Muhasabah Diri
Mencetus Kesedaran Sanubari
Antara kegemaran saya ialah merenung dan mengamati air laut . Cukup menenangkan jiwa . Hilang sebahagian besar masaalah yang sekian lama bersarang dalam kepala dan memeningkan otak .
Tambahan pula air laut di Langkawi ini tenang tidak berombak . Cukup damai dan syahdu .
Biarpun terkadang , fizikal dan jiwa ini menjadi kasar lantaran terpaksa menongkah arus deras yang melanda benteng perjuangan . Justeru musuh tidak pernah berlunak terhadap pejuang - pejuang Islam .
Tetapi Jiwa yang lembut dan halus sangat diperlukan untuk keberkesan dakwah dalam banyak keadaan dan suasana dengan saya tidak menafikan bahawa terkadang memerlukan ketegasan atau kekerasan dalam keadaan tertentu .
Mengambil masa sebegini untuk melempar jauh pandangan mata dan sorotan mata hati ke tengah laut , mampu melunakkan jiwa dan menjadikannya halus dan menyusup lembut sambil menghayati apa jua kesan ciptaan Allah swt sehingga akhirnya menitiskan air mata insaf.
Pejuang Islam dalam banyak keadaan sewajarnya menyediakan diri untuk bermuhasabah setelah kita banyak beraksi di tengah medan guna menilai apakah tindakan dan gerakkerja kita selama ini berhasil dan berupaya mengundang redho Allah Jalla wa A'la .
1 Comments:
Assalamualaikum ustaz...bleh terangkan mengenai Aliff (ALLAH),BA (BAHAALLAH),JIM (JALALULLAH) DAN DAL( DINULLAH)...minta maaf jika terdapat sebarang kesalahan
11:12 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home