" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, November 23, 2008

AMAL KERANA ALLAH

Kita tidak mempunyai pilihan lain dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab melainkan segalanya mestilah kerana Allah swt.

Segala kerja jamaah , sekalipun kita mengatas nama jamaah , ianya mesti dilakukan kerana Allah swt .

Kerana Allah ertinya tidak kita lakukan sesuatu melainkan hanya mengharapkan redha dan restu Allah swt . Disinilah keikhlasan dan ketulusan kita sebagai amilin dinilai .

Melaksanakan tugas atau kerja jamaah kerana ingin publisiti , jawatan dan pengaruh adalah menafikan keikhlasan kita dalam perjuangan .

Ianya adalah satu bahaya yang terkadang dilupai atau terlepas pandang oleh para pejuang yang mampu membunuh ruh atau spiritual seorang pejuang . Kemungkinan juga seseorang itu merasakan ia ikhlas dan melakukannya kerana Allah , tetapi ia masih mempunyai kepentingan sampingan yang menidakkan keikhlasan .

Tidak semua yang mengaku ia ikhlas bertindak itu adalah suatu tindakan yang ikhlas . Lantaran ikhlas adalah rahsia antara kita dengan Allah swt . Tak siapa yang dapat menilainya selain Allah swt . Maka beramal dan bertugaslah hanya kerana Allah . tidak kerana yang lain .

Beramal kerana Allah mungkin tidak meletakkan kita menjadi popular , jauh sekali mendapat publisiti dan glamour sedang itulah yang sering diburu oleh ahli politik . Oleh kerana kita adalah sebuah gerakan Islam yang terlibat langsung dalam medan politik , maka saya menasihati diri saya sendiri dan semua sahabat seperjuangan agar berhati - hati semoga keikhlasan kita tidak dicemari.

22 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ada kemusykilan yang amat sangat ingin ditanya. Harap ustaz dapat beri penjelasan ringkas di sini.
Pertama, berkenaan ahli bukan Islam. Say ditarbiah sekian lama bahawa ahli PAS sebagai sebuah gerakan Islam wajib beraqidah Islam. Ini jelas dinyatakan oleh ulama', perlembagaan PAS, dalam usrah dan menjadi perkara maklum. Kenapa sekarang hukum bagi perkara tersebut seolah berubah.

Kedua, berkenaan menyambut perayaan agama lain. Ustaz postkan sebelum ini, ia adalah haram malahan syirik. Itulah juga yang diberitahu di dalam usrah. Tetapi mengapa apabila Mursyidul Am pergi ke sambutan Deepavali, ramai yang mempertahankan? Beliau juga tidak maksum, sepatutnya ditegur jika buat silap.

Saya lihat, semakin hari banyak perkara yang sebelum ini dikatakan haram sendiri oleh PAS telah cuba dihalalkan. Saya mintalah penjelasan sejujurnya dari ustaz. Jika silap kita akui kesilapan kita, jika ia betul apa dalil dan hujahnya.

Salam Pantai Timur.

8:44 AM

 
Anonymous Anonymous said...

salam ustaz,

saya juga harapkan kemusykilan sdr pantai timur ini dijawab, biarpun ustaz nik ada menyentuhnya sedikit di blog beliau, tapi ingin pula kami dengar pandangan dari ustaz.Apatah lagi ustaz antara pimpinan yang hadir di Langkawi dan mendapat informasi langsung ttg kertas cadangan dari Dr Mujahid Yusuf Rawa tu.

bagi saya samada mengucap salam deepavali, merasmi, menghadiri majlis yang ada kaitan dgn perayaan tersebut tak banyak bezanya dengan menyambutnya....secara tersirat ia tetap menampakkan sokongan kepada perayaan itu.

sekian lama saya dididik dan diajar bahawa mengucapkan salam deepavali adalah ditegah sama sekali apatah lagi perayaan tersebut adalah perayaan syirik yg bertentangan langsung dgn aqidah kita.

Saya akui agak terkejut dan keliru dgn pegangan ulama kita sekarang lebih-lebih lagi bila saya terjumpa banner ucapan deepavali dari parti-parti pakatan rakyat termasuklah pas. Cuma saya berbaik sangka tentulah ada penjelasan yg ampuh utk ini.

Pening...bila saya google mencari tulisan ilmiah yg membenarkan tindakan tersebut, saya terjumpa pandangan Qaradhawi yg agak selari tapi itu pun dlm huraian yg sangat terbatas saya rasa.

saya agak kecewa kerana pihak pas lambat memberikan informasi serta alasan-alasan atas tindakan yg telah diambil, menyebabkan ahli sendiri gagal memahami dan ini membuka ruang kpd pelbagai provokasi yg tidak sihat...

saya tetap mengharapkan, ada penjelasan kukuh terhadap ini semua .....demi islam yang kita cintai.

11:25 AM

 
Blogger OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

dek mari kita cari islam...

tanpa pakatan rakyat... tanpa bn

mari bersama abe berjuang dalam gerakan netizen perkasa di

http://aberamly.multiply.com

2:43 PM

 
Anonymous Anonymous said...

khilaf ulamak .............ikut nak pegang hok mana laa wahai pantai timur!

6:52 PM

 
Anonymous Anonymous said...

khilaf ulamak .............ikut nak pegang hok mana laa wahai pantai timur!

6:52 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Insyaallah , saya akan kemukakan jawabannya . cuma di sana ada perkara yang boleh dikemukakan secara terbuka dan ada perkara yang perlu jawab kepada pihak tertentu shj .

so kepada sesiapa yg inginkan jawapan berkaitan sila kemukakan e mail , insyaallah ana akan e mail kan . tetapi berikan saya sedikit masa .

Jika saya rasakan perlu dan sesuai utk jawab terbuka insyaallah saya akan paparkan dlm blog ini jika tidak maka saya perlukan e mail sdr utk saya jawab .

7:10 AM

 
Blogger PondokDungunTerengganu said...

Ooo... yaa.. KHILAF ULAMA LAH !. Baru paham pasal ambo tok belajar dulu pasa khilaf ni. Ijtihad Ulama'. Macam khilaf antara Ulama Bani Israel dengan Nabi-Nabi Allah. Khilaf jugak tu... Satu kumpulan masuk neraka, satu kumpulan masuk syurga. Kalau ikut En Anonymous 6:52 PM dua-dua boleh terima. Ni jenis bangsa Asahabul A'raaf.

Berpeganglah dengan ajaran sesat tu !.

9:09 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Hanya kerana ulamak ada berpendapat demikian...maka terus kita boleh ikut,

Halo.....Khilaf-khilaf jugak,
Yg kita pegang adalah dalil,
bukan semata-mata khilaf ulamak,

Title ulamak bukan lesen pendapatnya pasti benar!
Atau salah satu kebenaran.

Nanti dulu,
tengok dulu dalilnya,
apa hujjahnya,
ulamakkan bukan Nabi,
Dan juga bukan maksum,

Jgn jadi mcm org Yahudi,
ulamak kata yg hitam itu putih
mereka pun ikut
ikut masuk neraka

Ulamak mungkin khilaf dan tersalah
tapi dgn adanya sikap umat yg kritikal,
mereka pun tahu di mana kesalahan mereka,

Bukan asal khilaf...tapi pandangan mana yg paling kuat hujjahnya,
sementara pandangan yg lemah...tinggalkan
manakala pandangan yg batil...buang jauh-jauh

RIRK

11:45 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Masing masing ulamak mesti ada hujjah baru pekara tersebut jadik khilaf.
Kalau "pondok dungun" cepat sangat melabelkan orang dengan bangsa Asahabul A'raaf....tang tu tak ada khilaf. Kita leh tengok hukum jenis galak sangat melabel nih.

anonymous 6:52. Pusat tarbiah Indera Mahkota (Putra) Balok. Kuantan

2:31 PM

 
Blogger PondokDungunTerengganu said...

Encik anonymous 6:52. Pusat tarbiah Indera Mahkota (Putra) Balok. Kuantan,

Yeelah tu, ni nak tuduh orang ekstremis tukang lebel lah tu. Tak da masaalah kalu nok ikut benda khilaf ikutlah. Asal benda hak jelas tu buatlah. Jangan dok cari bende khilaf je sebab nok senang dapat undi. Doh lah undi pun benda khilaf. Bertindih-tindih khilaf. Bagusllah tu, semangat pejuang Agama zaman ni. Ikut sunnah Ulama Bani Israel.

Tarian Naga boleh.., Tarian Singa boleh..., Hindu boleh..., Budha boleh...

Teruskan... tak dok orang larang. Komen jeee..

Sendiri buat sendiri tanggung.

PONDOKDUNGUNTERENGGANU

6:49 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Semoga Ustaz dapat memberi pandangan atas nas yang paling kuat lagi rajih bukan berdasarkan sentimen kejemaahan.

Ummat Islam di Malaysia semakin terdedah dengan pelbagai pemikiran Islam. Sudah sampai masanya ummat diberi kefahaman berlandaskan kekuatan dalil syar'ie, bukan lagi dengan sekadar ketokohon figur ulama'. Kerana qiyadah fikriah Islam itu adalah disandarkan kepada fikrah Islam bukan susuk karisma penyampainya.

Semoga kita tidak sesukanya mengambil kesempatan atas nama ijtihad, ikhtilaf atau apa pun. Apa lagi terjebak dalam polemik yang tanpa kesudahan.

9:38 PM

 
Anonymous Anonymous said...

best juga balah bab khilaf nih,musuh utama tu kita letak tepi dulu. Kita balah anak beranak dulu ye....



anonymous 6:52. Pusat tarbiah Indera Mahkota (Putra) Balok. Kuantan

10:41 PM

 
Anonymous Anonymous said...

best juga balah bab khilaf nih,musuh utama tu kita letak tepi dulu. Kita balah anak beranak dulu ye....



anonymous 6:52. Pusat tarbiah Indera Mahkota (Putra) Balok. Kuantan

10:41 PM

 
Anonymous Anonymous said...

best juga balah bab khilaf nih,musuh utama tu kita letak tepi dulu. Kita balah anak beranak dulu ye....



anonymous 6:52. Pusat tarbiah Indera Mahkota (Putra) Balok. Kuantan

10:41 PM

 
Anonymous Anonymous said...

maaf komputer ada penin skt
kena tekan beradong baru molek


anonymous 6:52. Pusat tarbiah Indera Mahkota (Putra) Balok. Kuantan

10:41 PM

10:46 PM

 
Blogger PondokDungunTerengganu said...

anonymous 6:52. Pusat tarbiah Indera Mahkota (Putra) Balok. Kuantan,

Itu tande komputer pun tak redha tu. Bende jelas orang tak khilaf. Lihat lah kepada faedoh secare menyeluruh bukang kelompok saje baru rase bende tu bukang bende khilaf. Banyok lagi bende hok wajib & usul kene buat. Yang tu mencecer kok se. Pas tu sibuk nok buat bende khilaf. Islam tu dah indoh. Kemudahan waktu sempit. Tapi tokkanlah sempit selalu hari-hari. Bende-bende usul yang membajakan Agama bende khilaf tidok. Jadi kalu nok betul-betul menyuburkang Agama buat bende hok jelas...

Ngepek sikit..baloh adik-beradik

8:15 AM

 
Anonymous Anonymous said...

salam ustaz....saya student oversea,saya terbaca berita ini dari sin chew daily 25 /11/2008 terjemahan dalam bahasa inggeris, dari i-google. tajuknya corrupting the muslim?...ni artikel dia


The National Fatwa Council recently issued a ban for Muslims to practise Yoga, arguing that yoga has taken its roots in Hinduism and its ultimate aim is to be one with god, and therefore it is against the Islamic faith to practise yoga.
Although this edict does not have a legal binding, it has nevertheless triggered an outburst of controversies: whether yoga is purely a form of exercise or is carrying some religious elements.
Malaysia is not the first country in the world to have triggered religiously inspired objections to yoga. Egypt banned the practice of yoga back in 2004, and we have also heard that conservative Christians in the United States strongly opposed to the inclusion of yoga in school PE classes.
Frankly speaking, there are a few branches in yoga, part of which actually entailing religion. In Hinduism, Jainism or Buddhism, we see believers practising yoga as a means of training in their pursuit of spiritual uplifting.
"Religion never comes into play in the practice of yoga for most people. To them, "one with the universe or heavens" is an excessive state way too remote or lofty to be accessible."
However, in actual fact, yoga is not altogether identical to religion. Yoga was born long before major religions and ancient Indians saw yoga as superior to religion, and the ultimate approach to pursue reality.
It has been said that the highest state in yoga is the unison of an individual's consciousness with the universe, which to some extent resembles the "one with the heavens" philosophy of ancient China.
Having said that, religion never comes into play in the practice of yoga for most people. To them, "one with the universe" or "one with the heavens" is an excessive state way too remote or lofty to be accessible.
Jack learns yoga for spiritual enlightenment and to reduce stress; John takes up yoga to strengthen his body and relieve pains and illnesses; while Jane practises yoga purely to shed a few pounds and make herself look slimmer and more attractive.
While we have a thousand and one reasons to practise yoga, these reasons are, and always remain, just that simple.
Yoga has become a lifestyle today. Just as Sisters In Islam (SIS) has said, the yoga which has gained popularity in our cities and towns today has shed many of its religious elements to become a simplistic form of stylish health-promoting exercise.
Where history is concerned, sports has never been completely weaned from politics, and to the dismay of many, sports is also now entangled into the ramification of religious controversies.
As a matter of fact, the origins of ancient Olympics were also shrouded in a thick, mysterious religious veil. From the many magnificent legends depicting the origins of the games, we could see that they were all rooted in Zeus, the God of all gods in Greek mythology, as well as His relatives.
In other words, Zeus was the spiritual commander of ancient Olympics. The torch lighting ceremony in modern Olympics, meanwhile, has also taken root in an ancient religious ceremony of worshipping.
While we respect the National Fatwa Council's edict, we are keen to find out, based on the same argument, whether it should also be deemed inappropriate for Muslims to take part in the Olympics. (By LIM MUN FAH/Translated by DOMINIC LOH/Sin Chew Daily)

8:25 AM

 
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum wbt Ustaz Din Tantawi,

ana mohon izin untuk terjemah siri Tahaaluf Siyasi yang ustaz tuliskan ke Bahasa Inggeris. moga memberi manfaat buat pembaca-pembaca di luar negara.

Allahu'alam

http://www.azad282.co.uk

8:36 AM

 
Blogger PondokDungunTerengganu said...

Anonymous 8:25 AM,

Nok comment sikit.

"Yoga was born long before major religions and ancient Indians saw yoga as superior to religion, and the ultimate approach to pursue reality."

Ini tak betul !, not right !. Islam is the 1st born & we have Adam 'alaihissalam who is a Muslim 1st and there was no other human before him. Our spiritual practice is called taubat & zikir. The more we taubat & zikir we do the more we will be near to God most high. And the mor we will love the nature and the universe. So a Muslim do not need such type of meditation as yoga or others as it is a human made way of life.

There also no sport in Islam. We only have exercise or riadah. It is being done only to sharpen our skill for jihad fi sabiliLlah. So, definitely Olympic is haraaam. What more is that we mingle around with our worst enemies on earth such as the Israel, US, UK and other Dajjals with 'sporting spirit (?)' there, when they kill of our brothers.

PONDOKDUNGUNTERENGGANU

3:24 PM

 
Anonymous Anonymous said...

errr....sori mencelah....konfius.....

pondokdunguntrengganu, betoi ke no sport in Islam ??...bukankah Aisyah dulu pernah lawan lumba lari ngan Rasulullah ??...bukankah Rafi dan samurah juga pernah diminta Rasulullah berlawan gusti sebelum dipilih ke medan perang ??...errr....bukankah Rasulullah juga pernah berlawan gusti dengan Rukanah...
yang tu semua tak dianggap sport ke ?

11:05 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Sebaik baik sesuatu adalah sederhana. Cuma soal sukatan sederhana itu subjektif. Setakat ini tiada saya jumpa ayat atau sunnah yg mengharamkan sukan cuma perlu dipastikan nilai yg digariskan islam tidak dilanggari, spt membuka aurat, hadiahnya dari yuran peserta atau yg berkenaan dll Keras sangat orang tak mboh, lembut sangat jangan sampai menghalalkan cara.


anonymous 6:52. Pusat tarbiah Indera Mahkota (Putra) Balok. Kuantan,

Kawan kawan tak mau lawan :-)

11:16 PM

 
Blogger PondokDungunTerengganu said...

Nie bukan nok baloh nie...

SPORT; SUKAN
EXERCISE; RIADAH

Bila sebut sport manusia sekarang faham nok bertanding sampai lupe tanggungjawab dia. Syari'at tok tahu kemane. Niat nok menang. Bende lagho..

Bila sebut riadah nok sihatkan badan dengan izin Dia. Macam Ustaz Tantawi tengoh buat. Tapi syari'at ikut. Tujuan utk melengkapkang jihad. Tok jadi lagho..

Hok Nabi SAW buat tu bukang bende jenis SPORT sebab hakikat sport lain. Sport ciptaan kaum Materialis, untuk ganti riadah dalam Agama sehingga melaghokan manusia. Satu bisness pulok. Sudoh melampau. Sokong musuh Allah. MU lah, Liverpool lah, macang-macang lagi. Kene tutup lubang fitnah tu. Cube kaji..

Nabi SAW suke-suke je dengang anok-beranok.. campur dengan riadah sikit. Tapi apa saje hok Nabi SAW buat semuanya ada kaitan dengang jihad, memanoh, gusti, berkude dan sebagainya. Semuanye untuk PERANG...

Itulah pandangan tak mboh balloh pun ambe. Time kasih. salaaam

PONDOKDUNGUNTGGANU

9:15 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home