MUJALASAH ULAMA'
DAN PIMPINAN
Tradisi soleh golongan as saabiquunal awwalun ialah ziarah dan talaqqi fikrah dan khibrah perjuangan bersama tokoh - tokoh tertentu saban minggu dan bulan .
Mujalasah ( duduk bersama ) dengan tokoh seperti pimpinan jamaah atau para ulama kita yang berjuang gigih sepanjang usia mereka adalah suatu yang penting malah mampu membekalkan daya juang yang tinggi kepada kita .
Kita boleh mendengar sendiri kalimah - kalimah bernilai secara langsung dari mereka yang tentunya kaya dengan pengalaman berjuang dan masak dengan ujian yang telah mereka hadapi sepanjang tempoh perjuangan ini , bahkan kita dapat berdialog dengan penuh mesra dan yakin untuk mendapatkan tips - tips yang bermanafaat dari mereka sebagai bekalan kita yang bakal menyambung perjuangan mereka .
Istimewanya kita mujalasah bersama ulama dan pimpinan kita , kita dapat peluang keemasan untuk menyelami isi dan suara hati mereka , fikrah mereka malah mungkin kita akan dapat mendengar rintihan mereka yang sememangnya kita tidak akan dapat dengar dari mereka sewaktu mereka di pentas perjuangan berhadapan dengan masyarakat awam atau sewaktu mereka memimpin dan mengeluarkan arahan di dalam mesyuarat .
Mujalasah kita bersama tokoh pimpinan dan ulama' kita akan banyak membuka mata hati kita untuk lebih terang melihat laluan perjuangan yang sukar dan sengit ini , kerana kita dapat mempelajarinya secara talaqqi ( secara langsung dan berhadap ) dengan tokoh tersebut . Apa yang lebih penting kita dapat menyerap semangat secara spiritual apabila kita dapat menatap raut wajah mereka dari dekat yang penuh seri dengan zat - zat perjuangan .
Justeru mujalasah tidak hanya terhenti setakat muqabalah ( bertemu ) dan muzakarah ( berbincang ) kita dengan tokoh tersebut , tetapi duduk bersama ( mujalasah ) dengan membawa maksud menghayati hubungan bersama ( kita dengan tokoh tersebut ) sebagai hubungan seorang pejuang dengan pemimpin/ulama'nya.
Kehadhiran kita untuk bermujalasah dengan pemimpin dan ulama' - ulama' kita bukan sekadar terhenti setakat setakat isu atau perkara yang kita hendak bincang tetapi lebih bermaksud hadhir untuk turut duduk dan merasai bersama pengalaman perit jerih perjuangan dan penuh tawadhu' hadhir untuk mendengar nasihat serta tunjuk ajar .
Saya sarankan agar kita sebagai generasi pelapis dapat menghidupkan budaya mujalasah dengan tokoh - tokoh pimpinan dan ulama' kita .
Formula Untuk Generasi Pelapis
Insyaallah , mujalasah ini akan mewujudkan motivasi diri yang tinggi untuk terus melangsungkan perjuangan ini biarpun sukar dan payah . Selain ia juga turut merapatkan hubungan kita dengan pimpinan dan menjadikan kita lebih sayang dan hormat pimpinan kita . Mungkin ini boleh jadi formula bagaimana untuk kita mengatasi sikap kurang sopan , keterlaluan tingkah laku dan tidak hormat kita kepada pimpinan .
Sebabnya , dipentas terbuka boleh jadi kita lihat tindakan pimpinan kita ni kurang tepat atau tidak betul mengikut persepsi kita . Malah kita juga boleh mencurigai pimpinan kita sendiri berasaskan tindakan mereka yang kita lihat dari jauh . Sementara kita tidak sampai untuk menyelami isi hati mereka , kenapa sampai terdorong mereka melakukan sesuatu tindakan demikian ?
Saya kira , mujalasah antara satu jawapan untuk menyelesaikannya . Kita pergi bukan dengan hasrat untuk berbincang isu atau perkara - perkara tertentu sahaja tetapi kita pergi ke rumahnya dengan membawa buah tangan , pula dengan niat atau hasrat untuk duduk bersama dengan maksud ingin menyelami dan memahami mereka sebagai pimpinan dan ulama' kita .
Kadang - kadang kita menjadi kasar dan keras tindakan berdepan dengan pimpinan dan ulama' - ulama' kita kerana kita tidak pernah ambil masa untuk duduk bersama mereka , menghayati dan memahami isi hati dan tindakan mereka yang pastinya banyak pengalaman dan kaya dengan vitamin perjuangan kerana mereka adalah golongan terdahulu daripada kita terjun menapak di pentas perjuangan ini .
Mujalasah turut menginsafkan kita setelah dapat duduk dan lihat sendiri secara dekat bagaimana kehidupan dan kedudukan pimpinan atau ualama' kita yang sebenarnya , disebalik tabir perjuangan yang penuh dengan pertempuran dan hiruk pikuk politiknya .
Mungkin selama ini kita melihat mereka sebagai keras , angkuh dan sukar didekati . Ya ! kerana kita melihatnya di medan politik yang kecamuk dan penuh tipu daya serta terdedah kepada aksi - aksi spontan membalas tindakan musuh yang keras dan datang pula secara tiba - tiba .
Namun apabila kita berpeluang untuk mujalasah bersama mereka ( pimpinan dan ulama' kita ) , kita akan dapati mereka adalah seorang yang tinggi akal budi , mesra dan riang malah hebat dan kaya dengan strategi berasaskan ilmu dan firasat seorang mukmin yang mujahid .
Sekurang - kurang mujalasah , pada hemat saya biarlah lebih dari separuh hari . melibatkan aktiviti tidak langsung seperti berbual mesra , makan , solat dan riadhah bersama dan lain - lain .
Contoh , kalau di negeri Pahang tokohnya ialah Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man . Beliau adalah seorang yang suka memburu . Mungkin kita boleh ambil peluang bersamanya masuk hutan beberapa hati . Kita lihat bagaimana gaya kehidupannya sebagai seorang pemimpin diluar medan tempur disamping kita boleh berbual panjang penuh kemesraan dan boleh juga kita bertanya apa jua soalan untuk menyelesaikan isu yang kita hadapi di medan tempur .
Saya percaya , jawapan yang akan diberikan pada masa itu adalah jawapan yang datang jauh dari sudut hati kecilnya yang mungkin sukar untuk diluahkan apabila menjawab soalan wartawan yang akan menyiarkan jawapannya kepada umum .
dan kita pula berpeluang untuk bertanya kembali atau menghujahinya semula jika kurang berpuas hati dengan jawapan beliau dalam suasana mesra bukan emosional sebab suasananya adalah suasana yang tidak formal dan suasana itu juga lebih kepada suasana kekeluargaan .
Masa dan Tempat Mujalasah
Begitulah dengan tokoh - tokoh yang lain . Bermula dari Mursyidul Am hinggalah kepada pesuruh jaya - pesuruh jaya di negeri . Namun kita juga harus bijak memilih masa dan tempat untuk mujalasah tersebut .
Mujalasah di pejabat pula dalam suasana formal macam wartawan datang nak interview itu tidak akan mendatang hasil dan maksud mujalasah . Atau mujalasah dalam keadaan tergesa - gesa kerana pimpinan kita pada masa itu sedang dihambat jadual aktivitinya yang ketat , maka juga dilihat tidak sesuai .
Ertinya kita kena cari masa yang sesuai dan tempat yang munasabah seperti di rumahnya , dimasjid selepas kuliahnya , menemaninya dalam perjalanan / musafir yang jauh dan sebagainya yang difikir sesuai .
10 Comments:
salam, ustaz ana cadangkan ustaz remove gambar tersebut, kerana yang hadir tu mungkin para pelajar, yang tak mahu identiti mereka dikenali
3:30 PM
w'salam.
Walau tidak dikenali di dunia , dia tetap akan dikenali di akhirat. Semoga Allah merahmati kita semua
3:53 PM
Assalamualaikum,ustaz...
ana rindukan majlis ilmu bersama ulama'. DI Labuan masih amat kurang ulama haraki..
Alangkah gembiranya kalau para ulamak haraki dapat turun secara berkala ke bumi labuan. Kami para pelajar IPT di sini rindukan sentuhan ulamak...
Hadif Ulwan
Pelajar di Labuan
9:30 PM
Insyaallah , kita akn pergi tidak lama lagi . insyaallah selepas musim hujan nih
11:51 PM
takbeer.. allahuakbar
12:12 AM
Remove gambar ?
Emmm....nak berjuang tapi takut,
Camna tu ?
4:55 AM
seperti kata ustaz, kena wajibkan diri berjuang, dengan cara masing-masing. Orang sibuk berjuang cara sibuk. orang kaya, berjuang cara kaya. orang miskin berjuang cara miskin.
There's always place and time for everything. Jemaah yang matang juga, akan 'menghargai' situasi semua orang, dan meraikan mereka.
bukan cepat menghukum. Orang tak ke depan, takut. Orang tak bagi duit, kedekut. Orang tak ini dan itu, ada sahaja hukuman yang kita beri.
Saya bagi satu contoh, ada pelajar, yang ditaja oleh pihak kerajaan. Memang wang kerajaan, tapi dikawal oleh BN/ UMNO. maka bila budak ni menonjol, scholarship dia ditarik.
Memangla kita boleh kata ini semua mehnah etc, tapi itu tak menyelesaikan situasi sahabat tu. Adakah kita sama-sama akan 'sponsor' pengajian beliau hingga tamat? atau biar ia sangkut di tengah jalan sebagai 'pengorbanan dalam perjuangan'?
Lagi contoh: saudara/i anonymous yang tak berani letak nama dalam komen. saya yakin, ada sebabnya, tapi wajarkah hanya dengan saudara/i tak rulis nama, saya hukum saudara/i penakut?
6:43 AM
Mujalasah ( duduk bersama )konsep ini pernah saya ikuti beberapa tahun lepas,membangkitkan semangat persaudaraan yang mantap dan jitu,sanggup susah senang bersama,mmg tak tergambarkan keakraban satu sama lain....
10:01 AM
encik zacharias,
jika nak bertakbir, sila eja TAKBIR!!!
ejaan saudara boleh memberi maksud lain..
tak tau la pulak jika saudara memang berniat nak provok..
8:34 AM
Aik, eja takbeer pun ada betul ada salah? untuk makluman saudara, takbir dalam bahasa arab, dieja dengan ada huruf 'ya' dan kalau dilakukan transliteration, dieja dengan takbeer.
Cuba lihat buku-buku bahasa arab yang diterjemah ke dalam bahasa inggeris.
Boleh saya tau apa maksud lain tersebut?
1:15 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home