" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, November 18, 2008

Musafir Kelana
Tenang Jiwa Luas Pandangan

Sesekali keluar dari kesibukan aktiviti rutin harian dan kepadatan jadual program , berkelana menjelajah sebahagian kecil sudut bumi Allah ini amat menyegarkan minda.

Dalam perjalanan saya ke Kuala Perlis sebelum menaiki feri menuju ke Langkawi untuk menghadhiri majlis ceramah di sana , saya mengambil kesempatan menikmati sepenuhnya keagungan Allah swt di satu kawasan tinggi sekitar Pengkalan Hulu.

Menyaksi kawasan pergunungan yang puncaknya diliputi awan pula dalam suasana udara yang segar dan iklim yang sejuk menyegarkan sudah cukup membekalkan "tenaga" kepada minda saya . Sebulan kebelakangan ini , jadual aktiviti agak padat dan heavy . Terasa penat seluruh urat saraf dan letih otak kerana banyak memerah tenaga dan idea untuk perjuangan suci ini .

Alhamdulillah , berada di kawasan tinggi meninjau pemandangan yang cukup indah dan menakjubkan , ianya bagai "aura therapy" yang menyuntik kesegaran buat yang diri yang keletihan ini .

Terasa diri ini amat kerdil berbanding gunung ganang dan bukit bukau yang gah tersergam menjangkau awan dan langit biru . Mengingatkan saya kepada firman Allah swt :

إنا عرضنا الأمانة على السماوات و الأرض و الجبال فأبين أن يحملنها و أشفقن منها و حملها الإنسان إنه كان ظلوما جهولا

Sesungguhnya Kami ( Allah swt dengan segala kebesaranNya ) telah membentangkan amanah ( Islam/al Quran ) kepada langit , bumi dan bukit bukau , semuanya enggan menerima amanah tersebut lalu tampil manusia mengaku sanggup lantas menerima amanah tersebut . Sesungguhnya manusia adalah zalim lagi jahil .

Mengenang ayat ini , saya agak gementar apabila saya melihat jauh kepuncak gunung yang diliputi awan , tentu sahaja gah menunjang bumi tetapi sangat takut kepada Allah swt berbanding diri ini sebagai insan biasa yang kecil lagi kerdil tetapi angkuh dengan segala kehidupannya pula banyak mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba .

Ya Rabbi Ya Allah ! Ampunilah daku dan berikanlah kekuatan kepada ku untuk terus thabat dalam perjuangan ini sebagaimana Engkau Ya Allah , Tuhan yang telah mantapkan gunung ganang ini memaku bumi .

لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين

Tiada Tuhan Yang Layak di Sembah Melainkan Engkau Ya Allah ! Maha SuciMu sesungguhnya aku terdiri dikalangan orang - orang yang zalim .

ربنا ظلمنا أنفسنا و إن لم تغفرلنا و ترحمنا لنكونن من الخاسرين

Ya Allah Ya Tuhan Kami , Kami telah menzalimi diri kami , sekiranya Engkau tidak ampunkan kami dan merahmati kami nescaya kami akan termasuk dalam golongan orang - orang yang rugi.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home