" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, December 04, 2008

CUTI MENULIS
KERANA DEMAM


Pada 4 & 5 Disember Dewan Muslimat PAS Kawasan Rompin telah meneroka buat pertama kalinya mengadakan KEM TOHARAH dan AMALI SOLAT . Kem ini diadakan khusus untuk pelajar / remaja perempuan berusia 9 hingga 17 tahun di dua tempat iaitu di PASTI KERATONG 5 dan KUALA ROMPIN .

Idea menganjurkan Kem Toharah dan Motivasi Solat ini telah dicetuskan oleh barisan AJK Dewan Muslimat Rompin . Cadangan ini dibuat hasil dari penilitian AJK yang merumuskan bahawa keadaan remaja kita hari ini semakin jauh dari menghayati Islam secara sempurna , lebih-lebih lagi dalam menitik beratkan bab TOHARAH dan SOLAT itu sendiri.

Sebagai ibu bapa, kita kadang terlepas pandang untuk memberi perhatian serius dalam dua tanggungjawab besar ini , sedang ia adalah penentu penyempurnaan dan penerimaan amalan seseorang disisi Allah Azza Wajalla.

Atas Kesedaran inilah , maka Dewan Muslimat PAS Rompin berusaha sedaya mampu untuk mengeluarkan generasi remaja kita hari ini dari kepompong kejahilan untuk beramal berdasarkan amalan Islam sebenar.

Alhamdulillah, sambutan amat mengalakan. Walaupun AJK dan masyarakat setempat masing-masing sibuk dengan urusan balik kampong dan persediaan menyambul IEDUL ADHA ,Dewan Muslimat telah Berjaya mengumpulkan seramai 110 peserta dikedua-dua tempat ini. Pendaftaran yang dikenakan hanya RM 10 sahaja.


Objektif Program ialah untuk :


· Memberikan kesedaran dan keinsafan kepada pelajar /remaja tentang peri perlunya menjaga kebersihan diri dan mengambil perhatian serius bahagian TOHARAH.


· Menyuntik ransangan ke arah perubahan tingkah laku,Penampilan Diri secara Sempurna, cara berfikir dan beramal mengikut kaedah dan Syariat Islam sebenar dalam membentuk perkembangan masa depan yang lebih gemilang.


· Membentuk pelajar / remaja yang dapat istiqamah dan mampu menjaga kualiti dalam melaksanakan tanggongjawab beribadah kepada Allah serta mempunyai sahsiah yang cemerlang bagi melahirkan generasi yang berketerampilan , proaktif, agresif serta kental dalam menghadapi segala bentuk cabaran dan kekurangan.


Pengisian Program dimulakan dengan pembentangan Kertas Kerja bertajuk “TOHARAH SEMPURNA MENGHASILKAN IBADAH BERKUALITI & DITERIMA ALLAH“ merupakan tema KEM TOHARAH kali ini tlh disampaikan oleh Ustazah Hajjah Hamidah Hj. Daud.


Slot kedua pula bertajuk “KEPENTINGAN TOHARAH DALAM KEHIDUPAN REMAJA MUSLIM” disampaikan oleh Ustazah Yusmaria Yusuf . Selepas makan tengahari dan solat zohor peserta didedahkan dengan praktikal toharah dan amali solat yang dipimpin oleh beberapa orang AJK DMP Kawasan dan fasilitator jemputan yang merupakan pelapis Dewan muslimat Rompin iaitu Izzati Farhana ( dari Mesir ) Dan Nor ‘afiah ( dari Syria ).


Pengisian terakhir tlh disempurnakan oleh Ustazah Maznah Ahmad dengan tajuk “ PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI :BAGAIMANA INGIN MENJADI ANAK SOLEHAH ? ” Ketiga-tiga Penceramah adalah AJK DMP Kawasan.


Penutup Kem Toharah ini diceriakan dengan Majlis Penyampaian Cenderahati dan Penghargaan kepada anak-anak ahli PAS yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR baru- baru ini.

26 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Ait... demam pun beritahu kat orang ... Apa niiii... Nak suruh orang kesian laa tu...

Tadi jam 5 petang (Khamis 4 disember) saya nampak ustaz dan isteri makan di warung tepi jalan kat batu 12 tak jauh dari Shell. Nampak ceria je.. tak de pun tanda-tande macam demam.

Cakap cuti ada urusan.. tak payah laa nak minta simpati, beritahu demam laa... sakit urat laa..

Tengok YB salahuddin... Kita orang pun tak tahu bila dia sakit atau demam... tak pernah dia jaja merata-rata.

Ingat.. kalau ustaz sakit... sapa pulak nak jadi panglima lawan erdagon and the geng.

7:57 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Demam banyak kategorinya. Kadang kuat, kadang tak kuat. Kadang-kadang pagi demam, ptg dah okey, cuma tak sekuat pagi.Oleh itu demam tak semestinya duduk terperap kat rumah.

Lagi pula hukum nak bagi tahu org lain demam, hukumnya mubah sahaja. Oleh kerana ianya bukan benda haram, takyahlah nak kecoh-kecoh.

Lainlah kalau ustaz Din buat perkara haram....baru kita patut pertikaikan tindakannya itu.

Semoga ustaz Din segera sembuh .... supaya boleh bagi ceramah dsbgnya.


Masih basah...Kenangan Indah,
Zaman cemerlang...Era gemilang,
Ketika Rasul Ada di sisi,
Para Sahabat mentadbir bumi,
Zaman nubuwwah...Era khulafah
Islam laksana api yg menyala

RIRK

8:33 PM

 
Blogger Zacharias said...

Semoga Ust cepat sembuh, dan sentiasa dikurniakan kesihatan. Saya rasa blog ini sangat penuh dengan pengisian bersifat haraki, dan memang 'enjoy' baca tulisan ust.

Kepada En Anonymous, tak payah la nak mengata orang kalau nama sendiri pun tak berani sebut. Baru la transparent dan telus

9:52 PM

 
Anonymous Anonymous said...

hoi anonymous yg mula2- awat hang pelak dan lok lak sgt? org kata, demam, demam la, yg pertikai perli2 pasai apa? Nanti hang demam tak bangkit2 baru padan muka! Jaga sikit bahasa hang kat ulamak.....

10:49 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Sdra anonymous pertama bahasanya lembut je, tapi tajamnya bukan main. Aduh....main kasar nampak !

Saudara anonymous 10.49pm pon lebih kureng je kasaqnya !!

Anonymous pertama nampak lebih rasional, manakala anonymous 10.49pm nampak emosional dan fanatik individu siket.

RIRK

11:58 PM

 
Anonymous Anonymous said...

hehehe....macam-macam perangai komentator kat sini. kalau saya yang membacanya boleh tergelak sakan, apatah lagi tuan punya blog ini...

biarkanlah ustaz....anggap hiburan je ni...

kepada anonymous 7:57 pm, kalau anda tak merasa kesian dgn berita keuzuran ustaz, tak payah diperpanjangkan tulisan. saya rasa tiada nilai pahala tulisan sebegitu..

1:22 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum ya Al fadhil Ustaz At-Tantawi..

Takpe la demam sekarang, insya-Allah lepas ni akan pulih dan segar semula..
ambil peluang demam ini untuk merehatkan tubuh badan dan fikiran tu, kita ada kerja berat ni kat Terengganu lepas ni...
moga segera segar dan bangkit berjuang habis2an untuk mengerah keringat, tenaga, fikiran hatta nyawa sekalipun di Kuala Terengganu nanti, insya-Allah...

8:00 AM

 
Anonymous Anonymous said...

cemburu sungguh saya, ustaz sungguh popular...
tengoklah....sependek tulisan "BERCUTI MENULIS KERANA DEMAM" berderet peminat tinggalkan 'ulasan'....popular ustaz ni.

8:37 AM

 
Anonymous Anonymous said...

bgus juga ust din mlum dia demam.skurg2nya orag yg takde otak macm 'anonymous pertama'faham bahawa pimpinan juga manusia.ada masa prlu rehat,bsama kuarga,dll..tak lah timbul isu komen pmpnan knon pmpnan tk wt kerje,duk saje..jadi,saya rasa padan dah ust din 'jadi wakil' mmhmkn org yg tk fhm bhwa pmpnan juga mnusia yg ada mslh,kkurgn dll..ok,anonymous pertama!jgn zahirkn ayat anda yg tak mmikirkn org,nanti org kata anda tolol..

12:45 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Suka saya memetik tulisan ust mokhtar dalam blog beliau berkenaan tarbiyyah rohani..dihujung tulisan itu beliau berkata (lebih kurang); Jangan lah kerap memandang dirimu kelak akan hilang allah dari pandangan mu. saya rasa orang-orang yang mengaji faham bahasa rohani itu.kata beliau lagi; ta'aruflah diri untuk dikenali bukan untuk dikagumi".saya insan yg sedang belajar

10:08 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Demam: Kifarah kepada dosa-dosa kecil...insyaAllah

10:25 PM

 
Anonymous Anonymous said...

biarlah us..jangan layan tali barut sek2 endorgan..kan perangai fitrah mereka dah begitu....suke kate kat orang..kalu at tmpt ana belajar,sek2 endorgan la paling kuat mengadu domba..nak buat macam mana,dorg x dok tmpt nak menyebarkan fahamn mereke....

10:28 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Hebat.. kejayaan tarbiyyah muqabalah kamu semua...

1. Anonymous 10.49am guna bahasa "Pelak" dan "Lok lak"
2. Anonymous 12.45 pm guna "tolol"
3. Anonymous 10.28 fitnah kononnya ada kumpulan erdagon dalam PAS. Senang senang tuduh orang mengadu domba...

Perbanyakkan lagi program tarbiyyah agar ramai lagi anonymous seperti diatas dilahirkan..

Hidup tarbiyyah muqabalah

10:58 PM

 
Anonymous Anonymous said...

anonymous 10.58: cari salah orang.sama je..keempat-empat brpnyakit.mgkin minum air hujan bnyk sgt..

12:05 AM

 
Blogger ANAK BAPAK said...

ni semua macam suara hizbut tahrir je nih..aku pernah juga dengar sembang2 orang2 hizbut tahrir kat bangi..( masa tu diorang ada majlis agaknya kat PKNS bangi, pakai baju kemeja warna merah ka oren ka kalau tak salah) dalam sembang2 tu diorang ada sebut..hentam je uts tantawi PAS tu..dia ingat dia bagus sangat..masuk dalam blog dia bagi je komen ape..biar orang pas cuak!!! haha..anonymos ni hizbut tahrir ke...?? tak leh jawab apa yang uts din tulis tentang hizbit tahrir terus terkam komen yg bukan2..buleh jadi geng2 hizbut tahrir ni apa yg taja/wujudkan geng erdoge..bukan buleh kira depa ni..spisis ni memang suka sambung kerja abdullah bin ubai dan abdullah bin saba'!!!

moga cepat sembuh ustz din..alah yg bagi komen sebenarnya orang tu jugak..ntah umno ke hizbut tahrir..same je dua jenis tuh..agak ada modal dia pun oomen ntah hape2..!!!

12:08 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Toksah dok layan la ustaz geng-geng anonymous. Cakap ada, nama tiada.

Anggap sahaja seperti kentut, bau ada, tapi objeknya tiada..

6:39 AM

 
Blogger mzFaTih said...

syafakallah ya ustaz.semoga tabah.saya merindui tulisan ustaz.moga cepat sembuh.

11:12 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Assalamualaikum

Alaihai , kecil punya cerita pun bagai nak gempa blog ni dibuatnya. Apapun ,

pertama : ana mohon maaf kiranya pengumuman ini menyinggung perasaan sebahagian dari sahabat sekelian .

Kedua :Pengumuman dibuat agar sahabat tidak tertanya - tanya kenapa ana tidak menulis dalam tempoh yang panjang. ( sebab ana tak dapat nak jangka demam ni nak kebah bila )

Ketiga : Ana tidak bermaksud mohon simpati melainkan sekadar buat pengumuman cuti menulis dan demam itu adalah sebabnya. Nanti org tertanya tanya pula kenapa cuti menulis . so , setiap suatu itu ada sebabnya dan ana maklumkan sebabnya ialah Demam . ( terima kasih kepada sahabat yang datang ziarah dan lahirkan simpati dan ana harapkan sahabat yang marah - marahkan ana tu sekadar mengusik dan mrk tetap akan doakan kesihatan ana dan kita semua mudah - mudahan .)

Keempat : Laaa , kenapa tak singgah makan sekali kalau dah nampak ana kat restoran tu . Tak baik buat mcm tu . Kan adab kita bersahabat , lain kali kalau dah terserempak singgahlah join sekali.
( cerita sebenarnya : selepas kuliah tafsir ana di akademi ar rasyidin ( Rabu mlm ), ana turun bersama anak buah dan staf akademi main futsal di semambu . Setelah selesai futsal , sampai dirumah seperti biasa - sekitar jam 12 tgh mlm - ana mengadap komputer . Masa badan ana sudah mula panas sejuk dan rasa nak demam .

Malam tu ana ambil panadol 2 biji. sukar nak tidur. Sekitar jam 4 pg kepala pening dan muntah.

Lepas subuh badan menggigil. sekali rasa sejuk dan sekali rasa panas. kepala tak boleh angkat langsung . Ana hubungi Isteri ana yg berada di felda keratong ( rumah org tua ) kerana memimpin program Muslimat PAS Kawasan Rompin supaya pulang segera ke Balok .

Sejurus selesai slot beliau jam 12 tgh hari beliau terus bergegas pulang ke Balok dan beliau sampai sekitar jam 2.30 pm bersama anak kami yg bongsu afif syaikhani.

Beliau cadang supaya ana ikut balik ke keratong ( rumah ayah )sebab beliau pada keesokan harinya ( jumaat ) kena pimpin program muslimat pula di Kuala Rompin .

Ana sebenarnya bertahan tak nak balik sebab hari khamis ana ada kelas haraki jam 6 petang di akademi dan malamnya ada kelas Syarah Hadis Riadhussolihin .

dan sepatutnya hari jumaat ( esoknya ) pula , ana kena ke Kuala Lumpur untuk memimpin mesyuarat Khas Dewan Pemuda. Tetapi , apabila keadaan semakin tidak mengizinkan , ana minta us Sharudin Pondok Penor gantikan kelas ana dan Ust Azman Syafawi ganti ana mempengerusikan meeting di KL .

Ana akur cadangan isteri ana lalu kami pulang ke keratong ( petang khamis.) berlepas jam 3.30 dari balok . ( isteri drive dan tidur jer kat sebelah )

Sampai dekat restoran mahkota sebelum gambang , anak bongsu menangis lapar kerana tak makan dari pagi lagi ( sbb umminya seharian dlm program ) Lalu kami singgah makan di restoran mahkota yang sahabat kita nampak tu . betul tu apa yang dia nampak .

Ana turun kenderaan ke restoran tu pun bertongkat . sepanjang - panjang masa tunggu makanan yg di order , ana hanya mendekap kepala atas meja keletihan sehinggalah makanan sampai , ana makanlah sedikit sup setelah selera makan hilang sejak semalam .

Lepas makan , kami singgah di sebuah masjid sebelum sampai gambang dikiri jalan , disitu ana muntah lagi dan habis keluar segala yang baru di makan . Ana terus tidur sehinggalah isteri ana kejutkan bahawa kami dah sampai ke Keratong sekitar jam 7.45 pm

Alhamdulillah ,pagi ni suhu badan sudah turun cuma kepala masih terasa berat dan badan terasa lesu sebab selera makan belum terbuka lagi.

Anak sulong ana (Iffatul Hannan) bukakan internet pagi ni dan saya membaca segala komentar disini .

Biasanya ana tidak suka menjawab komentar melainkan akur mana yang patut. Tapi pagi ni terasa nak memberi respon .Tak apa lah sesekali memberi respon .

Tapi harapnya jgnlah pula selepas ana memberi respon begini , ada lagi tohmahan dan sekali lagi ana mohon maaf kiranya ana menyinggung perasaan sahabat.

4 hari terlantar begini rasa boring juga . Tak sabar nak join sahabat sahabat semua di medan juang . doakan agar ana segera sembuh

11:59 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Muslimat Segamat.

saya pun nampak begitu . Kalau ustaz tulis panjang dan artikel ilmiah tak ada pula yg nak bagi komentar

tapi bila ustaz tulis pendek begitu berpuluh komen . kesimpulannya saya lihat dia orang tak suka baca artikel panjang hanya baca yang pendek pendek pas tu cepat buat rumusan

12:29 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Sahabat Lama :

Ustaz jgn sakit dulu ! dan ini bukan masa untuk ustaz sakit !Kitakan berhadapan dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu .

Ayuh kerahkan pemuda kita berkampung di Kuala Terengganu.

12:35 PM

 
Anonymous Anonymous said...

aduh,oi anonymous..
ape tarbiah muqabalah...
hang blajaq kat mane?
huh..
mcm2 hal2
masing2 nak tunjuk hebat..

4:54 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum wbt....

Pertamanya ana mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana di kesempatan ini, dapat ana menulis sedikit kata kata di dalam blog ustaz walaupun telah beberapa kali sudah ana menjenguk

Di sini, ana mewakili suara hati daripada semua pemuda ARAS (Akademi Rohani Dan Sahsiah) yang juga merupakan sahabat sahabat serumah ana, ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih di atas kesudian ustaz untuk bersama dengan kami semua di dalam permainan futsal pada tempoh hari

Kami cukup mengerti, sekalipun selalu terkejar kejar dan sentiasa sibuk dengan rutin harian ustaz selaku pekerja sepenuh masa dengan jamaah islam, kami benar benar berasa begitu gembira dan terharu sekali setelah dapat berentap bersama sama dengan ustaz. Setelah tiap tiap minggu kami menuntut ilmu dengan ustaz, inilah masa yang terbaik bagi kami untuk mendekatkan diri dengan ustaz dengan cara riadah seperti ini

Tiada yang lebih menggembirakan di hati kami semua melainkan dapat meluangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti riadah ini sekaligus memenuhi salah satu daripada tuntutan islam. Paling utama, terbentuknya ikatan persaudaraan yang erat di antara kita. Dan kedua, memberi stamina dan kesihatan yang baik kepada diri.

Akhir kata, ana dan rakan rakan melahirkan rasa simpati kami di atas kesihatan yang tidak baik yang telah dialami oleh ustaz. Kami mendoakan, mudah mudahan ustaz akan cepat sembuh dan diberi kekuatan yang baru untuk bangkit semula bagi mengerakkan kerja kerja islam. Sesungguhnya, ujian itu adalah tarbiyyah dari ALlah swt

Kalau ustaz kelapangan masa, bolehlah lihat aksi aksi hebat ustaz di blog saya. http://nikhafizul.blogspot.com

wassalam

2:27 AM

 
Anonymous Anonymous said...

sehari dua ni banyak perkara yang melukakan rasa.....tapi melawat blog nikhafizul sedikit menghiburkan...masih ada yang indah rupanya..

orang muda dengan perjuangan....semoga Allah beri kekuatan.

8:43 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam...

Didoakan semoga ustaz cepat sembuh dan bertambah sihat dari biasa. Semoga kegeringan itu menjadi penghapus kesilapan, amin.

Khilafah, kepastian dan kefardhuan,
-wuzara-

9:56 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Ust.. lain kali ust tulis dua tiga patah je lah, baru banyak respon... ana tengok tulisan ust yang panjang panjang, tak de respon pun... baca ke dak dia orang ni...
bila ust tulis dua tiga patah je ... bukan main respon ... bersahut sahutan... semoga cepat sembuh... Amin

11:00 AM

 
Blogger Zul Mohamed Hassan said...

Takziah ustaz, moga cepat sembuh dan bertambah amal ibadah

2:12 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home