" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, November 19, 2008

PENGKID DAN GAY
SEBUAH MANIFESTASI
DARI KEGAGALAN SISTEM MANUSIA

Akhir - akhir negara gempar dengan budaya songsang yang sangat menjijikkan ini . Biarpun Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mereka mengenai hukum terhadap kedudukan golongan ini , namun pendekatan menyata hukum tidak memberi kesan kepada mereka .

Selain dakwah yang telah giat dilakukan oleh pelbagai pihak seperti badan - badan atau agensi kerajaan yang terlibat ( jabatan agama ) , Ngo - Ngo Islam dan parti - parti politik termasuk PAS , saya merasakan perlunya perlaksanaan undang - undang syariat dikuat kuasakan.

Jenayah sosial dan akhlak ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana kelak ia akan membinasakan masa depan agama , bangsa dan negara .

Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional bertanggungjawab segera melaksanakan syariat sementara keadaan masih boleh diperbaiki dan diperbetulkan .

Tanpa penguatkuasaan syariah , segala usaha dakwah yang selama ini telah digerakkan oleh pelbagai pihak akan menjadi sia - sia . Manakan tidak , jika satu satu pihak mengajak ke arah kebaikan sementara satu pihak lain pula menganjurkan aktiviti maksiat malah menggalakkannya sementara pihak berkuasa pula mendiamkan diri tanpa menggunakan kuasa untuk mencegah .

Ingatlah , berleluasanya budaya kotor lagi hina inilah yang menyebabkan ummat terdahulu , bangsa , tamadun dan generasi mereka dihancurkan oleh Allah swt dengan azaz yang sangat dahsyat .

Selamatkanlah tanahair kita dan bersihnya dari segala maksiat dan mungkar sementara kita benar - benar belum terlambat .

Kepada sahabat seperjuangan , ayuh kita lipatkan gandakan usaha kita untuk memerangi maksiat dan mungkar ini serta perhebatkan usaha dakwah melepasi sempadan masjid surau sehingga kita mampu mendekati golongan songsang ini lantas membimbing mereka ke arah kebaikan .

Saya turut mengharapkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri agar memberikan perhatian serius terhadap perkembangan budaya songsang yang semakin marak dan galak mutaakhir ini .

Gunakanlah segala kemudahan dan kuasa serta mandat yang diberi oleh rakyat untuk mengambil langkah - langkah pro aktif dan berkesan guna membimbing mereka ke jalan yang benar .

Jangan kita asyik dengan kuasa politik dan mengabaikan aspek pembinaan aqidah , syaksiyah dan fikrah rakyat agar mereka tidak derhaka kepada Allah swt , kerana kelak rosak binasa negeri dan negara kita dek azab Allah swt yang Maha Dahsyat .

Dewan Pemuda PAS Pusat insyaallah bersedia untuk melaksanakan misi ini jika mana - mana kerajaan Pakatan Rakyat sedia memberikan kemudahan dan dana khas untuk pihak DPP Pusat merancang aktiviti yang berkesan .

Tidak dinafikan bahawa mengupayakan gerakkerja menangani golongan Pengkid dan gay ini memerlukan program yang besar dan ia memerlukan kos . Insyaallah , sekali lagi saya tegaskan bahawa DPP Pusat sedia memberikan tenaga dengan mengembelingkan seluruh kekuatannya dipelbagai peringkat untuk tujuan dakwah dan tarbiyah ini .

Apa yang kita kurang ialah dana dan kemudahan pra sarana . Kiranya Kerajaan Pakatan Rakyat memberikan kepercayaan kepada Dewan Pemuda PAS , insyaallah kami berkeyakinan akan dapat melakukan sesuatu yang lebih berkesan

Selama ini pun Dewan Pemuda PAS sangat konsisten dalam menggerakkan aktiviti dakwah ini dengan segala keupayaan yang ada meskipun terhad . Semoga Allah memberikan kita kekuatan dan petunjuk untuk melaksanakan tugas Islah ini .

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

assalamu'alaykum

salam ukhuwwah dari padang, indonesia.

11:00 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home