" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, November 22, 2008

ALTERNATIF RACING CLUB
UNIT MOTOR BERKUASA TINGGI NEGERI PAHANG
BAKAL DITUBUHKAN

Beberapa individu ahli dan pemuda PAS telah dikenal pasti memiliki motor berkuasa tinggi di negeri Pahang . Insyaallah Unit Motor Berkuasa Tinggi akan dilancarkan beberapa bulan lagi dan ianya berdaftar dibawah Alternatif Racing Club ( ARC ) sebagai sebuah badan induk yang diasaskan di bawah Lajnah Kebudayaan , Kesenian dan Sukan Dewan Pemuda PAS Pusat .

Kini kita sedang mengesan dan mencari anggota Unit untuk dilancarkan selewat - lewat pada bulan Mac 09' kelak . Kita juga menjemput sesiapa dikalangan ahli dan pemuda PAS yang berminat dan memiliki motor berkuasa tinggi agar dapat mendaftarkan diri kepada pengerusi penaja Unit Motor Berkuasa Tinggi Negeri Pahang Saudara Lailan di talian : 019 986 0171.

Unit Motor Berkuasa Tinggi ( MBT ) negeri Pahang insyaallah akan mengadakan bengkel sehari bersama jawatankuasa penajanya untuk membincangkan majlis pelancaran dan jadual aktiviti sepanjang tahun selepas ianya dilancarkan kelak .

3 Comments:

Blogger NOBISHA said...

Ustaz, saya usaha yang baik. Cuma, jangan lupa pakai topi keledar ya!

7:37 AM

 
Anonymous muslimat said...

Selalu tengok ustaz berjubah naik kapcai je...sesekali nampak bergaya dgn motor ala-ala harley davidson ni rasa....ngeiiihh....nak tergelak jugak...
tapi elok jugak utk masyarakat bukak mata bahawa golongan ustaz loni tak lekeh... :D

cuma saya tak selesa bila kawan terlebih puji penampilan Ustaz zamri dalam rancangan mari mengaji....lawo katanya ! kalau le suami dia dengar ni bimbang benda lain pulak jadinya....

ustaz jaga-jaga....jangan dok tampil lawo sangat kat blog ni.....banyak pembaca ni.

11:33 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Motor Besar-------Tak dunia sangat ko??

2:33 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home