" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, November 27, 2008

FUTSAL DI OLD TRAFFORD

Kesibukan dengan tugas rutin sebagai anggota Jamaah Islam ( PAS ) ini memaksa saya meninggalkan sukan dan riadhah . Namun sesekali , rindu untuk turun ke padang tetap menguasai diri .

Semalam saya ke Stadium Old Trafford untuk bermain futsal . Susah juga nak cari stadium ini sementelah pula saya barulah pertama kali ke old Trafford . Walaupun stadium ini terkenal tetapi sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi , kesibukan dengan tugas harian menyukarkan saya untuk mengambil dan mencari masa untuk turun ke padang .

Riadhah Satu Keperluan

Atas desakan sahabat - sahabat dan kesedaran yang mula menyelinap ke dalam diri saya bahawa saya telah sampai ke peringkat wajib turun ke padang untuk beriadhah setelah akhir - akhir ini timbangan badan saya mula merisaukan .

Setelah sekian lama , akhirnya saya turun juga ke padang dan kali ini ke stadium Old Trafford . Ia cukup menjadikan saya teruja sehingga saya lupa bahawa saya tidak pernah memiliki stamina yang cukup untuk turut sama bersaing dengan pemain - pemain muda yang bersemangat dan berstamina tinggi .

Saya sampai lewat kerana beberapa kali tersalah jalan sebelum sampai ke stadium Old Trafford ini . Sebaik saya tiba , perlawanan telah berlangsung dan mereka memberi ruang untuk saya masuk biarpun masa hanya berbaki sekitar setengah jam sahaja lagi .

Saya dimaklumkan bahawa pasukan yang saya wakili telah ketinggalan 3 gol . Mereka suruh saya masuk pasukan yang kalah dengan harapan , kemasukan saya membawa pulang kemenangan yang besar . Besarnya harapan mereka menjadikan saya rasa besar hati untuk terus berlari dan meluru ke pintu gol lawan bagi mencari kemenangan .

lebih 6 kali tendangan atau rembatan saya ke arah pintu gol , tetapi malang 3 daripadanya hanya terkena tiang dan bakinya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol . Cekap sungguh dia mengawal pintu gol . Sebab , bukan calang - calang goalkeeper yang boleh menyelamatkan rembatan saya nih :)

Elemen Berkat membawa Kemenangan

Saya gagal untuk menghasilkan sebarang gol tetapi sejurus kemasukan saya , kawan - kawan jadi semangat dan gol demi gol dihasilkan oleh mereka biar pun saya sendiri gagal . Kawan - kawan kata , ustaz ! tidak mengapalah skil kita lemah tapi berkat ustaz kita boleh melawan .

Mendengar kenyataan tersebut , saya mengiyakannya . Kalau dah berkat memang ia membawa kebaikan . Begitulah perjuangan kita hari ini . Kita memerlukan keberkatan dalam perjuangan agar setiap sentuhan kita membawa kejayaan dan kemenangan kepada Islam . kalau setakat nak lawan fizikal dan material , sampai bila pun kita tidak akan berupaya mengalahkan musuh justeru mereka lebih hebat berbanding material dan fizikal kita .

Kita boleh menang dan berpotensi nak menang kerana berkat sabar , berkat kegigihan , berkat bersatu dan semangat berpasukan , berkat persaudaraan , berkat pengorbanan ( tenaga , masa , wang ringgit bahkan nyawa )

berbalik kepada cerita futsal tadi : Pasukan lawan dengan berbekal skil permainan yang baik tentu sahaja tidak mensia - sia peluang untuk menambah jaringan . Begitulah kami berbalas gol di Old Trafford . Puas sungguh main bola malam ni biar pun agak larut malam . Sehingga kami pun tak tahu berapa gol kami score dan berapa gol yang kami kena .

Tapi yang pasti banyak gol kami hasilkan dan banyak juga yang kami bolos . Kira - kira serilah ! tapi pasukan lawan kata kami kalah , mereka yang menang ! memang begitu sikap sesiapa pun terhadap lawannya . Bila saya tanya mereka , berapa gol mereka hasilkan , mereka hanya jawab : Banyak ! kalau ggitu , kami pun banyak hasilkan gol !

Pemain Mahal selalu Cedera :)

Pukul 12 malam , stadium ditutup dan kami meninggalkan stadium . Demikian sedikit catatan malam ini setelah sekian lama tidak turun ke padang . Sejurus selesai kuliah saya malam tadi di Akademi Ar rasyidin , saya terus ke Stadium Old Trafford di Semambu Kuantan .

Malangnya dalam perlawanan itu saya mengalami kecederaan , tetapi tidak seorang pun menyedarinya kerana saya segera meninggalkan stadium dan saat saya mencatat kenangan ini , kaki saya sedang membengkak . Harapan saya agar ia segera sembuh sebab lusa saya mesti menghadhiri Kongres Parti Keadilan Rakyat di Stadium Malawati Shah Alam ( jumaat ) dan Konvensyen Pendakwah Muslimah Malaysia ( sabtu ) di Melewar .

Namun lihat kepada perkembangan kaki saya ini , kemungkinan besar saya terpaksa bertongkat untuk menghadhiri majlis - majlis yang saya sebutkan tadi .
Walaubagaimana pun badan saya terasa segar meskipun sedikit lenguh kerana lama tidak bermain . Insyaallah saya akan cuba jadikan ia jadual mingguan . Sememangnya setiap anggota gerakan Islam memerlukan riadhah yang secukupnya bagi menghasilkan jasad yang sihat dan kuat . Pasti sahaja perjuangan ini memerlukan susuk jasad yang sedemikian .

Saya mencadangkan agar Dewan Pemuda PAS negeri atau kawasan dapat memprogramkan aktiviti riadhah bersama ajk dewan pemuda di peringkat masing - masing setiap minggu . Harap dapat perhatian . Saya yakin ust Fadhil Noor al yamani Ketua DPP Pekan akan bersetuju demikian juga Ust Sharil Azman Ketua DPP Kuala Krau bahkan Naib Ketua DPP Negeri Perlis juga pasti bersetuju dengan cadangan ini.

Terus terang saya akui , apabila berat badan naik mendadak begini saya cepat berasa penat dan mudah rasa mengantuk . Terkenang saya seketika dulu , saya boleh memandu dari Arau Perlis ke Keratong Pahang seorang diri non stop . Malah subuh esoknya masih mampu untuk menyampaikan kuliah subuh .

Dulu , saya mampu menerima undangan atau menyusun jadual saya untuk 4 atau 5 program sehari seperti kuliah subuh , dhuha , kuliah muslimat sebelah petang , kuliah maghrib dan ceramah umum . Saya ingat ia pernah menjadi rutin jadual saya seharian dalam tempoh lebih 10 tahun , malah sejak saya berada di Universiti Al Azhar .

Itu tidak termasuk mesyuarat yang saya wajib hadhir , usrah , tamrin dan berbagai program dalaman jamaah serta aktiviti ad hoc yang mesti dilaksanakan segera .

Buat sementara saya pernah digelar ustaz Din Program oleh kawan - kawan rapat kerana merujuk kepada saya sebagai kaki program . Tapi , segalanya kini tinggal kenangan . Kalau hari ni , saya nak terima 3 program sehari pun sudah terasa penat yang amat sangat. Biasanya paling tinggi mutaakhir ini saya hanya menerima 2 program sehari .

Saya percaya ini adalah gara - gara kesihatan badan yang semakin susut dan berat badan yang semakin meningkat . Sungguh saya menginsafi realiti ini . Kini saya mula menyedari kepentingan riadhah dan mengawal berat badan melalui sistem pemakanan yang betul .

Penganjur Ceramah jangan Kecil Hati

Sahabat , doakan saya agar saya berjaya melalui hari - hari diet yang penuh mencabar ini . Sebab sebelum ni saya pernah tidak makan nasi dan sebarang makanan kecuali Melilea selama 4 bulan lebih , alhamdulillah berat badan terkawal , tetapi apabila saya mula berhenti dan menjalani kehidupan normal , berat badan bertambah semula dan saya gagal untuk diet .

Ini percubaan saya buat kali yang 2 . Saya yakin saya boleh tapi penganjur ceramah janganlah kecil hati selepas ni kalau saya tidak menerima jemputan untuk makan malam selepas ceramah . Saya sangat yakin , punca utama badan saya naik mendadak kerana faktor makan malam selepas ceramah .

Tuan Rumah tempat ceramah tu kadang - kadang macam memaksa saya makan . Kalau tak makan mereka seperti berkecil hati kerana ustaz tak nak makan di rumah dia . Saya jadi serba salah . Akhirnya , bila makan dengan hidangan dan lauk pauk yang sedap - sedap ( kerana mahu meraikan ustaz ) , mula lah susah nak kontrol .

Sebaiknya , penganjur ceramah saya selepas ini tidak perlu menjamu dan menyediakan makan malam buat saya . Tidak mengapa . Memang saya tak nak makan malam lagi . Insyaallah saya akan makan jam 5 pm selepas solat asar untuk makan malam saya dan saya telah amalkan sedemikian sejak beberapa bulan yang lalu .

Cuma sesekali gagal apabila bertembung dengan tuan rumah atau penganjur ceramah yang seakan memaksa saya makan selepas ceramah . Saya juga tidak mahu mereka berkecil hati .

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Ustaz,
Saya cadangkan Ustaz cuba sukan berbasikal untuk riadah. Ia sangat bagus untuk jantung dan stamina. Lagipun kita boleh lakukan ikut tempo kita sendiri.

9:29 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Assalamualaikum

Terima kasih atas cadangan . Insyaallah bulan depan plan nak beli basikal :)

11:09 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Allahuakhbar.....betapa manusia ni macam-macam ustaz noo...

Saya juga macam ustaz...sekian lama bergelar isteri saya rindu tubuh yang ringan macam masa anak dara dulu...seksa sungguh nak susutkan badan....manakala suami pula, sejak sebelum kawin dia impikan tubuh yang berisi kerana lazimnya rakan-rakan yg berumahtangga kebanyakannya makin tembam.Tapi dia masih slim, masih hensem....macam mula-mula saya kenal dulu....katanya "macamana nak bagi gemuk skit ".....

Tak penting sangat kot kurus atau gemuk....janji kita rasa sihat dan bertenaga utk kerja-kerja jihad...tak gitu ??

Selamat bersenam dan bersukan ustaz....majulah sukan untuk dakwah.

5:12 PM

 
Anonymous Anonymous said...

sebelum pergi ke ceramah tu ustaz beritahu la sepatah dua, tak perlu jemput makan disebabkan oleh nak jaga kesihatan. takpun masa ceramah tu ustaz selitkan la lepas ni tak perlu jamu makan.

11:41 PM

 
Anonymous Anonymous said...

cukup sayang jika mutiara-mutiara negara tidak lagi mampu memberikan kerlipan pencerahan kerana masalah kesihatan..teringat kepada almarhum Adlan benan..jaga kesihatan ya Ustaz :)

5:21 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home