Tuan Guru Omar Zuhdi
( Tok Guru Pondok Lanai Kedah )
Menziarahi maqam para ulama' dan orang - orang soleh sangat menginsafkan kita . Bukan sahaja mengingatkan kita kepada kematian tetapi juga mengingatkan kita kepada sejarah silam perjuangan mereka menyebarkan ilmu agama Allah di atas muka bumi
Saya sangat teruja apabila berkesempatan menziarahi maqam para syuhada' dan para ulama yang soleh .
Kegigihan , kehebatan dan kezuhudan mereka kembali dikenang untuk dihayati . semoga hidup ini terus dipandu petunjuk .
Kadang - kadang biarpun kita sedang mengenderai bahtera perjuangan , namun kelalaian dan kealpaan tetap menjengah . Sesekali berpeluang begini , semangat perjuangan saya kembali segar dan marak . Insaf dan sedar betapa masih terlalu dhaif diri ini untuk bergelar seorang pejuang Islam yang sejati . Masih dangkal ilmu di dada dan masih mentah pengalaman .
<
2 Comments:
Pengajian Kitab Sairus Salikin oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki al-Nadwi
Tarikh: 24 Dhulqaedah 1429/ 22 November 2008 (Ahad)
Lokasi: Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya (akan dimaklumkan sekiranya terdapat perubahan)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
http://pondokhabib.wordpress.com
9:44 AM
Saya mempunyai keluarga di Parit Panjang dan sering pulang ke sana. terima kasih kerana tuan sudi menjenguk pejuang di Baling. Semoga Allah s.w.t. memberikan kebaikan kepada kita semua. Teruskan perjuangan.
9:59 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home