuk menembusi benteng perbahasan jika sukar untuk menguasainya secara solo ( individu ) .

Tapi kena ingat , kita mesti senantiasa up date maklumat kerana pengunjung kedai kopi sebahagian besarnya dianggap lebih advance dalam mendapat dan mengolah isu malah mendahului Dewan Rakyat dan keputusan kabinet .

Tidak mustahil , wakil rakyat pun up date maklumat mereka sebelum bahas di Dewan Rakyat atau negeri dari maklumat yang diperolehi di kedai kopi . Bezanya kedai kopi tidak legal dalam menerima maklumat dan membuat keputusan . Cuma adakalanya maklumat kedai kopi lebih tepat dan benar berbanding maklumat yang dibawah masuk ke Dewan Rakyat atau negeri , dan sememangnya ramai menyedari bahawa maklumat itu telah ditapis .

Meeting di Kedai Kopi

Zaman moden ni , menjadi perkara biasa kita melihat orang meeting di kedai kopi . Kalau dulu perbahasan dan perbincang secara tidak langsung , tetapi kini ada pengunjung kedai kopi bawa lap top dan file dan pelbagai dokumen . Kelihatan tertib dan terancang perbahasan atau perbincangan mereka .

Kini mereka bukan sahaja up date maklumat tetapi juga cara dan gaya mereka berbincang dan berbahas . Segalanya kelihatan lebih rasmi dan terancang . Malah kedai kopi pun sekarang sudah di "update"kan . Kini sudah banyak kedai kopi melengkapkan ruang legar mereka dengan kemudahan akses internet tanpa wayar .

Terdapat juga kedai kopi yang menyediakan blok khusus berhawa dingin untuk keselesaan para pembahas yang mungkin akan kepanasan ekoran panasnya isu yang dibahas .

Tidak ketinggalan , harga kopinya pun di"update"kan .

Up Date pendekatan Dakwah

Cuma saya lihat , apa yang sukar untuk di "update"kan ialah pendekatan dakwah kita agar kita selamanya mampu memandu percambahan minda dan menguasai keputusan sebelum ia disimpul menjadi fikrah umum pengunjung kedai kopi .

Saya tertarik sesetengah kedai kopi , dari inisiatif pemiliknya ( barangkali setelah menanti sekian lama , tidak juga muncul pendakwah yang mampu menguasai pengunjung kedai kopinya , ) mereka menayangkan kuliah - kuliah agama yang menarik atau movie yang berunsurkan islam pada skrin besar yang disediakan tanpa charge tambahan , tidak sebagaimana kebanyakkan kedai kopi yang hanya tahu menayangkan gusti , gusti , gusti dan bola .

Cula rambang yang dibuat , ternyata pengunjung kedai kopi dalam tempoh sehari ( biarpun kecil kedainya ) lebih ramai dari pengunjung masjid dan surau pada hari yang sama . Mungkin juga boleh mengatasi kehadhiran jamaah solat jumaat malah keuntungan kedai kopi tersebut turut mengatasi kutipan derma hari jumaat di masjid qariah .

Apakah untuk up date dakwah , maka selepas ini masjid dan surau juga kena buka kedai kopinya sendiri ?

Pak Imam ! Radix secawan !

7 Comments:

Anonymous Anonymous said...

cadangan yang BAGUS

10:51 AM

 
Blogger SyahiranMuhd said...

Slm Ust trus kan berjuang, walu beribu musuh didepan, tetapi jika ust menoleh kebelakang, beribu lagi pemuda yg sdia untuk membantu perjuangan ISLAM :)

5:49 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam ustaz,

kalau setakat poltik kedai kopi tu tak jadi masalah. saya dan family pun ada cerita2 politik bila dapat bersua sama. tu dinamakan politik dapur. sebab bercerita hal2 politik kat anjung dapur rumah. tapi malangnya ada pemimpin pas tak membataskan ruang lingkup politiknya. lebih baik bercerita politik parti sendiri dari membicarakan hal poltik parti lain. apa pandangan ustaz mengenai pemimpin pas yang buat laporan polis ada unsur rasuah dalam pemilihan umno. tak ke gila namanya tu. buat apa sibuk urusan orang lain. nik aziz sendiri tak mau komen pasal pemilihan umno. fikir-fikikanlah

tokpengulu
kualatembelingjerantut

10:33 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Mazlan Aliman buat laporan polis pasal rasuah . Rasuah ni berlaku di mana pun kita kena lapor .Ini tugas amar makruf nahi mungkar .

Keduanya , Mazlan buat laporan polis pasal rasuah dalam umno dgn harapan , dapat ditangkap dan diambil tindakan

2:13 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

jika sabit kesalahan , ini akan membuatkan masyarakat lebih yakin bahawa UMNO parti yg korup lalu org akan tolak UMNO . Ini juga satu perkiraan dalam perjuangan kita.

Selain kita serang melalui luar , boleh kita serang melalui dalam .Ini akan mengucar kacirkan lagi kekuatan dalaman UMNO. mungkin org UMNO jer yang tidak setuju laporan polis Mazlan tu sbb mengganggu kekuatan UMNO

ketiga : Kalau kita pakai lojik tak usah kacau dalamaan UMNO kerana kita mesti fikir pasal parti kita sendiri , maka usahlah kita bincang soal kerajaan sbb kita kena bincang pasal kita sebagai pembangkang . Betul kah cara berfikir begini ?

keempat : Mazlan yang saya kenal sangat rajin dan aktif membenteras segala mungkar . baru satu kali ini dia report pasal rasuah dlm umno sdg sebelum ini lebih 1001 kali beliau bertindak memerangi mungkar di luar dari umno bahkan berani menegur pimpinan sendiri bila dilihat ada kesalahan yg dilakukan .

Kelima : Kita berbaik sangka apa yang dilakukan oleh Mazlan adalah ikhlas untuk islam bagi menyelamatkan UMNO dari maksiat dan mungkar .

Bukankah nabi pernah pergi ziarah Yahudi yg sepanjang hidupnya khianat kepada Nabi . Nabi ziarah utk ajar dia mengucap sebelum dia mati . Kenapa nabi tak biarkan sahaja dia mati kafir , padan dgn jahatnya semasa hidup . peduli apa nabi dgn yahudi , jaga lah aqidah org islam tu !

Jelas sikap nabi adalah penyelamat . Nak selamatkan yahudi dari neraka .

Mazlan saya lihat sudah berjuta kali menasihati UMNO dalam ceramah ceramahnya agar UMNO hentikan rasuah , UMNO tak pernah berhenti , kita buat report polis sekali tengok , kalau kalau mereka nak serik atau mungkin UMNO ni tak mungkin serik .... wallahualam

tapi pada saya Mazlan telah lakukan satu tindakan yang baik dan benar . Mabruk Mazlan . Bravo

2:23 PM

 
Blogger Zacharias said...

Politik wang itu rasuahkah?

Salahkah ahli UMNO memancing undi dengan wang?

saya bagi contoh, kita ada pak mertua, yang ada 5 lagi menantu selain kita. Untuk ambil hati pak mertua kita tadi, kita bagi dia macam2, kita bagi juga ke ipar-duai dan biras-biras. salahkah? kalau duit kita sendiri pun salahkah?

kalau wang rakyat, harta negara, itu memanglah salah.

3:33 PM

 
Anonymous Anonymous said...

SALAM USTAZ,

ORANG UMNO NI KALAU BILAS DENGAN CLOROX SEKALIPUN MEREKA TAKKAN TINGGALKAN MAZHAB MEREKA USTAZ. PERCAYALAH...RASUAH TU AMALAN MEREKA. BUAT APA KITA TEGUR2 ALANG SEKALI MENYIBUK HAL2 MEREKA. LEBIH BAIK BUAT PERANCANGAN UNTUK TUKAR KERAJAAN. INGAT!!! KALAU DAH TUKAR KERAJAAN MESTI TUKAR KESEMUA JAWATAN TERTINGGI HINGGA KE PERINGKAT BAWAHAN DENGAN ORANG-ORANG YANG BUKAN DARI MAZHAB UMNO. INI TERSANGAT PENTING. KELEMBAPAN KEPIMPINAN PAS DI PERAK DAN KEDAH ADALAH KERANA SESETENGAH JAWATAN PENTING DALAM KERAJAAN NEGERI DISANDANG OLEH ORANG-ORANG DARI MAZHAB UMNO. PERCAYALAH TAK KEMANA PERJUANGAN PAS TU NANTI. RAKYAT NAK MELIHAT DENGAN KADAR SEGERA SEGALA JANJI2 DALAM MANIFESTO.
EMPAT SETENGAH TAHUN TAK LAMA USTAZ. KALAU DUK BERANGAN NAK PANGKAT DAT'O HENTIKANLAH...


TOKPEGULU
KUALATEMBELINGJERANTUT

8:39 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home