" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, November 18, 2008

Pusara Asy Syahid
Ustaz Ibrahim Libya.

Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya adalah satu nama yang telah menempa sejarahnya yang tersendiri apabila asy syahid dan rakan - rakan akhirnya gugur sebagai syuhada' ditembak mati dengan menggunakan peluru "getah" UMNO dan BN

Peristiwa yang berlaku pada tahun 1985 ( masa tu saya sedang menduduki SRP di tingkatan 3 )

Zaman Asy Syahid inilah saya masih ingat lagi bagaimana tamrin dan qiamulail menjadi budaya parti . Malah pernah mengikuti ucapan Asy Syahid dalam satu tamrin yang banyak mengupas mengenai slogan Jihad adalah jalan perjuangan kita dan Mati syahid adalah setinggi - tinggi cita - cita kita .

Hari ini saya bertanya pada diri sendiri , apa masih ada penghayatan terhadap slogan tersebut dalam perjuangan Islam ini ?

Slogannya mungkin masih ada tetapi penghayatannya , saya rasa kian pudar dan kian malap . Ayuh sahabat seperjuanganku , marilah kita menyemarakkan kembali semangat juang dan jihad tanpa batas demi mendaulatkan syariat Allah swt sehingga kita sanggup menjadikan darah dan nyawa kita sebagai taruhan .

Tunggu apa lagi sahabat !? . Bukan saya ajak ke medan tempur yang menumpah darah , tetapi cukup dulu untuk kita turun ke medan dakwah dan siasah , memerangi segala kemungkaran dan maksiat yang kian berleluasa dan bermaharajalela .

Atau kita masih menyusun kalimah yang indah dan kemas lagi bijak untuk dijadikan satu alasan kukuh oleh lidah yang petah bahawa kita mempunyai keuzuran untuk tidak turun ke medan ?

Hayatilah firman Allah swt :

يا أيها الذين ءامنوا ما لكم إذا قيل لكم انفروا في سبيل الله اثاقلتم إلى الأرض أرضيتم بالحيوة الدنيا من الآخرة فما متاع الحيوة الدنيا في الآخرة إلا قليل إلا تنفروا يعذبكم عذابا أليما و يستبدل قوما غيركم و لا تضروه شيئا و الله على كل شئ قدير

Wahai orang yang beriman ! Apa sudah jadi kepada kamu !? Apabila dikatakan kepada kamu , segeralah ke medan juang fi sabilillah , kamu memberatkan papan punggung kamu ke permukaan bumi , adakah kerana kamu redha dengan kehidupan dunia berbanding akhirat ? maka tidaklah kenikmatan dunia itu berbanding akhirat melainkan ia adalah suatu yang sangat sedikit nilainya .

Jika kamu masih enggan untuk segera turun ke medan juang , nescaya kamu akan diazab oleh Allah dengan suatu azab yang sangat pedih dan kalian akan diganti dengan satu golongan selain dari kamu dan kamu sekali kali tidak boleh mendatangkan sebarang mudarat kepada Allah swt dan Allah swt adalah Tuhan yang berkuasa di atas segala suatu .

Surah at Taubah : 38 - 39

Kenangan Memali boleh dibaca disini :

5 Comments:

Blogger Alias Mohd Yusof said...

Sebelum pergi jihad tu ada baiknya kalau ustaz cuba kuruskan badan ustaz tu dulu, kerana sesungguhnya Abu Bakar AsSidiq itu kurus tubuh badannya.

9:31 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Walau begini susuk tubuhku , pasti aku tidak akan lengah untuk turun berjuang dan berjihad .

Terlentang minum embun , tertiarap makan tanah , namun ku gagahkan diri untuk turun ke medan sehingga ke titisan darah yang terakhir insyaallah .

Jangan pula gemuk dikata tak sesuai berjuang kerana gemuk dan nanti apabila kurus dikata tak larat pula memikul tugas .

Apa pun , akhi alias jgn bimbang , laa ni saya sedang amalkan diet sikit sikit .

sebulan ni dah turun setengah kilo . Kalau alias ada petua yang baik , bagi tahulah .

sejak 4 bulan kebelakangan ini , ana tak makan banyak tapi tubuh tak susut .

apa pun , perjuangan dan jihad saya harapnya tidak terbengkalai

9:37 AM

 
Anonymous Anonymous said...

SALAM USTAZ...

AHLI-AHLI PAS YANG BERUMUR LINKUNGAN 50AN MASIH SEGAR AKAN INGATAN MEREKA TRAJEDI MEMALI NI. ORANG TUA SAYA SELALU SEBUT DAN PERJUANGKAN TRAJEDI INI.SETIAP HARI MENAGIH PEMBELAAAN TERHADAP PEJUANG-PEJUANG MEMALI HINGGA KE HARI INI. APA USAHA USTAZ SELAKU ORANG MUDA DALAM MEMPERBETULKAN FAKTA2 YANG DISELEWENGKAN OLEH KERAJAAN UMNO/BN MENGENAI TRAJEDI MEMALI????

TOKPENGULU
KUALATEMBELING

6:31 PM

 
Blogger Panglima Perang Cyber said...

Salam ust...

Ada baiknya jika dibuat kajian, apakah dakwah dalam politik lebih berjaya berbanding dakwah seperti guru pondok yang buka pusat ilmu asuh umat.

Mana lebih menaikkan maruah Islam dan mana yang lebih bermakna dalam menjana tarbiyyah ruhiyyah zahir batin macam akhlak Rasulullah ?

Suasana di pondok ka atau suasana dalam masyarakat yang tdk ada Biah Solehah ?


Maaf jika soalan saya panjang untuk Ustaz baca.

p/s : tentu ustaz ada pengalaman lama berguru dengan alim ulama.

di institusi bergelar pondok dalam luar negara...



Jemput baca artikel tentang Blogger Pembela Negara di blog saya..

1:17 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ya tantawi..ana rasa enta kna cari identiti sendirilah..enta msti ckp cara enta brcramah skrg n anything else about yourself is truly yourself..but i think you lie..enta ana dpt rasakan sebagai seorang yang agak gilakan darjat dan pujian, populariti. enta cuba membentuk autoriti perwatakan..tapi yakinlah, autoriti perwatakan yang enta anuti itu tidak akan bertahan lama dan lebih penting..tidak akan membawa apa-apa manfaat untuk jihad fisablillah..ubahlah cara enta..enta bukan TG Hadi Awang..bahkan tidak layak pun walau sekadar bergelar TG Hadi Awang Jr. jauh panggang dari api. Bentuk identiti sendiri. Biar tergagap-gagap seperti Salehuddin Ayub..yang penting..dia ada identiti sendiri..

Teguran Ikhlas dari orang yang tidak meminati dan mengagumi ustaz..tetapi meminati dan mengagumi Allah S.W.T..Wallahua'lam..-Bahrin, Lembah Palas, Changlun, Kedah.

3:55 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home