" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, November 20, 2008

SEDAMAI JIWA PEJUANG

Sahabat ! Luasnya laut terbentang tidak terjangkau biarpun hanya dengan pandangan mata . Demikianlah luasnya medan dakwah yang terpaksa kita tempuh demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah swt kepada kita sebagai daei Ilallah . Lantaran itu , jangan kita lengah dan mengemukakan pelbagai alasan kerana kelak banyak tugas dan tanggungjawab akan terabai . Kita tidak punya banyak masa !

Sahabat ! Laut ini bukan sahaja luas tetapi bergelombang dan bergelora . Tidak pernah tenang kerana itulah sifat laut . Menjadi cabaran kepada nelayan dan para pelayarnya. Hanya nelayan yang cekap dan pelayar yang mahir mampu mengharungi gelombang . Demikianlah dakwah yang sedang kita galas segala amanahnya ini , terpaksa berhadapan dengan tribulasi dan mehnah yang tidak sedikit kerana itulah sifat perjuangan . Ilmu , yakin , sabar , tabah , istiqamah dan tenang akan menjadikan kita berjaya melaksanakan tugas berat ini .

Sahabat ! Terkadang kita rasa jalan dakwah ini sukar dan suram . Bagai dihalang gunung yang pejal namun kita lupa janji Allah bahawa fajar kemenangan tetap akan menyingsing asal sahaja kita tidak berhenti berjuang dan berdakwah . Percayalah , sunnatullah menjamin Islam pasti menang . Sahabat ! Tatkala fajar kemenangan Islam menyingsing , tiada halangan lagi yang mampu menghalangnya dari terus menerangi bumi . kala itu , kita mesti siap untuk memimpin kemenangan agar kemenangan tidak pula menjadi fitnah kepada kita . Ingatlah ..... berjuang mencari kemenangan itu mudah tetapi berjuang mengisi kemenangan itu yang lebih payah dan sukar.

Sahabat ! Allah telah menjanjikan sinar kemenangannya kepada kita . Namun itu bukan tiket untuk kita leka dan lengah . Usaha dan kerja gigih untuk menyebarkan agama Allah swt tetap menjadi tugas dan kewajipan yang mesti dilaksanakan penuh disiplin dan bertanggungjawab . Mengabaikannya adalah satu dosa yang mengundang murka Allah swt kepada kita . Sahabat ! sementara kita berjuang , harus diingat bahawa musuh juga tidak tinggal diam mengatur strategi untuk menggagalkan segala perancangan kita . justeru itu , berwaspadalah kerana setiap langkah kita diperhati oleh musuh dan mereka yang hasad . Apa yang penting sabar dan senantiasa bertawakkal kepada Allah swt .

Sahabat ! sebesar inikah halangan yang terpaksa kita tempuh ? Sebesar mana pun halangan yang terpaksa kita hadapi , bukankah besar lagi jiwa seorang pejuang ? Lalu , kenapa kita mesti mengalah ? kenapa kita mesti kita mengeluh ? Bukankah peta dunia ini ditemui setelah mereka melayari lautan luas dan meredah gunung tinggi ? ertinya , tidakkah kita yakin bahawa kecekalan seorang pejuang dan ketabahan seorang daei mampu menyelamatkan ummah ?

Sahabat ! silap langkah kita mengorak , jalan perjuangan ini kian suram dan sukar . justeru itu berwaspadalah ! jangan sambil lewa dan bermain dengan perjuangan . Perjuangan ini penuh dengan ujian dan cabaran yang menanti tanpa kita duga .

Sahabat ! Pun begitu , usahlah risau . Sinar hidayah tetap memandu kita asal kita terus ikhlas dengan perjuangan dan tidak bermaksud mengkhianatinya . Manafaatkan setiap detik waktu yang hadhir dalam hidup kita sebagai seorang pejuang untuk terus membina hubungan dengan Allah azza wa jalla . Insyaallah , segala dugaan hidup berjuang akan menjadi mudah dan positif buat kita . Sahabat ! Pulau hentian ? berjuang tiada nokhtahnya . Hanya darah dan nyawa menjadi taruhan akhir sehinggalah Allah menentu keputusannya. Selagi nyawa dikandung badan selagi itu Islam akan diperjuang ! Di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung ! Sahabat ! yakinlah , dihujung segala penderitaan dan kesengsaraan yang kita alami justeru perjuangan yang kita dokong ini terdapat sinar hidayah yang akan membimbing kita mendapatkan nusrah dan ma'unah daripada Allah swt . Maka usahlah kecewa dan putus asa menghadapi apa jua kesusahan hidup sebagai seorang pejuang , kerana itulah sunnah orang berjuang ! Sahabat ! kini kita telah namak penghujungnya . namun jangan teruja dan tersilau . bukan bermakna perjuangan kita tamat dihujung sana . Yang dicari ialah hidayah , yang diburu ialah maghfirah , yang dikejar ialah mardhatillah , so .... jangan berhenti disini . Sebagaimana perjuangan ini tidak bermula di sini maka jangan kita berhenti di sini . teruskan sehinggalah Allah menentukan ! samaada syahid atau menang ! Sahabat ! Tunggu apa lagi ? Ayuh kita bersama , sehayun tangan selangkah kaki meredah samudera perjuangan ini . Tegakkan syariat dan basmi kemungkaran . Bersihkan bumi Allah dari segala mungkar dan maksiat sebagaimana laut tanpa jemu membuang segala sampah sarap ke pantai demi memelihara kejernihan dan kesuciannya.

20 Comments:

Anonymous Anonymous said...

ANTA NI DUK LAYAN FEELING JE DUA TIGA HARI NI PASAL APA??
SAHABAT KITA TERUK DITEKAN SEBAB KHUTBAH TEMPOH HARI, ANA TGK TAKDE PUN ENTRY SOKONGAN SEMANGAT ANTA PADA DIA..
ANTA BERBALAH KE DGN PEMANGKU PEMUDA PAS PAHANG TU??
JANGAN LA MACAM TU SHEIKH..
ANTA TU TIMBALAN DPP PUSAT, TUNJUKKAN LA KREDIBILITI UNTUK BACKING ANAK BUAH, BUKANNYA LAYAN PERASAAN TUNJUK VIEW PULAU LANGKAWI TU..
SORRY LA SHEIKH JIKA TERKASAR..

11:25 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

assalamualaikum

Memang kasar apa yg anta ungkapkan itu . Allah kenal anta ( walaupun ana tak kenal ). Sebagaimana Allah tahu apa yang yang ana lakukan .

Semoga Allah ampunkan kita semua .

( Program telah diatur , tindakan telah diambil , ana rasa anta tidak dapat maklumat mengenainya. Kalau tiada maklumat maka jgn terburu - buru membuat telahan . Allah mencatat setiap kalimah yg anta lafazkan justeru Allah Maha Mengetahui termasuk Allah tahu apa dan siapa Anonymous .)

Tiada entry mengenainya bukan bermakna berbalah . Ana seminggu program parti di sebelah utara ( KL + Kedah + Perlis dan Langkawi ).

Ana rakamkan tanda kebesaran Allah swt untuk ditatap oleh semua yang ada feel dan sanubari dalam perjalanan pergi dan pulang .

Tindakan untuk sahabat Ana Us. Suhaimi bukan hanya dgn entry sokongan dlm blog . Entry itu tidak akan banyak membantu dia .

Hubungi ana utk mengetahui tindakan lanjut ( 019 916 8182 )

1:27 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Ali Manan:

Tak usah layan mamat bengong tu ustaz .

Mari kita pakat dengar ceramah ustaz khusus isu khutbah ustaz suhaimi di keratong .

2 hari lepas ustaz kata dia akan gi ceramah kat keratong khusus citer pasal isu ni pada 25 hb nov kalu tak silap.

1:32 PM

 
Anonymous Anonymous said...

JANGAN LA ANGIN SHEIKH...
TANYA PUN DAH ANGIN KE??
PEJUANG APA MACAM NI..
ANA MENGAKU TAK DE MAKLUMAT APA2 PUN (FOR U INFO ANA TAK DUDUK KAT PAHANG LA..), SO BUAT LA SATU ENTRY UNTUK SAMPAIKAN MAKLUMAT TERSEBUT..
ANA TAK TUDUH BERBALAH, CUMA BERTANYA JE SEBAB ANTA MEMANG SENYAP DLM ISU NI, TAKDE APA STATEMENT PUN KUAR UTK DEFEND SHEIKH SUHAIMI TU DAN BELASAH SI ANAK JARJIS TU LUMAT2 SEDANGKAN DLM PAPER, PUAK2 JAHANAM AMENO HARI2 DUK HENTAM DIA...
DENGAN AYAT YANG TAK SEBERAPA NI PUN ANTA DAH KLASIFIKASIKAN SEBAGAI KASAR, ANA TAK TAU NAK CAKAP APA LA KALAU MACAM TU..
SEKALI LAGI TERIMA KASIH ATAS RESPOND DAN MOHON MAAF LA JIKA TERASA HATI...(SENGAJA ANA TAK CALL SEBAB IA BERMULA DI SINI WAJAR SETTLE DI SINI)

P/S KEPADA ALI MANAN, SUKA ATI KAMU LA NAK COP ANA BENGONG, ANA TAK MARAH SEBAB ANA PAHAM JIWA ORANG MACAM ANTA NI ;)

2:24 PM

 
Anonymous Anonymous said...

apalah.....anonymous, adat bertamu...paling penting kesopanan kena jaga.Menjadi hak tuan rumah tetamu yang tak menjaga tuturkata dihalau jer....tapi untung ustaz nasrudin tak halau anda...
kalau jujur datang menjengah kenapa tak letak nama atau hubungi ustaz melalui h/fon nyer....tentu banyak boleh cerita...

bertafakur merenung kebesaran alam ciptaan tuhan juga ibadah yang sangat besar nilaian.

ustaz, kebetulan ana juga baru pulang dari langkawi....menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan dan mencari ruang utk monolog pada diri sendiri memang memberi rasa keinsafan....apalah yang telah ana lakukan utk memuliakan agama Tuhan ini ??..rasanya lebih banyak masa dibazirkan utk perkara yg melalaikan....untungnya kalau kita ada ramai sahabat yg saling mengingatkan tentang perjuangan dan memberi kekuatan..

6:27 PM

 
Blogger Unknown said...

salam bloger...
sheikh anonymous... ambe nak quote yang tuan sheikh kata "SORRY LA SHEIKH JIKA TERKASAR.." dah mcm tu tuan sheikh ucap sheikh tantawi jawablah sepatutnya atas keikhlasan dia bukan emosi semata dan sheikh tantawi dahpun maafkan sheikh anonymous dengan do'a: "Semoga Allah ampunkan kita semua ."
dan jika sheikh anonymous nak jelas lagi contact je dia direct. insyaAllah sheikh anonymous bertemu jawapannya.
p/s: ada perkara boleh diposting ada yang tidak boleh diposting.
amalphg.

1:20 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Muslimat...tiada salahnya berjiwang,
Namun dalam berjuang,
takleh banyak sangat berjiwang,

Tentunya berjuang tak sama dgn berjiwang,

Dan bahasa org berjuang, tentunya tidak seindah bahasa org berjiwang.

2:14 AM

 
Anonymous Anonymous said...

WAH ADA PUISI RANGSANGAN & MOTIVASI PERJUANGAN RUPANYA...
ANA INGATKAN HANYA GAMBAR SEMATA2 SEBAB TU ANA PELIK APSAL JIWANG SANGAT..
SYABAS YA AKHI ATAS SAJAK YANG HEBAT DAN PUITIS INI!!!
SEMEMANGNYA IANYA DAPAT MENAIKKAN MOTIVASI UNTUK BERJUANG DENGAN LEBIH HEBAT LAGI DI LAPANGAN...
ANTA MEMANG BERBAKAT BESAR DAN BERSEMANGAT JUANG YANG TINGGI DAN LAYAK UNTUK JADI PEMIMPIN UNGGUL DALAM JEMAAH!!!

12:15 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Saya melihat komentar-komentar di atas dan merasakan seperti ada sesuatu yang tak berapa kena. Tetapi, perkara yang mungkin palaing tak kena yang menjadikan seolah-olah seperti semuanya menjadi tak kena ini adalah kerana PAS terlalu berpolitik dan hendak menjaga hati terlalu ramai musuh-musuh dalam selimutnya.

Saya rasu PAS kena buat pendirian yang jelas barulah tak berbolak-balik dan tak dipermain-main. Yakinlah Tuhan bersama-sama kita.

4:16 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Setuju...

Contoh, PKR, DAP sume tu adalah musuh yang tido dalam selimut yang sama dengan PAS.

Buang jauh-jauh !

4:19 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam anonymous...

Awat la nampak pelik sangat anta ni...anta macam sakit ni....banyak sangat ke posting ustaz yang jiwang kat sini ? ana rasa baru sekali ni ana jumpa...tu pun bukan dok jiwang mengarut tak tentu pasal...jiwang yang ajak manusia utk rasa insaf pada tanggungjawab mereka....anta baru sekali singgah kat sini kot...

Hidupnya hati manusia kerana hidup jiwanya ...bahkan ulama besar dan tersohor dulu-dulu pun menggunakan keupayaan bersyair dan berbahasa puitis dalam menuntun rasa keinsafan pada jiwa manusia.

kalau bahasa orang berjuang tak seindah bahasa orang jiwang....anta ni memang buta la sheikh...bahkan terlalu haloba dalam menilai jiwa pejuang...

ya sheikh....anta kena balik kaji semula sejarah tokoh-tokoh perjuangan Islam yang lampau....ana yakin anta akan jumpa pejuang Islam yang unggul semangat juangnya tapi lebih jiwang dalam hal penulisannya....bahkan ustaz nasrudin takkan mampu menandingi bahasa jiwang depa nu...anta nak ana bariskan nama depa nu di sini?? ....baik tak payah nanti anta kena tuduh sedahlah buta....malas pula tu nak mengkaji...jadi....sila cari sendiri

maaf kasar....kang kalo jiwang sheikh tak suka pulak...

4:28 PM

 
Anonymous Anonymous said...

SAYA SOKONG MUSLIMAT!!!!
ORG MACAM ANONY...MEMANG SERBA TAK KENA ,DIA JER YANG BETUL KOT?....ADA KAH KERNA USTAZ DIN MENITIPKAN KATA2 YANG PUITIS DAH DIPANDANG SERONG...JIWANGLA...LAYAN PERASAAN LA...IKUT SUKA USTAZ LA...INI RUANG DIA...KWS BELIAU....HANG TAK SUKA JANGAN DTG SINI LAGI..PIMAIN JAUH2....ISK!HANGIN LA SATU BADAN....

1:14 AM

 
Anonymous Anonymous said...

alamak ! banyak sangat anonymous....yang mana satu ana dah ta'taw....tapi komen ana adalah utk anony hok memula letak komen kan entry ni......kan ada yg silap paham plak

bukan apa....nak bagi elokkk..

11:18 AM

 
Anonymous Anonymous said...

ada kata-kata musuh yang kita terima kebenarannya dan ada kata-kata sahabat yang perlu kita lupakan sahaja.

12:09 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Tu la org kita,
Teguq sikit..teguih...hang ni musuh dalam selimut, hang keluaq dari dari sini.......

Kalau DAP dan PKR BIADAP THDP ISLAM.....Lembut gigi dari gusi....hang tersalah dengaq kot..depa bukan maksud lagu tu....

5:07 AM

 
Anonymous Anonymous said...

PELIK SUNGGUH LA DENGAN DENGAN BEBERAPA MANUSIA KAT RUANGAN KOMEN NI..
KAMU NI JANGAN LA NAK BUAT MALU PADA AL FADIL UST AT TANTAWI NI..
TAU LA KAMU KAGUM DENGAN BELIAU, JANGANLAH SAMPAI DUK MAKI HAMUN ORANG LAIN YANG HANYA NAMPAK TAK BERAPA SEHALUAN DALAM BEBERAPA PERKARA KECIL SHJ (ITU PUN SEBELUM DIJELASKAN DENGAN PENUH BERHEMAH OLEH AL FADIL UST AT TANTAWI)..
TENGOK DAN BELAJAR MACAM MANA AL FADHIL UST TANTAWI RESPON PADA ANA..
PENUH ADAB DAN ANA TERIMA DENGAN PENUH KETERBUKAAN...
TAPI KAMU SEMUA???
SUNGGUH MEMALUKAN DAN AMAT2 MENJENGKELKAN!!!
ANA TAK KISAH DIMAKI DAN TAK TERJEJAS PUN DIRI INI DENGAN MAKIAN KAMU TU, TAPI SEBENARNYA RAMAI YG JELEK DENGAN SIKAP KAMU TU...
INGAT!!! SEBENARNYA SIKAP KAMU SEMUA TU LAH YG LEBIH MENJEJASKAN KREDIBILITI AL FADIL AT TANTAWI DARI KOMEN ANA DI SINI!!!

8:20 AM

 
Anonymous Anonymous said...

alamak...anonymous....kona kut tu pulak daah anta ni....

sapa yang masuk tak jaga adab ?....janganlah kerana dah rasa bersalah pada diri sendiri pastu tolak rasa bersalah tu pada diri orang lain plak...kalau kita beradab sesama sendiri...nescaya orang lain juga akan beradab dgn kita nanti...

Bila ustaz tantawi menjawab dengan 'penuh kreadibility' adakah anta rasa boleh fahami ??....TENGOK LAH RESPON ANTA DI THREAD INI...SEBENARNYA SAPA YANG MEMALUKAN DIRINYA SENDIRI...

sesungguhnya Allah tahu siapa kita di sini....

1:43 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

assalamualaikum

Sahabat sekelian , janganlah begini berterusan kelak retak ukhuwwah dikalangan kita .

Tegur menegur dan nasihat menasihat adalah suatu yang wajar dalam Islam namun bahasa dan ayat kita jgn sampai mencederakan perasaan atau melukakan hati sahabat yg lain .

bahasa kita terhadap kawan berbeza dgn bahasa kita dgn musuh .

Ok, gginilah , jika kita telah berselisih pandangan dan kita sememangnya bijak untuk berselisih , maka saya cadang mari kita bentuk plan damai plak . yang ni payah sikit , tapi kena buat.

Kalau kita boleh berselisih maka tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh cari ruang utk merapat jurang perbezaan dikalangan kita kalau pun tidak mampu utk sependapat .

Semoga Allah meredhai kita semua .

2:47 AM

 
Blogger ANAK BAPAK said...

anonymos ni macam meneruskan kerja2 abdullah bin saba' je...!!!

12:19 AM

 
Anonymous Anonymous said...

post ni bagus ustaz..(1st tyme msuk blog ni, kawan bg link)

xperlu la duk tengkar lam ruangan komen ni..anonymous mngkin ingin bagi teguran skit..xde la kasar sngt bahasa dye..biasa la tuu

satu lg jgn cpt sngt tuduh org..klu sktk dgr dari cakap org, xyah laa..

[insan biasa]

11:56 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home